Friday 26 September 2014

Drama Melayu Tangkap Leleh...

Banyak orang dah tulis pasai drama Melayu (DM). Ada yg tulis sebab suka dan nak promote dan ada juga sebab menyampah. Aku pulak maybe ada a little bit of both. Heheheee...

Drama Melayu yang aku maksudkan untuk tulisan ini merujuk kepada:
  • Cintan cintun awek dan mamat mana ntah yang dalam banyak keadaan kalu suka sama suka mendapat tentangan keluarga dan kalu kerna terpaksa mendapat parent yang terlalu benak untuk faham keadaan sebenar anak.
  • Mulanya tak suka (kawin paksa or geduh kemudian tetiba boleh sayang pulok)
  • Watak jahat mekap tebal (datin, mak awek, balak), tapi spouse depa OK plak.
  • Kerja besar, gaji besar rumah besar samada untuk awek or balak.
  • Since kayo rayo, maka tak sibuk sgt pasai kerje maka ada masa untuk memikirkan hal hati dan perasaan nan walang. Oleh sebab itu, pi keja hari dah cerah, balik kerja pun langit masih cerah.
  • Suka hati mak bapak dia keluar masuk ofis walau pun tu maybe syarikat daddy dia.
  • Meeting macam celaka.. Argghhhh! 
  • Baju mesti flashy habis dan untuk lelaki siap pakai vest or blazer tengah panas macam gampang.
  • Awek tudung yang baik kawin dgn mamat bangang or mamat baik bingai kawin dengan awek macam celaka punya perangai.
  • Watak baik sangatlah sabag sedangkan perangai pasangan macam celaka yang hanya layak menerima pelempang Jepun sebagai jawaban.
  • Walau pun si maknya macam haram perangai, si bapak tak ble nak bentuk maknya langsung. Tapi yang peliknya si bapaknya kayo rayo. CEO, President, Managing Director dan ntah apa lagi syarikat keparat apa ntah. Tapi nak tegur bini agar jaga perangai pun tak ble. Apa punya kecut daa...
  • Siaran Media Prima. 
Drama² ini aku kategorikan sebagai Soap Opera or aku fatwakan sebagai drama tangkap leleh. Kenapa tangkap leleh? Well, macam rock leleh time akhir 80an dan awal 90an dulu, kuantiti dia makin bertambah dan irama dia macam sama jer disamping lirik dia memang bikin orang macam aku ble keluar nanah. Dan walau pun sama jer semua, tapi ramai gak peminatnya.. 

Drama Tangkap Leleh @ DTL

Sebenarnya demam DM nie bukan baru. Ianya bermusim. Macam musim denggi dan banjir gak la. Suatu ketika dulu demam DM versi Pendekar. Itu bukan DTL. Itu drama aksi. Mulanya best kemdian jadi sampah. Kemdian ada gak drama race (termasuk drama pasai Mat Rempit @ Mat Sampah Sarap). Begitu juga dengan DTL. Dulu dan ada, cuma kini ia kembali.

Sebenarnya bukan org Melayu Malaysia jer yang suker DTL nie, bangsa lain pun suka. Asalkan dia pompuan mesti dia suka.

Drama Japang! Banzai Nihon!

Suatu ketika dulu, time aku muda dulu, kita ada drama cinta cintun Jepun. Yang paling aku ingat adalah Beautiful Life lakonan abang Takuya Kimura yang sangat kacak.

Hensomnya abe Takuya kun....

Tapi drama Japun nie kreatif. Tak macam DM pop. Sume DM konsep dia sama seperti dalam list yang aku tulis tu. Tapi drama Jepun ada variasi. Walau pun topik utama dia cinta, tapi landscape citer dia berbagai. Kalu yang moden sikit adalah Buzzer Beat. Citer cinta tangkap leleh tahap nanah. But I like it! Why, it is a good love story. Dan hero dia macam kena bully dengan awek dia yang tak tau malu dan tak sedar diri yang last skali end up nikah dgn soal mate dia. Landscape citer berkisarkan player basket ball untuk team semi pro kat Jepun yang berdepan dengan masalah populariti sukan. Masih love story tapi ada side story yang juga very interesting. Di samping awek Japan yang super kawai ~ Keiko Kitagawa.


Sume awek super cute dan sume balak super kacakkkkkk...

Tapi citer love story Japan yang paling best aku penanh tengok adalah Operation Love (Peropozu Daisuken). Tak penah seumur hidup aku terkesan dengan citer jiwang. Iayalah, mamat metal tak berperasaan ala² Penjejak Awan macam aku mana lah layan feel² syahdu nie. Tapi bila aku tengok citer nie aku jadi bengong. Bengong dan emo sengsorang.. Pathetic but truth be told. Citer nie merapu habis yang aku sendiri susah nak explain dalam bentuk tulisan. Yang aku boleh describe ialah dia ada unsur drama Quantum Leap. So tolong cari kat wiki. But 1 thing for sure citer nie akan membawa anda ke jaman cinta banana primate. It is a damn good sad love story yang membazir masa aku jer.

 Realiti hanyalah mimpi buruk...

Kemdian kita ada drama Korea....

Yang aku tau hanyalah Winter Sonata. Apa yang best pun aku tak tau. Aku tak layan pun. Tapi demam drama Korea boleh tahan gak lah. Tapi skarang impak dah makin kurang rasanya. Best ka? Ntah. Yang aku tau benda yang best dari Korea adalah Running Man dan juga Song Jiyo.

Melelehnya Drama Itu

Dulu sebelum nikah, aku tak penah la nak tengok drama Melayu. Bukan nak jaga standard. Criter Pendekar aku layan jer, DM yang aku cakap nie adalah drama spesis tangkap leleh bernanah. Tapi lepas kawin dan memiliki TV yang mempunyai siaran yang jelas maka secara unintentionally aku telah menonton drama Melayu bersama Isteri tercinta...

Setahu aku skarang; circa Sept 2014, DM TV3 time slot adalah pada jam 7 mlm dan 10 mlm dan juga ada gak 9 mlm. Since DM  nie sama jer lebih kurang. So aku akan komen (kutuk) ke atas drama yang tengah tayang sekarang dan ia mewakili drama² sebelum nie gak.

Haaaa.. Brapa novel kat atas dah jadi Drama? Inilah antara koleksi novel bini aku.."Dan hatiku Berkata"? kata apa hah???

Apa yang aku perasan trend adaptasi novel memang menjadi-jadi. Perlu diingat, novel² nie sume ditulis oleh golongan hawa. Dan yang menariknya citer dia lebih kurang jer. Awek degil kuat majuk, lelaki baik sabag tahap Angel or awek penyabar tahap bingai benak. Secara separuh sedarnya ada beberapa DM, membuat aku mentafsirkan bahwa golongan hawa cuba sampaikan yang mereka juga merupakan golongan yang rebellious. Rebellious dari segi inginkan kebebasan dan juga ingin difahami. Yang nie susah. Pada aku pompuan sangat susah nak difahami berbanding lelaki. Perasaan pompuan nie berlapis-lapis dan setiap tutur kata ada maksud tersurat dan tersirat. Yang tersurat tak penting. Yang tersirat tu lebih penting. Tapi jika dibandingkan dengan lelaki, segala agak simple. Tak ada benda kompleks.

Funny yet very true..

Pop Culture

Sesuatu yang boleh aku simpulkan dalam DM adalah ia tidak menggambarkan realiti sebenarnya sesuatu landscape. Love story is something real. Ia sentiasa berlaku dan never ending. Cuma apa yang gagal dilakukan oleh penulis novel Pop sekarang adalah landscape penceritaan. Sangat tak realiti. Untuk membuatkan fokus citer berkisar pada hati nan walang, maka dijadikan watak orang kaya raya. Untuk menjadikan senario plot, maka watak tak terikat dengan waktu kerja ie, keje syarikat daddy.

Apa yang aku concern kat sini adalah expectation golongan pembaca terutamanya dari golongan hawa yang dari kalangan pelajar. Disamping dikhayalkan dengan lelaki yang super baik tak masuk akal (Cinta Awak 200%, Maaf Aku Tak Sempurna, citer ape ntah yang awek tak cun tapi kerisi roda dan citer ape ntah yang Aaron Aziz berlakon tu) yang membuatkan mereka menempah pelempang bila berkelakuan demikian lepas kawin karang adalah expectation alam pekerjaan.

Dalam DM digambarkan lepas kerje boleh hang out kat cafe (hang out kat cafe? What the F! Bukan calang cafe.. dengan kos sara hidup sekarang mampu ke exec cabuk minum latte? My tttuuuuttt!!), boss perangai macam gampang nak buli staff jer (well disini ada sikit betul, hehehe), lagi besar pangkat lagi relex (my tttuuuttt!! lagi besar pangkat lagi la sibuk nyah oooiii) dan sentiasa balik on time.

Family Time

Aku rasa sikit sebanyak cukup lah aku ngomel pasai DM nie. Sungguh pun aku banyak komplen, tapi tiap hari aku sangkut gak kat depan TV dengan anak isteri. Walau pun citer dia macam gampang, dan aku sangat banyak komplen, aku syukur yang bini aku nie tak kisah bila aku mula bebel betapa ngarutnya drama tu. Apa yang aku tulis nie lah yang saban hari bini aku dengan bila kami ngadap DM kat TV3. 

Sungguh pun aku nie jatuh dalam kategori tak suka tengok DM, tapi aku akui bila dah tertengok, kita akan "terlayan" juga. Aku cuma harap, in the future, hasilkan DM yang lebih berkualiti dan lebih kreatif. Janganlah terlalu Hindustan sangat drama tu. Bagi lah ada sikit unsur realiti atau kalu nak buat bagi mengarut bualah betul² karut.