Sunday, 8 April 2012

For Whatever?

Hari nie aku terbaca lagi paper pasai rancangan terbaru media prima yang bakal dikenali sebagai Versus. Setahu aku rancangan ini masih belum ditayangkan dan setahu aku gak ia berbentuk rancangan realiti berpetandingan TV tetapi tanpa penyingkiran. Last week pun ada berita pasai rancangan ini dan hari nie pun ada lagi. 

Sebenarnya aku don't really care about any of it since aku tau aku bukannya nak tgk TV pun. Skarang bini aku tgh layan Anugerah ABP bersama anak. Kesian gak kat dia bcos rancangan tu "bersalji". Bersalji maksudnya tak clear lah. Ada ja line or bintik putih macam salji yg buat gambar tak clear. Sebenarnya sejak aku pindah Penang aku dah hilang nikmat tgk TV dgn clear.  

Aku tak tgk Astro bcos for me Astro suka recycle rancangan dia dan for me this sucks. Segala dokumentari aku ble cari kat internet. So, discovery, history channel dan lain² yg dalam Astro yg kononnya educational tak releven utk aku. Bukan aku tak dak duit nak pasnag Astro, tp aku just rasa tak perlu. Sama gak pandangan aku tentang I Phone. Tak perlu. So, Umah aku still ada TV dan fungsinya utk DVD dan berita. Tgk berita tak clear tak pa. 1 jam jek. Aku juga syukur bcos bini aku pun lebih kurang macam aku gak. Dia menentang keras aku niat pasang Astro (yang selalu aku acah jek..).  

Anyway aku nak cakap pasai Loque. Dalam paper ada org dispute dia jadi juri. Aku tak amik pot sgt pun pasai benda nie but for me dia aku rasa dah sampai tahap semi legend. Tapi aku bukan nak cakap pasai Loque. Aku nak cakap pasai Radhi OAG. Bila aku dengar nama Loque or Butterfingers aku akan ingat Radhi dan OAG.

Aku mula kenai depa time aku form 2. First time aku dengar lagu depa aku ingat depa nie band mat saleh. Bare in mind time tu aku tgh giler Blur, Pulp dan juga Oasis bersama Sleeper. Nirvana dan puak grunge Ok lah. But Brits are better. Than come along OAG..

Album Remaja Tahun 90an

Pada aku Radhi nie genius. Majoriti lagu OAG aku suka dan sesetengahnya pada aku patut diketegahkan ke peringkat antarabangsa. Juga ada lagu yang pada aku sangat personal dan sgt sweet (pergh.... gay nya....). But that is the truth. Macam lagu For Whatever & Crush. Tak caya? Just layan lagu For Whatever kat bawah nie... Seriusly 2 lagu nie defined masalah jiwa aku time UTM dulu. Terdapat byk lagi lagu lain yang best yg tak perlu aku nak sebut kat sini. Boleh cari kat net dan layan sendiri. 

For whatever & ever baby...

Basically pada aku Radhi mempunyai masa depan yg gemilang kat dunia music Malaysia. Apa taknya, dia punya fan base utk golongan muda  very strong. Dan lagu dia simple. Tak sama dengan Butterfinger yang lirik dia agak "pelik" dan pening gak nak pikir. Irama lagu OAG sgt santai, selamber dan define apa itu org muda time tu. (Well kami dah tua skarang... dah 30an..). Lirik dia pun ringkas dan sgt remaja. Pada aku OAG boleh jadi Malaysian Beatles. Pada aku time tu, Radhi dan OAG kena konsisten dan bila band dia dah "tua" dia akan mampu buat lagu yg lebih matured seperti mana Beatles. The Beatle pun mula dgn lagu pop jiwang dan akhirnya create antara lagu paling brilliant atas muka bumi nie.

Tapi malangnya Radhi tak disiplin. Dia sangap dadah. Kerana dadah masa depan dia hancur dan status calon lagend juga hancur begitu sahaja. Actualy time dia buat comeback dgn lagu Slumber (lagu faverot aku utk album nie adalah "Biru"), aku harap sgt dia dah insaf dan fokus. Tapi malangnya dia masih lagi sangap. Dengan perangai dia yg pelik tu, nampak sgt dia masih tak berubah. By right dia patut dah evolve sikit, macam Butterfingers.. But still lagu dia masih sedap.

Anyway kini dengar citer dia dah complete sembuh kat Pengasih dan kononnya dah buat band baru dan tinggalkan nama OAG. Dengar citer lagu utk band baru nie berbentuk ketuhanan. Aku tak tau pulak bcos aku tak dengar lagi. Aku tak pasti adakah ini harga evolusi music Radhi, but still aku still hope the best for him.

So Radhi, of OAG, you got a very special gift given by Allah. Why waste it? But having said so, it is still not too late. Bakat yang ada kat hang adalah envy everybody. You have every thing and you trow that all away bcos of drug? Adoi yai.. Tgklah kat mana Loque skarang.. Well aku rasa Loque can do better than this but personally aku rasa you are better than Loque. Pada aku Radhi OAG lebih berbakat dari Loque. Get free of drug and Pengasih and produce some legendary hits again.

Peace!

4 comments:

  1. kepala otak loque (dan emmet) agak ke hadapan berbanding pengkarya yang paling maju kat malaysia ketika itu, sebaik `release'nya 2nd album diorang butterworth pushful. tapi malangnya emmet ada perangai yang sedikit gampang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada aku dulu OAG dan Butterfingers nie ibarat Blur dgn Oasis. Kalu zaman sekarang plak macam Hujan dgn MUH (sebelum Lan keluar).

      Butterfinger memang epic. Tambahan album Butterworth Pushfull. Tapi 2 album Melayu depa pun dasat gak. Sayang Emmet ada komitmen lain. Monoloque just tak sama dgn Butterfingers.

      Delete
  2. Apa kata anda baca sejarah underground scene disini (klik)

    ReplyDelete
  3. best gile butterfingers & oag dulu2... btw done follo - noob

    ReplyDelete