Pada 30 Ogos 2012 jam 9.00 malam aku ada appointment dgn seorang cust yang juga menjadi sahabat aku. Beliau bernama Abert dan dia bekerja sebagai seorang pastor dari mazhab @ aliran Protestan.
Basically aku berkenalan dengan Albert sebagai seorang cust. Aku mengetahui perihal peribadi beliau ketika dlm kenderaan. Albert amat mudah dibawa bersembang dan beliau sgt tidak lokek utk berbicara tentang ilmu dan pengalamannya dgn aku.
Mr Albert & me at Pelita Sg Dua Penang.. Aku hanya ber T-shirt My Chemical Romance
Actually ini pertemuan @ temu janji kami yang kedua setelah pertama kali kami bersembang dalam kereta. Kali pertama adalah beberapa bulan yang lalu. Aku dah tak ingat bila.
Pada pertemuan pertama dulu, kami banyak bersembang perihal background masing². Pada pertemuan itu, aku yang lebih banyak bercakap. Aku bercerita tentang salah faham orang tentang Islam dan juga salah tafsir orang Muslim sendiri tentang Islam. Aku memberi gambaran peribadi aku pada Albert tentang perihal masalah org Islam dan kenapa orang Islam mundur dan kolot kini. In short aku cuba membetulkan tanggapan non Muslim terhadap fenomena menyedihkan yang menimpa umat Islam sekarang.
Berkaitan dengan temujanji kali kedua, aku pula lebih banyak biar Mr Albert bercerita. Well, actually dia bercerita berdasarkan soalan yang aku tanya. Dia bercerita perihal perjalanannya dari bukan seorang Kristian hinggalah menjadi seorang Pastor yang komited dengan Jesus. Aku tak pasti adakah wajar atau morally correct kiranya aku cerita perihal perjalan hidupnya dari non Kristian hingga menjadi seorang pastor. But apa yang boleh katakan yang aku kagum pengorbanannya selama ini dalam jalan Kristian. FYI, golongan Kristian juga memanggil @ membahasakan tuhan sebagai Allah. Cuma time berdoa aku difahamkan mereka membahasakan sebagai berdoa kepada Jesus @ Isa.
Selain itu, terdapat beberapa lagi topik yang kami bincangkan. Dalam pada itu aku juga sering mengingatkan Mr Albert yang aku bukan orang pandai agama. Apa yang aku ceritakan hanyalah berdasarkan kefahaman aku yang cetek melalui kaedah 'self learn'. Aku menekankan yang aku suka dan kuat membaca berdasarkan perintah Allah melalui wahyu pertama. Di sini aku tekankan yang Islam adalah agama yang tidak ortodok yg dogmatik dan tidak takut utk membaca utk mencari kebenaran. Malah aku menerangkan padanya tentang kemajuan dan kehebatan umat Islam dalam tamadun yang terdahulu adalah kerana umat Islam suatu ketika dulu tidak takut utk membaca sama ada bahan bacaan tersebut berbentuk agama mahu pun yang bukan berbentuk agama.
Aku menerangkan yg umat Islam dahulu tidak prejudis tentang ilmu yang mereka kutip sama ada bersumberkan dari tamadun Mesir purba yang sinonim dengan Firaun atau pun tamadun barat dan timur lain². Asalkan tujuan ilmu itu adalah utk kebaikan. Aku terangkan yang kini umat Islam amat berbeza. Mereka kononnya amat mahu memartabatkan Islam tapi mereka malas membaca dan paling malang skop bacaan amat cetek. Aku beri contoh di mana aku di "nasihat" oleh sesorang utk baca bacaan yg berkaitan sirah Nabi sahaja demi mengejar Syurga dibanding dari membaca buku Dr M yang padanya bersifat duniawi sahaja.
Dan di sini juga aku selitkan juga yang punca kelembapan umat Islam kini adalah diantaranya disebabkan ketaksuban umat Islam kepada tokoh "agama" tertentu. Selain itu ia adalah kerana mereka takut utk membaca kerana mereka mengambil nasihat ulama Islam dahulu iaitu "belajar dengan buku tanpa guru adalah seperti belajar dengan syaitan" di luar konteks.
Disamping itu kami sedikit sebanyak berbicara dan bertukar pendapat tenang ilmu wahyu mengikut pengetahuan kami. Pada Albert setiap Bible dimuka bumi nie sama dan New Testesment itu adalah Injil. Dia juga berkata, jika tidak silap dia yang ada ayat yang meminta agar Muslim merujuk kepada Kristian tentanng beberapa perkara... Di sini mau tak mau aku terpaksa betulkan pemahamannya. Bible sebenarnya bukan Injil malahan New testament juga bukan Injil. Aku terangkan bahwa serpihan dari 4 Gospel @ Good News (Berita baik) terkandung Injil. Aku terangkan lagi bahawa Injil bukannya sebuah buku. Injil sebenarnya ilmu yang disampaikan oleh hazrat Isa @ Jesus pada umatnya.
Bible sebenarnya terkandung ayat;
- Kalam (kata²) Allah.
- Kata² historian @ ahli sejarah.
- Kata² Nabi.
- Kata² penglipur lara.
In short Bible bukan seperti Quran kerananya ianya sudah tercemar dan rojak. Sungguh pun begitu umat Islam harus menghormati Bible. Malahan menurut pendapat aku, yang amat kuat dan pekat dipengaruhi oleh cara pemikiran Ahmad Deedat, Muslim harus membaca Bible.
Anyway pada jam 11 lebih aku mendapat panggilan hayat isteri dan aku kena balik... Sebelum aku undur diri, Mr Albert sempat memberi aku buah tangan seperti dlm gambar dibawah...
Hadiah perpisahan sementara..
Ia adalah Zabur dan Injil dalam bahasa Malaysia @ Melayu. Aku belum baca lagi. Tp sepintas lalu ini hanya alih bahasa Psalm (dari Old Testament) dan New Testament. Since Mr Albert menghadiahkan aku "buku" ini sebagai hadiah perpisahan sementara, maka aku pun menghadiahkannya sesuatu. Aku memperkenalkannya (bukan menghadiahkannya kerana aku tak bawa hadiah apa pun) dengan buku yang mengubah aku selamanya iaitu buku Bible, Quran & Science.
Buku yang mengubah hidup aku selamanya dan juga yang menyelamatkan aku...
Apa pun, aku lihat kini kami makin selesa berbincang perihal agama dan atas sebab itu aku berdoa agar kami masih berpeluang utk berbicara dan berdialog lagi dimasa hadapan.
Sekian..
apa yang awi buat ni bagus, jealous jugak sebenarnya kandar ni, haha. anyway, keep going! boleh sembang sama2 nanti, yeah~
ReplyDeleteThanks.
Delete