Sunday, 24 November 2013

Pendidikan Negara; Anjakan Sistem

  1. Tahniah kepada yang baru mendapat kelulusan peperiksaan yang baik tempoh hari. Tapi bagi yang kurang cemerlang, ia bukan penutup segala ruang. Masih ada ruang, cuma kena usaha lebih.
  2. Keputusan peperiksaan sebenarnya merupakan tiket untuk memasuki pusat pengajian yang lebih baik mahu pun juga membuka ruang pintu pekerjaan yang labih besar dan pelbagai. Jika tiket peperiksaan kurang baik, maka makin kecil ruang peluang memilih pusat pengajian atau pekerjaan yang diidamkan dan makin sempit lah ruang yang ada. 
  3. Namun ia juga bukan penutup impian dan cita². Cuma perlu berusaha dgn lebih gigih dan kena banyak sabar.
  4. Sedikit sebanyak aku berpendapat bahwa sistem pendidikan kita tidak begitu menjana bakat anak muda negara kita. Setiap induvidu dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing². Dan seseorang itu akan menjadi terhebat jika dia mampu mencerna bakat anugerah (kelebihan) yang telah di 'hardwire' kan oleh tuhan. 
  5. Namun begitu, tak dikatakan bahawa bakat sahaja tanpa usaha seseorang itu akan berjaya. Tiada manusia yang begitu sebenarnya. Setiap orang yang dikatakan berbakat hanya akan berjaya dengan usaha. Cuma jika dia minat dalam bidang yang dia ceburi, maka dia tidak merasakan sangat penat lelah berlatih dan latih tubi ketika 'mengasah' bakat tersebut. 
  6. Bukan semua orang boleh jadi Bill Gate, Micheal Jordan, Leonal Messi, Elvis Presley, James Hetfield, Aznil Nawawi, Anwar Ibrahim mahu pun Ustaz Azhar Idrus. Setiap orang insan ada kelebihan dan kekurangan dan peranan masing².
  7. Di Malaysia, kita tidak begitu diberi ruang untuk membentuk profession kita mengikut kemahuan dan bakat kita. Di Malaysia graduan dihasilkan umpama kilang bagi menghasilkan produk. Jika secara "bernasib baik' maka produk itu akan menjadi hasil yang baik dan berjaya dalam kerjaya mereka. 
  8. Walau pun perubahan diperlukan, namun kita tidak boleh menyalahkan sesiapa mahupun pemimpin kita yang terdahulu. Ini adalah kerana pada ketika itu dan (maybe) kini, negara masih memerlukan hasil kilang universiti seperti ini. Negara memerlukan sejumlah jurutera, doktor dan peguam dalam menjana ekonomi negara. Pelabur luar tidak akan melabur di dalam negara jika negara tidak mempunyai sejumlah tenaga kerja mahir yang mencukupi dengan kos yang sewajarnya.
  9. Sebenarnya situasi ini pernah dialami oleh Dr Mahathir dulu. Dulu, ketika memohon untuk biasiswa Negeri Kedah, beliau telah memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang guaman. Tetapi permohonan beliau telah ditolak dan beliau telah dipaksa untuk meneruskan mengajian dalam bidang kedoktoran. Walau pun tak suka, tapi beliau terpaksa. Ini adalah kerana pada ketika itu, negara (negeri Kedah) tiada doktor dari orang Melayu dan Islam. 
  10. Namun begitu, aku perpendapat sistem pendidikan harus berubah. Negara kita masih belum berstatus nagara maju, tapi demi matlamat itulah, anjakan dalam sistem pendidikan adalah perlu. Sistem yang sama hanya akan mendatangkan hasil yang sama. Maka sistem perlu berbeza (atau dikemas kini) demi mendatangkan hasil yang berbeza.
  11. Anak muda kita tak perlu score 17A untuk menjadikan beliau anak muda yang bakal berjasa kepada negara, bangsa dan agama. Adakah Mark Zuckerberg seorang begitu? Malah adakah Einstien begitu? Dia hanya perlu "tersangat" mahir dalam bidang yang dia "hayati". Kita perlu kurangkan 'Jack Of All Trade Merchant of Nothing' tapi menambah 'Jack Of Some Trade but Merchant Of Something'.
  12. Namun sebelum melakukan sebarang perubahan, analisis dan simulasi perlu dilakukan dengan terperinci agar collateral damage tidak lah begitu besar.  
Tiket ke alam perkerjaan..

1 comment: