Saturday 18 October 2014

Temuduga Itu dan Ini

It has been 10 years since I the first day that I joined Perodua. 10 long years. Tapi rasa begitu pantas masa berlalu. Jika suatu ketika dulu, aku ditemuduga untuk kerja, kini aku pula yang menemuduga orang untuk diambil bekerja. Sejujurnya, aku kurang pengalaman ditemuduga. Temuduga rasmi pertama aku adalah dengan Perodua dan alhamdulillah aku terus diambil untuk melalui Assessment Camp untuk program Management Trainee. Temuduga seusai tempoh Assessment Camp juga merupakan temuduga kedua aku, yang berlangsung agak santai. Antara soalan yang ditanya adalah; 

"Sila senaraikan turutan peserta yang layak diambil bekerja dengan syarikat dari paling layak hingga ke paling tidak layak." 

Dan true enough senarai yang aku letak itu hampir 90% seingat aku diambil berkerja bersama aku.

Aku bukan orang yang pandai dan mempunyai kebolehan istimewa yang paling menonjol, ketika itu aku agak kurang jelas kenapa penemuduga agak tertarik dengan aku untuk diambil berkerja.

Beberapa minggu yang lalu aku keluar minum bersama boss aku yang juga merupakan orang yang menemu duga aku untuk bekerja. Ketika itu, dia berjawatan Deputy General Manager (DGM) dan kini dia sudah berjawatan Senior General Manager (SGM). Ketika itu banyak subjek yang kami sembangkan. Antara subjek yang mengudang gelak ketawa adalah kenangan sesi temuduga aku. Sebenarnya aku agak kagum sebab dia masih ingat sesi temuduga aku dengan nya. Ialah, pastinya sepanjang kerjayanya, semestinya dia telah menemuduga beratus induvidu.

Apa yang membuatkan aku diambil berkerja hanya dengan 1 interview? Apa yang aku cakap sampaikan aku diambil bekerja? Dan membuatkan aku masih bertahan dengan kompeni yang sama sehingga 10 tahun? Dan alhamdulillah, walau pun ada juga waktu pahit, tapi aku masih teruja dengan kerja aku. Sukar untuk aku sendiri tafsir. Barang kali juga hanya aku teruja dgn tanggung jawab aku kini, tapi boss aku tidak. Hahaha.. Dey maccha betul!

Sekian lama aku agak tak tahu kenapa sehinggakan bebaru nie. Pada aku ianya KEIKHLASAN dan KEJUJURAN. Terus terang, masa temuduga aku dulu, aku main langgar jer apa aku nak cakap. I have nothing to loose at that time. No preparation and no idea apa kerja yang di offer. Management Trainee? What the hell is that? But 1 thing that I'm sure of is that I only have a few shoots at interviews. Why? My CGPA memang macam celaka.. Hahahahaa.. So, I have to do the best according to my gut feeling.

Fabricate

Semenjak dua menjak ini aku amat kerap menemuduga calon untuk diambil bekerja. Sama ada untuk department aku mahupun department lain. Maaf aku katakan bahawa agak sukar untuk aku jumpa calon yang berkualiti. Walaupun calon itu barangkali mempunyai CGPA yang sangat tinggi; anugerah dekan barangkali, tapi tidak semestinya dia boleh lulus dalam temuduga. Namun begitu, mempunyai CGPA yang tinggi memberi 1 maksud. Budak ni rajin  belajar dan seorang yang pandai. Juga barangkali orang yang buat persediaan. Jadi sebenarnya mereka yang mempunyai CGPA yang tinggi mempunyai sikit kelebihan. Tetapi, malang ada juga yang mempunyai CPGA yang baik tapi tak mampu memberi jawapan temuduga yang baik. Sehinggakan soalan "Kenapa anda mendapat CGPA yang baik" pun tak boleh diberi jawapan yang memuaskan.

Pada aku dalam sesi temudaga yang penting adalah kikhlasan dan kejujuran menjawab soalan dan memberi pendapat. Banyak calon yang cipta @ fabricate jawapan mereka. Barangkali dia akan diambil bekerja, tapi oleh kerana dia fabricate jawapan maka dia akan menderita kelak. Apa maksud menderita?

Imagine, Siti mahu bekerja sebagai seorang Jurutera Electrik. Sebenarnya dia tidak layak tetapi dia berlakun untuk menunjuk minat disamping mencipta jawapan yang barangkali dipelajari ketika di pusat pengajian dulu. Maka dia diambil bekerja sedangkan pada hakikat di tidak lah minat sangat dengan kerja tersebut dan yang paling penting dia tidak layak. Sesudah diambil kerja maka mulalah detik penderitaan tak berkesudahan...

Dari mulanya cuba untuk menyesuaikan diri, akhirnya berakhir dengan penyesalan. Oleh kerana menyesal, maka dia bertambah tidak dapat fokus. Oleh kerana tidak dapat fokus maka kerjanya menjadi perlahan. Bertambah lah banyak silap dan selalulah dimarah. Oleh kerana kerja lambat siap, maka dipaksa untuk kerja lebih masa (OT). Oleh sebab selalu OT, maka bertambah letih. Sesudah bertambah letih, maka bertambah menyesal. Oleh kerana  itu tak dapat fokus dan semakin dijadikan lubuk marah boss.. Maka mulalah sesi berendam air mata penyesalan. Vicious cycle ini berulang dan berganda hingga dia breakdown dan give up. Akhirnya jalan keluar yang mudah adalah tender resignation. Maka itulah rekod buruk pertamanya dalam kerjaya.

Cari Pengalaman Dulu

Antara jawapan cliche yang calon selalu bagi ketika aku dapat 'detect' fabricate answer (jawapan yang dibuat²) adalah; 

"Saya tak kisah kerja apa.. saya nak cari pengalaman dulu. Sekarang tak boleh memilih kerja.. apa yang ada ambil dulu.. Dan saya akan belajar dan berusaha untuk minat dan buat yang terbaik.."

Jawapan "saya nak cari pengalaman dulu" adalah antara jawapan yang paling buat aku nak buli calon semasa sesi temuduga sebenarnya. Semakin selfish jawapan, makin sadis aku jadi. Semakin ganas aku nak buli calon. Dia nak pengalaman? Fine, I will give him @ her the best pengalaman ever. The most memorable experience ever. Maybe apa yang aku buat HR tak berkenan, (sejujurnya, aku pernah kena tegur), tapi sebenarnya aku juga nak ajar dia untuk lebih bersedia untuk temuduganya dimasa hadapan supaya tak tak sesuka hati nak kencing orang. At least kalu nak kencing, biarlah bebetul power atau bertempat. Jangan kencing pun bertabur.

Masalah²

Berkerjaya atau memilih kerja pada aku seumpama memilih pasangan hidup. Why? Cuba fikir, dalam waktu celik kita, berapa jam kita dengan pasangan kita dan berapa jam kita dengan boss dan office mate kita? Jadi kalau nak pilih pasangan hidup, kenalah sesuai. Boleh nikah just semata nak cari pengalaman nikah? Kalu anda bukan jenis sosial, jangan ambil kerja involve handling people. Kalu dah nak jaga sangat syariat ugama sebab takut terjebak dalam kancah maksiat (maybe gelojak nafsu amarah bissuk terlampau gelora kot...), sampaikan nak bercakap dengan lelaki pun kena sehasta jauh, maka better gi kerja dengan mesin. Kecuali dengan mesin pun boleh naik nafsu lah. Kalu nak bersiap hias pun tak mau sebab "berdosa" jangan kerja bahagian marketing dan customer service. Kerja sebagai rubber tapper. Toreh getak tak perlu berhias.

Antara masalah yang aku dapat sepanjang sejarah 10 tahun aku kerja dengan staff anak dara nie adalah masalah "takut boyfriend marah". This really annoyed me a lot. Lagi control, lagi aku nak test, lagi akun suka depa gaduh². Once I requested to talk to her boyfriend to justify that I had no interest at all. Ada juga yang kunun nak jaga batasan ugama. Tak boleh duduk sekali (berdua) dalam ofis. Well, you ask for it. You ask to be "bantai" in public. Than you'll have it. Kena bantai depan orang. Jangan nangis udah. Tu tak termasuk tak mahu berhias. Berhias untuk selain suami adalah dosa. Come on... Kalu dah involve customers service, kena lah jaga penampilan. Tak kan lah muka macam mayat pulak? Dulu masa minta kerja semuanya boleh. 

Basically, untuk mendapat kerja yang sesuai dengan diri kenalah ikhlas & jujur dalam memberi jawapan dalam interview. Iya, Memang ada masa kita kena fabricate jawapan, tapi tak lah sampai intipati temuduga pun nak fabricate? Kalu jawapan jujur, dan diambil berkerja maka ini bermakna calon memang sesusai dengan jawatan yang ditemuduga. Insya'allah anda akan mendapat kepuasan dalam kerjaya anda.

Tip² Asas

Meh, abe² hensom interview awak² nie yerr...

Walaupun perlu menjadi diri sendiri semasa temuduga kadang² perlulah juga membuat sedikit persediaan. Tidak lah kerana anda minat Cradle Of Filth atau Merilyn Manson (macam aku), masa temuduga, anda pakai celak dan pakai jeans semasa interview. Bukan macam itu. Penampilan kena juga betul. Macam aku dulu, lepas dah kerja dan ada asas kuat baru mula aku buat perangai waktu ofis (hahahaha...). Berikut adalah a few advice for all adik² yek...

1. Penampilan: Tolong lah pakai decent office shirt. Rambut tolonglah jangan trendy sgt. Kalu rambut simpan ekor, cover baik². Rambut K-Pop adalah pantang paling besar. Unless temuduga untuk kumpulan tarian pop lah. Tapi kalu kerja ofis korperat, tolong jangan poyo. Untuk perempuan, tolong lah berhias sikit. Even kalu nak kerja sebagai tukang cuci pun kena lah pakai foundation atau at least lip gloss. Tip: Kuku biar pendek dan nafas jangan berbau.

2. Persediaan: Study sikit jawatan apa yang dimohon. Study juga latar belakang syarikat. Aku dah dengar berbagai bullshit. Juga, kalau ada pengetahuan AM pun sangat bagus. Tapi jangan cuba masuk ke sembang politik. Cuba lari dari topik politik seboleh mungkin. Tapi jangan lah sampai tak tunjuk ambil berat langsung.

3. Dokumen: Nie paling basic. Terbaik, sediakan salinan 3 resume untuk pentemuduga. Resume mestilah lengkap. Selalunya calon dikehendaki mengisi borang mohon kerja. Maka tolong isi dengan betul dan lengkap. Baca dan semak semula.Sebolehnya tulisan biar kemas dan jelas. Ada sesetengah kes "ajaib", tulisan calon lebih buruk dari tulisan budak sekolah rendah dengan alligment semua lari habis disamping English spelling yang hancur lebur. Ntah macam manalah boleh masuk dan gradute Uni? Aku cadang lepas nie nak buat statistik Uni mana produce calon paling sampah. 

3.  Confident: Once dah ada semua yang aku tulis sebelum nie, in most condition calon akan confident. Bila dia berkeyakinan, maka peluang untuk memberi jawapan yang bernas adalah tinggi.

To be A Good Leader, You Need to be A Good Follower

Sebenarnya pentemuduga bukannya nak buli atau nak dera calon. Ada juga calon yang perasan cantik ingat si pentemuduga nak ngorat dia. Come on.. At least on my side, tidak lah. Jadi calon tidak perlu gentar atau cemas. Buat sikit homework dan jujur. Jangan terlampau construct jawapan. Just go with the flow. Namun begitu itu bukan bermaksud main cakap jer macam mat rempit. Susun perkataan supaya mudah difahami namun jawap dengan jujur berdasarkan pengetahuan. Memang ada soalan yang berbentuk menguji pengetahuan yang berbentuk teknikal (macam skill excel dan teori² tertentu). Cadangan aku adalah bawa sampel project yang melibatkan teknikel skil yang diceritakan.

Terus terang cakap, sepanjang aku terlibat dengan interview, tak pernah sorang pun calon yang bawa sampel projek yang membuktikan teori, bullshit or at least skill excel mereka. Bila suruh buktikan skil excel contohnya: mulalah dia meraban marabun. Tesis pun tak bawa. Tapi cakap macam tesis boleh masuk percalunan anugerah Nobel. Semua orang boleh cakap. Tapi bukan semua orang boleh buktikan apa yang dia cakap.

Personally, dulu masa interview, aku bawa Tesis aku dan aku bagi interviewer aku tengok Tesis aku. Jadi kepada adik², bawalah sample project paper dan juga Tesis anda ketika temuduga. Jangan simpan Tesis anda di rumah. Ibu bapa anda tak baca punya Tesis anda. Tesis anda adalah 'walk the talk' anda. Kecuali Tesis anda macam sampah lah..

Namun begitu banyak dari soalan adalah berbentuk spontan yang berbentuk ingin menguji kemahiran berfikir dan membuat keputusan.

Bagi pihak pentemuduga pula (interviewer), sekiranya dia boss, dia sebenarnya mencari sesorang yang dia boleh berkerjasama. Ada sesetengah calon bergitu menjual yang dia adalah seorang leader. Tak perlu sebenarnya. Memang ada masa perlu digambarkan yang calon boleh memimpin, namun perlu ditekan yang calon juga merupakan executor yang baik. Kalu semua orang jadi leader, siapa yang nak jadi pengikut @ pelaksana?

Memang susah nak cari calon yang berkualiti. Ntah kenapa aku rasa majoriti calon yang aku interview tak ble nak sampai standard yang aku nak.  Aku tak faham apa student kat Uni sekarang belajar. Kat internet ramai jer keyboard warrior. Kununnya mereka golongan terpelajar dan bijak pandai. Yang aku banyak jumpa adalah golongan yang 'rasa pandai', emo dan pendek akal. Maybe juga nasib aku tak baik.

Apa pun, kepada calon² mencari kerja sekarang pastikan anda memilih kerja yang sesuai dengan diri anda. Memang ada masa kita tak boleh memilih, namun ada masanya anda juga perlu juga memilih. Ini adalah supaya anda tidak berendam air mata penyesalan yang akhirnya merosakkan diri anda sendiri.

Kepada yang baru memulakan kerjaya, maka fokus dan bersungguh. Dunia pekerjaan bukan seperti yang anda lihat dalam TV. Penuh glamor, makan steak, keluar minum petang dan lain² bull shit. Tapi dunia pekerjaan adalah dunia peperangan. Enjoy your stress dan enjoy the little things. This song is for you. Welcome to the industry! Welcome a working man!

Working man! Working bee! Hey man²..  Yearghhh!


21 comments:

  1. Salam encik. saya dapat panggilan interview management trainee dgn perodua. honestly saya just apply je position tu sbb bila tgk website perodua ada career utk trainee lepasan ijazah. perlu ke saya pergi interview kalau saya just apply atas dasar requirement degree dan nak cari kerja tapi kurang minat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk interview, awak dinasihatkan untuk pergi. Paling tidak untuk mendapat atau menambah pengalaman interview. Dlm pada itu, time interview, sila tanya sebanyak mungkin soalan kerana awak "have nothing to loose". Mana tau, setelah awak drill interviewee awak pula yang tertarik hati dengan posisi tersebut pula.

      Delete
  2. salam. boleh saya tahu, mcm mn interview utk postn management trainee ni ye? individu or group discussion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa... nak soalan bocor ke? Tak pe...
      1. Standard interview. Nak kenal dan tgk akal - Induvidu
      2. Assestment camp (macam The Apprentice) untuk uji akal - group.

      Delete
  3. Salam encik
    Saya dapat panggilan interview untuk jawatan customer relation Executive. Boleh bagi tips ape yg patut sy prepare ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.
      1. Awak hanya perlu jujur pada diri sendiri dan pentemuduga.
      2. Juga pastikan awak tau sedikit sebanyak background syarikat.
      3. Senyum dan yakin pada diri sendiri.
      4. Relex.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cik.saya dpt panggilan temuduga utk jawatan executive di part divison.tapi sy nk tahu skop tugas executive di part division.oleh sbb sy adlah dri background hr.jadi sy risau kalau jawatan executive yg ditawarkan bukan bidang sy.harap bantu saya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum encik. saya izyan, saya dipanggil untuk interview dengan perodua pada 6 julai 2015 ni bagi jawatan admin asisstant- department distribution. boleh en bagi tips sebagai persedian. dan boleh saya tau perodua interview dalam bahasa melayu atau inggeris?

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum encik. saya izyan, saya dipanggil untuk interview dengan perodua pada 6 julai 2015 ni bagi jawatan admin asisstant- department distribution. boleh en bagi tips sebagai persedian. dan boleh saya tau perodua interview dalam bahasa melayu atau inggeris?

    ReplyDelete
  9. Tahniah. Jadi diri sendiri dgn jujur ikhlas untuk mendapatkan rezki. Insya'allah jika jodoh awak, bersamalah awak dgn Perodua.

    ReplyDelete
  10. salam encik..saya dipanggil untuk temuduga jawatan executive-purchasing department. apakah preparation yang saya perlu buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam,
      Awak kena jujur. Tugas dalam bahagian purchasing banyak dugaan.

      Delete
  11. Assalamualaikum encik,saya dipanggil temuduga management trainee di public bank.Saya ada membaca beberapa blog tentang soalan-soalan yang bakal ditanya. Salah satu nya jika diberi pilihan untuk memilih department, department mana yang akan anda pilih. Memandangkan saya fresh graduate saya tidak berapa pasti ingin memilih department yang mana. Boleh beri sedikit nasihat tentang soalan itu dan bagaimana ingin menjawabnya serta penerangan mengenai department-department yang ada di sebuah bank.Terima kasih

    ReplyDelete
  12. W'salam,
    Awak hanya perlu jujur dengan pentemuduga. Tetapi sebagai permulaan, awak perlu jujur dengan diri sendiri. Intuk department dalam bank, saya sendiri pun tak tahu kerana saya bukan berkerja di bank. Sepatutnya awak buat ulangkaji sebelum temuduga.

    ReplyDelete
  13. Tulisan u pun berterabur, English out... Itu kira dah 10 tahun u dalam office, MUNGKIN setiap hari kena guna English. Tp klu mcm ni English u selepas 10 tahun keja kat opis, teruk la boss..... ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan tulis proposal atau report. Saya just tulis secara santai.

      Delete
  14. Salam En, saya dapat panggilan untuk 2nd interview for position engineer CQS. any tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry... lambat jawab. Jawab seikhlas mungkin

      Delete
  15. ya allah, makin debar pulak, saya fresh graduate dari hasi pkp.. plan nak pergi temuduga terbuka produa 11/8 ni di rawang.. dan ni first formal interview.. harap berjalan lancar la semua ni

    ReplyDelete