Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Sunday, 17 February 2019

Flat Earth

It was a sudden phenomena that suddenly the flat earth topic become hot issue in Malaysia. I don't really follow what is trending in Malaysia. I don't even know what the latest viral video. But I have to admit I missed much of the fun. Maybe I'm too busy with other things in life. However, I am very political conscious even though I'm more into observer, restraining myself from commenting.

I think the flat earth became a topic because of 1 moron; a shameless religious whore wrote something about the matter. His name is Suhaimi Saad. As per my limited knowledge he is a singer (nasyid) and husband of Ina Naim (ex girlfriend) of Mawi World. Many things he did does not reflect Islam. He did not vaccine his children and does not send his children to school. Pity his child..

PS: I think Mawi took the correct decision by not marrying Ina Naim..   

Not sure what Suhaimi said. But it has caused our astronaut to respond.

Can you differentiate ulama' and religious whore?
Actually, he is not the 1st religious whore that claim earth to be flat. There are many others. Some claims are from middle eastern religious whore. Telling lies in mosque and religious gatherings. In Malaysia, Ustaz Auni, mention that he "berlapang dada" in the flat earth subject. Meaning he accept both flat and round (oblong). I personally despise Auni. For me, he is a liar. He lies in mosques. Thus he is a religious whore in my dictionary. I just can't tolerate people telling lies in the name of God. They took God's name in vain (1 of the 10 commandment.. Hah hahahah). 

Stupid and arrogance Muslim are not the only group that believe in flat earth theory. The Christian are worse. Their argument about flat earth is that Nasa tell lies. Nasa wanted the world to believe that earth is oblong. Thus there are things in common between the Muslim and the Christians. Finally the zealot in both religion can have 1 common believe. Finally there are peace on earth.

However, actually the zealot Christians have more reason to deny oblong earth. This is because it was the Muslims that champion the oblong or round earth idea in the first place. But the zealot Muslim have extra main reason to accept the flat earth theory. It is said that its the work of the Jew that lie about true earth form. For certain reason, the Jew wanted us to believe that earth is oblong or round and not flat.

Note: What I'm about to write after this is partial lie with many edits. But the main message is there.
I myself had encounter a dialog with an anonymous flat earth believer in the net. It was in Malay. Be warned, it was along dialoged. This was the 2017:

Pawi: Hang baca website link yang aku bagi tu. Kemudian sebelum hang buat keputusan or make any statement hang pi cari buku Dr Danial tu; Quran Saintifik. Actually, Modern Flat Eart Society ni group Christian. Dari Christian yang cuba tegakkan benang basah untuk buktikan kebenaran Bible. Refer attachment bawah..


Flat Earth: Ok, aku just share point depa pula, ko refer kink bawah ni....
Flat Eath: Kita percaya matahari beredar mengelilingi bima sakti drpd matahari beredar mengelilingi bumi utk jadikan siang dan malam... Kita percaya yg jadikan siang dan malam adalah putaran bumi, bukannya peredaran matahari. Itu yg kita belajar.. Ko tengok ayat Quran bawah.



Pawi: Ayat 1st tu nak bagi tau kebesaran dan fenomena; Senario pertama; 
1. Allah jadikan matahari 
2. Allah jadikan bulan. 
Yang sentiasa beredar untuk kepentingan. Senario kedua; Menjadikan siang dan malam (putaran bumi). Hang kena faham betul2 ayat tu. 
Subject 1; Matahari bulan untuk kepentingan dan kemudahan 
Subject 2; putaran bumi untuk faedah. 
Mai aku edit sikit bagi jelas:

Hang kena faham. Subject dalam ayat² Quran ni ada 3; 
1. Siang malam (putaran bumi). 
2. Matahari yang terapung. 
3. Bulan yang terapung.

FYI dalam tafsir simbol *( dan simbul *) tak wujud. Itu hanya tambahan tukang tafsir. Simbul *; menghampiri maksud () dalam penggunaan harian.
Flat Earth: Yg putaran bumi tafsir dari mana? 
Pawi: Putaran bumi = siang dan malam.
Flat Earth: Dah try pakai torchlight?  
Pawi: Fokus pada ayat. Ayat 33 tu merujuk kepada 2 Subject. 
1. Matahari dan bulan untuk kepentingan dan kemudahan. 
2. Siang dan malam untuk faedah.
Flat Earth: Ya paham yang mana tafsir bumi berputar. Kalau tak berputar pun boleh jadi siang malam. Aku nak dapatkan fakta je ni..bukan nak mengiyakan sangat flat earth. Ko refer bawah: 


Pawi: Hahahaha... tak sangka hang bagi gambar ni kat aku. Aku bukan hafiz. So aku tak ingat. Kalau hang bagi ayat aku boleh "tafsir" untuk hang. Hang dah baca ke belum link tu?
Flat Earth: Ok la..kita sembang pasal fizik pulak. Bumi berputar 1ribu lebih km/j. Bumi berputar/berpusing memang takde kalau search dalam Al Quran tafsir.

Aku bukan hafiz. So aku tak ingat. Kalau hang bagi ayat aku boleh "tafsir" untuk hang. Dasyat jugak boh, pandai tafsir... Ayat siang dan malam boleh tafsir jadi bumi berputar.. Cakap pasal fakta.. Lampu jalan yang tinggi sama, kalau dah jauhnya 1km kita tak nampak dah lampu tu..
Pawi: Tolong faham maksud " " . Apa yang hang cuba ketengahkan ni adalah teori helios. Tau siapa helios?
Flat Earth: Ketepikan dulu sapa pencipta teori..yakinkan dgn fizik. Dah tengok video tu? Yang Indon.
Pawi: Masya Allah .... Hang nie.
Flat Earth: Yakinkan dulu dgn fizik.. Hehe, saja buat penat fikir. Yang pasal dia zoom benda dari jauh masih boleh nampak.. Kalau bumi melengkung patut taknampak dah. Kenapa?
Pawi: Pertama sekali, utube video tu sapa buat? Non Muslim kan .. Jadi hang percaya Non MUSLIM punya teori. Tapi teori bumi bulat dan matahari, berputar dan Etc hang tak percaya... Teori ni pula Muslim yang cetus...
Flat Earth: Teori....
Pawi: Yang pasal dia zoom benda dari jauh masih boleh nampak.. Kalau bumi melengkung patut taknampak dah...Pasai pa jd lagu tu. Ok, hang pernah dengar nama Elbert Einstien. Hang pernah dengan Albert Einstein? Pencetus teori E=MC².


Flat Earth: Faham, jawab solan fizik td dulu.
Pawi: Bumi ada jisim. Cahaya tu adalah sejenis makhluk (ada jisim). Dia akan curve. Dah jawab.
Flat Earth: Tapi kalau zoom masih nampk. Tak curve.
Pawi: Cahaya bila lalu sebelah jisim besar akan curve. Tolong serach dalam internet. Tengok imej aku conteng bawah:


Flat Earth: Hmmm...  Good (simbol tangan Good)


Pawi: Fenomena ni dah di terangkan. Bukan sahaja untuk masalah ni. Kalau tak silap aku, teori ni dapat dibuktikan masa memerhati gerhana matahari. Bila kedudukan bintang berubah.

Flat Earth: Kenapa kapal terbang laju 600kmj bergerak melawan arus putaran bumi tak jadi 2+++kmj?
Pawi: Sama konsep hang naik kereta api. Or bas. Or anything.  

Flat Earth: Bas, kita berada dgn momentum bas.

Pawi: Kereta api bergerak ke utara dengan kelajuan 80km/h. Hang jalan ke selatan xkm/h. Hang still sampai ke belakang train.

Flat Earth: Kalau kita lompat atas bas yg bergerak dari atas jambatan mau tergolek.. Kapal terbang sepatutnya takdak momentum apa2.. Macam kita naik treadmill, tak ke tergolek kalau masa tengah laju. 

Pawi: Susah aku nak explain dalam bentuk ayat. Hang boleh refer utube.

Flat Earth: Yang pasal train faham.. Kaki kita pijak tren dgn kelajuan tren tu...faham. Logik tak kalau helikopter bergerak keatas dan tak statik di udara..dgn kelajuan bumi yg 1+++kmj tak ke mcm tercampak ke tempat lain...

Pawi: Dari cara yang tulis, hang macam percaya teori Flat Earth. Pertama sekali Flat Earth dah terbukti salah.  

Flat Earth: Laa... jap dulu. Sembang fizik. Sejarah nanti.

Pawi: Kalau flat earth dah debunk, segala teori berkaitan Flat Earth pun debunk. Aku bukan ulamak fizik. So, penerangan aku terhad. Cara hang fikir macam orang (sorry to say) macam orang primitif.
  
Flat Earth: Adoi.. Fikir fizik kejap pasai helikopter tadi.

Pawi: Again, kalau flat earth teori dah debunk, segala argument support dah tertolak.

Flat Earth: Apa² pun, aku masih tak lari dgn matahari dan bulan berputar.. 

Pawi: Matahari dan bulan berputar memang tak salah. Kutub selatan tu bukan hujung dunia. Tak pernah orang jumpa hujung dunia. Bumi ni bulat.
Flat Earth: Sejarah...
Pawi: Ya Allah. Itu fakta. Ekspedisi kutub utara selatan dan lama tamat. Kalau sejarah tak dijadikan fakta atau dokumen, maka tak ada rukun atau peraturan hidup. Malah Quran itu merupakan catatan sejarah. menidakkan sejarah seperti menidakkan kaedah ajaran Quran.
Flat Earth: Bukan pertikai sejarah dalam Quran. Jangan lari konteks. 

Pawi: Aku tak lari konteks. Berkaitan dengan helikopter hang tu, aku dah explain secara kasar.. Bila hang lompat dalam bas atau lepaskan objek dalam bas, object tu masih jatuh di tempat sama. Explanation detail aku tak reti nak bagi. Hang tolong cari sendiri. Sama juga kalau hang naik kapal terbang. Cuba jatuhkan object. Objek tak terpelanting ke belangkang.

Flat Earth: Laju bumi berputar. Jatuhkan luar kapal terbang.

Pawi: Dengan kelajuan plan, object terbit akan terus terpelanting ke belakang kapal terbang. Tapi object tak terpelanting ke belakang. Masih jatuh atas lantai kapal terbang. Bila hang naik kapal terbang, hang test.
Flat Earth: Faham bab tu.. ok mcm ni..andai kan manusia boleh lompat setinggi 20meter... mulany dia kat atas bumbung train...dia lompat, dia akan jatuh kat tempat sama ke?
Pawi: Ya. Aku dah explain. Ini dinamakan graviti... Benda asas lah... 
Flat Earth: 20meter tinggi, tren 80kmj. Oooo....

Pawi: Hang tak rasa bangga ka bila Muslim yang meneroka bahawa Bumi ni bulat? Siap ukuran dan diameter lagi?



Flat Earth: Ok. ok...

Than our conversation ends.. Looking at the dialog, I think I could respond better. I have to admit that I did not answer all his question. This is simply because I just don't know the physic of it in detail. His argument were all medieval kind. Purely parallax. Simple mind argument. Simple basic logic. Physic maybe the law of logic. But logic in physic does not mean what it seems.

With the reemergence of flat earth believer, I wonder what happen to our education system. We taught our children to hafal @ memorize rather than understand. That is why, we fail. The children are not educated but they are force to memorize.

Anyway looking at the many comment in the internet, it is safe to say flat earth believer is very small. Many make fun of them. Many joke about them. But for me they are dangerous because they carry the word of God as their main proof while in fact they do not understand it.  

Wednesday, 31 August 2016

Merdeka 2016 - Hak Siapa Merdeka Ini?

Salam Merdeka 2016...

Ianya sama ada usia aku semakin meningkat atau, sememangnya ianya menjadi semakin suram. Pada hemat aku, sambutan hari kemerdekaan negara makin suram. Seolah tiada apa yang hendak digembirakan atau dihayati pada hari yang jatuh pada 31 Ogos. 

Kenapa aku berkata demikian? 

Kita boleh kira dengan jari bilangan kenderaan yang memasang bendera,
Kita jarang sekali lihat rumah memasang bendera,
Malah ketika aku memandu di KL siang tadi, tiada apa yang berbeza, 
Tiada apa yang meriah tentang hari keramat ini... Bangunan di bandaraya KL nampak biasa, 
Tiada bendera, mahupan slogan atau apa sahaja yang memaparkan kemeriahan sambutan hari merdeka,
Aku pasti pihak kementerian mengarahkan sekolah dan bangunana kerajaan memasang bendera dan untuk hari merdeka, 
Mungkin kementerian ada menghantar surat pekeliling kepada semua pihak milikan bangunan swasta? Mungkin ya. 
Jika Ya, maka ia dipandang sepi...

Kenapa boleh jadi begini?

Aku menulis bukan kerana aku sendiri memasang bendera pada kereta² aku. Tidak juga aku memasang bendera di rumah aku. Aku pun 2 x 5 juga..  

Kenapa semangat patriotik rakyat Malaysia makin luntur? Mengapa pada zahir seolah rakyat makin berpecah dan tak sayangkan negara?

Ini hanya pandangan aku...

Pada hemat aku, rakyat tak berpecah menjadi "racism". Tapi rakyat memang berpecah atas faktor politik. Sepatutnya, politik tidak melunturkan semangat cintakan negara dan patriotism. Tapi di Malaysia, itu yang berlaku.

Di Malaysia, kemerdekaan merupakan hak mutlak satu parti politik - UMNO. Maka sambutan hari kemerdekaan pada umum, barangkali seolah menyambut hari kejayaan UMNO. 

Dalam keadaan dimana UMNO dan BN makin hilang sokongan "jati" dan "ikhlas" majoriti rakyat, maka tidak hairan majoriti rakyat memandang sepi sambutan hari kemerdekaan. Pada mereka "Untuk apa menyambut hari ulang tahun kejayaan UMNO?"

Memang hakikatnya Tanah Melayu Merdeka atas usaha gigih pemimpin UMNO yang terdahulu. Namun setelah membaca beberapa tulisan saudara Kassim Ahmad dan mengingati semula catatan dalam buku sejarah sekolah, UMNO bukan satu satunya tunjang. Ada lagi mereka² yang lain.

Malangnya, kisah kemerdekaan tidak didendangkan secara penuh oleh mereka yang memerintah. Pada aku ia merupakan satu sabotaj terhadap sejarah.

Aku ada terdengar ucapan Perdana Menteri Najib di TV secara rambang. Daripada ucapan beliau, aku tak nampak akan membuatkan rakyat Malaysia semakin menzahirkan kemeriahan hari kemerdekaan. Ucapan beliau tidak lain hanya mengungkit yang negara merdeka atas jasa UMNO. 

Pada aku ucapan beliau hanyalah ucapan politik "marilah mengundi UMNO dan BN".

Utopia Aku

Apa kata kalau pada hari kemerdekaan, kita lupakan sahaja politik buat seketika. Jika sekali pun lah yang UMNO merupakan satu² sebab negara boleh mencapai kemerdekaan, apa kata pada hari kemerdekaan usah diucap berulang kali yang kemerdekaan adalah usaha UMNO. Apa kata di hari kemerdekaan ditumpukan perhatian pada perpaduan, keamanan dan meningkatkan kemakmuran negara.

Cuba jemput semua pemimpin politik termasuk dari pihak pembangkang untuk bersama. Sama² melaungkan ucapan kemerdekaan ataupun testimoni kemerdekaan. Barulah rakyat nampak yang pemimpin politik Malaysia matang dalam berpolitik.

Tapi aku percaya semua itu mustahil akan berlaku. 

Selamat hari Kemerdekaan tahun 2016... 




Sunday, 11 January 2015

Freedom Of Speech - Kebebasan Bersuara

Something from some guy... Which is respected but also with condition... If you ask me..

Aku tak pasti samada kita rakyat Malaysia sedar akan berita nie; "Charlie Hebdo Shooting". Ada masuk berita Malaysia but mungkin ramai yang tak berapa nak notice because kita sendiri fokus pada banjir dan juga isu terhempas Air Asia. Untuk detail sila rujuk wiki disini. In short, sefaham aku adalah beberapa kartunis dan staff daripada surat khabar satira mingguan komik yg berjudul Charlie Hebdo telah dibunuh. Dan semasa mereka dibunuh, pembunuh telah melaungkan Allahu Akbar.
 Inilah video yg menjadi viral dan pada hemat aku... mamalukan umat Islam..

Kebabasan Bersuara
Adakah Islam menghalang kebebasan bersuara? NO. Sebaliknya Islam meraikan kebebasan bersuara dalam ertikata memberi pendapat. Sila rujuk ayat Quran di bawah..

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. - Az Zumar ayat 18.

Untuk ayat diatas, aku keluarkan segala penambahan tafsir. Just purely ayat. Having said so, please kindly refer your Quran for tafsir. Dalam rujukan aku ada 2 Quran; Yusuf Ali dan Mushaf Malaysia. Yusuf Ali membuat direct tafsir untuk maksud "perkataan²" sebagai "Word" dengan W sebagai huruf besar. Ia menyempitkan maksud "perkataan". Jika diambil dari tafsir Mushaf Malaysia dan dari internet, ia membawa maksud yg lebih umum dan lebih universal. Maksud yang amat sesuai digunakan jika anda seorang pemimpin, raja, sahabat dan pendek katanya sebagai manusia.

Secara asasnya ayat diatas memberitahu bahawa jika kita mahu membuat keputusan yang terbaik atau menjadi seorang yang matang (berakal sempurna), maka kita mestilah mendengar semua pandangan. Bukan ikut akal kita dan segelintir pandangan sahaja. Dan mendengar pandangan ini bukan sahaja dari segi audio, tapi juga dari pembacaan. Macam mana kita boleh "mendengar perkataan-perkataan" sekiranya tiada kebebasan untuk mengeluarkan perkataan?  Pada hemat aku kebebasan mengeluarkan perkataan adalah kebebasan bersuara.

Jika mengikut pandangan aku, ayat ini juga merupakan satu tanda kemodenan Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Ketika zaman tiada kebebasan bersuara, ketika zaman feudal (beraja) dan ketika zaman warlord, di tengah padang pasir (padang batu sebenarnya), bergema seruan tentang kebebasan bersuara... Alangkan indah dan hebatnya Quran... Inilah mukjizat Quran yang membuktikan kerasulan Rasullulah. Islam bukan terbukti kebenaran dengan bentuk awan dilangit dan ntah apa² lagi. Tapi Islam benar kerana ayat² itu benar.

Malangnya Umat Islam
Sungguh malang umat Islam kini. Umumnya majoriti Muslim tidak faham Islam yang asas. Sebaliknya mereka merumitkan Islam itu sendiri. Mereka membiarkan fahaman Islam mereka dibentuk oleh tok² guru tanpa sebarang cabaran. Kalau mencabar tok guru seolah ingkar pada Allah pula. Sedangkan tok² guru ini hanya manusia biasa. Tok guru nie pulak pantang dicabar disoal. Mulalah melatah dan dihukum orang yang menyoalnya. Sungguh sombong - arrogance.

Kini umat Islam kembali kezaman jahiliah. Zaman tidak boleh menggunakan akal. Tidak boleh menyuarakan pendapat. Zaman angguk dan patuh. Bukan Allah tak bagi guna akal. Tapi sesetengah tok² guru inilah yang menghalang. Ini adalah cara untuk berkuasa. Follow without question.

Kebebasan Bersuaran Tanpa Batasan?
Adakah kita boleh bersuara tanpa kawalan. Tidak. Islam memberi batasan atau kawalan dalam kebebasan bersuara. Ianya bukan mutlak. Perlukan kematangan dalam bersuara. Tanpa kematangan ia seolah orang yang hilang akal pula. Juga bila bersuara pastikan menggunakan adap dan adap serta menjaga sensetiviti setempat. Perlu dilakukan melalui saluran yang betul disamping cara yang betul.

Sebenarnya, common sense sahaja dah cukup untuk memberi panduan dalam batasan untuk bersuara. Tak perlu kitab suci memberi ayat sokongan pun dah boleh berfikir bagi mereka yang mepunyai akal yang sempurna.



Adakah mereka mempunyai akal yang sempurna sangguh melakukan penghinaan sebegini rupa kepada Rasullullah? Barangkali mereka merasakan mereka moden dan matang, tapi ini tidak lebih dari usikan delinquent.


Melihat pada kartun diatas, sebagai seorang Muslim yang sayangkan Rasullulah, agak sukar untuk kita menahan sabar. Barangkali penganut ugama lain boleh bersabar jika Jesus, Buddha, Siva dan lain² diusik sebegitu sekali. Namun sebagai Muslim yang sayangkan Rasullullah, tambahan yang pernah menziarah baginda di Masjid baginda, pasti berasa marah dan sedih.

Tapi adakah bertindak sedemikian; membunuh penulis dan yang terlibat dalam penerbitan adalah langkah yang bijak dan betul? Sebelum itu, apa yang dunia akan lakukan jika yang diusik adalah orang Yahudi?
 Anti sematic? Setahu aku, bangsa Arab juga bangsa sematic? Why only apply for the Jews?
Perit dan sukar, tapi inilah dunia yang kita tengah hidup sekarang. Zaman dimana Islam dikedudukan paling hina. Lebih 1000 tahun Muslim merupakan umat yang moden dan progressive, tapi akibat tok² tertentu yang gilakan kuasa dan pengaruh, kini Islam kembali kebelakang.

Cara yang lebih baik

Inilah cara yang dianjurkan oleh Islam melalui ayat Quran...

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. - An Nahl ayat 125

Another Islamic origin.. If you ask me..

Cara yang lebih baik. Bukanlah dengan membunuh... Adakah membunuh lebih baik dari usikan kartun? Semarah mana kita, kita sewajibnya bersabar kerana sabar itu sebahagian dari iman dan dihujung setiap sabar ada menangnya. Be a better person. Sekali lagi, Quran menggemakan ucapan yang membawa erti "Pen Is Mightier Than The Sword". Ini juga sungguh moden dan jika ucapan @ seruan serupa ini bergema di 1400 tahun dahulu ditengah padang pasir yang dihuni oleh golongan barbarik. Pada zaman ayat ini diturunkan boleh dikatakan dialog matang adalah hampir 0% berlaku didunia (ianya berlaku di Rom).

Gunakan hujah dan buktikan dengan tingkahlaku yang mereka yang melemparkan tuduhan itu salah dan bohong. Sesungguhnya apa yang berlaku di Perancis kini bukan membuatkan mereka takut dan hormat pada Islam, tapi akan menambahkan lagi benci dan salah sangka mereka pada Islam (yang sebenar). Ia juga akan menambahkan lagi fitnah terhadap Rasullulah dan Quran.


Sunday, 20 October 2013

Transformasi Umno?

It had been along night. Waiting for the result. Walau pun not as mendebarkan as PRU13, but still exciting. Why? The race between Mukhriz and Hishamuddin.


Wargghhh!!!! Panjang keris.. Kejap jer garang turr... Hmm.. Nape perlu minta maaf Datuk?

Aku sebenarnya neutral dalam dunia politik dan komen aku bukannya ada impak pun. It is just my way to express my thought. During the last PRU, I had made my choice. It was not a perfect choice but was a better choice. Malah dalam Islam, kiranya anda ada 2 pilihan dan kedua-duanya membawa "mudarat" maka pilih yang kurang mudarat antara 2. Dan penilaian tahap mudarat itu bergantung pada induvidu yang memikirnya. Inilah dinamakan ijtihad. Tiada 100% salah dan yang 100% betul. 

Perbezaan pendapat adalah perkara biasa. Tambahan perbezaan pendapat yang berobjektifkan kebaikan. Sebaiknya perbezaan pendapat diraikan. Ini adalah supaya terdapat "check & balance" dalam satu keadaan di sesuatu organizasi. Namun begitu hanya organisasi yang matang sahaja mampu meraikan perbezaan pendapat.  

Itu berkaitan dengan pilihan aku dulu untuk PRU 13. Aku memilih atas dasar tahap mudarat dan harapan. 

Harapan

Hope (harapan) is a very dangerous word. Ia merupakan satu dadah yang paling khayal dan juga merupakan satu kekuatan yang paling ajaib bagi manusia. Untuk aku, harapan juga berdasarkan beberapa pengiraan asas. Aku amat jarang menaruh harapan yang hanya berdasarkan tawakal sahaja. Pada aku amat² jarang tuhan merealisasi sesuatu tanpa sebarang asas. Ini kerana ia bertentangan dengan 'sunnatullah' (peraturan yang tuhan tetapkan untuk memastikan kesimbangan hukum alam). Malah Quran dengan jelas mengabadikan dalam ayat antaranya bermaksud 'Kami tak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak mengubah nasib mereka dahulu'. Doa sahaja tak cukup.

Untuk "harapan", asas perkiraan aku bergantung pada beberapa faktor. Antaranya momentum semasa (current momentum) dan potential possibles (potensi kebarangkalian). Potensi kebarangkalian pula bergantung pada sejarah dan latar belakang.

Dan untuk PRU 13, momentum yang Umno tengah bawa adalah begitu baik dan juga potensi kebangkalian juga begitu cerah menuju kearah sesuatu yang lebih baik. Antara slogan yang dibawa oleh DSN (Najib) adalah 'transformasi'.

Boleh dikatakan aku lebih percaya pada transformasi daripada reformasi.

Transformasi

All is well (according to my congak²) in 1 month or so after PRU 13. DSAI meroyan, bullshit about black 515 been spreed by so call "religious people" or people that longing for heaven (iyalah... kununnya da very da soldier of Islam, but basic ajaran Islam pun payah nak comprehand... iyalah... speeding news which was they have no conjecture) and (good news) PAS became more realistic and stable.

Pemilihan Umno 2013

As per my understanding, ini merupakan satu langkah transformasi yang antara agendanya 'meremajakan' Umno dan membersihkan Umno. Seterusnya merelevenkan Umno untuk terus memimpin negara. 

Namun begitu, adakah proses transformasi tersebut berlaku?

Ketua Pemuda

Maybe ada ramai yang tak setuju dengan kemenangan En Khairy Jamaluddin. Iyalah, dia antara budak tingkat 4 yang merosakkan Umno di zaman Pak Lah dulu. Namun begitu tak dinafikan, cara yang KJ bawa kini amat "fresh". Beliau dengan lantang mengkritik FAM yang dibawah naungan Sultan Bola dan begitu agresif dalam membersih dan membangunkan kementrian beliau. Malah beliau juga begitu kemas ketika berdebat. Pada aku inilah aspirasi golongan muda kini. Agresif, fokus dan jelas. No nonsense type of guy. Tak kisah jika secretary beliau ahli DAP. Yang penting; he can get the job done.

Hullamekkk.... Kacok lah abe Khairi niee..

Naib Presiden Umno

Hmmm..... Tough job Datuk.. Good luck...

Hmm.... 3 orang naib presiden Umno still the same person. Datuk Seri Shafie Afdal kena menang untuk memastikan Sabah dan Sarawak continue to support BN.

Datuk Seri Zahid Hamidi pula pada aku layak untuk terus memimpin. Ini adalah kerana pada pandangan aku beliau seorang yang tegas dan berpendirian. Barangkali, ada sesetengah pihak melabelkannya sebagai "gangster", tapi kekadang kita perlukan orang sepertinya untuk memastikan sesetangah 'langau' dari terus buat bising. Tapi janganlah jadi gangster macam En "Abu Nedim". Biar jadi gangster, tapi gangster berhemah yang bermaruah dan bukan gangster kampung dusun yang kurang hajar. 

Aku sebenarnya mengharapkan Datuk Mukhriz menang, tapi sistem telah membuatkan Datuk Seri Hishamuddin pula sebagai pemenang. Namun kemenangan beliau begitu tidak selesa. Status sebagai cucu pengasas Umno tak semestinya membuatkan beliau selamat. Pada aku, beliau tidak mempunyai ciri sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani. Malah dalam majlis Wacana Post Moterm PRU 13 - Survival Melayu yang aku pernah join dulu pun ramai pihak yang mensiniskan beliau. Jelas bakat dan kebolehan datuk dan ayah beliau barangkali tidak diwarisi oleh beliau. Or maybe, since dari kecil dia di "silver spoon" kan, maka dia tak berupaya menyelami aspirasi rakyat marhain.

So, kemenangan Hishamuddin merupakan sesuatu yang mengecewakan aku.

However there was something yang really made me and and the whole lot more kecewa. Why and how Shahrizat can win? Or how can Shahrizat even contest? Yes, according to law, she was not bersalah pun. Refer this link. Banyak lagi site yang boleh rujuk jika nak baca tentang NFC.

Shahrizat boleh bagi seribu satu alasan. Tapi hakikatnya, mahu tak mahu, salah atau betul beliau telah menjadi simbol korupsi, nepotisme dan ketidak cekapan dalam kerajaan Umno. Tak perlu aku coretkan isu NFC. Perkara nie ramai yang dah jemu dengar dan baca. Dalam PRU 14 nanti, isu NFC akan bangkit semula (disamping isu² lain) dan beliau sekali lagi akan jadi liabiliti.

Jika DSN mahu membersihkan Umno dan memberi wajah baru pada Umno, Shahrizat tidak boleh bertanding. Tapi the exact opposite happen. She won.

Nasib Umno PRU 14

Aku bukan ahli Umno dan bukan tahu tentang soal dalaman parti. Tapi sebagai orang luar, aku boleh katakan, transformasi yang pernah digagahkan oleh DSN dulu semakin hampir menjadi "Janji Dicapati". Aku tak pasti apa ahli Umno fikir masa mengundi (terutama semasa undi Ketua Wanita), tapi jika ini yang akar umbi Umno mahu (Hishammuddin dan Kat Jat), maka aku percaya aspirasi akar umbi tak sama deangan aspirasi majoriti rakyat marhain lain. 

Walaupun ia adalah pemilihan Umno dan hanya ahli Umno sahaja yang layak memilih. Tapi kena ingat 1 perkara, pemilihan ini bakal menentukan nasib Umno dalam PRU 14 kelak.
 
Ini bukan sahaja isu pemilihan wakil, tapi isu halatuju kerajaan Malaysia dalam tempat 4 tahun akan datang. Ia juga isu ke mana hasil wang rakyat dan usahakan. Slogan dan objektif good governance yang pernah dijaguhkan oleh DSAI bukan perkara kosong. Setiap rakyat mahukan kerajaan yang cekap dan amanah. Rakyat mahukan negara yang bersih zahir dan batin. Rakyat mahukan kerajaan yang cekap dan tegas supaya bila berurusan dengan kakitangan kerajaan menjadi lebih efesien. Rakyat mahukan kerajaan yang kuat dan telus supaya mereka sentiasa berasa aman, tenang dan selesa.   

Pada aku, usaha Umno dan BN untuk menzahirkan transformasi kini barangkali menjadi mimpi bagi sesetengah orang. Kini, Pakatan Rakyat, can just sit down, keep calm and maintain their performance in their govern states. Dinner is serve. They also just need to be very clean.  Below are some of my opinion towards Pakatan Rakyat:
  1. DAP need to be least aggressive and hostile towards Malays and Islam. Relex a bit lah and give face to PAS. Juga, janganlah over jika nak amik hati orang Islam (terutamanya orang kampung).
  2. PAS pula need to show and prove to the Malays and Muslim that they can menentukan hala tuju Pakatan Rakyat disamping be least poyo. Also, pengikut PAS pula kena walk the talk of being a good Muslim. Hentikan lah post gambar meme mengutuk pemimpin Umno. You don't gain any support sebenarnya. Malah korang adalah liabiliti PAS.
  3. PKR? DSAI need to step down or at least seat at the back seat. PKR have a lot of young capable leader. Rafizi is one of them. I do respect him. Let the young one do their job.  
For Umno, better do some serius musyawarah. I think you were better before PRU 13 compare to now. The performance was not as expected lah...

Get in the Ring! Yeargh!!! Game not over yet lahhh..

Therefore, as for now, apakah berlaku transformasi? Per my observation... NO.


Saturday, 15 June 2013

Survival Ummah

"Seorang Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu: Artikel 160 (tafsiran) Perlembagaan Malaysia"

Pada 12 May 2013, aku telah gagahkan diri untuk ke Wacana Post Mortem PRU13 - Survival Ummah. Kurang sihat sebenarnya. Tapi masih bersemangat waja. Aku bukannya 'familiar faces' untuk majlis sebegini. Namun aku nekad untuk lebih aktif di dunia luar pada masa hadapan. Tak mau hanya mengadap kerja dan buku sahaja. Kena lebih cekap membahagi dan menggunakan masa. Buku pula kini pada aku hanya memberi teori dalam keadaan terkawal. Berbeza dgn majlis 'live'. Vibe yang dirasa juga berbeza berbanding jika menonton di U -tube.

Majlis tersebut agak 'hebat' pada aku kerana kehadiran ilmuan dan 'selebriti ilmu'. Wartawan yang memberi liputan pun bukan sedikit. Yang lebih mengumpan adalah, kononnya apa sahaja resolusi yang bakal dikecapi bakal dibawa kehadapan YB Perdana Mentari Dato' Seri Najib Tun Rajak (DSN). Pada aku ia sewajarnya diambil serius dan majlis juga semestinya membincangkan isu berbangkit secara serius.

Butiran majlis

Majlis Ceramah

Secara umumnya ia membangkitkan perihal Survival Ummah (baca Survival Bumiputera terutama Melayu). Permulaan yang agak garang. Cynical comment and remark kepada sebahgian golongan Cina yang dikatakan sebagai tak tahu bersyukur. Disini aku agak kurang jelas. Pada aku, kita harus membincangkan tenang 'action plan' yang sepatutnya dilakukan untuk memperkasakan ummah dan bukan 'otherwise'.

A quick note over here, secara peribadi aku tak salahkan sebahgian (besar) bangsa Cina yang mengundi PR (spesifiknya DAP). Pada aku bangsa Cina adalah bangsa yang bijak dan realistik dan juga tidak takut untuk mengambil 'risiko'. Kita (Melayu) sepatutnya belajar (perkara positif) dari bangsa Cina. Untuk PRU 13, aku percaya mereka telah memikir masak² untuk membuat keputusan. Dan keputusan itu mesti dihormati. Jika kita letak diri sebagai orang BN (baca Umno), janganlah pula kita menempelak mereka dan menuduh mereka sebagai pembelot dan sebagainya. Cermin diri dahulu. Pastinya ada sebab kenapa mereka mengubah arus. Dahulu, ketika PRU 10, tahun 1999, bangsa Cinalah yang menyelamatkan BN dan Umno. Masa tu tak pula digelar mereka sebagai perwira BN (baca Umno)? Oleh itu, BN (baca Umno) wajib melakukan kaji selidik dan janganlah cepat merajuk dan putus arang. Cermin diri dahulu. Satu lagi, orang akan mengambil kesempatan terhadap kita atas kelemahan kita sendiri. Malah Quran ada menyebut something similar to that yang membawa maksud secara kasarnya (well, aku tak ingat spesifik ayat): Jika sesuatu umat itu ingkar dan rosak, maka Allah akan ganti umat tersebut dengan umat yang lebih baik. Namun begitu, pada aku, bangsa Cina sepatutnya mengakis sifat 'nanyang' secara keseluruhnya. Anda rakyat Malaysia. Tuntutan yang berlebihan menimbulkan tanda tanya akan titik fokal kesetiaan. Dan kini ia sudah mula diragui. Seolah ia adalah satu bentuk "diaspora".

Ucapan pembukaan... Dah mula bersemangat..

Berbalik kepada majlis, sungguh pun ia bermula garang, namun ia juga menepati objektif majlis mengikut tafsiran aku. Ahli panel bukan semua yang delusive. Selain menempelak sebahagian bangsa Cina, DSAI dan sebahgian ahli dan pemimpin PAS, juga diselitkan penempelakan terhadap beberapa ahli dan pemimpin tertinggi Umno. Antara yang aku ingat adalah, kebaculan seorang pemimpin tertinggi Umno yang memohon maaf kerana menghunus keris dalam sidang Umno. 

Semua ahli panel memberi ceramah dengan baik dan penuh ilmu. Cuma panelis terakhir tu pada aku agak melalut. Aku tak ingat sapa dia, tapi lalutan dia tu susah 'common people' nak faham. Mungkin tahap pemikiran dia terlalu tinggi. The thing is, I also cannot brain his ucapan. Macam lari topik pun ada - pada hemat aku lah. Tapi yang pasti hadirin lain keliling aku pun macam susah nak 'brain' apa yang dia cuba terangkan. 

Apa yang dia cuba terangkan? Well, dia cuba terangkan yang Melayu nie sebenarnya bukan bangsa, tapi satu peradaban. Sebenarnya dia ada keluarkan teori. Aku macam faham dan cuba untuk relate, tapi terlalu kasar atau mungkin terlalu berfalsafah. Lagi pun aku malas nak fikir sangat masa tu.   

Questian & Answer

Aku agak skeptikal dan bimbang bila tiba sesi soal jawab. Secara kasar aku tak nampak satu sistem yang efektif untuk kelola sesi ini. Dan kebimbangan aku menjadi kenyataan. Ini adalah kerana sesi soal jawab menjadi:

Sesi bashing bangsa Cina dan bukannya sesi cermin diri sendiri.  This is pathetic. Majlis tak mampu mengawal amarah golongan ini. Betul² memalukan. Tak perlulah cari salah silap orang lain. Kita perlu lihat dalam diri kita dan muhasabah diri.

Sesi penceramah tak bertauliah. Udahlah berceramah pada umum dan panel, fakta dan hujah semua melalut. Golongan inilah yang paling ramai dan paling menyemakkan. Aku tak ble lupa ada sorang makcik yang mengaku sebagai waris kepada Cik Siti Wan Kembang. Hujah dan fakta melalut habis. Contoh lalutan: Tunku adalah Presiden Umno pertama(?). Ntah apa yang dia nak bagitau pun tak jelas. Yang aku dapat tangkap dia asyik ulang cakap yang dia nie waris itu dan ini dan ada hak bla, bla, bla..  

Sesi kasihan diri sendiri. Maybe they got some basis. Apa yang mereka cuba bagitau adalah korupsi dalam kerajaan dan sifat PHD (perasaan hasad dengki) bangsa Melayu sesama sendiri. Tapi apa yang mereka cuba kisahkan adalah perihal mereka secara terpencil..."Saya tak dapat kontrak nie walau saya Melayu... Saya tak paham kenapa kontrak nie dapat pada Cina sedangkan saya nie Malayu dan ini kontrak berbau kerajaan.." Tak adil untuk aku totally dismiss their sad story pleading but, macam bukan tempat yang sesuai. 

Secara kesuluruhannya majlis agak baik ini ditamatkan dengan acara yang tidak membuahkan matlamat yang significant. Pada aku ia juga tidak mencapai objecktif menimbulkan rasa gerun dan kesatuan Melayu yang hadir. Ini adalah kerana dalam sesi soal jawab (yang gagal tersebut), majoriti hadirin menyampah dengan majoriti penceramah tak bertauliah. Sesi soal jawab yang tiada soalan berkualiti. Bila aku kenang balik, aku berasa kecewa. Adakah ini kualiti pemikiran golongan vokal bangsaku?

Pada awal sebelum majlis bermula, aku disapa dan diberi kata semangat dan terima kasih kerana hadir. Kata² tersebut keluar dari seorang orang lama profesional yang menghargai hadirin golongan muda pelapis yang sayangkan agama dan bangsanya. Namun ketika sesi soal jawab, majlis tidak memberi ruang untuk golongan muda bersuara. Yang 'gila mike (michrophone)' semuanya dipelopori oleh golongan pertengahan. Hinggakan sebahgian golongan muda terpaksa berkeriau untuk diberikan ruang untuk bersuara. Sedangkan semasa ceramah, antara perkara yang dirisaukan adalah sifat golongan mudah dan pelapis bangsa Melayu yang seolah tidak ambil berat akan nasib agama dan bangsa mereka. Secara peribadi ia amat mengecewakan dan memalukan apabila golongan muda terpaksa berkeriau mohon belas perhatian.

Untuk Masa Hadapan

Sayang sekali pada aku. Majlis yang baik dan dijalankan dengan baik ditamatkan dengan keadaan yang kurang memberi manafaat. Sahabat aku yang turut hadir juga meluahkan kekecewaan. Aku berharap agar diadakan lagi susulan kepada majlis seperti ini. Cuma kali ini, sesi soal jawab perlu dikelola dengan lebih baik dan juga yang paling penting, berilah ruang untuk golongan muda bertanya soalan, meluahkan pendapat dan melontarkan idea.

Apa pun, yang menarik adalah aku berjaya bergambar dengan beberapa 'tokoh' yang turut hadir dalam majlis tersebut. Hmmm...

Bersama Ustaz Nasharudin... Ucapan beliau amat baik.. nasihatnya juga bergitu konstruktif dan seimbang..

Bersama Zulkifli Nordin... Orang nombor 2 Perkasa...

Sebenarnya UAI tak join pun majlis tu, tapi aku terserempak dengan beliau masa aku merayau dalam Kompleks Pertama.. Hahahahaaa