Wednesday 25 March 2020

Dekat Dengan Tuhan

“Dan sungguh, telah Kami mudahkan al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?” (Al-Qamar: 17).

Dekat setahun juga aku tak update blog ni.. Macam² jadi. Jatuhnya PH dan musibah Covid19 yang kini dasyat melanda dunia. Pada aku Covid19 ni adalah Black Death zaman kita. Namun aku harap aku silap. 

Apa pun, kembali kepada subjek..

Aku bukan seorang yang religious. Aku bukan seorang yang warak. Semestinya bukan Muslim contoh. Ini pula bukan tulisan ilmiah. Just another share tengah² MCO (movement control order). 

Sepengamatan aku melalui pembacaan dan  pemerhatian (obviously melalui internet dan media cetak; buku, majalah dan lain²), setiap orang berkemungkian (kalau dia cari) akan Experiance God in different ways. Keperluan terhadap tuhan berbeza mengikut nasib. Nasib di sini membawa maksud yang besar. Pada aku nasib juga membawa kepada rezeki dan Qada Qadar. Namun tak menafikan bahawa: 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Ar-Ra’d: 11).

Ayat 11 surah Ar Ra'd lah antara kunci kejayaan Muslim zaman silam yang menjadikan Muslim menjadi Khalifah muka bumi dan mengusai hampir separuh Known World.

Kembali kepada subjek.... 

Experienced God.. secara literal bermaksud pengalaman "ketuhanan" tapi pada aku ia memberi maksud "merasai kebesaran Tuhan" dan barangkali "merasai kehadiran Tuhan" seterusnya dekat dengan Tuhan. 

Melihat kebesaran Tuhan yang juga salah satu jalan Experienced God sebenarnya easy said than done. Ramai penceramah luar sana berceramah tentang subjek ni dan ramai mengidamkannya. Banyak sebab kenapa ramai manusia mahukannya. Barangkali sebab "rasa berdosa", "mahukan ketenangan" dan juga barangkali "mahukan improvement". Atau seseorang tu berasa nikmat bila Experianced God. Namun perlu diketahui, Tuhan itu amat hampir dan bukan jauh di angkasa atau pun "sky daddy" (seperti yg disarkastikkan oleh sesetangah golongan liberal sesat; munafik).

"Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; ketika dua malaikat mencatat amal perbuatan, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." (Qaaf: 16 - 18).

Kembali kepada subjek...

Ada yang bertafakur untuk Experienced God. Banyak pertapa hermit yang mengasingkan diri untuk ini. Berkhalwat di gunung, bukit dan gua. Namun di zaman moden ni tak pasti pula masih ramai atau tidak. Dulu, difahamkan bahawa Gunung Jerai antara tempat popular untuk bertafakur. 

Ramai yang amalkan amalan ritual seperti membaca Quran, solat, zikir dan puasa. Aktiviti² ini secara terus menunjukkan halatuju mencari keredaan Tuhan yang membawa kepada Experianced God.

Tapi ada juga yang Experianced God secara tak direct seperti melalui aktiviti mengembara melihat keindahan alam. Antara contoh aktiviti zaman moden ni adalah dengan mountain climbing dan melihat indahnya flora fauna:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (QS. Qaaf: 16-18).

Simak selengkapnya disini. Klik https://muslim.or.id/36103-makna-ayat-kami-lebih-dekat-dari-urat-lehernya.html

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan kepada orang-orang berfikir." (Yunus: 24).

Ada juga yang Experianced God melalui aktiviti membaca.. 

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari sebuku darah beku.  Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al Alaq: 1 - 5).

Inilah ayat² pertama yang diturunkan ke muka bumi. Ayat menyeru supaya manusia membaca. Bukan berkaitan KeEsaan (Al Ikhlas). Bukan ayat tentang syurga neraka. Tapi ayat seruan membaca. 

ALLAH YANG MEMULAKAN KEMPEN MEMBACA

Dengan mengamalkan ayat² inilah Muslim dahulunya menjadi Khalifah di muka bumi. Mereka bukan hanya membaca Quran dan Hadis. Mereka membaca apa sahaja demi ilmu dan semestinya Allah. Tiada mukjizat, tiada divine intervention. Muslim dahulunya berotak rasional dan meneroka alam teknologi dan sains. Namun sesuatu berlaku mengakibatkan cendekiawan Muslim pupus dan akhirnya diganti oleh mereka yang mengkhurafatkan agama. Maka jatuhnya umat Islam ke lembah kehinaan sehingga sekarang. Contohnya bilamana kini kebanyakkan ustaz² mengagungkan kehebatan Sultan Muhammad Fateh dalam menakluk Konstatinopal. Ustaz² ini kebanyakan (bukan semua) menekankan kewarakan Sultan dalam ibadah ritual sahaja. Sedangkan yang memenangkan baginda adalah melalui penguasaan teknologi meriam raksasa dan juga taktik perang.


Rasullullah pernah bersabda: "Peperangan itu tipu daya/helah"

Note: Sun Tze pernah berkata: The Art of War is only the art of deception... Maka disini jelas Rasullullah adalah seorang master tactician.

Berbalik kepada subjek...

"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini adalah testimoni Tuhan kepada manusia. Dia telah bertestimoni yang Dia mengajar manusia dari tidak tahu kepada tahu melalui pembacaan. Dia akan mengajar.. Dia yang mengajar.. DIA YANG MENGAJAR.. Tuhan yang akan mengajar.. Allah yang ajar. Secara terus. 

Apabila mendapat ilmu baru, terbuka minda melalui kefahaman dan terlerai hijab kejumudan melalui pembacaan, lalu terasa nikmat kefahaman maka itulah Experianced God. Maka sesetengah orang Experianced God melalui membaca. DEKAT DENGAN TUHAN DENGAN MEMBACA.

Betul, ramai sahaja manusia termasuk dan terutamanya bukan Muslim faham bahan bacaan. Itu merupakan sunnatullah seperti yang dijanjikan dalam ayat yang disebut tadi. Namun ada juga baca tapi satu apa pun tak faham, tak dapat penumpuan. Nikmat kefahaman melalui hukum sunnatullah berbeza melalui nikmat baca yang Experianced God. Experianced God melalui pembacaan adalah satu tahap lain. Ada perasaan DEKAT DENGAN TUHAN.

Malangnya ada juga baca, tapi lebih jauh dia terpesong. Sama ada dia gila isim (extreme condition) atau dia jadi agostik dan lebih parah, menjadi athiest.

Apapun, ini hanya pandangan aku.

Nota: Membaca disini membaca subjek berfaedah okeiii.. Bukan baca benda mengarut dan melalut... 




Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (QS. Qaaf: 16-18).

Simak selengkapnya disini. Klik https://muslim.or.id/36103-makna-ayat-kami-lebih-dekat-dari-urat-lehernya.html

No comments:

Post a Comment