Thursday, 30 June 2011

Demonstrasi Jalanan

Aku bukannya ilmuan professional. So, apa yg aku tulis nie hanyalah apa yg aku nampak dan tafsir...

Dalam Malaysia, setahu aku, demonstrasi jalan pertama yg haram selepas merdeka adalah pada tahun 1974. Unless, diambil kira perarakan demontrasi luahan perasaan kemenangan punca tragedi 13 Mei 1969, maka perarakan inilah kiranya yg pertama. Demonstrasi tersebut telah diketuai oleh saudara Anwar Ibrahim yg kini dikenali sbg DSAI. Demonstrasi tersebut dilakukan utk meluahkan perasaan marah kepada kerajaan tentang masalah kebuluran di Baling. Hakikat samaada masalah kebuluran itu benar² berlaku tidak dapat dipastikan pulak. Namun begitu ada sumber yg mengatakan bahawa ia hanyalah rumors yg ditambah perisa sahaja. 

Seperti yg kita semua tahu pada 9 Julai 2011, akan diadakan lagi demonstrasi jalanan bawah tema "Bersih". Setahu aku dr bacaan dlm blog DSAI dan didengari dari ceramah beliau dan konco², tujuan utama diadakan adalah untuk membersihkan SPR yang kotor. Personally pada aku, SPR nie tak sempurna tapi tak sampai tahap kotor yang memerlukan penggadaian masa yg sia². Hmmm... 

Apa bukti SPR nie kotor? Mungkin sebab Pakatan asyik kalah pilihan raya kecil akhir² nie kot.. Tp pada aku pula, jika SPR nie kotor beyond repair, than why Pakatan boleh rampas Kedah, Penang, Perak & Selangor in the 1st place? It is like WTF man.. Personally pada aku Pakatan boleh kalah dalam pilihan raya kecil bcos depa nie cakap tak serupa bikin, kuat bohong & suka merapu. Hoh ho ho ho.. Hang pa sume mesti ingat aku sokong BN kan? Well, to tell the truth, I was happy & relief whe Pakatan took over Kedah, Penang, Perak & Selangor and also maintaining control over Kelantan. It was like a brief of fresh air to me. At last, there will be balance in power in the country. There will be check and balance. Pada aku, Pakatan dan BN akan bersaing utk berjasa pada rakyat. I myself was very unhappy with what BN had done to my beloved Kedah especially my home town Alos Setar during Pak Lah sayang KJ time. Total mess.

Tp aku mula rasa lain macam bila walaupun dah menang beberapa negeri baru, Pakatan still canang 16 Sept untuk takluk Putrajaya. Again, WTF. Apa nie??? Asyik nak berpolitik jek. Sudah² lah.. Nak kalut pasai pa? Pada aku, gunalah 4 tahun pentakbiran utk buktikan pada rakyat yang Pakatan lebih layak memerintah berbanding BN. Amankan rakyat dari politik dan fokus pada ekonomi dah sahsiah rakyat. Trust rakyat. Jika Pakatan out perform BN, than surely rakyat akan vote Pakatan. Simple mahh...

Fast forward to today. Pakatan masih dgn politik depa. Seriusly, sejak PRU 12, negara tak penah aman dari politik. Depa banyak merapu, menipu dan berdalih serta beralasan kpd rakyat. They don't walk the talk. Seriusly, hingga hari nie, masih ada kampung yg under Pakatan dan dalam negeri Pakatan yg masih tak dak air bersih yg konsisten. Tp dalam masa yg sama, dok canang and dok kencing rakyat nak bagi air free. Adoi... 

Kembali pada demonstrasi jalan, sapa yg untung sebenarnya? Perkasa dan Pemuda Umno cakap depa akan hantar team untuk lawan balik. Nie apa nie? Bodo ke apa ka? Seriusly, aku rasa perhimpunan Bersih nie majoritinya org Melayu. Mungkin ada sikit India dan segelintir Cina. Wait & see lah.. Anyway, bila Bersih bertembung dgn Perkasa & Pemuda Umno, agak² apa yg akan jadi? Hang pa boleh pikiag rasanya kan.

So, the same question, sapa yang untung? Melayu dgn Melayu gadoh sesama sendri tentang satu perkara yg tak jelas sedangkan bangsa lain rajin kerja kaut monopoli ekonomi.Ingat bangsa lain tak jahat, depa cerdik cuma Melayu Islam je bodoh. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Pandai jual tanah je.. Hahaha. Dapat duit besarkan rumah than pi Mekah..

Than in Malaysia, selalu digambarkan ygn Polis & FRU nie jahat lagi kejam.Sepak terajang sume muda mudi demonstrasi reformasi sampai berdarah tercapit capit. Perlu diingat, majoriti polis and FRU nie sapa. Melayu Islam betul tak? Depa nie pun ada anak isteri untuk disara. 2 hari lepas aku ada sembang dgn sorang anggota FRU (dia cust aku). Dia cakap sebab Bersih nie lah dia terpaksa risk diri ngadap bangsa sendri. Pada aku dia sorang ayah yang baik datang dari keluarga biasa yang berpendapatan biasa. Bayangkan nasib famili dia kalu dia kecacatan akibat penunjuk perasaan yg hilang akal?

Tp, pasai apa pergaduhan dalam demonstrasi macam nie? Senang, jawapan dia "provoke". Cabar mencabar. Penunjuk perasaan nie suka provoke or maybe diarahkan utk provoke. Depa akan mencarut (secara lisan mahu pun bahasa badan), maki hamun, tolak menolak dan mungkin mula mambaling batu. Depa lupa yang anggota polis dan FRU nie ada famili sendiri yg tunggu dirumah.

Than 1 thing for sure, if ada pertembungan, who will benefit the most? Ada juga puak modernism samakan Bersih nie dgn demonstrasi Mahatma Ghandi, Martin Lurther King Junior and Umno time Malayan Union. Well, it is not. Ringkasnya macam nie, time tu sapa yg memerintah dan diperintah? Adakah yg diperintah mempunyai kuasa utk mengubah? 4 negeri dalam genggaman wei... More than enough to properly manage and cultivate apa. Selangor & Penang woo.. Kaya weii.. But still lepas perintah, toll kat bandar Sunway still jalan. Nak bohong and kencing sapa? Org yg tak fikir and taksub je dok nganga bila Pakatan kencing depa.

Pada aku Bersih nie lebih hampir pada demonstrasi jalananan time zaman Saidina Osman. Islam bertembung dgn Islam. Well aku tak kata Najib macam Saidina Osman. 

1 more thing, aku petik dari Bible, Jesus (Hazrat Isa) said, "..who that live by the sword will die by the sword.." Karang jadi macam Siam. kejap baju merah, kejap baju kuning dan kejap kejap tak pakai baju... Oppsss.... So, tak payah kalut. Ubah time pilihan raya. Kalu rasa dizalimi, doa pada Allah. Ingat Doa org dizalimi tiada hijab dgn Allah.

Apa pun ini adalah pandangan peribadi. It is only how I see...

1 comment:

  1. Nak komen isu polis.

    Dah dekat dengan hari demonstrasi ni polis makin banyak buat roadblock. Bas pun kena check 1 demi 1. Hatta yang duduk kat utara yang takdak kena mengena pun terasa juga walhal isunya di Lembah Klang.

    So orang akan blame polis, walhal bukan abang buat roadblock yang nak buat roadblock tu. Benda tu datang dari atas.

    Tapi betul la, kalau polis dipengaruhi politik, tak ke benda ni mencemarkan status polis tu sendiri?

    Orang jual baju, ada baju kena tahan. Orang pakai baju kena tahan.

    I dont blame the cop. But the people giving order seem to have nothing in their heads.

    ReplyDelete