Friday, 17 February 2012

Valentine's Day

Maybe aku dah terlewat nak sentuh pasai hari Valentine, tapi aku nak sentuh juga sikit. 

Basically bila tiba 14 Februari semua org akan kecoh pasai hari Valentine. Seriusly cakap aku pun pernah "terjebak" dgn hari nie zaman bengong aku dulu. Seingat aku dulu hari Valentine dikenali sebagai hari kekasih, kini hari Valentine dikenali sebagai hari meraikan cinta. Macam boleh tukar dan fungsi sebenar hari Valentine nie pun aku tak pasti...

Sebenarnya terdapat beberapa "riwayat" yg berkait dgn asal usul hari Valentine ini. Tahap kebenarannya pun susah nak dipastikan. Tapi kalu ikut WIKI, cerita yang kita selalu dengar tu betullah.

Sefaham aku, hari Valentine lebih sinonim dgn hari meraikan kekasih berbanding hari meraikan cinta (yg mempunyai maksud yg lebih luas dan subjektif). Aku dibesarkan dgn kefahaman begini dan cuma 2-3 tahun akhir² nie shaja ia dikaitkan dgn cinta. Kalu tak silap aku, di Jepun (nie pun aku dapat tau dr citer dan anime Jepun), hari Valentine adlah hari dimana si aweks bagi hadiah kepada lelaki yg dia "admire" dan hari Christmas adalah hari yg si balaks tu pula bagi hadiah pada pompuan yg dia suka. Kalu kat M'sia pula kalu tak silap aku hari dimana aweks dan perempuan bagi hadiah utk membuktikan cinta mereka dan vice versa dari pihak lelaki.

Haram Ka Sambut Hari Valentine?

Aku tiada jawapan utk soalan tu. Sebenarnya hari Valentine bukan hari suci macam Krismas. Ia adalah hari yg di "market" kan utk jadi popular atas faktor² tertentu. Setahu aku, hari Valentine nie macam hari Ibu, hari Bapak dan lain² hari yg dicipta atas nama "menghargai". Tapi since hari nie mencipta kontroversi maka ia diberi perhatian lebih.

Kenapa Ia Cipta Kontroversi?

Aku bukanlah org yg warak dan tak pernah buat silap. Tp kalu perkara yg tak elok berlaku, aku rasa aku terpaksa bagi nasihat dan pendapat. Nasihat nie utk aku dan juga org lain. 

Aku tak pasti sama ada ia agenda Yahudi Freemason ke hape. Tp yang aku pasti budaya menyambut hari Valentine nie dah create satu masalah sosial. Ini adalah kerana pada hari inilah berlaku aktiviti pembuktian  cinta dari sorg perempuan kepada lelakinya atau dari si aweks kepada si balaks. Aku percaya semua org paham maksud pembuktian cinta ini. Ini bermakna si aweks menyerahkan benda paling berharga dirinya kepada si balaks. Sejauh mana kebenaran apa yg aku cakap nie boleh dicari sendiri dari sumber yg lain. In short, akhir tahun setiap tahun adalah masa dimana statistik pembuangan bayi adalah tinggi.

Pendek kata, hari Valentine ini dijadikan hari istimewa utk menunjukkan atau membuktikan nilai cinta suatu pasangan. Dan ini berlaku dalam bentuk maksiat iaitu zina.  

Dalam paper Star ada interview yg agak cynical dgn Nasarudin Tantawi. Di akhir interview si reporter pun berseloroh, kalu diharamkan hari Valentine sebab faktor zina, maka lepas ini, perlulah pula diharamkan hari sambutan tahun baru. Come lah... Kalu tak boleh sekat semua, at least sekat lah sebahgian. Tahun baru tak begitu sinonim, tapi hari Valentine sgt sinonim dgn zina atas nama pembuktian cinta. 

Kedudukan Zina

Setahu aku, zina ini haram bagi semua agama. Baik dari agama Kristian hingga ke agam Hindu. Malah budaya masyarakat Cina juga mengatakan zina itu salah. Apa yg kita lihat atau baca di media sekarang berkaitan dgn induvidu @ celebrity yg Kristian bersekedudukan hingga melahirkan anak tanpa ikatan perkahwinan sebenar sesuatu yg salah dalam agama Kristian. Ini adalah budaya hedonism gaya hidup liberal yg menghakis nilai moral agama Kristian. Ia dibenarkan atas nama hak asasi manusia @ hak kebebasan manusia. 

Jadi pada aku tindakan kerajaan atau pihak tertentu mendesak mengharamkan penghebahan hari Valentine adalah satu yang wajar. Pihak dari apa sahaja agama patut menyokong langkah tersebut. Janganlah ditentang atas nama hak kebebasan induvidu kerana "in life, there is no ultimate freedom". Ini kerana ultamate freedom akan merosakkan masyarakat dan manusia itu sendiri.

Valentine Meraikan Cinta?

Cinta tu universal. Bila tetiba diubah dari hari Valentine = hari meraikan Kekasih kepada hari meraikan Cinta ia sebenarnya satu helah utk marketing. Don't bull shit lah... Come hari valentine all the people are talking are about love to their (unmarried) lovers. Anyway, kalu dah hari Valentine tu hari celebrate cinta (yg universal seperti cinta pada ibu, ayah tuhan dan sebagainya), than kenapa perlu ada hari mengenang jasa ibu? Or ayah? Bukankah semua dah dikampulkan ke dalam cinta universal Valentine? 

Kesimpulan Aku

Menyambut hari Valentine mendapat perhatian sinikal bila pasangan kekasih melakukan perkara yg lebih dari yg dibenarkan. Sekiranya ia disambut dengan sekadar candle light dinner tanpa aktiviti terlarang, maka ianya masih boleh di consider lagi lah.. Malangnya ia disalah gunakan.

Again, pada aku semua pihak dari semua agama perlu menyokong menyisihan hari Valentine. Zina adalah salah dalam semua agama dan budaya hidup. Masyarakat yg berperaturan dan mempunyai nilai moral yg baik adalah masyarakat yg berjaya. Hak asasi dan kebebasan tanpa kawalan adalah satu tiket @ alasan utk keseronokan tanpa sempadan.


1 comment:

  1. pada hari 14 february baru2 ni, didapati bahawa langsung tiada ( atau sangat sikit) couple2 berjalan2 di sekitar putrajaya. tak sampai 3 couple dijumpai. nampaknya usaha masyarakat sudah berhasil.

    ReplyDelete