Last week aku boleh dikatakan setiap hari berbalas komentar dgn beberapa induvidu yg aku tak kenal personally dlm satu blog. Aku masuk blog nie pun lepas depa ajak jawab soalan depa dari satu blog lain. Aku sebenarnya agak aktif dalam jawab komentar blog. Sungguh pun aku anggap aku aktif tapi ia juga bergantung pada jenis blog yg ditulis dan juga komen yg dikomen dalam blog tersebut. Aku hanya komen jika isi blog tersebut memaksa utk aku komen. Sama juga jika ada komentar yg memerlukan utk aku respond.
Komen atau respond yg aku maksudkan ini adalah utk menjelaskan pandangan aku pula. Keadaan ini berlaku hanya bila perlu. "Perlu" dalam erti kata kalu aku tak respond, aku berpendapat aku tak melaksanakan "amal makruh nahi munkar". Ilmu aku tak tinggi sebnarnya. Tapi dengan apa yg aku tahu sudah memadai utk menjernihkan salah faham yang nampak sekadar yang aku mampu.
Salah Faham
Aku dapati byk salah faham yang dialami oleh golongan muda kita sekarang. Tak kita dari golongan yang meletakkan mereka sebagai free thinker, liberal, penjihad asli Islam, anti hadis dan sebagainya. Dalam internet aku dah experiance kekeliruan depa semua.
Pada aku puak yang aku personally label sebagai penjihad asli Islam nie perlu check back sifat rasional dan kesederhanaan Nabi. Aku personally nampak depa nie sebagai ajen sekular yg sangat berbahaya kerana sedar atau tidak, mereka mengasingkan akitiviti dunia drpd Islam. Golongan ini berbekalkan cebisan ayat Quran yg ada sebahgiannya "out of context" dan juga hadis yang juga kemungkinan juga telah terkeluar dr kontek. Golongan inilah yang mencipta pembenci Islam dan mencipta golongan yg "loose faith" dgn Islam. Sekali lagi diulang, bukan nak kata aku pandai sgt, tapi pada mata aku, inilah yang aku nampak. Again, dari apa yg aku nampak, perkara ini amat serius. Sesuatu perlu dilakukan utk membetulkan salah faham dan menjernihkan kembali kefahaman.
Salam Maulidur Rasul
Aku tak pasti majoriti tau atau tidak bahaya Rasulullah tidak pernah celebrate birthday dia? Aku pun tak pasti adakah majoriti tau khalifah yang diberi petunjuk pun tak celebrate birthday Rasullullah? Seingat aku sambutan ini hanya dimulakan dizaman kerjaan Fatimiah yakni satu kerjaan berkefahaman Syiah. Dan menurut kefahaman aku, tidak ada tarikh yg tepat akan hari lahir Rasulullah. Apa yang kita rai sekarang hanyalah assumption. Perkara nie aku baca dari tulisan Dr Asri. Oleh sebab itu, amalan menyabut Maulidur Rasul adalah amalan bida'ah. Sungguh pun nabi pernah cakap; " semua bida'ah adalah sesat...", tapi ulamak menggariskan bahwa bukan semua bida'ah adalah sesat. Ini berdasarkan amalan khalifah yg diberi petunjuk seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah Umar Al Khatab dalam memanjangkan rakaat sembahyang tarawih. Jadi menyambut Maulidur Rasul ini dibolehkan lebih lagi pada hari inilah dimana kisah nabi ditekankan. Ini dgn harapan agar org ramai lebih menghargai dan dekat dengan Rasulullah. Sejauh mana aktiviti² yang dilakukan memberi kesan positifnya tidak dapat aku pastikan.
Anti Hadis Menurut Bukhari & Muslim
Anway, 2 weeks before this aku agak aktif berdebat dgn golongan yg aku simpulkan sebagai golongan anti hadis. Namun begitu, mereka tidak mengaku yg mereka golongan anti hadis. Dan dari tulisan mereka didapati mereka melebelkan aku kufur kerana mengabil hadis dari Imam Bukhari dan Muslim sebagai pegangan. Mereka mendakwa apa yg diambil dari sahih Bukhari dan Muslim ini adalah lahwal hadis dalam Quran dlm surah Lukman ayat 6. Aku dah bagi penjelasan tentang maksud terbut tapi depa just ambil maksud literal lahwal hadis.
Mereka hanya mengambil apa yg terkandung dalam Quran sahaja. Apa sahaja yg tak ada boleh dianggap sebagai "gaya bebas". Itu lah yg aku faham cara depa.
Aku sebenarnya kasihan pada depa sebenarnya. Dalam debat tersebut, rajin gak lah aku diugut dan di warning ke neraka sebab pegang kepada hadis dari Bukhari dan Muslim. Dari tulisan depa, jelas depa macam tak berapa faham apa yang depa cuba katakan dan mereka sebenarnya keliru dengan apa yang depa faham. Hujah mereka pada zahirnya nampak berat tapi sebnarnya "ringan". Banyak gak soalan aku yang tidak dijawab mereka. Aku tak pasti kenapa? Maybe depa tak perasan soalan aku (sebab tulisan aku agak panjang) atau depa memang tak dak jawapan. Aku sebenarnya dah usaha sebaik mungkin utk bagi penjelasan dgn cara yg paling profesional. Harap depa jumpa org yang lebih mahir dalam memberi penjelasan berkaitan maslah yg depa hadapi suatu hari nanti.
Hikmah Perdebatan
Bukan semua benda aku tau. Banyak yang aku tak tau. Tapi banyak juga pendapat yang aku dah berikan. Aku harap orang yg baca komen aku (kalu ada yg bacalah) sedikit sebanyak dapat lapangkan dada dan betulkan kekeliruan depa.
Sebenarnya dgn perdepatan (berbalas komentar) yg aku join nie sedikit sebanyak aku dapat tau level kefahaman aku dan dalam masa yg sama asas skill aku. Macam Ahmad Deedat pernah cakap, dalam debat ia lebih kepada battle about wit. Secargas mana kita memanipulasi, statement itulah menjadi kunci. Jangan keluar statement yang memerangkap.
Namun hikmah yang paling besar adalah aku dapat tau benda yag aku tak tau dan belajar ilmu baru. Dan believe or not, aku jadi rejoice once aku jumpa soalan yang aku tak ble jawab. Than its time to read more book.
Last week juga aku telah berkenalan dgn seorg pastor. Aku pun tak pasti macam mana kami boleh sembang pasai agama. namun begitu, hasi dari sembang itu ia membuat kau makin teruja untuk baca banyak lagi buku yg berkaitan dgn agama Islam dan Kristian. Hingga hari nie aku masih belum memdapat panggilan telefon dari pastor tersebut utk sesi "minum kopi" yang telah kamisetujui. Maybe dia sibuk dan dia anggap aku sibuk. Namun begitu aku harap sgt agar perkara itu berlaku dan dengan itu aku dapat tau apa lagi perkara yang aku tidak tahu.
No comments:
Post a Comment