Friday 2 November 2012

Novel Kependekaran Melayu

Agak jarang untuk kita jumpa novel kependekaran Melayu. Yang banyak di pasaran hanyalah novel cinta dan seram. Kalau dibandingkan antara 2 genre tersebut, kisah cinta jauh lebih banyak di pasaran. Barangkali ini adalah kerana permintaan dalam pasaran juga. Secara umumnya, kaum wanita lebih suka membaca novel berbanding lelaki. Namun begitu, ini antara kisah kependekaran yang pernah aku baca dan yg memberi impak dalam hidup aku.

Hikayat Indera Putara
Kisah menarik yang mencetuskan daya imaginasi aku time sekolah rendah.. Harap sgt ada publisher yg ambil inisiatif utk marketkan kembali buku nie..

Novel @ cerita kependekaran pertama yang aku baca seingat aku adalah ringkasan kisah Hikayat Indera Putera semasa aku sekolah rendah. Aku jumpa buku tersebut di rumah tok aku di Telaga Mas Kedah. Maybe buku tersebut adalah buku sukatan pelajaran sastera salah seorang pakcik aku kot... Anyway first impression yang aku dapat lepas baca buku tu adalah mat mengagumkan dan kekal hingga ke hari nie. Sebelum dari itu aku just baca buku terjemahan bahasa Melayu Hardy Boys,  Nancy ntah apa ntah dan lain². Kisah misteri kanak² dedulu. Aku cuba cari balik buku tu. Tp dah hilang atau dah rosak. Apa pun aku harap ada syarikat terbitan yang sanggup terbitkan semula buku tersebut ke pasaran kini dengan menggunakan bahasa Melayu moden. Sayang sekali kalau hasil satera Melayu dulu just simpan kat arkib dan tak dibaca oleh generasi akan datang.

Siri Bercakap Dengan Jin

Saudara Tamar Jalis @ Radzi bin Mahmud bersama masterpiece nya

This is It! Inilah yang mengubah segalanya... Sebenarnya ku baca buku tanpa restu abah aku. Dia tak suka aku baca buku hantu Melayu. Dia tak nak aku jadi penakut, fikiran kolot dan pecaya benda mistik. Aku tak pasti kenapa dia macam tu sedangkan dia sendiri banyak alami perkara yg dia sendiri tak ble nak explain melalui kaedah saintifik. Mungkin time tu dia tak bagi aku baca sebab aku still budak sekolah rendah (?). Apa pu aku berjaya juga baca novel @ buku nie secara senyap². 

Actually pada aku, novel nie bukan tipikal novel seram lain. Pada aku ia lebih kepada novel kependekaran Melayu yang penuh dengan aksi pertempuran zahir dan batin. Sebenarnya aku rindu sgt nak baca novel nie semula dan aku difahamkan boleh dibaca online dan kini sudah ada edisi terbitan baru. Tp, atas sebab masa dan tanggung jawab, aku masih tak sempat. Lagi pun, as per now, masih terlalu banyak buku yang aku perlu habiskan. Jadi tunggu aja lah dulu...

Payah aku nak cerite impak cerita nie pada aku. Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin nie mempunyai pengikut tegar yg besar. Tak salah juga jika aku katakan bahawa buku siri ni dah menjadi "cult"

Siri nie lah penyebab aku bersemangat belajar Silat Bunga time sekolah dulu. Tapi tak belajar habis. Why? Waktu kelas bertembung dengan waktu cerita Syria Perkasa Hitam. Ha ha haaaa... Anyway, siri inilah yang membuka mata aku terhadap ilmu pertempuran Melayu sama ada dalam bentuk fizikal dan mental. Secara peribadinya, aku berpendapat bahawa siri ini mepunyai nilai seni dan kaya dengan kebudayaan Melayu yang kuat. Siri ini tak dicemari oleh aksi Kung Fu dan lain. Membaca buku ini sedikit sebanyak memperkenalkan aku dengan adat, mistik, kepercayaan dan gaya pemikiran Melayu.    

Satu perkara yang menarik berkaitan dengan siri ini adalah perdebatan sama ada kisah yang diceritakan ini kisah betul, kisah betul yang disadur dengan sedikit khayalan atau kisah khayalan semata?  Walau apa pun, siri ini sangat memberi kesan pada dunia novel seram dan kependekaran Melayu.

Kisah Laksamana Sunan

Sekian lama aku dah tak baca novel Melayu. Sebenarnya lepas Siri Bercakap Dengan Jin, aku banyak baca buku Christopher Pike. Boleh dikatakan hidup aku semasa sekolah menengah disadur dengan kisah dari tulisan Christopher Pike. Seingat aku satu-satunya novel Melayu yang aku baca adalah novel Cincin Permata Biru. Heh heh heheeee... Buku yang di circulate dengan begitu aktif di Mat Jiwa dulu. 

Sehinggalah tahun 2006 di Ipoh...

Time tu, aku baru habis makan "nasi ayam panas". Kemudian aku nak gi kedai alat tulis nak beli barang. Than aku terpandang 1 novel yang bertajuk Bagaikan Puteri. Kalau bukan kerana kulit novel yang ada gambar pendekar Melayu bertengkolok sedang bersila, pastinya aku takkan sentuh novel tu!

Tajuk memang macam "Gay" jer... Tapi citer sangat tak gay.. Malahan citer nie penuh dengan semangat kelakian sejati!

Aku bersyukur sebab tuhan takdirkan aku bertemu novel ini. Setelah sekian lama aku dimomok dengan kisah pertarungan Kung Fu, Ninja dan Samurai, maka ada baiknya aku kembali ke kisah pertarungan Melayu pula. Aku percaya tak perlulah aku tulis apa yang best sgt pasai novel nie secara terperinci. Secara jujur, aku amat kagum dengan penceritaan dan babak pertarungan Laksamana Sunan dalam novel nie. Sangat best! Sangat cool! Dan sangat segar! Instantly aku jadi peminat saudara Ramlee.

Tapi unfortunately, pada aku, momentum ke'best'an siri nie tak stabil. No 2; Cinta Sang Ratu is OK tapi siri lain dalam koleksi Pengembaraan Sunan agak membosankan. Sunan digambarkan sebagai terlalu warak. Dan aku cukup tak setuju dengan watak bangsa Polip. Pada aku flavour pendekar Melayu siri ini hanya ada pada novel Bagaikan Puteri. Selebihnya banyak terpengaruh dengan elemen luar. Bayangkan vampire datang Melaka lawan Sunan....

  Siri pengembaraan Laksaman Sunan...

Buku terakhir dalam siri.. better than yang lain tapi jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan Bagaikan Puteri.. Bagaikan Puteri berada dalam kelas tersendiri..

Hang Nadim; 1525
Sebenarnya aku macam dah putus asa utk baca novel kependekaran dan pertarungan Melayu. Sunan best, tp macam terlalu "protective". Siri Mentera Hitam pula macam tak berapa nak menarik. Cerita dia aku tak "dapat". Sehinggalah aku baca buku nie...

Sebenarnya time aku beli buku nie semasa aku tengah semangat nak belajar berkaitan dengan kisah Melayu dan pendekar Melayu dulu. Dalam koleksi aku, terdapat beberapa buah buku yang berkaitan dengan pendekar Melayu. Tapi lebih berbentuk novel biografi.
Kisah biografi yang patut dibaca. Terutama bagi mereka yang berminat dengan politik. Belajar sejarah utk buat keputusan... Sifat manusia tak pernah berubah... Ciri "mereka" sama sahaja...

Aku pada asalnya sangkakan novel ini novel biografi. Dan tujuan utama aku just nak belajar tentang hang Nadim. Hero yang tak dikenali dan tak disanjung. Unsung Hero... Tapi bila aku baca novel nie, lain pula yang aku dapat. Novel nie sebenarnya adalah cerekera Kependekaran Melayu!
  
Aku tak pasti tentanng kesahihan setiap watak dalam kisah ini. Namun begitu terdapat beberapa watak yang memang wujud. Kalau diikutkan buku Melaka, Hang Nadim tak mati di pulau Bintan sebelum kerajaan Melaka berundur ke Kampar. Dan Hang Nadim juga secara tak rasmi menjadi menjadi Bendahara Melaka walau pun sebelumnya dia sememangnya seorang Laksamana.

Fokus utama novel ini bukan berkatan sejarah. Mungkin ada sikit nilai sejarah, tp pada aku ia lebih banyak kepada novel fiksi sejarah. Apa yang aku suka sangat berkaitan dengan novel ini adalah berkaitan dengan aksi pertarungannya. Jika sebelum nie aku sangkakan Bagaikan Puteri mempunyai adegan pertarungan yang menarik. Maka pada aku Hang Nadim 1525 mempunyai aksi dan adegan pertarungan yang jauh lebih menarik.

Pertarungan pencak fizikal bersama dengan kekuatan mentera dan serapah ketika pertarungan merupakan satu gabungan yang menarik. Sambil aku baca, sambil tu juga aku bayangkan bagaimana aksi sebenar pertarungan. Boleh dikatakan setiap pendekar Melayu mempunyai skill kelebihan masing² dan mentera tersendiri ketika bertempur. 

Penuh dengan aksi pertarungan yang diluar jangkaan...
Namun begitu, tak dapat dinafikan novel nie sangat terpengaruh dengan filem² barat. Antara yang sangat kuat pengaruhnya adalah filem LOTR, 300 dan Troy. Aku rasa video game pun kuat mempengaruhi penulis novel nie semasa mengolah aksi pertarungan. Walau apa pun, novel nie sangat seronok untuk dibaca sebagai bahan bacaan ringan.

Novel Aksi Kependekaran Melayu
Terdapat lagi novel pertarungan yang berada dalam koleksi aku. Tapi ia bukan dalm kategori novel kependekaran Melayu. Contohnya novel Hikayat Amir Hamzah. Juga ada lagi beberapa novel fiksi pendekar Melayu. Tapi tak memberi impak sangat.

Aku tak pasti sama ada sama ada novel Melaka; The Glorious Sultanate ini dikira sebagai novel kependekaran atau tidak.. Actually, novel nie menarik bukan sebab aksi pertempuran yang best, tp lebih kepada plot & twist dan yang penting nilai sejarah yang tinggi. So, aku tak letakkan ia sebagai novel kependekaran. Aku pernah tulis panjang lebar berkaitan novel nie dulu.

Pada aku, penulis novel di Malaysia sepatutnya berani cuba untuk menulis novel aksi kependekaran atau hikayat dongeng Melayu. Insya'allah, sekiranya tulisan bagus, orang akan beli. Begitu juga dengan kulit novel. Pada aku kulit novel sangat penting. Pada aku, sekiranya kulit novel Hang Nadim ini diubah dan letak gambar yang lebih menarik macam gambar dibawah, maka akan ada lebih ramai yang akan tertarik utk beli dan baca.
    Selain novel pendekar Melayu, aku harap kita dapat terbitkan filem kependekaran yang berkualiti dengan aksi pertarungan yang "memorable"... Yang boleh kita banggakan...



No comments:

Post a Comment