Tuesday 24 December 2013

Selamat Menyambut Hari Krismas

25 Disember merupakan perayaan hari Natal (Nativity) atau lebih dikenali sebagai Krismas. Christians generally celebrate Christmas on this date (if according to them) is due to honor Jesus Christ's birthday or in Malay; bersempena menyambut kelahiran (Nabi) Isa Al Masih.

Kelahiran Nabi Isa tidak sama jika dibandingkan antara Bible dan Quran dan Joseph (suami Maryam), tak wujud dalam Quran.

Nota ringkas disini; Al Masih bukan bermaksud "masih hidup" seperti kebanyakan Melayu faham dimana Nabi Isa "masih" hidup setelah di selamatkan oleh Allah dahulu. "Masih" disini diambil dari perkataan Masaha yang merupakan kata akar untuk massage (urut). Masaha disini bermaksud anointment atau diurut dengan minyak. Ini adalah kerana untuk budaya orang Yahudi dan sesetengah masyarakat timur tengah dahulu, perlantikan seseorang pemimpin atau raja dilakukan dengan proses mengurut minyak. Jadi banyak digunakan perkataan anointment yang merujuk kepada perlantikan @ penganugerahan.

Anyway, benarkah Nabi Isa lahir pada 25 Disember? Setahu aku, dalam Bible, tak dicatat dimana-mana tarikh kelahiran Nabi Isa. Jadi dari mana datangnya 25 Disember ini? Sebenarnya, ketika agama Kristian mula diterima oleh penduduk Roman (Eropah), proses asimilasi ugama telah berlaku. Asimilasi ugama ini bermaksud proses adaptasi ugama Kristian dengan ugama pagan orang Eropah pada ketika itu. Contoh paling mudah adalah apabila tuhan @ God diimejkan dengan wajah yang sangat sinonim dengan Zeus @ Jupiter.

Constantine telah menggunakan ugama demi kuasa politik beliau. Ketika penganut ugama Kristian bertambah ramai, beliau dengan licik telah mengambil kesempatan ini untuk menguatkan pengaruh supaya beliau masih releven. Pada zaman beliau inilah kerosakan ajaran nabi Isa yang dimulakan oleh Saul (Saint Paul) telah hampir sempurna. Kehancuran sempurna ini dimulakan dalam sidang Council of Nicea yang mana di sinilah pendoktrinan bahwa (nabi) Isa itu adalah anak tuhan (nauzubillah) telah dipopularkan.. Dan juga penetapan tarikh lahirnya Isa iaitu pada 25 Disember (rujuk sini).

Sebelum detik ini, pendapat yang mengatakan Isa itu anak tuhan adalah tidak kuat. Terdapat tentangan dari Kristian sendiri terhadap "doktrin" ini. Malah tiada satu ayat dalam Bible daripada 4 Gospel yang mana Jesus (Isa) mengaku bahwa dia adalah tuhan. Malah sebaliknya baginda berulang kali menidakkan dakwaan bahwa baginda adalah anak tuhan jauh sekali tuhan:

John 10: 22 -  34


22 At that time the Feast of Dedication took place at Jerusalem. It was winter, 23 and Jesus was walking in the temple, in the colonnade of Solomon. 24 So the Jews gathered around him and said to him, “How long will you keep us in suspense? If you are the Christ, tell us plainly.” 25 Jesus answered them, “I told you, and you do not believe. The works that I do in my Father's name bear witness about me, 26 but you do not believe because you are not among my sheep. 27 My sheep hear my voice, and I know them, and they follow me. 28 I give them eternal life, and they will never perish, and no one will snatch them out of my hand. 29 My Father, who has given them to me,[a] is greater than all, and no one is able to snatch them out of the Father's hand. 30 I and the Father are one.”

31 The Jews picked up stones again to stone him. 32 Jesus answered them, “I have shown you many good works from the Father; for which of them are you going to stone me?” 33 The Jews answered him, “It is not for a good work that we are going to stone you but for blasphemy, because you, being a man, make yourself God.” 34 Jesus answered them, “Is it not written in your Law, ‘I said, you are gods’? 

Ayat² di atas menunjukkan Jesus sendiri telah menafikan bahwa dia adalah tuhan dengan mengatakan bahawa;  

"Is it not written in your Law (Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers & Deuteronomy), ‘I said, you are gods’?

Baginda tidak mengiakan tetapi menegaskan bahwa; bukankah dalam Torah, tuhan memanggil kamu "Kamu adalah tuhan.." Jadi apa salahnya baginda menggelar dirinya anak tuhan. Bukan merujuk kepada anak dari segi literal tetapi dari bentuk hamba tuhan. Jika baginda benar² Tuhan, maka baginda tidak perlu lagi menidakkan tuduhan orang Yahudi.

Malah Peter, salah seorang Hawariyun sendiri telah mengeaskan bahawa Jesus itu seorang manusia:

  Act 2: 22 - 24

 “Fellow Israelites, listen to this: Jesus of Nazareth was a MAN accredited by God to you by miracles, wonders and signs, which God did among you through him, as you yourselves know.  

23 This man was handed over to you by God’s deliberate plan and foreknowledge; and you, with the help of wicked men,[a] put him to death by nailing him to the cross. 24 But God raised him from the dead, freeing him from the agony of death, because it was impossible for death to keep its hold on him

Tapi malangnya (tuhan lebih mengetahui), golongan (puak) yang menyokong Isa anak tuhan yang lebih dominan kerana ia lebih hampir dengan anutan pagan asal mereka yang mana istilah anak tuhan adalah sesuatu yang sangat tidak asing bagi mereka. Juga, awal Kristian tidak menyambut 25 Disember sebagai hari perayaan. Mereka masih lagi merayakan perayaan orang Yahudi (yang mana juga disambut oleh Jesus semasa baginda masih "hidup").

Namun begitu, lebih uniknya, ada setengah pendapat pula mengatakan yang Constantine bukan Kristian pada hayat beliau. Sebaliknya beliau telah di baptis ketika telah meninggal dunia. Hujah inilah yang menguatkan lagi bahawa Constantine hanya menggunakan Kristian utk kuasa dan ia direlakan oleh ugamawan atas sogokan kuasa.

Soalan yang sangat menarik untuk dikupas.. Barangkali dalam tulisan yang akan datang..

Kini, setelah 2,000 tahun, Krismas disambut saban tahun sempena mengenang dan meraikan kelahiran Jesus yang mana baginda akan mengampun dosa warisan kiranya menerimakan baginda sebagai Tuhan (@anak tuhan).

Sebagai Muslim, aku tidak percaya bahawa Isa (Jesus) Tuhan atau pun anak Tuhan (secara literal) Jesus hanyalah manusia yang diamanahkan menjadi seorang Rasul. Aku juga tidak pernah percaya yang nabi Isa lahir pada 25 Disember. Namun begitu, atas dasar sasiah perhubungan dan hormat menghormati serta budi tauladan, maka tidak salah pada hemat aku kiranya aku mengucapkan ucapan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian dengan petikan surah Al Kafirun:

Katakanlah: “Hai orang-orang kafir! 
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah".
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah".
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat". 
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat". 
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

No comments:

Post a Comment