Friday 17 January 2014

Ketenangan Jiwa

Ketenangan menurut pandangan aku adalah sesuatu yang keperluan yang paling penting dalam kehidupan manusia. Berbagai cara kita cari hanya untuk mendapatkan ketenangan. Pada sesetengah kita, ketenangan hanya tercapai jika akaun bank kita mempunyai simpanan yang berkoyan-koyan. Ada juga juga berpendapat ketenanagan boleh dicapai dengan meninggalkan segala yang ada di dunia.

Ketenangan sangat subjektif bergantung pada latar belakang dan suasana induvidu itu sendiri. 

Pada jiwa seorang ayah yang punca pendapatannya rendah, barangkali tidak akan tenang sehingga dia mampu menyediakan kelengkapan rumah untuk anak isteri. Jiwanya tak akan tenang sehingga dia mampu membayar hutang rumah, sediakan susu anak dan penuhkan peti ais rumah. Maka menurut tafsirannya, ketenangan hanya dicapai jika dia punyai cukup wang.

Ada juga keadaan, duit sudah cukup, tapi tiada ketenangan kerana tiada masa untuk bersama keluar. Sentiasa sibuk dengan amanah kerja. Selagi dia tidak bersama bergelak ketawa bersama anak² dan isteri, selagi itu dirasakan jiwannya kosong memberontak. Pada dirinya barangkali, duit dan pangkat bukan lagi nikmat, tapi punca kegalauan jiwa. Maka tak hairan jika ramai yang berhenti kerja hanya kerana "kerjanya" sekarang menjadi penghalang untuk dia bersama keluarga. 

Tidak juga dinafikan pancaroba jiwa juga akibat tekanan sosial ditempat kerja. Muamalat sesama pengurusan dan working level yang tak boleh bersenyum dan sentiasa mencari salah. Tiada ketengan jiwa bila bersua muka dengan teman sekerja baik boss dengan anak buah, anak buah dengan boss malah sesama anak buah. Maka demi mencari ketenangan, beliau sanggup meninggalkan jawatannya sekarang demi menggapai ketenangan jiwa. Beliau lebih rela untuk kerja yang lebih kecil demi jiwa yang lebih tenang.

Lebih parah jika jiwa kacau ketika berada dirumah. Rumah yang sepatutnya syurga dunia menjadi neraka. Suami isteri sentiasa bertekak dan mencari salah. Ego tak bertempat dan tiada hormat menghormati. Sudah pasti bukan sahaja si suami dan isteri yang tidak tenang yang jiwa kacau, malah anak² sendiri pastinya akan rosak dan sentiasa tidak tenang hatinya. Maka anak² inilah cenderong melakukan perkara yang juvana (samada berbentuk jenayah mahu pun maksiat). 

Terlampau besar subjektif bila ditanya tentang oasis ketenangan setiap induvidu. 

Aku sebenarnya tertarik bila membaca kisah Felixia Yeap. Beliau merupakan bekas model Play Boy Asia. Namun begitu, beliau tidak pernah melakukan peragawan dalam keadaan bogel. Menurut beliau, jiwa beliau tidak tenang tenang bila memperagakan busana seksi menjolok mata atau pun menjadi model yang menonjolkan fizikal wanita yang berorientasikan seksual. Beliau berasa tidak selesa bila merasakan mata² lelaki menjamah setiap bahagian tubuh beliau. Beliau merasakan ruang privasi seperti diusik. Setelah sekian, akhirnya beliau mencapai ketenangan melalui etika berpakaian yang dianjurkan oleh Islam. 

Moga beliau menerima hidayah Allah dan seterusnya menjadi Muslim yang sejati.

Sungguh pun beliau masih belum Islam (moga Allah memberi hidayah pada beliau), namun kini beliau telah berhijab. Menurutnya, ketika hijab, beliau merasakan yang dirinya dihormati dan dilindungi. Kini jiwanya lebih tenang.  

Mencari Ketenangan

Aku pasti setiap orang di dunia ini pasti pernah rasa tertekan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah tertekan dengan karenah bangsa Quraisy hinggakan tuhan menurunkan wahyu² yang menenangkan baginda. Merupakan perkara yang normal jika kita tertekan. Cuma yang penting bagaimana kita menguruskan tekanan supaya kita mencapai ketenangan jiwa.

Ubat penenang barangkali dapat menurunkan denyut nadi seterusnya ketenteraman jiwa yang sementara. Tapi bila hilang kesan ubat atau pun arak, jiwa kembali kacau. Maka disinilah kita perlu berhati-hati. Jiwa yang tidak tenang, gusar lagi keliru akan mudah digoda syaitan. Jiwa tidak akan tenang jika kita menghijabkannya dengan bergembira. Jiwa akan tenang jika kita mampu menyelesaikan sumber pancaroba itu sendiri.

Secara peribadi, sebenarnya aku antara mereka yang selalu tidak tenteram kerena buntu jalan penyelesaian. Pengalaman 7 tahun dibidang servis secara direct, mengkayakan aku dengan berbagai karenah usikan pelanggan. Dan alhamdulillah, sehingga kini, diakhir setiap keadaan aku diilhamkan dengan jalan keluar. Pada aku, setiap masalah atau keserabutan yang tuhan takdirkan merupakan ujian yang membentuk kematangan dan sebagai latihan persedian untuk amanah yang lebih penting nanti. 

Pada aku, ketenangan jiwa hanya mula nampak bila aku mula nampak formula penyelesaian.Yang penting sekali sabar. Ini adalah kerana dihujung setiap sabar pasti akan membuahkan kemenangan, Insya'allah
  
 

No comments:

Post a Comment