Sunday 29 March 2015

Hudud PAS Kelantan?

Isu hudud kembali lagi. Kali nie tahun 2015. Sukar untuk tafsir kenapa PAS begitu fokus dan komited kini. Either political gain or not, only God knows. Namun secara tak langsung ia berjaya menepati impian UMNO (terutamanya DSN) untuk rakyat Malaysia tidak menumpukan perhatian pada masalah ekonomi negara, kebajikan, korupsi dan 1MDB terutamanya. Dan semestinya ia telah berjaya memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Personally aku, sebagai Muslim (not pious (warak), but trying my best to be one), menyokong hudud. Hudud disini aku rujuk dalam ertikata hukuman jenayah. Potong tangan, rejam dan lain².

What Is Hudud?

Tapi apa itu hudud? Mari kita rujuk Al Quran.

Disini ada beberapa petikan ayat Quran berkaitan dengan Hudud. Cuba baca, Tapi kalau malas, boleh terus jump jer terus ke ulasan aku. 

Ayat 2:187

2:187: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. 

Ayat 2:229

2:229: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Ayat 2:230

2:230: Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.   

Ayat 4:11 - 14 (Ayat 11 & 12  merupakan hukum manakala ayat 13. Namun ayat

4:11: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

4:12: Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.  

4:13: Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. 

4: 14: Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. 

Namun ayat 4:15 menerangkan bentuk hukuman untuk kesalahan Zina

4:15: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu). 

Sungguh pun begitu, arahan dalam ayat 15 telah dimansuhkan oleh ayat² Al Quran  yang lain dalam surah An Nuur (Surah 24) bermula dengan ayat 2.

Namun jika dibuang tarfsir "zina" maka ia lebih kepada hukuman penjara seumur hidup.

Ayat 9:97

9:97 Orang-orang A'raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  

Ayat 9:112

9:112: (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).  

Ayat 58:4

58:4 Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  

Ayat 65:1

65:1: Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).  

Secara ringkas logiknya Hudud bermaksud; 'Batas dan batasan' dan juga 'Atur dan aturan'. 

Hudud disini kita (org awam yg membaca Quran secara terus) boleh tafsir lbih kepada urusan domestik. Bukan hanya pada jenayah. Perihal hukuman pula sebagai sampelnya boleh dirujuk secara terus dari beberapa surah. 

Panduan Domestik

Antara hukum jenayah yang terdapat kanun Hudud adalah berkaitan dengan kelakuan sumbang. Disini antaranya melibatkan perilaku zina dan tuduhan palsu (melibatkan zina). Surah yang dimaksudkan ini adalah surah An Nuur. Bermula dengan ayat 1:

24:1
Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Ayat ini (secara khususnya) merupakan satu arahan tegas untuk kita melaksanakan hukuman yang telah diturunkan.

Bermula dengan ayat 1 hingga ayat 34, Allah memberi garis panduan akan etika² untuk menguruskan beberapa situasi yang juga merujuk kepada siatuasi domestik kehidupan rumah tangga. Hukum aurat juga terdapat pada ayat ke 31


24:31 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Manakala amaran keras Allah kepada mereka yang menuduh (fitnah) perempuan beriman pula terdapat dalam ayat ke 23

24:23 Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;

Surah ini kemudiannya membawa kepada perumpamaan iman dan penilaian terhadap perilaku golongan kafir. Panduan terhadap perkara domestik disambung semula dari ayat 58 hingga ke ayat 64 (tamat surah).

Panduan Jenayah

Berikut pula adalah beberapa ayat Quran yang merujuk kepada panduan² menguruskan jenayah. Yang dimaksudkan disini adalah panduan menghukum dan bukannya perbuatan yang dikategorikan sebagai jenayah atau kesalahan.

5:33 Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

5:38 Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

Apa yang aku faham sebagai Qisas - balas pula boleh didapati dalam ayat 5:45. Tapi ia merujuk kepada undang² yang telah diturunkan kepada Bani Israel dalam kitab Taurat.

5:45 Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.  

Setahu aku di dalam al Quran tiada hukum rejam kecuali kerujuk kepada tindak tanduk golongan tertentu yang terhadap golongan beriman; 18:20.

Law To All?

Adakah hukum² atau panduan² ini hanya untuk Muslim or untuk semua golongan? Sila rujuk ayat 5:48.

5:48 Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Jika menurut ayat diatas, penguasa perlu juga menegakkan undang² tersebut paling tidak kepada golongan berugama Kristian dan Yahudi.

Hudud PAS? 

Ini adalah petikan akhbar berkaitan hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan.

Artikel dari Utusan Malaysia

Hudud is just for Muslim?

Setelah baca rang hudud yang disiarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan dengan Hudud secara jujurnya aku merasakan bahawa ianya disediakan dengan gopoh dan tidak komprehensif. A lot of loop holes. Sefaham aku, hukuman "hudud" berkaitan dengan jenayah seperti potong tangan, rejam dan sebagainya bukan masalah. Ianya adalah batasan² @ hudud yang dibenarkan. Tapi yang rumit dalam subjek ini adalah tafsiran kes, perincian dan ijtihad kes. 

Telah aku lakukan beberapa simulasi hanya berdasarkan infomasi ini, dan malangnya hasilnya tidak menunjukan keadilan. Sebaliknya kezaliman. Sedangkan menegakkan keadilan adalah keutamaan Islam.

5:8 Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. 

5:42: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Yang paling ringkas pada hemat aku untuk dikongsi adalah berkaitan Qazaf. Bayangkan senario ini.

Senario 1;
1. Gadis demam, tinggal dirumahnya seorang diri.
2. Jiran (lelaki) gadis baru sedar yang gadis itu tidak ke sekolah.
3. Ntah macam mana, lelaki tersebut berjaya masuk kerumah dan merogol gadis tersebut. 

Sefaham aku, gadis tersebut terdedah kepada Qazaf?

Senario 2:
1. Suami demam (olok²) dan tak pergi kerja.
2. Isteri pergi kerja (pejabat) tetapi pulang ke rumah waktu tengah hari.
3. Isteri berjaya "kantoi"kan suami bersama seekor seorang bohsia.

Sefaham aku, isteri tersebut terdedah kepada Qazaf?

Dua senario diatas hanya contoh mudah yang aku kongsikan. Ada beberapa lagi senario yang melibat jenayah pelbagai majmuk dan pembuktian. Adakah kamera dan DNA dianggap sebagai bukti? Atau kamera hanya besi buruk tak beriman yang tidak selayaknya dijadikan bukti untuk hukum Allah? Kalau macam tu, terlalu senang pula berlaku salah laku pula. Semuanya terdedah pula pada Qazaf.

Secara peribadinya aku mempunyai tafsiran sendiri berkaitan dengan saksi 4 orang lelaki beriman tersebut.

Barangkali ramai daripada kita kurang jelas akan perkara ini dan menyokong sesuatu dengan membabi buta. Jelas dalam Al Quran terdapat beberapa hukum yang bolehkan. Tapi posisi bagaimana mengamalkan (to execute) panduan tersebut sangat berbeza beza kefahaman.  

Ustaz Wan Ji berkaitan Hudud Kelantan

Dr Asri berkaitan Hudud

Tariq Ramadan berkaitan Hudud

Apa yang kita boleh simpul secara ringkas dari 3 video diatas:
  1. Hudud bukan hanya untuk Islam, tapi untuk semua orang - semua mazhad. Jika dirujuk dalam ayat 5:48. Paling tidak untuk golongan ahli Kitab.
  2. Ijtihad pelaksanaan hudud berbeza mengikut "selera" pemerintah dan cenderung kepada kezaliman.
  3. Sudah terdapat negara yang melaksanaankan hudud tetapi dimansuhkan. Ini bermakna ijtihad hudud berbeza mengikut selera. Bukannya mutlak - seperti kefahaman kebanyakan orang.
  4. Sebelum melaksanaan Hudud, perlu selesaikan masalah asas kehidupan harian dan domestik. Ini adalah amat perlu agar setiap insan tiada sebarang alasan untuk melakukan jenayah.
  5. Islam ditegakkan bukan bermula dengan hudud tetapi pendidikan. Ini adalah kerana hanya dengan pendidikan, penyelewengan terutamaanya dalam agama berjaya dielakkan. 
Kesimpulan
  • Hudud membawa maksud had, batasan dan juga peraturan - panduan.
  • Panduan tindakan yang dibolehkan terhadap beberapa tindakan tertentu sepeti potong tangan dan rejam ada dalam Al Quran namun Ijtihad perincian berbeza mengikut selera Ijtihad penguasa.
  • Hudud jika dilaksanakan tanpa perincian dan tidak meyeluruh akan menimbulkan situasi kezaliman yang serius.
  • Oleh itu, perincian adalah amat penting sebagai penjelasan tentang hudud untuk mengelakkan fitnah dan membawa kepada dakwah.
Dalam surat terbuka Hj Hadi kepada umat Islam, Hj Hadi (Presiden PAS) ada menyentuh tentang beberapa perkara berkaitan dengan kerisauan ramai tentang keadilan hudud mengikut situasi semasa yang disebut dalam hadis baginda Rasullulah: “Hukuman Hudud ditolak kerana adanya syubuhat”. 

Namun perincian situasi tersebut (syubahat) juga amat perlu kerana ianya agak subjektif. Dan melihat pada keadaan negara sekarang, syubuhat itu terlalu banyak.

Pada aku usaha PAS untuk menegakkan Hudud  atau pun secara keseluruhannya Undang² Syariah adalah terpuji dan perlu disokong. Namun tujuan PAS perlulah jujur. Bukan hanya untuk menang undi simpati Muslim. Manakala sokongan rakyat marhaen juga pula perlulah jujur. Bukan hanya sokong kerana takut digelar "menentang hukum Allah" dan paling buruk digelar sebgai jahil. Sokong perlulah berilmu. Sokong bila hanya sesudah faham. JANGAN LETAK 100% KEPERCAYAAN TANPA SOAL. Uji sokongan itu.

Ada sebab kenapa Allah menetapkan yang Islam tidak mempunyai ketua ugama seperti Pope dalam ugama Kristian dan Dalai Lama dalam ugama Buddha. Dalam Islam, sebesar mana pangkat atau ilmu seseorang, dia masih terdedah kepada kritikan dan teguran. Itu indahnya dan demokratiknya  Islam. Rujuk Al Quran 39:18.

Pada pandangan aku, biarlah perlaksanaan ini ditangguh dahulu. Negara kita masih belum bersedia. Sebolehnya sebelum perlaksanaan, PAS buka ruang FAQ (frequenly asked question) kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira ugama apa. Bukukan FAQ tersebut (bersama jawapan) dan jadikan panduan untuk perlaksanaan kes.

Disamping itu, utamakan bidang pendidikan terutamanya dalam arena sains dan teknologi. Lahirkan ramai ulama seramai mungkin. Bukan ulama fikah, tetapi ulamak seperti dalam ayat ini:

35: 37 Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;

35:28 Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ULAMAK). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Wallahu a’lam -“Dan Allah lebih tahu atau yang Maha Tahu/ Maha Mengetahui"

1 comment: