Aku dapati ada something wrong dengan masyarakat Islam negara kita?
Setelah menelaah beberapa blog dan komentar dalam blog² tertentu didapati sememangnya ada something wrong dgn masyarakat Islam pelapis negara kita. Aku sangat terkejut dengan penemuan yang aku jumpa. Aku tak pasti sama ada mereka bersifat sarkastik atau sememangnya mereka bersifat jujur. Ada juga diantara mereka dengan sempoinya mempersenda agama sebagai lawak jenaka.
Sebenarnya, aku bukan lah org yang paling baik. Baik dari segi kelakuan, amal ibadat dan semangnya aku tak layak nak jadi contoh panduan. Namun begitu dalam skop kecil keluarga aku,aku berusaha untuk menjadi pembimbing dalam keluarga aku. Tak kira keluarga dimana aku berperanan sebagai anak atau keluar dimana aku sebagai ayah. Di tempat kerja juga aku sedaya upaya menjadi pembimbing kepada rakan kerja.
Aku sendiri dahulu melalui zaman huru hara atau senang disebut sebagai zaman jahiliah. Tapi, sejahiliah aku, aku still ada sempadan dan aku tau bila perlu 'kembali ke pangkal jalan.' Bukan nak kata aku kini perfect mengikut model Imam Muda. Well, aku tak muda dah pun. Dah 30 tahun pun umog... Aku ada gak time aku terbabas dalam solat dan semestinya bukan semua sunnah aku follow. Tapi sungguh pun aku tak follow atau tak buat sesuatu suruhan agama, itu tak bermakna aku tolak dan tentang suruhan tu.
Berbeza dengan sekarang. Aku percaya golongan yang argue berkaitan dgn agama nie bukan golongan mentah biasa. Pada aku, argue benda besar tak pa, sebab benda tu bukan pokok. Tp kalu benda asas pun boleh argue, than semestinya ada sesuatu yang tak kena. Pernah dalam satu komentar, ada org tanya (aku tak pasti soalan tu sarkastik or honest), tapi antaranya; "Ada doa masuk dan keluar tandas ka?" Seingat aku benda nie kita belajar time tadika dulu bersama dengan time belajar doa makan.
Islam Di Mata Mereka?
Mereka ini cendorong kepada puak liberal dan barangkali pendokong sekularisme Pada mereka, ramai yang nampak Islam sesuatu perkara apabila ada ayat Quran dalam aktivitu tersebut sahaja. Atau menyebut Allah atau apa² selawat dalam aktiviti depa sahaja. Antara contoh yang diberi adalah; "Ada kah org sembang pasai sport dalam surau?" or "logik kah berbincang pasai agama time tgk bola kat stadium?". Mengikut kefahaman depa Islam adalah bicara agama dan semestinya ada ayat Quran or something like that. Golongan ini lah mempromosikan fahaman liberal dan most problably memandang rendah agama. Golongan ini kalu tak diberi pendekatan postif most problably will end up as atheist.
Namun begitu, seriusly, hakikatnya aku tak salahkan depa. This is because depa kebanyakan nesarnya salah faham tentang Islam.
Jika suatu hari dunia dipenuhi oleh mereka, Islam sebenar akan pupus dan Islam akan menerima nasib yang sama seperti agama Kristian. Pada aku depa just don't know atau depa dah diberi gambaran salah tentang Islam, This is because, majoriti golongan ini banyak membaca dan suka berfikir. Dan org yang suka berfikir ini tak ble dimarahi dan dipaksa. Just perlu ajak utk lebih berfikir.
Berbalik pada solan pertama...
Apa dah jadi dengan anak muda kita? Kenapa depa jadi macam nie? Kenapa aku nampak golongan muda sejarang yang kononnya golongan yang celik IT dan banyak membaca ini makin jauh pada Islam? Atau paling ringkas kenapa golongan muda kini makin tak hormat pada agama dan golongan agamawan? Bukan kah dulu kita semua ambil mata pelajaran Agama Islam di sekolah? What when wrong sampai menjadi ketahap ini?
Personally, pada aku sistem pendidikan negara kita tidak efektif.
Pendidikan Agama Islam
Sukatan mata pelajaran agama di sekolah hanya berkiblatkan peperiksaan. Ini membuatkan mereka just tak nampak inipati fungsi agama ini. Mungkin juga mereka nampak yang agama ini sesuatu yang negatif. Segalanya tidak boleh. Segalanya berbentuk negatif. Ini merujuk kepada sukatan pelajaran. Perubahan pada sukatan peajaran agama Islam pada aku perlu supaya para pelajar paham inipati fungsi agama dalam kehidupan depa. Agama Islam sebanarnya cara hidup. cara pihak berwajib sekarang adalah untuk mewujudkan sukatan pelajan agama Islam agar Islam itu nampak sebagai cara hidup. Namun perkara ini adalah mustahil kalu pihak yg bertangung jawab sendri nampak Islam hanya solat, sikir, zakat, doa dan hudud...
Ustaz dan ustazah pun merupakan faktor utama dalam perkara ini. Mereka memainkan peranan yang MAHA penting dalam perkara ini. Merekalah "pengalih bahasa" para pelajar dgn Islam. Merekalah orang tengah. Sekiranya mereka tak efektif, maka rosaklah pelajar tersebut. Mereka yang mencorakkan Islam dimata pelajar. Sekiranya mereka busuk, maka hasilnya pun busuk. Mereka nie kena betul allignment nya. Merekalah golongan pengajar yg menentukan perspektif pelajar mereka buat masa yang panjang. Tanggung jawab mereka teramat berat. Tersalah didik susahlah jadinya. Mereka juga harus menjadi role model pada pelajar mereka.
Menjadi role model; Inilah yang susah. That is why bila aku tgk kes Adam Adli nie aku geleng kepala. Dia penuntut UPSI. Bakal guru. Aku tak pasti pengkhususan dia di mata pelajaran apa. Tapi kalu inilah perangai pendidik anak² kita, maka besar kemungkinan gelaplah masa depan anak² kita. dalam kes Adam Adli nie, aku tgk banyak gak puak awek tudung labuh yang amik port. Seriusly, dgn tudung labuh sepatutnya mereka berpewatakan lebih baik. Tp yg ditonjolkan adalah sebaliknya. Melalak, maki hamun menyumpah, tuduhan dan tomahan tanpa asas kukuh dan sebagainya lagi. Tu tak kira lenggok yg kasar lagi tu. Sekiranya mereka ini bakal ustazah, maka ...
Aku tau sebenarnya banyak lagi faktor yang menjadikan golongan muda kita begitu jauh dan sinis dengan agama. Aku cuma luahan dari aspek pendidikan sahaja. Pada aku perkara nie penting sebab ia adalah pendedahan terawal seseorang pelajar kepada Islam. Inilah 1st professional official impression sesorang kepada dunia Islam.
No comments:
Post a Comment