Wednesday 4 April 2012

Regular Customer

Tadi aku buntu time nak lunch... Aku tak tau nak makan apa...

Well actually bukan lunch dah bcos aku makan pukul 4 petang. Maybe dipanggil luncdner (lunch + dinner)? Macam nie lah aku... Kalu hati penuh semangat, sampai lupa masa makan. Anyway, aku buntu bcos aku tak tau nak makan apa. Dah 4 tahun aku cari rezki kat Penang nie dan boleh dikatakan aku dah rasa semua kedai makan yang best. Baik utk sarapan, lunch mau pun dinner. Late night supper pun kira tau juga pot dia. Seperti biasa ada antara kedai yang dah jadi regular utk aku. Dan sesungguhnya setelah di alam pekerjaan dan income aku OK nie kekadang time bayar, aku tak tgk sgt brapa ringgit yg aku kena bayar kecuali time tu aku tgh sep (save).

Anyway last skali aku ended up makan kat restoran Kapitan. Actually restoran nie pada aku biasa² saja. Dan aku sebenarnya beberapa kali (byk kali gak rasanya) makan kat sini. Aku slalu makan kat sini bcos parking dia senang sikit bcos majlis tak kacau dan boleh selamber letak kete kat memana (belakang bangunan) asalkan tak makan jalan. Lagi pun, kedai nie dekat dgn tempat aku beli brg stationary dan hard ware.

Kapitan nie sebenarnya terkenal dgn Tandoori, roti nan dan clay pot briyani dia. Tp since aku just lapag dan aku dan boring, aku pekena nasik kandag je lah.. Aku amik lauk standard nasik kandag; Daging (2 ketul sederhana besar), bendi 3 batang dan teh ais. Agak² brapa kena? Hahahaaa... RM4.50 jek.. Serius shit, memang murah! Aku tak pasti kenapa dia bagi murah, tp kalu ikutkan sebelum nie aku main bagi RM10 je time makan dan tak tgk resit pun. Dan kedai nasik kandag besag macam nie selalunya mahal. Aku tak pasti nie kedai rakyat 1 Malaysia ke, tp yg pasti nie memang Kapitan. 

Susu segar ais dgn ayam tandoori with cheese nan... Marvelous!!!

PS - Kat UTM dulu pun aku MESTI dapat murah kalu makan kat Pak Ali. Tak penah lebih dr RM2 sekali lunch. Kalu lebih Pak Ali kena minta kebenaran aku. Hahahahaa... tapi tu different story.

Tp bila pikir balik, byk kedai yang aku dapat privilege macam nie. Tak kiralah time aku kat Ipoh dulu pun sama ja. Kalu nasik ganja tu memang harga aku statik je. Walau pun aku dapat aduan staff aku harga dah naik. Nasik lemak super pun sama. Harga maintain rendah. Ada gak aku dapat potong queue time order dan offcourse kekadang aku dapat free gift. Macam kalu aku bawa tetamu beli jeruk, aku dapat free jeruk utk aku. Penah sampai jeruk tu dah jadi todi dalam fridge aku.

Kenapa aku termasuk dalam golongan mendapat privilege? Aku rasa jawapan dia adalah aku regular customer. Aku tau kat Penang nie famous dgn makanan. Kekadang org datang melancong kat Penang just nak makan. Dan aku tau ramai yang kena sembelih time bayar. Aku tgk dan aku penah experiance. But once hang dah jadi org tempatan dan depa dah cam rupa hang, than hang akan dpt special price dan special treatment. Benda nie lebih kalu hangpa manis mulut. 

Balik kepada Kapitan, aku rasa depa maybe cam aku dah kot. Or maybe cara aku dressing memang menampakkan yang aku local dan kalu charge mahal aku akan cari kedai lain. One thing for sure in Penang is that, kalu hang nampak macam tourist walau pun hang local, sedialah utk disembelih. Tambahan kalu hang dressing dan cakap mcm org Key Eeeelllll. Bertambah parahlah kalu rambut blond dan speaking omputih dgn anak sedangkan rupa meme Melayu belacan.

Sebenarnya, aku bukan saja dapat discount kat kedai makan, malah juga kat kedai stationary dan hardware regular aku. Sebagai regular dan juga juga sorg yg selalu berhadapan dgn cust, kekadang aku tak kisah menunggu asalkan pekedai setelkan cust depa yng cerewet yg lain. Aku rasa stail aku yg macam nie juga memberi kemudahan pada pekedai tu. Kekadang aku cakap "tak pa uncle setel cust lain dulu, saya boleh tunggu". 

Anyway, it is good to be regular cust because there are shops that appreciate regular cust and give privilege  service and price. But off course ada gak kedai yg wat tak reti dgn regular dan tak bagi any appreciation token or special price pada cust. Personally pada aku privilege macam nie lah yg dikatakan aktiviti yang mampu membuatkan cust tu loyal dgn kita kerana ia membuatkan kita rasa dihargai. Biarlah kecil sikit pada GP, tp sebenar still untung. Dan bertambahlah untung because that regular cust will bring in more cust to your place..  

1 comment:

  1. tempat paling jaga customer kat ukm- mapley al fariz maju~~~ diskaun sokmo, kenal dah menu faveret apa. anne2 mapley memang cemerlang.

    ReplyDelete