Sunday, 29 July 2012

Cerita Ramadan 2012 CE @ 1433 Hijrah

BCE, CE, BC dan AD

2012 CE atau suatu ketikanya di kenali sebagai 2012 AD. Kini CE atau BCE sering digunakan bagi menggantikan AD dan BCE. CE bermaksud sebagai Common Era atau ditafsirkan (dgn menggunakan bahasa aku) sebagai era yang kini dan BCE pula  Before Common Era atau ditafsirkan sebagai seblum era kini. Aku tak pasti siapa atau golongan mana yang memulakan penggunaan CE. Pada aku, CE lebih profesional berbanding AD di mana AD dan BC ini berbau sgt Kristian. Bagi yang tidak tau, BC bermaksud Before Chirst (sebelum Al Masih) dan AD bermaksud Anno Domini yang membawa erti Year Of Our Lord. Personnaly pada aku penggunaan BC tak menjadi masalah kerana sebagai Muslim, Nabi Isa memang dikenali sebagai Al Masih tetapi sebagai Muslim aku tak ble menerima penggunaan AD. Ini sebab sebagai Muslim kita semestinya tidak menerima Nabi Isa sebagai tuhan "Lord" atau tuhan. Tafsiran yang salah utk AD adalah After Death yang mana merujuk kepada kematian Nabi Isa Al Masih dari kontek fahaman Kristian. Namun begitu, aku at one time secara naifnya programkan otak aku utk tafsir AD sebagai After Death utk elak jatuh syirik.

Sekiranya merujuk pada sekelompok golongan tertentu, hujung tahun ni, spesifiknya 12 Dec 2012 bakal berlaku satu berubahan besar di bumi. Ada yang berkata dunia akan kiamat, ada yang berkata sesuatu akan datang dan ada juga berkata bakal berlaku satu anjakan paradigma ke atas manusia. Apa pun hakikatnya tahun depan kita bakal masuk ke zaman Aquarius atau pun The Age Of Aquarius. Aku sebenarnya tak pandai sgt bab "Age" nie. But in nut shell "age" nie sebenarnya macam kitaran 12 bulan yng membentuk 1 tahun. Tapi ia adalah 1 kitaran bagi matahari mengelilingi pusat Bima Sakti. Kalau tak silap aku lah...

Bau Busuk Mulut

Aku rasa ramai daripada kita biasa dengar hadis yang membawa erti bahwa..."bau mulut Muslim yang berpuasa adalah lebih  (@ seharum) kasturi di Syurga kelak". Tak dinafikan hadis nie sgt popular. Aku familiar dgn hadis nie sejak aku kecil.

Tapi malangnya kini aku dapati ada juga org yang seolah tidak jaga bau mulut dan lebih teruk berusaha agar mulut depa busuk dengan harapan supaya mulut depa wangi diakhirat. Ia adalah amat tidak baik dalam bidang pekerjaan. Terutamanya melibatkan bidang perkhidmatan pelanggan atau "customer servis". Ini juga akan create satu imej yang tak baik kepada non Muslim. Non Muslim akan nampak Muslim sebagai pengotor yang tak jaga kebersihan kendiri dan sensitiviti orang lain. Soalannya adakah ini yang dianjurkan oleh Islam?

Kebersihan adalah sebahgian daripada ImanSetahu aku Islam adalah agama yang paling "hygienic oriented" @ mengoriantasikan kebersihan diatas muka bumi nie. Tak ada agama di atas muka bumi nie yang mengarahkan umatnya membersihkan anggota pancaindera umum 5 kali sehari. Tak ada agama yang atas muka bumi nie yang memastikan umatnya bersih sama ada badan dan pakaian dari sebarang najis 5 kali sehari kecuali darurat. Ini semua ada dalam Islam. Tetapi tiba² Islam sinonim sebagai umat mulut berbau busuk during Ramadan... How come?

Personally pada aku ini adalah amat tak kena. Lari prinsip. Memang mulut mereka yang berpuasa akan berbau kerana kering akibat tak kena lubrication. Tapi adakah Islam menganjurkan dan pasrahkan agar mulut berbau? Sebenarnya, ini antara konflik yang aku selalu berdebat time zaman "renaisanse" aku dulu..Anyway, di bawah antara hadis yang aku petik dari buku Quran Saintifik karya Dr Danial dalam bab 84. 

"Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (meggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat" Riwayat Imam Muslim.

"Daripada Abdullah bin Omar; Nabi bersiwak (menggosak gigi) berulang kali setiap hari" Riwayat Imam Bukhari.

"Dilaporkan oleh Amir bin Rabiah; Aku melihat Nabi menggosok gigi (berulang - ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda sedang berpuasa" Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi bertaraf hasan.

Hadis² di atas menunjukkan Rasullulah mengamal penjagaan oral yang baik. Baginda sebagai public figure dan contoh semestinya melakukan sesuatu yang sebaiknya dijadikan ikutan.Personally aku percaya jika kita ikut seperti dalam hadis di atas nafas kita semestinya tidak akan berbau busuk sgt. Tambahan pada zaman sekarang, aku percaya nafas kita tidak perlu berbau busuk dengan pelbagai ubat kumur nyah bau yang ada. Pada aku bau mulut yang tidak busuk penting dalam urusan harian. Kita juga akan lebih dihormati. Sefaham aku, hadis yang merujuk kepada bau mulut busuk akan berbau kasturi di akhirat itu lebih berbentuk kepada pampasan yang bakal dibayar akibat mulut berbau kerana berpuasa. Namun begitu kita harus berusaha agar bau mulut kita tidak berbau. Malulah sikit dengan non Muslim. Aku juga percaya hadis ini tidaklah bermakna orang yang mulutnya tak berbau busuk semasa berpuasa akan berbau busuk di syurga.

Nabi sebagai contoh antara induvidu yang sgt menjaga bau mulut. Nabi pernah menolak utk makan bawang just kerana tau mau mulut baginda berbau busuk. Inilah dinamakan "class".

Rigid, Susah dan Seksanya Puasa?

Memang pahala puasa itu bergantung kepada kadar pengorbanan dan sabar seseorang. Makin susah seseorang itu berpuasa atau pengorbanan semasa dia melaksanakan ibadat puasa itu lebih besar pahalanya. 

Contohnya; Pengurus Pusat Servis yang berkerja dalam bilik hawa dingin dan duduk di kerusi empuk punya pahala puasa most problaly tak sama dengan mekanik yang berkerja dalam bengkel yang mengadap enjin kereta yang panas. Insya'allah sekiranya sabar dan ikhlas, maka pahala mekanik tersebut secara anggarannya lebih tinggi berbanding dengan pengurus tersebut. Namun begitu ini tidak bermakna demi mendapat pahala berganda time puasa kita perlu menyiksa diri dengan perkara yang bukan². Contohnya demi menunjukkan sabar yang tinggi ketika berpuasa induvidu tersebut sangguh membaca Quran di tengah panas terik dari pagi hingga petang. Ini bukan amalan Islamik. Ini dinamakan bodoh. Dalam perkara ini kita cuba rujuk beberapa hadis.

Rasullulah SAW dalam suatu perjalanan lalu melihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung  (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya" Kenapa?" Mereka menjawab: " Dia berpuasa." Baginda bersabda " Bukanlah suatu yang baik berpuasa ketika musafir." Riwayat al Bukhari

Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: " Aku melihat Rasullulah SAW di al -"Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika berpuasa disebabkan dahaga atau panas." Dipetik dari Kitab al Muwata'  al Imam Malik.

"Apabila seseorang daripada kamu mendengar azan , sedangkan bekas minuman berada ditangannya , maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya." Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Daud dan Ahmad. 

Daripada beberapa kerat hadis diatas, kita boleh gunakan akal dan simpulkan sendiri betapa luas dan mudahnya Islam. Utk bacaan yang lebih terperinci sila rujuk buku Mengemudi Bahtera Perubahan Minda oleh Dr Asri dalam bab 15.

Ramadan 2012 @ 1433 Hijrah

Solat terawih.. kalau kita malas nak solat, janganlah sampai kita ajak galakkan orang utk bermalasan juga.

Aku sebenarnya bukan orang yang warak dan konsistant sangat dalam ibadat. Aku hanya orang biasa yang everyday struggle untuk menjadi orang yang lebih baik dari kelmarin. Dan aku juga bukan orang yang paling layak tegur perkara ini. Tapi sebagai seorang Muslim aku terpaksa lepas tanggung jawab aku utk sekurangnya luahkan kerisauan aku. Dengan harapan di akhirat kelak senang aku nak menjawab.

Seperti semua org tahu, bulan puasa sgt sinonim dengan solat sunat terawih. Malah solat terawih nie hanya ada khas di bulan Ramadan. Tapi yang menghairankan aku didapati kini terdapat beberapa aktiviti yang menggalakkan atau memberi sebab utk kita ramai² tak ke masjid utk solat terawih. Memang kalu tak ada aktiviti nie pun ramai juga yang tak pergi. Tapi bila ada, lagilah ramai yang tak pergi... 

Sehingga tulisan ini ditulis dah ada 2 perlawanan bola sepak di bulan Ramadan. 1st, Kelantan vs  QPR dan kemudian Harimau Malaya vs Arsenal. Tak silap aku pula pada 30hb July nie pula Harimau Malaya sekali lagi bertemu pula dengan Manchester City. Apa nak jadi dah sekarang nie?

Aku bukannya istiqamah (konsistan) sgt ke terawih, tapi ini tak bermakna aku galakkan orang untuk tak istiqamah ke masjid. Bayangkan malam Ramadan yang biasa berkumandang dengan alunan orang bertarawih kini disemakkan oleh sorakkan orang tengok bola.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Pada aku ini adalah satu penghinaan pada Islam. Kita selalu bising di Pulau Pinang (terutamanya kawasan Georgetown) alunan ayat Quran tak dibenarkan kuat dari kawasan masjid dan azan pun tak boleh kuat sangat. Hanya just nice keluar sikit dari kompaun masjid. Tapi kita boleh pejam mata tentang perkara ini (perlawanan bola di malam Ramadan). Pada aku kita semua macam hipokrit. 

Juga, kalau tak silap aku. Petang sebelum perlawanan Arsenal pula ada aktiviti cari bakat ke apa ntah di padang  utk budak sekolah. Budak² nie main bola tengah padang di bulan puasa. Memang tak slah main bola time puasa. Tapi tahan kah budak² tu? Pada aku zahirnya ikut pengalaman aku macam depa tak tahan. Yang menjadi kerisauan aku adalah dijadikan aktiviti tersebut sebagai alasan untuk tidak berpuasa.

Dalam kes ini aku berharap sangat pihak bertanggung jawab dapat menegur pihak berwajib. Put aside fahaman perbezaan fahaman politik. Tegur secara dan bernada profesional. 

Nafsu Politik

Satu lagi perkara yang menyedihkan di bulan Ramadan ini adalah adegan orang kuat politik kita. Tak kiralah meraka yang aktif atau hanya mereka yang menjadi penyokong. Tak kiralah dari mereka yang pakai songkok atau yang pakai kepiah. Aku tengok Ramadan kali nie gagal menjinakkan nafsu mereka. Gelaran  seperti taghut dan lain senang² dilemparkan oleh musuh politik. How sure are you that you are supporting the right team? Be wasatiah... Jangan over condemn. Itu ciri org munafik.

Dalam perkara nie, aku macam tak boleh nak paham kenapa golongan yang kononnya pandai agama boleh senang² sebarkan berita yang belum tentu betulnya? Bukankah itu fitnah?

Than perihal berita aib orang lain. Bulan puasa nie tolonglah "puasa" kejap. Tak kiralah sama ada berita tu betul atau tida. Kiranya tak ada bukti kukuh, ia boleh jatuh hukum fitnah dan juga sekiranya ianya betul, ia juga salah.

Harapan

Apa pun aku pasti Ramadan tahun nie akan cepat sekali berlalu. Harapan aku untuk Ramadan kali nie adalah supaya ianya lebih baik dari Ramadan tahun lepas. Juga sekiranya ada rezeki dapatlah aku dan mana² ahli keluarga aku bertemu dengan malam lailatul qadar.  

Sekian.     
   


No comments:

Post a Comment