Pada aku, lagu zaman sekarang banyak yang tak best. Kalu dalam bahasa lembutnya, banyak lagu zaman sekarang nie tak mesra dengan halwa telinga aku. Ada gak lagu yg pada aku lirik dia macam sampah. Nyanyi pasai nak kaya, nyanyi pasai nak shorty, nak tayang body dan lain lain lagi lah. Dan ada juga lagu yg kat radio tu memang sgt lucah dan mengeksploitasi wanita. Susah sgt nak cari lagu (termasuk lagu Cintan) yg mempunyai lirik yg baik dan berpuitis. Tu tak kira dengan video klip lagi. Nie aku just fokus pada lagu barat sajalah.
Pada aku, lagu zaman 90s juga yang best. Majoriti irama dan lirik dia masih lagi bagus. Ini termasuk dgn lagu² boy band. Time tu, aku memang gilakan Blur, Oasis, Pulp dan Garbage. Boleh dikatakan halwa telinga aku mesra dgn lagu Brit pop macam nie. Inysa'allah nanti aku akan tulis pasai aku dan Brit pop. Pada aku time aku form 1 sampai form 3 lah zaman paling best dunia muzik aku...
Bukan nak kata semua lagu zaman sekarang tak best. Ada gak yg bagus. Tapi sekali sekala. Ada gak lagu yang memang catchy di dengar macam lagu Bad Romance (Lady Gaga) dan Baby (Justin Bieber). Tapi lirik dia macam haram.. Terlampau simple. Bebaru nie (actually tak lah baru sangat) aku sangkut dgn 1 lagu dari sorg artis baru. Bruno Mars; It Will Rain.
It Will Rain
"It Will Rain"..ada apa halll??
Pada aku, lagu mamat nie puratanya agak bagus dan buat masa nie, lagu nie lah yg terbaik dalam setahun dua nih. Lebih baik dari lagu Adele. Pada aku 1 lagu dikatakan best bila irama dia sedap dan juga lirik dia bagus dan semestinya, berantu yang membuatkan aku tak ble tak dengar lagi tu berulang-ulang tiap hari.
You Look So Fine
"You Look So Fine"... Indeedddd.....
Namun, ntah mengapa, aku rasa lagu nie amat familiar dengan lagu Garbage; You Look So Fine. Actually lagu nie dihasilkan jauh lebih awal dari lagu It Will Rain. Dan personally, lagu You Look So Fine jauh lebih best dari lagu It Will Rain.
Aku adalah peminat lagu² band Garbage. Aku ada semua album depa yang dijual dipasaran Malaysia. Dari mula beli dalam bentuk kaset dan kini dalam bentuk CD.
Sama ka dua lagu nie? Maybe pada ramai orang tak sama. Tp ntah mengapa aku rasa flavor @ rasa irama depa sama. Duanya macam berunsur kelam dan despair.
Anyway, this is only my taste in music. Tq adik Bruno kerana menghasilkan serpihan lagu yg best utk bebudak zaman sekarang dan moga teruskan menghasilkan lagu² yg best dalam masa hadapan. Dan juga utk Garbage, your fan is still waiting for your 5th album.
No comments:
Post a Comment