Aku rasa semenjak dua menjak nie sentimen berbentuk perkauman selalu dimainkan.. Aku tak pasti sapa yg mulakan dulu... Dikatakan org Melayu yg mempertahankan hak mereka dikatakan sebagai "rasist". Tetapi sedarkah mereka yg memprovoke itu sebenarnya adalah extreemist?.
Perkara nie sebnenarnya amat merunsingkan. Aku cukup risau kalu perkara ini terlalu diprovok akan mengulang kembali tragedi 13 Mei 1969.
Teori Baru
Bercakap pasai 13 Mei, terdapat satu pendapat baru yg lebih liberal. Pendapat yg diungkapkan oleh seglintir Melayu post DEB hasil dari mendapat pendidikan diluar negara yg merasakan yg mereka lebih liberal (bebas) dr dogma sempit pemikiran tradisi. Mereka menolak statement umum tetapi menanggap itu satu konspirasi pihak tertentu utk memastikan Melayu keep in power. Mereka menerima pendapat alternatif yg ditulis oleh sebahgian penulis berbangsa Cina dan mengangap ia sebagai betul. Golongan ini menganggap "kaum" adalah outdate dan perbezaan kaum adalah outdate. Mereka inilah golongan liberal.
Pada aku golongan ini merasakan mereka cool. Mereka rasa mereka cool kerana mereka maju, bebas (liberal) dan bijak(?). Mereka cool kerana mereka mengabalkan isu perbezaan kaum. Pada mereka semuanya sama. Ini pada aku kurang bijak. Perkara itu hakikat.
Sungguh pun mereka menerima teori konspirasi alternatif berkaitan dgn 13 Mei 1969, tapi mereka lupa utk bertanya tentang perkara tersebut kepada atuk nenek mereka yg masih hidup. Perkara menjadi semakin teruk bila segelintir pemimpin politik Melayu yg mengambil isu ini sebagai 1 isu politik utk meraih undi. Tambahan kali org politik tersebut pakai lebai dan jubah.
Pada aku 13 Mei perlu sentiasa dikenang sebagai hari sejarah yg perlu diambil pengajaran. Hari tersebut tak boleh dilupakan supaya ianya tidak berulang.
Perbezaan Kaum
Perbeza dgn Bible, Quran meraikan perbezaan kaum. Quran meikhtiraf perbezaan kaum tetapi menganjurkannya dgn cara yg positif. Sebaliknya dalam Bible, Tuhan menyumpah menausia supaya menjadi berbilang kaum kerana manusia ketika itu bergabung membina "tower of Babel". Dalam Bible juga tuhan telah menyumpah manusia yg warna kulit sekian utk sentiasa menjadi hamba utk manusia warna kulit sekian. Inilah asal usul kenapa perangai bangsa kulit putih suatu ketika dulu mengganas dan juga asal usul kenapa puak Yahudi rasa depa sepatutnya control dunia.
Kalu baca Bible, semua nie akan jelas. Dan yg best skali bila ada puak liberal yg mula muncul dr puak Kristian ini, depa blanket sebagai Quran pun sama isi ajarannya dgn Bible. Dan yg lebih² best, puak liberal yg mula muncul dr beragama Islam menerima pendapat liberal Kristian. dan mereka menolak Islam kerana mereka rasa Islam dan Kristian tu sama kerena mereka termakan teori org putih yg Quran itu dicedok dr Bible. Mereka menelaah Islam melalui kaca mata org Kristian. Maka dari inilah keluarnya statement; " Aku kesian kat korang (Islamic band wagon) kerna korang just accept agama korang,. Kalau korang bedah agama korang, korang tau lah agama (Islam) korang tu apa....".
Dalam Quran, tuhan menyebut yg tuhan jadikan manusia berbeza kaum untuk saling kenal mengenali. Ini menunjukkan perbezaan kaum itu memang wujud dan ianya memang terdapat perbezaan. Perbezaan utk perlu "dijaga" dan tak dicanai utk dijadikana isu. Dijaga ini bukan bermakan meraikan atau membesarkan perbezaan. Tp yg aku maksudkan ini adalah jaga supaya tak jadi isu.
Sungguh pun Quran memang menceritakan secara tak langsung yg manusia nie memang dievolisikan menjadi berbeza kaum. Namun begitu Quran menganjurkan supaya kita hidup harmoni selagi tiada penindasan. Sirah juga menunujkan demikian dan hadis nabi pun demikian. Malah hadis nabi yg famous menganjurkan kita utk belajar hingga ke negeri China.
Di Malaysia
Sefaham aku, sentimen ini mula dimainkan oleh org politik dan NGO tertentu. Akibat daripada Melayu yg berpecah dan menjadi lemah, kelompok tertentu yg pada aku extremist mula menuntut sesuatu atas nama "hak". Merekja nak lebih. Mereka memberi contoh yg di Amerika org kulit hitam dah boleh jadi president yg mana org putih dah bertoilak ansur dan tak berkira. Ini aku dapat sendiri bila bersembang dgn sorg induvidu yg pada aku amat extremist. Aku rasa dia lupa bahawa org putih di Amarika bukan penduduk asal Amerika. Juga, betapa dosanya org kulit putih pada org kulit warna di Amerika dahulu. Pernahkah di Malaysia atau dulunya dipanggil Tanah Melayu atau Tanah Hujung menghambakan dan mengkastakan bangsa lain selain Melayu? Think about it...
Bangsa Melayu
Personally, bangsa Melayu adalah bangsa yg baru. Ia tak seperti bangsa Cina, Eropah, Afrika atau Arab. Bangsa Melayu adalah bangsa yang baru dan ianya rojak. Sejarah bangsa Melayu baru bermula (tak smpai 1000 tahun) dan ianya cacamarba. Bukan terpaksa tp sukarela dirojakkan atau dicacamarbakan. Aku sendri berdarah bukan 100% Melayu. Ntah² bukan Melayu langsung. Anyway, Siam tu Melayu ka?
Agak panjang kalu nak huraikan asal usul kewujudan bangsa Melayu. Dari satu segi, memang benar apa yg "mereka" katakan...
Moving Forward
Anyway. kita harus berhati-hati agar isu perkauman tidak dicanai dan dijadikan semangat patriotisma. Kepada mereka², janganlah terlalu bersemangat. Malaysia kita adalah bumi bertuah. Tiada bencana alam besar dan kita hidup makmur atas dasar tolak ansur. Aku ada sorg sahabat berbangsa Arab dari Mesir. Dia nasihatkan aku dan org Malaysia Islam umumnya supaya pastikan keamanan sentiasa dijaga. Dia juga berkata betapa beruntungnya hidup di Malaysia.
Bangsa Cina tidak ditindas di Malaysia. Bangsa India pun juga tidak ditindas. Malah bangsa India di Malaysia lebih beruntung tinggal di Malaysia berbanding di negeri asal bangsa mereka. Ini kerana di Malaysia, mereka tidak dikastakan. Ini mungkin kerana org Melayu beragama Islam. Dan sebagai Islam, harus menghormati tetamu.
Setiap bangsa masing² berpeluang utk bentuk masa depan sendiri. Masing² boleh kongsi budaya antara satu sama lain... Oleh itu, hormatilah perihal personal org lain dan jagalah adap dan kelakuan serta ucapan mulut.
tiap2 tahun akan ada saja usik mengusik antara kaum. tak pernah berubah.
ReplyDeleteSemua usikan tu sebnarnya berkepentingan...
ReplyDeleteMacam komen Danzel Washington dlm interview; Macam mana memastikan isu perkauman tidak bangkit? jawapan dia mudah saja... Don't talk about it.
Kaum atau bangsa adalah satu hakikat. KIta tak ble nak tutup mata akan perkara ini. Namun begitu itu tak bermakna kita tak ble hidup bersama.
Just hidup dgn relex dan hormatilah ruang privasy masing².