Sunday, 6 May 2012

Budget Peribadi - Financial Health Check

Aku buat budget detail utk diri aku bebaru nie. Dah lama aku tak buat budget detail macam nie. Selalunya bila aku buat budget detail, ini bermakna aku telah unintentionally foreseen some financial uncertainty yang bakal berlaku dalam beberapa bulan mendatang. 

Dalam program budget detail yang aku create nie aku ada buat forecast (budget) spend dan at the same time actual spend. Budget spend tujuan dia utk aku tau berapa lebihan wang yg aku ada sekiranya aku spend ikut budget dan actual spend pula utk aku jadi flexible dgn spending duit aku. For example, jika dalam budget spend aku ada excessive RM800, ini bermakna, aku boleh extrakan maybe RM400 (50%) any bahagian criteria bahagian yang aku nak. Ini membantu aku utk plan. 

Reality Check

Aku selalu diajar bahawa sekiranya kita nak guna duit, pastikan kita guna dalam kapasiti gaji asas kita. Ini bermakna, fix overhead kita mesti tidak lebih dari gaji pokok kita. Contoh; kalu net pay kita RM4k tetapi gaji pokok hanya RM3k yang membawa erti bahwa RM1k adalah additional income kita. Ini bermakna by hook or by crook fix overhead kita mesti tidak lebih dr gaji pokok kita, RM3k. Ini adalah kerana additional income kita tidak fix dan kiranya nasib tidak baik, maka bulan seterusnya kemungkinan kita tidak dapat menikmati extra RM1k tersebut. Aku percaya banyak syarikat swasta yang membayar pekerja mereka melalui komisen prestasi tetapi mempunyai gaji pokok yang rendah. Terutamanya yang melibatkan pekerja sektor jualan. Ini tidak salah kerana ia membantu utk memotivasikan lagi jualkan atau driving factor utk menjual. Cuma delusi dalam kadeah ini adalah si pekerja akan menyangka yang dia bergaji besar sedangkan tidak. Duit dia hanya banyak kerana dia jual banyak. What happen is something happen? Contohnya prolong sickness?

Sekiranya dia hidup atau dia membayar fix overhead menggunakan komisen, maka dia berisiko tinggi dlm kehidupan kewangannya. As mention before this is because, commission can fluctuate depend on market and luck also.

Everywhere there's lots of piggy living piggy life - The Beatles

Berkaitan dgn budget diri, aku dinasihatkan dulu bahawa dalam budget, kita mesti ada bahagian (budget) utk fix deposit (menabung). Tak kiralah kita park kat ASB atau fix deposit lain. Tp kena ada. Juga wajib semestinya adalah insuran. Sepengamatan aku, ramai org Malayu masih taboo dgn insuran. Pada mereka bila bercakap pasai insurance, ia seolah mengundang malang. Macam masuk hutan bercakap pasai ular. Ia seolah menyeru ular utk datang. Ini hanya self deluding. Kita harus menjadi realistik. Dengan gaya hidup kita yang tak berapa sihat (makan makanan tak seimbang tp kurang bersenam), kitalah bangsa paling berisiko. 

Aku persoanally berpuas hati dgn budget yang aku buat utk diri aku. Agak detail. Aku tau bahagian mana aku boleh save dan aku tau bahagian mana yang aku boleh park lebih. Tapi at the end it come to discipline dan nafsu. Adakah aku boleh follow budget tersebut dan adakah aku boleh kontrol nafsu time gi Tesco, Jusco or even time lunch @ dinner kat ofis.  

Antara perkara yang masuk dalam budget aku secara kasar adalah;
Over head Budget
House JuruRMxxxxx
Dapur@keperluanRMxxx
Ins PahlaviRMxxx
Ins SofeaRMxxx
ParentsRMxxx
Toll officeRMxxx
BeverageRMxxx
TotalRMxxxxx

Lebihan dari gaji pokok yang telah tolak overhead inilah pula akan aku agihkan ke variable overhead yang lebih bercirikan simpanan. Dan akhir sekali lebihan dr semua inilah yang aku  yang aku guna utk beli buku, DVD, gi dinner kat restorant besar dan juga kumpul utk duit utk beli barang yang aku terhingin sgt.  Contohnya dulu sebelum aku kawin, aku teringin sgt nak pakai sound sistem gempak dalam Kelisa aku. Tapi at the same time aku tgh kumpul duit utk kawin. In before, aku don't belief in personal loan. For me, semua jenis loan mesti utk pelaburan. I'm not sure either perkahwinan tu pelaburan ke tak. But yang aku tau, bila kawin pun buat loan than ini bermakna isteri hang tu hak bank. Therefore kalu hang tak bayar loan lebih dari 3 bulan, bank boleh tarik bini hang. Hahahaaaa... 

Anyway, jadi aku terpaksa kumpul duit dalam 3 - 4 bulan juga utk pasang sound sistem tu. Sebenarnya aku just terus ble pakai credit card, tp aku disiplinkan diri utk kumpul duit dulu. Credit card for me adalah utk beli benda bila cash di bank. Aku punya stail lepas guna card, immediately aku bayar kat bank tu balik. Bodoh? I don't care.

Kami Semua Anakku Sazali

Hidup memang macam nie. Ini yang majoriti student kat IPT masih tak nampak. Terutamanya yg datang dari kelas pertengahan dan ke atas. Kebanyakan dari mereka dilindungi oleh parents depa dgn perkara sebegini. Reality life memang penuh dengan "balance sheet". Sorry to say, aku tgk ramai student kita yang dah jadi "Sazali"  macam dalam filem Anakku Sazali. Depa dah berlemak dan "mua". Semua nak free. Sedangkan gaya hidup mewah bukan main. I Phone, cafe, branded sana sini dan lain². Ingat satu benda wahai student IPT sekalian, nothing is free in life. Nak masuk syurga pun kena usaha woo....  Nak gi Mekah pun pakai duit. Itu tak kira derma, zakat, nafkah dan lain². Kalu sesuatu tu seem to good to be true, than something hidden agenda yang hang tak perasan disana.

Reality Kehidupan

In real life, nobody akan simpati kecuali hang ada kepentingan. Ini reality syarikat menggaji hang kerana hang boleh buat untung. Kiranya hang adalah bebanan, than its time to move yourself or prepare to be moved. Itu normal. Nothing wrong with that. Ia boleh dianggap sebagai "survival of the fittest". Therefore, for all student, prepare yourself. Jangan manja dan terhegeh-hegeh sgt nak benda free. Fikir secara rasional dan jangan pikirkan kepentingan diri sendiri sahaja.

Balik kepada budget, I believe that every body kena buat budget utk diri sendiri. Ia sebagai "amaran tsunami", financial health check dan juga reality check. Hidup adalah perjuangan yang kita harus bijak dalam perjuangan ini. Kesihatan kewangan kita juga amat penting bagi melindungi kita dari kemusnahan. Bukan sahaja kita malah negara. Lihat negara kita dulu. Bukan diserang secara fizikal, tapi negara kita pernah diserang secara kewangan. Malah nabi sendiri pernah berkata; "Kefakiran boleh membawa kepada kemungkaran..". Just think about it.

Sekian














2 comments:

  1. Bagus2... aku pun guna sistem mcm tu jgk, ada 2 tmpt aku buat simpanan, ada jg yg aku convert jadi gold bullion.

    Btw jgn lupa agihkan sama untuk bayaran zakat/lhdn, selain kalau ada anak, masukkan dlm sspn. Itu mcm kwsp utk bdk2.. kehadapan ni nnt PTPTN pun mungkin dah takda, sebab petronas dah abis minyak...

    Btw masa zaman aku dulu, bpk aku mmg betul2 kedekut. huhu, duit pi sekolah tiap2 hari dpt 5kupang saja, kalau nak beli barang ataupun komik.. kena puasa kat sekolah.. masuk sekolah menengah baru dpt RM1/day (duit syiling emas tu), tp challanges masa sekolah menegah lagi besar, sama jgk masa masuk asrama penuh (sbb makan supply, mmg x dpt apa2 bajet tmbahan, so mmg kena blajar buat part time)

    time universiti, mmg dlm semua, aku saja yg xdak transpot, mintak moto pun x dpt.. semua kena guna public transportation, tp dari situ, kena la blajar bajet2kan masa, planning ahead, bajet $$, makan semua sep2.. sbb kadang2 nak beli barang2 yg aku suka mcm baju etc..

    last2 lepas grad situasi sama, tp improve sikit sbb skill utk generate income sendiri tanpa bergantung pd family meningkat 500%... tiap2 bulan dpt income dari internet dlm RM2k... mmg masa tu boleh beli keta sendiri.. huhu.. last2 time kerja pun terbawak2.. beli pun benda2 yg prudent sahaja.. skrg ni still tak kahwin aku still praktikkan prudent budgeting, hanya 40% dari income saja yg betul2 spend dalam bentuk duit kereta, duit rumah, duit minyak.. another 60% mmg simpan dalam bentuk various means.. mmg boleh jg spend semua kalau nak pakai benda mahal atau dine di restoran bagus2.. tp xda maknanya sgt kalau tak menabung utk masa memerlukan. yg penting adalah kita spend prudently, sbb kehadapan nnt kita tak pasti lagi keadaan ekonomi mcm mana.. mmg perit kalau ada hutang. aku mmg bersyukur sbb bpk aku train aku bab2 jgn berhutang ni.. skrg ni yg ada pun hutang kereta (mungkin term sewa/beli lebih appropriate) dgn hutang rumah saja.. xde personal loan/ credit card ataupun student loan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously true bro. Some people just don't appreciated and some people just plain opportunist.

      Delete