Orang dah naik bulan, kita dok gaduh lagi...
Hari ini adalah hari memperingati jasa ibu dan juga ulang tahun tragedi 13 May 1969. Berkaitan dgn hari Ibu, kalu ikut UstazAzhar, dikatakan haram. Aku tak dgr lagi audio video dia. So, tak sesuai komen lebih. Tp tragedi 13 May 1969 merupakan satu peristiwa yang sampai bila² akan menjadi sumber rujukan aku.
Suatu ketika dulu, pernah diusulkan utk mejadikan 13 May sebagai hari yg perlu diingati secara "official". Ramai yang tak sokong. Tp ada segelintir yang setuju. Tak silap aku cadangan ini datang dari TPM. But the idea was scrap. So, no tukang kipas over here isn''t it? Aku tak 100% pasti apa tujuan. Dengar criter juga dulu, mahu dijadikan 13 May sebagai hari Harmoni supaya dijadikan pengajaran kepada generasi akan datang agar isu tertentu tidak dipermainkan atau supaya menghargai keamanan dan keharmonian hubungan perbagai kaum di Malaysia. Ini juga dibantah.
Aku ada juga byk membaca komen dalam FB berkaitan perkara ini. Tp aku tak ambil pusing bcos yg berbincang itu semuanya berbau politik. Jadi majoriti statement beremosi dan di chop sebagai pro parti. Tak membina langsung. Buang masa kalu berdebat* bcos aku percaya, at the end of session, aku akan dituduh cenderung kepada sesuatu pihak. Ini yang aku tak suka.
* sebenarnya dalam any topik, aku suka memegang watak sebagai The Devil Advocate.
* sebenarnya dalam any topik, aku suka memegang watak sebagai The Devil Advocate.
Aku personally, seolah bersetuju kiranya 13 May dijadikan hari Harmoni. Pada aku, kita tak ble tutup mata dan ignore sejarah hitam negara kita. perkara itu perlu sentiasa segar dalam ingatan. Bukan sebagai dendam atau pun api dalam sekam, tapi sebagai panduan dan peringatan. Sebagai peringatan bahwa sekiranya keharmonian tidak dihargai dan dijaga, ia akan hilang sekelip mata. Sejarah adalah utk diteladani.
Setahu aku, Malaysia antara negara dalam dunia yang mempunyai kadar toleransi antara kaum yang paling tinggi. Personally, org yang aku anggap macam ayah aku sendiri sebenarnya berbangsa Cina. Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan dan selok belok perhubungan. Aku sgt menghormatinya walau pun mungkin orang disekeliling tak nampak sebegitu. Dia bagi aku freedom utk bercakap dan freedom utk berfikir serta ruang utk aku luahkan hasil pemikiran aku. Dia juga induvidu yang menanam nilai sabar dan lihat dahulu sebelum buat keputusan. Aku menjadi begini sebab dia. Tq boss.
Apa pun, tak kira sama ada anda 1 Malaysia atau pun Malaysian Malaysia, selamat memperingati hari 13 May dan jaga, lindungi dan hargailah keamanan dan keharmonian negara. Jangan lah kita terlalu extreem dalam perjuangan kita kerana orang yang berlebih² dalam pertengkaran mudah terjebak menjadi golongan munafik.
Satu lagu yang bagus utk menjaga "muamalat" antara kaum... Tp aku tak setuju dengan rangkap; " It doesn't really matter if there is heaven up above...". Why? Hmmmm....
perkara-perkara yang bersifat neutral, kalau dibincang secara emosi-politik, akan menjadi macam taik je baunya...
ReplyDelete