Thursday 19 July 2012

Musuh Sebenar Muslim

Aku menonton Al Kuliyyah dalam dua tiga bulan lepas. Dah lama sgt aku tak menonton rancangan nie. But after advertisement dlm FB tentang topik yang diambil dr satu buku yg bertajuk The Art Of Deception Amerika, Freemason & Zionis yg ditulis oleh tetamu jemputan iaitu si penulis buku itu sendiri iaitu Jerry D Gray (seorang muallaf yg kini menetap di Indonesia). Aku belum baca buku nie dan masih belum terdetik hati untuk beli.

 Belum baca buku nie.. Mungkin akan membacanya nanti..

Sebenarnya topik yang dibincangkan oleh penulis bukanlah topik baru utk aku. Dan aku pasti juga bukan baru bagi ramai lagi org lain. Banyak juga video U Tube yang berkaitan dgn topik tersebut dalam internet sama ada dalam bentuk short documentary, rencana bersiri dan juga documentary panjang. Dan yang paling famous antara semua adalah The Arrival.

Dokumentari bersiri yang mencipta fenomena...

Aku dah khatam rencana nie. Agak unbelievable. Susah aku nak pecaya but some of the things that the documentary is highlighting seems to be real. Ramai gak golongan yg kononnya "bijak" menolak mentah² dan mempersenda dokumentari ini. Aku personally berbelah bagi dan aku punya pendirian berkaitan dokumentari ini dan buat masa nie aku tak citer sgt lah.

Berbalik kepada rancangan Al Kuliyyah tersebut, Mr Jerry menceritakan secara kasar back ground diri dan macam mana dia embrace Islam. Than mula bercerita mengenai perkara yang berkaitan dgn buku tulisan ini. Antara perkara yang dibangkitkan adalah usaha musuh Islam memecah belahkan umat Islam dan juga melemahkan umat Islam sama ada dgn hiburan atau pun fahaman moden baru. Dia juga menceritakan tentang pemimpin boneka yang berjaya ditahtakan di negara Islam sekarang. Ntah mengapa aku tersenyum sebab teringat sesuatu..  Aku rasa familiar sgt dan sinonim sgt dgn watak dan perisiwa yg berlaku di Malaysia.... Melantik mereka yg kurang bijak sebagai naib presiden pemimpin satu parti ...

Anyway aku tertarik dgn 1 soalan daripada penonton. Dirumuskan soalan penonton tersebut;

Kenapa umat Islam tidak mahu @ mampu mencipta senjata (kapal perang dan sebagainya) dalam bersaing dengan musuh Islam?

Jawapan yang diberi oleh Mr Jerry agak general dan "bersebab" yang aku sifatkan sebagai defensive. In short, aku kurang setuju. Pada aku jawapan utk soalan itu mudah saja dan jawapan aku amat dipengaruhi oleh pemikiran Sheikh Ahmad Deedat.

Jawapan aku;

Kita tak kuasa ekonomi, kita tak kuasai ilmu dan kita berpecah.

Umat Islam tidak mampu. Kenapa tidak mampu? Well, tgk sajalah umat Islam negara kita. Kita tak mampu dari segala segi. Ekonomi; punca segala sumber kewangan bukan dipegang oleh umat Islam.  Jika umat Islam kuasai ekonomi, pasti akan ada sponser yang boleh sponser. Ini tidak, sibuk berpolitik extremist.

Di barat, ekonomi dikuasai oleh golongan Yahudi. Golongan inilah yang sponser gerakan penubuhan negara Yahudi. Inilah bezanya dengan umat Islam. Kita terlalu malas pikir sebaliknya hanya ikut emosi. Terlalu sibuk dgn politik yang kononnya satu² tunjang cara dalam menegakkan islah Islamiah, khulafah dan sebagainya. Tapi, yang best, tool utk tegakkan apa yang dijuangkan tak ada.

Berpecah Belah

Lebih teruk lagi bila ada yang sanggup mengkafirkan mereka yang tidak sehaluan politik.  Sampai ada yang sanggup ceraikan isteri kerana tidak sehaluan dgn haluan politik. Tidakkah sedar mereka mengikut jejak kesilapan puak Syiah dahulu? Ini memupuk bibik perpecahan. Tidak masuk akal utk aku bilamana 1 masjid yg mana solat dan khutbahnya manjadi 2 kerana politik suatu ketika dahulu. Tidakkah mereka sedar yang hadis Nabi menyebut yang golongan merosakkan agama adalah golongan melampau? Tindakan mereka yang kononya kononya demi Islam ini tidaklah membawa kebaikan pada Islam. Sebaliknya ia menimbulkan lebih perasaan sinis terhadap Islam.

Itu tak kira ajaran golongan ustaz dan agamawan tertentu yang menfatwakan bahawa Jannah hanya melalui ritual keagamaan. Mereka mengatakan subjek akademik itu ilmu barat dan sekular. Tidakkah mereka sedar yang mereka sebenarnya ajen sekular? Sehinggakan ada yang mengatakan membaca sirah berkaitan dgn Nabi sahaja yang membawa kepada Jannah sebaliknya membaca berkaitan selain berbaur agama hanya sia²? Adakah mereka lupa hadis yang Nabi tuntut supaya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina? Aku percaya yang Nabi maksudkan itu menuntut ilmu jasmani fizik, sains dan life. Tu tak kira ada setengah yg mengatakan sejarah itu benda mati. Dia kata; "Tak guna belajar sejarah sebab bukannya boleh naik mesin masa balik ubah sejarah..." Adoi yai.... Moga Allah bagi petunjuk dan pedoman...

Paling mudah lihat baca surah Al Alaq. 5 ayat pertama yg turun atas muka bumi nie. Menceritakan perihal membaca dan kejadian manusia. Ia tidak menceritakan akan kejadian manusia dalam bentuk 'kun fayakun..' Tetapi lebih kepada bercirikan sains. Adakah ini sekular?  Tuhan takkan buat sesuatu utk suka suki. Ia bersebab.

Menuntut ilmu dari buku seperti menuntut ilmu dgn iblis? 

Ini sebenarnya kata² ulamak dahulu yg merujuk kepada keadaan tertentu. Ia bukanlah umum. Ia bukan dari hadis. Sebaliknya banyak hadis yang menyarankan kita utk membaca. Antaranya; "Ajarlah anak kamu membaca, memanah, berenang dan menunggang kuda..."

Keadaan menjadi makin teruk bilamana golongan yang sedang berjihad pula dimanipulasi dan diheret utk kepentingan politik dan memupuk sifat tidak kenang budi dan kurang ajar dalam diri mereka. Mentang² lah golongan penjihad ini masih hijau, mentah, berdarah panas dan "kurang makan garam", maka senanglah mereka dimanupulasi dan digula-gulakan oleh umpan yang paling mudah; "segalanya percuma", "tiada akibat" dan "ini adalah hak". Tidakkah ada sifat tanggung jawab utk memupuk memotivasikan mereka ini utk cemerlang dalam bidang akedemik agar dapat bersaing dgn pakar akedamik non Muslim diluar sana.


Rajin budak nie.. Insya'allah dia akan berjaya...

Cuba lihat gambar diatas.. Ini adalah gambar yg aku ambil di Pasar Malam Juru, dekat dgn umah aku. Apa yang korang nampak? Apa perasaan korang? 

Rajin adik berbangsa Cina yang obviously bukan Muslim sedang iqra. Tak silap aku dia baca form 5 fizik. Ayah dia sedang niaga dan dia niaga bersama but at the same time tak buang masa utk tuntut ilmu. Aku percaya dia tak buang masa dan menyibuk dgn politik. Masa muda inilah dia tuntut ilmu utk dapat kedudukan yang baik dlm masyarakat kelak dan supaya akal dia tak kebudakan bila buat keputusan kelak. Obviously aku percaya dia tak join dan sibuk pasai politik sekarang. But 1 day, bila dia dah berjaya, dia dah ada kedudukan dan wang, maka masa tu lah dia akan involve dengan politik dgn cara halus. Masa tu lah dengan mudah (kiranya dia keji) dia akan membeli tanah bangsa Melayu Islam bodoh dengan wang.

Inilah sifat terpuji. Allah bukan pilih kasih. Allah akan memberi kepada mereka yang berusaha. Tak kira agama mahupun bangsa. Bukan mereka yang hanya tau bohong dan sombong yg kononnya zuhud... Bila sembahyang ada org tolong tangkap gambar than sebarkan...  Sefaham aku, zuhud nie merendah diri. Dan malu bila orang puji. Juga sembunyikan ibadat dari orang lain utk elak diri dari dipuji utk mengelak perasaan riak dan sombong kerana riak dan sombong itu adalah syirik kecil. 

Memang ibadat kita boleh dijadikan contoh utk org lain buat ikutan (motivasi). Tp kalu beli sirap pun di photokan dan dilabelkan zuhud... Than I rest my case... Aku tak tau dengan orang lain. Tp aku suka guna akal utk fikir. Aku bukan pandai sgt, tp yang pasti aku pun tak lah bodoh sgt utk telan bulat² apa orang jual  Dan sebab aku kurang bijaklah aku terpaksa baca lebih banyak buku. Dan juga berfikir. Bukankah berfikir sejenak lebih baik dari ibadat sunat seratus raka'at?

Pada aku, golongan inilah sebenarnya golongan yang menghalang kemajuan umat Islam. Golongan inilah yang membuatkan umat Islam menjadi mundur dan kebelakang. Golongan inilah pemecah belah umat Islam yang eventually merosakkan Islam itu sendiri. Bukannya barat, Yahudi, Freemason dan sebagainya yang dijadikan alasan utk terus malas. Ya, memang secara zahirnya atau halusnya mereka bergerak. Tapi mereka boleh bergerak kerana kita memberi laluan.  

Musuh umat Islam @ Islam adalah org Islam sendiri. Org Islam yang berkepentingan.  Yang berlagak zuhud dan yang jual agama dan mengugut orang lain dengan agama. Pada aku mengugut orang yg kurang ilmu dengan agama jauh lebih hina daripada ugut orang miskin dengan harta. Kalau kita balik kepada essence Islam yang sebenar, kita akan jadi satu umat yang paling hebat diatas muka bumi. Islam bukan hanya hudud. Islam lebih daripada itu. Jangan kerana hudud dijadikan asas perpecahan. Ambil iktibar drpd kisah Imam Malik, Shafie dan Hambali (terutamanya Imam Malik).

Jadi sudah² lah utk salahkan kelompok atau org lain. Salahkan diri sendiri. Salahkan bangsa kita sendiri. Kalau tidak, forever kita akan terus ditampuk lama.

Sekian

2 comments:

  1. awi punya isi dan style of thinking ada gaya drMAZA sket2, hoho

    anyway, setuju dengan artikel ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya sgt dipengaruhi oleh Dr Maza.

      Delete