Tuesday 19 July 2011

Hobi? Bahagian 1; Kanak² Riang

Aku percaya setiap org kat atas muka bumi nie ada hobi masing².

Hobi. Barangkali ada yg mempunyai hobi yg sama tp berbeza cara menzahirkannya atau pun meluahkannya. Hobi nie pula pd aku, ada yg baguih dan ada gak yg memang loklag habis. Nasihat aku, sebolehnya hobi yg loklag tu kita jauhkan je lah. X dak faedah pun. Barangkali yg loklag tu dugaan setan. Huhuhuuuu…

By the way, “loklag” adalah bahasa negheri Kedah. Kalu hangpa x tau maksud dia, hangpa try cari kamus. Kalu umur hangpa panjang, hangpa jumpa maksud dia dlm kamus. Kah kah kah…

Pada pendapat aku, hobi itu tak semestinya 1 je sepanjang hidup dia or pada satu² masa. Barangkali seseorg tu mempunyai 2 atau 3 hobi dalam masa yg sama. Hobi dan kegemaran tu sama ka?  Apa definesi hobi? Ntah, aku pun tak tau. Lg pun malas aku nak chek kamus atau pun Wikipedia. Lagipun blog aku nie aku tak definisikan sebagai blog akedemik atau pun ilmiah. Barangkali ada juga sesikit ilmu yg pembaca budiman (cewahh) dapat ilmu dlm blog nie, but aku zahirkan (cewah-cewahhhh) dalam bentuk yg paling santai or dalam bentuk yg paling non ilmuan punya stail. But off course, honestly, deep down inside, I really hope that you guys gain something from my writings.   

Therefore utk tulisan kali nie, aku definisikan “hobi” sebagai something yg korang buat utk dapat nikmat atau kepuasan yg korang x dapat time korang buat benda lain. Atau pun aku definisikan sebagai benda yg bila hangpa buat hangpa ghasa payah nak cemiuh (jemu). Skali lg diulang, ini bukan aku amik dr kamus. Aku amik dr otak aku dlm definisi macam aman aku paham maksud “hobi” tu.

Aku tak tau la pasai hangpa. Personally aku mempunyai hobi yg berbeza dalam setiap peringkat umur.

Time aku kecil (darjah 1-4);

Seingat aku, hobi aku adalah melukis dan menulis. Yes, menulis. Apa? Hangpa x pecaya? Well, your choice…

Aku suka menulis dan melukis dr umur aku masih lagi hijau. Aku tulis dalam buku sekolah yg bawah dia ada ruang utk tulis dan bahagian atas dia boleh lukis. Haaa.. Amacam? Ingat lagi tak buku tu time kita kanak² riang dulu. Seingat aku, aku buat mcm² citer dalam buku tu. Tp yg paling aku ingat adalah citer “Hantu Mayang”. Apa tu “Hantu Mayang”?. Ntah, aku pun tak tau. Basically citer dia macam citer Drakula. Yes, dlm umur aku yg masih kanak² riang tu, aku dah minat vampire. Actually, tak silap aku, citer tu sebijik mcm citer Drakula. Hahaha… Cuma aku x ingat sama ada ada aku guna salib tak dlm citer tu. Anyway, buku tu still survive dan ada dalam simpanan abah aku. Yes, abah aku sentimental punya org. Dia simpan benda yg pd dia ada kenangan dan dia suka amik gambag family. Dia kata utk kenangan. Hmm, barangkali dia pun peminat Liverpool? But anyway, I believe him.

Than bila aku darjah 5 atau 6, (aku x pasti);

Time tu aku minat wat buat patung. Apa? Patung? Laknat.. Syirikkk!!??? Yes patung, patung robot guna plastesin.

Actually criter dia mcm nie, time tu, aku memang gilakan robot. Tosho Daimos*, Grandizer, Voltron, Guardian, Macross, Mospeada and tak dilupakan Transformers.Time ni juga aku balajar cakap bahse Jepun. Yes, aku boleh cakap bahsa Jepun tanpa memahami 1 patah perkataan pun. Hahaha.. Amcm? Respek x?

Anyway, since aku gilakan robot² anime nie, aku nak la mainan robot dia. Bila aku pi umah sepupu², mcm Abg Faizal & Farid (depa nie sibling), Aizat and umah tok cik aku (tetiba aku lupa nama anak tok cik aku lak, cisss), aku tgk depa ada mainan robot² nie. Siap satu keturunan robot dia ada. Yg paling lengkap x silap aku adalah sepupu aku bernama Aizat. Dan x silap aku, skarang nie, dia simpan dalam rak kaca IKEA.

Umah abg Faizal kat Alor Gajah pun sama. Everytime bila depa balik Astar time raya, depa akan bawa juga la sekor dua robot nie. Antara byk robot depa yg aku sangap adalah Optimus Prime siap ngan ekog (kontena) dia. Than anak tok cik aku. Dia ada set robot Macross. OMG! Macross wei!! Jet kaler putih lambang tengkorak tu… Can operate in 3 mode. Jet, half robot (jet ada kaki) than jadi robot terus… Crazy pig siot… Terus terang cakap, meleleh air liur aku tgk robot² nie. Malam, tidog x lena, siang, mandi x basah. Tidog x lena sebab mengigau robot jek… Siang asyik wat muka sekupang meminta belas utk robot dr abah aku. Huhuhu. Doa kat tuhan tu jgn cakap lah. Kalu semayang org wirid nama tuhan, aku wirid sebut robot jek.. Robot, robot, robot, robot…..

However, last skali aku dpt jawapan yg cold hard truth dr abah aku. No robot! Yes, dia ada beli gak mainan aku yg lain² dulu (mcm Thundercats dll). Tp dlm demam robot nie dia x beli kat aku. Bagaikan terkena Tendangan Padu Maut kat perut aku time dia wat keputusan tu. Time tu aku marah gak kat dia. Ya lah, kanak² riang being kanak² riang. Manalah kanak² riang paham ekonomi org dewasa. Lagi pun time tu aku dah ada 2 adik lelaki yg comel² belaka. Yg bestnya kedua-dua adik² lelaki aku nie sihat² dan montel² belaka. Mereka memerlukan makanan seimbang yg secukupnyanya utk membesar.. So, aku pun cari alternative utk robot² tu. Aku nak gak robot! So, pikiag punya pikiag, last skali aku wat robot aku sendiri.

Hahaha.. Amacam? Canggih tak? Duit makan aku time tu 5 kupang on daily basis. Harga plastesin 1 ketul 8 kupang. Jd tiap² hari aku guna 3 kupang je utk nasik ikan bilis (4 -5 ekor) or nasik dgn telur (yg dibahagi oleh Polis Angkasa Gaban sebanyak 6 bahgian). Kalu aku bebetul nak sep (sep = save = jimat), aku pau je nasik member aku. Sorg kawan 1 suap. 5 kawan dah lima suap. Kenyang wooo.. (sharing is caring whatt…) Tp sebnarnya slalunya mak aku wat bekal. Kalau aku lapag ayag pulak, aku minum ayag paipsi (paip besi). X pun as always, aku pau member aku. Depa terpaksa bagi bcos aku sgt nakal time darjah 4,5 dan 6. Dan kanak² riang yg nakal sgt merbahya.. Wah hahaha… X pecaya tanya ketua pengawas SKTR time tu, saudara Tazli.

Anyway, aku manage tu collect all colour plastesin. Hello.. robot aku bukan warna monotone citer P.Ramlee. Robot aku warna warni pelangi. Akhirnya atas kegigihan dan perseverance, aku bukan saja boleh wat 5 -6 robot, bukan saja 1 keturunan robot, tapi aku wat 7 keturunan robot! Wah hahahaaa. Tp robot aku mempunyai musuh² yg devastating. Antara musuh robot aku adalah; 1) Cahaya matahari. Kalu robot aku kena chaya matahari (aku tertinggal kat tempat yg terdedah pada direct sunlight), depa akan cayag (cair). Ceh, mcm vampire pulak. 2) Lipas. Ntah ngapa apa yg best sgt, lipas suka makan robot aku. Tak pun dia yak² (yak² = berak) kat markas robot aku. 3) Musuh ketat, yg mempunyai kuasa pemusnah luar biasa… adik² aku. Huh, malas aku nak bagi detail apa yg adik aku mampu buat ngan robot aku. Terlalu syahdu utk dikenang…  

Obses aku kepada robot nie sebnarnya menjadikan aku men”design” robot nie 1 hobi aku. Lepas je buat matematik dalam 100 soalan aku ngadap plastesin sambil wat (buat) robot. Tp, aku tak uli plastesin atas lantai jubin umah aku. Nanti dia ber”telau” and abah aku x suka lantai bertelau. Jd, aku uli plastesin atas buku yg tebal iaitu Encyclopaedia Britannica. Dlm dok uli plastesin nie, ada gak kekadang aku selak encyclopaedia nie. Aku dapati dlm encyclopedia nie ada byk benda yg menarik, ajaib yg trigger aku punya questioning instinct. Dan encyclopedia ni jugalah menjawab byk soalan aku. Dr sikit, menjdi byk dan last skali membaca menjadi tabiat aku. Yes, I like to read. Reading has always been with me since the beginning. I think I was fond of reading due to my abah’s influence. My abah at one time really like to read. I remembered he always had a book at the top or end of the bed. Sometime after reading a few pages, it ends up with the book reading my abah back. Hahaha. 

Anyway, adakah membaca adakah ia hobi aku? Maybe. But back at that time making plastesin robot was my ultimate hobi. Can’t wait to but new plastesin, can’t wait to design new robot and can’t wait to play with them.

Than, when I was in form 1, or dlm bahsa Melayunya, kemdian, bila aku masuk tingkatan 1, aku telah mejumpai sesuatu yg sgt menarik dan mengubah hidup aku selamanya… Hobi aku utk membaca kini masuk ke alam membaca yg baru. Hobi melukis aku masuk ke fasa baru.  Kini aku membaca dan melukis komik…

To be continue…

*Tosho Daimos adalah faverot anime robot aku. Aku suka robot tu siap dgn awek dia skali. Awek aku yg pertama adalah Erika iaitu, heroin dlm anime tu. Ya, awek yg aku suka mesti hidung mancung, putih seghelah ngan mata besag macam mata otroman dan sebolehnya pakai cekak. Dan alhamdulillah, ntah ngape, aku rasa tuhan makbulkan doa aku sebab pd aku, bini aku muka dia sebijik macam Erika.  Apa? X pecaya? Aku x kisah… Your choice..

2 comments:

  1. Maybe patut tag aizad/ abg faizal/farid/fahrul.. Sure mengimbau masa lalu :) in fact skrg gi tmpt toys pun, dok tgk2 toys transformers.

    Btw, i guess reading has been in d blood :) even aunty asiah till now is an avid reader. Mak ckp even tok ayah had a good collection of books n magazines! Medical book tok mmg terbaik! Menjadi reference mak sampai skang though a bit outdated sikitt.

    ReplyDelete
  2. adik2 pemusnah tu tak temasuk kandar. din the origin peruto ja duk gelek robot awi (sumber:abah), kandar time tu kompem sibuk main game.

    abah dulu2 kerap baca buku. la ni tak sangat, letih balik kerja. dan tengok movie perang. dulu takdak sangat.

    ReplyDelete