Sepanjang usia aku hidup, telah berlaku beberapa perang yg meragut ribuan malah jutaan nyawa. Aku bersyukur Negara kita Malaysia dilindungi Allah drpd bencana yg dasyat ini. Aku amat takut jika berlaku penghapusan etnik spt yg berlaku di Bosnia, penaklukan kawasan seperti yg berlaku di Palestin dimana rumah dan tanah mereka dirampas begitu shaja dan diagihkan sesama mereka dan ketamakan emas hitam dlm penaklukan oleh Iraq terhadap Kuwait dan Amarika celaka terhadap Iraq pula. Perang Teluk pertama; pada aku, apa sahaja alasan Saddam Hussein, dia tak ada hak utk menceroboh Kuwait.
Itu antara contoh perang fizikal dlm bentuk penjajahan fizikal terhadap sesuatu kawasan yg berlaku dlm bentuk serangan fizikal.
Selain serangan yg berbentuk mulitari, terdapat juga serangan dlm bentuk lain. Antara yg selalu kita dengar adalah serangan budaya, serangan ekonomi dan terkini serangan siber.
Serangan Ekonomi 1997
Malaysia juga pernah diserang pada zaman hidup kita. M’sia juga pernah cuba dijajah oleh pengganas dan penjajah halus ini. Ya, M’sia pernah diserang pd tahun 1997 dan mengambil masa yg lama utk pulih semula.
Seperti yg rata² tahu, pada tahun 1997, M’sia pernah diserang oleh penyangak mata wang dunia. Mulanya aku sangkakan yg penyangak mata wang ini hanyalah George Soros. Tp selepas aku baca bab “Currency Crumble” dalam buku Dr M, baru aku sedar yg hingga sekarang kita tidak tahu secara jelas siapakah sebenarnya mereka² yg menyerang Negara kita pd waktu itu. Pd tahun tersebut aku masih dlm tingkatan 5 and as a typical Malay boy, aku lebih berminat terhadap isu Anwar berbanding isu Negara. Tp, pada awal Negara diserang, Anwar masih lagi TPM dan pada ketika itu, buku “50 Dalil kenapa Anwar tak boleh jadi PM” tersebar luas. Anwar pd ketika itu menjdi “lauk” musuh UMNO. Extremist PAS rata² menggelar Anwar sebagai Al-Juburi.
Pd pertengahan tahun 1997, ekonomi negara² membangun di Asia Tenggara telah diserang oleh satu kumpulan pakar ekonomi dgn menggunakan perdagangan matawang. Pedagang matawang ini memulakan serangan keatas Negara Thailand. Pd Ogos 1997, Thailand hampir runtuh…
Pedagang mata wang ini mengaut keuntungan atas angin dgn mengeksploitasi kadar perbezaan bunga dan kadar perbezaan nilai wang sesuatu Negara. Jadi bila kadar perbezaan wang itu berbeza besar maka, mereka akan untung besar. Contohnya jika pd mulanya perbezaan RM dgn Dolar US dalam USD1.00 sama dgn RM2.50, mereka akan speculate supaya USD1.00 sama dgn RM3.80. Since barang dagangan luar majority didagang dalam USD, maka interest pun dlm USD. So, in a nut shell aku, rasa korang nampak mana dtg untung dlm currency trading (in actual, aku pun x lah faham sgt…). Anyway, in short masalah interest nie lah yg memufliskan byk kompeni tempatan dan merencatkan lalu melumpuh ekonomi tempatan.
Setelah Thailand, kini giliran M’sia, Indonesia dan Filipina…
Dalam serangan tersebut, nilai RM sedikit demi sedikit menjadi kecil berbanding USD dan pd ketika itu PM and team seolah-olah x berkeupayaan langsung utk bertindak balas. Sungguh pun begitu, utk menangani maslah ini DrM mengarahkan Anwar cuba “persuade” Managing Director IMF, Micheal Camdessuss utk menghentikan dagangan matawang. Ini adalah kerana menurut DrM, Anwar selalu berurusan dgn “bos²” dgn IMF dan most probably rapat dgn mereka dan mampu mempengaruhi mereka. Malangnya IMF tidak mngambil endah saranan PM (dlm perkara ini, even DrM x pasti sama ada Anwar menyampaikan amanatnya pd bos IMF tersebut atau tidak).
Eventually, keadaan menjadi semakin teruk dan percubaan melobi beberapa induvidu seperti President Perancis dan PM Britain utk memberi tekanan pd IMF bg menghentikan dagangan matawang tidak mendtgkan hasil. Than pd Sept 1997, DrM berpeluang utk berucap diconvention IMF di Hongkong. Knowing DrM, dia merupakan seorg yg sgt aggressive dan sgt out spoken. Dia menggunakan peluang ini utk “belasah” pedagang matawang sepuas hatinya dan menyebut George Soros (mamat nie Yahudi) sebagai salah sorg penyangak tersebut. Anwar tidak selesa dgn tindakan DrM dan menasihat DrM agar jgn bercakap sedemikian lagi kerana menurut Anwar, tindakan sedemikian akan menyusutkan lagi nilai RM. But again, DrM, as always will speak what is his mind without care. He spoke again with the same tone in Chile. Nilai RM susut lagi. Pd DrM, ini adalah bukti jelas masalah ekonomi ini memang satu yg disengajakan oleh pedagang matawang. So, from now at least, adalah jelas siapa musuh yg “bermain” dgn masa depan rakyat M’sia. Bila dah tau sapa musuh, than senang sikit nak draft plan utk counter or pertahankan diri.
In M’sia time tu, Anwar sudah membuat keputusan mengambil “ubat” yg disediakan oleh IMF dlm merawat* ekonomi M’sia. Perlu dingat, ekonomi M’sia tidak mempunyai masalah malahan index pertumbuhan adalah sekitar 7% pd tahun sebelumnya. Urusan perniagaan pun semuanya berjalan lancar. Yg menjadi masalah adalah perbezaan nilai RM yg sgt ketara dgn USD. Dgn meminjam dgn IMF, ini bermakna M’sia terpaksa mengikut telunjuk IMF dlm menguruskan Negara. Antara ubat IMF adalah 1) Melakukan pinjaman wang drpd IMF 2)Tingkatkan kadar bunga/interest (kata tokoh Islamik.. tp naikkan kadar bunga… Cehhh…) 3) Kurangkan perbelanjaan Negara 4) Kurangkan tempoh pinjaman bank.
Akibat drpd perlaksanaan “ubat” ini, ekonomi Negara emjadi semakin tenat. “Ubat” IMF sebenarnya bukannya “ubat”, tp adalah racun. Tp Anwar teruskan juga…
Bila ekonomi makin teruk DrM harus bertindak. Dia menubuhkan National Economic Action Council (NEAC) yg terdiri drpd menteri² besar termasuk PAS dan juga tokoh² lain. But since saiz NEAC nie besar DrM menubuhkan pulak komite khas yg terdiri dr, Anwar, Tun Daim, Tan Sri samsudin Osman, Tan Sri Samsudin Hitam, Deputy Governor Bank Negara Datuk Fong Weng Phak, Tan Sri Abdul Hassan, Oh Siew Nam (tokoh sector swasta) dan Tan Sri Dr Nordin Sopiee. (Terus terang cakap 50% drpd nama yg aku tulis nie aku x kenal pun…)
Than time DrM ke Argentina, dia teringat akan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan mengarahkan agar Tan Sri Nor dtg ke Argentina ASAP utk membantu DrM mencari jln peneyelesaian. Pengalaman Tan Sri Nor Yakcob dlm menyelesaikan masalah Bank Negara dahulu membantu dan berguna lalu Tan Sri Nor dimasukkan dlm komiti khas NEAC.
Untuk ringkaskan cerita, langkah memulihkan ekonomi bakal diambil mengikut acuan sendiri. M’sia bawah pimpinan DrM menolak ubat IMF. Ini adalah kerana jika meminjam pd IMF dan menggunakan ubat mereka maka kita akan terikat dgn cara dan peraturan mereka. Kita akan hilang kawalan keatas Negara sendiri dan menjadi hamba kepada pemiutang. DrM x mahu M’sia menjadi hamba IMF. Memetik ayat DrM sendiri; “ I dislike the eloquent picture of Camdessus standing over President Suharto with his arm folded, watching with his most smirking satisfaction as the President sign away Indonesia control over its economy….”@“…senyum dgn senyuman licik penuh kepuasan bilamana Indonesia hilang kawalan keatas ekonomi sendiri..”. Akibat drpd itu, lebih kurang 40 juta warga Indonesia hilang pekerjaan. Rakyat Indonesia tuduh menuduh dan perpecahan pun berlaku. Indonesia, Thailand dan Filipina mengalami nasib yg malang, tp Indonesialah yg menerima side effect yg paling teruk (barangkali penduduk Indonesia nie jenis kuat emo)
DrM tidak yakin dgn ubat IMF. Keputusan dibuat. M’sia, menolak IMF dan menggunakan cara sendiri utk menyelesaikan masalah. Pd detik² itu, Anwar memberitahu yg Gavernor dan timbalan Gavernor Bank Negara telah meletak jawatan. Dlm masa itulah DrM melantik Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjadi pemangku Gavernor Bank Negara.
Langkah DrM mengikut acuan sendiri itu membuahkan hasil. Bisnes hidup dan kemelesatan ekonomi terhenti dan improve semula. Kerajaan menggerakkan ekonomi setempat dan menyelamatkan syarikat² nadi drpd bankrupt (disinilah modal Anwar yg mengatakan DrM guna duit kerajaan utk tolong kroni). Hasil drpd tindakan jumlah kerosakan adalah terkawal malahan minima. Kadar perbenhentian kerja pun minima. Ini berbeza dgn jiran² kita yg mengalami serangan yg sama. M’sia berjaya kerana kadar hutang (pinjaman) M’sia rendah. Disamping itu, M’sia mempunyai mata wang tunai yg banyak. That is why, we can’t become selfish by asking more subsidy. We need to have some reserve. Malangnya, isu simpanan wang kerajaan nie pun dipolitikkan.. Adui…
*Ironiknya, setelah negara² membangun nie diserang oleh penyangak matawang, dtg meng“offer”kan bantuan.
Coming back to us
Selepas berjela bercerita secara ringkas apa yg berlaku, apa yg aku cuba bagitau adalah kita Muslim M’sia beruntung. Kita beruntung kerana dlm menyelesaikan gemelut akibat serangan pengganas ekonomi ini kita mempunyai pakar tersendiri. Jika disorot kembali induvidu² yg mencari penawar tersebut, boleh dikatan 70% adalah Melayu dan Muslim. Well,maybe some mamak, but hey, still Muslim. Still solat pd tuhan dan berkiblat yg sama.
Disini kita harus berasa bangga atas kejayaan kita dlm menyelesaikan maslah ini dulu. Kiranya tiada Muslim yg mempunyai kebijaksanaan dlm selok belok kewangan dan ekonomi, barangkali kita tidak lebih dr Indonesia. Maybe aku sendiri kena menjadi PATI di Negara lain.
Ilmu adalah penting. Bukan sahaja ilmu agama, tp dizaman sekarang ilmu yg paling penting adalah ilmu utk menguasai ekonomi. Kita harus sedar yg kita Muslim sentiasa diperhatikan dan jika kita leka, musuh² akan mengambil kesempatan. Musuh² Islam pernah menguji kita dahulu dan alhamdulillah, kita berjaya mengatasinya dgn akal kita sendiri. Kita sebolehnya harus mempunyai pakar dlm bidang ekonomi terutamanya. Ini dalah kerana jika berlaku masalah, kita boleh selesaikan sendiri dan tidak berhutang budi pad org lain. Lagipun, kita tidak tahu kadar keikhlasan pihak yg membantu. Barangkali dia mahukan sesuatu dr kita nanti. Mungkin kita cuba menjadi golongan yg “open”, tp maslahnya adakah golongan tersebut akan “open” pd kita?
Semangat sayangkan agama, bangsa dan negara haruslah sentiasa tinggi. Jgnlah melakukan sesuatu yg merosakkan tanah tumpah darah kita. Belajarlah dr sejarah dan gunakan akal yg waras dlm membuat keputusan and, “don’t judge a book by its cover”. Selalunya sejarah akan berulang.
Apa pun ini hanyalah pendapat aku tentang suatu perkara yg diluar bidang aku. Apa yg aku tulis hanya pendapat drpd org biasa terhadap suatu situasi. Again, make a habit to recheck again anything that you have learnt. Jgn terus pecaya bcos maybe apa yg korang pecaya itu adalah bohong semata-mata.
wow, makin best post2 ni
ReplyDeletekandar pun tak paham sangat pasal aset, currency, penambatan apa semua tu tapi general story dia yang IMF tu leh la paham sket2.
ReplyDeletetapi baru tau yang indon filipine pun amik gak imf ni....hm..
Korea Selatan pun kena gak. Tp depa boleh recover dgn baik walau pun depa wat pinjaman IMF Ini adalah kerana anatar byk yg kena attack Korea Selatan memang negara yg maju.Jd depa cepat bayar hutang.
ReplyDeleteouh korea pun kena..nasib baik dah pulih, tak ka takdak la kpop skang ni, haha
ReplyDeleteMakin menarik. Best3.
ReplyDelete