Saturday, 16 July 2011

Politik lagi.. Napa aku amik pot...

...Aku pun tak suka politik, tapi aku terpaksa suka...

Aku tgk sejak memenjak nie, sume org sibuk dok cakap pasai isu politik kat Malaysia (M’sia) nie. Seriusly, letih. Ada yg cakap x dak fact langsung. Sejarah pun tunggang langgang. Adoi..  Ya, aku bukan pandai pun, tp aku berusaha supaya x jadi bodoh. But at the same time ada yg mcm cendekiawan hebat. Kagum aku.

Anyway, ungkapan diatas, berlaku atas reaksi aku terhadap sorg member sekolah aku. Pd aku, member aku nie insan biasa yg just nak live her life with her family as peaceful as can be.

Mcm aku cakap diatas, aku terpaksa suka. Sebab apa? The truth. Aku just nak tau the truth. Pd aku kebenaran hanya terserlah selepas sesi soal jawab dan debat. Dan semua isi yg dihujah mestilah berasaskan fakta dan sebolehnya dgn bukti. Kalu dalam bentuk andaian pulak, mesti kena ada logikanya. Logika yg aku maksud adalah seperti berkaitan dgn sifat manusia. Kaji sifat manusia or tamadun zaman dulu dan synchronize dgn situasi zaman sekarang. Ini adalah kerna, terbukti sifat manusia nie sama dan manusia akan mengulangi kesilapan lampau. Sbgai contoh, bila berlaku kes jenayah, dan tertangkapnya suspek utk kes tersebut. Perkara pertama yg polis buat adalah tengok rekod jenayah suspek tersebut. Sistem nie bukan je kat M’sia, tp kat seluruh dunia.

Namun begitu, truth atau kebenaran x semestinya membawa keamanan. But that’s a different story.

Aku bukan org UMNO. Aku bukan Perkasa, Pesaka mahu pun Pekida. Aku hanya insan biasa yg berkerja utk gaji tiap hujung bulan. Aku juga bukan ahlul ilmu dan tokoh maal hijrah mahupun pelajar atau pun pekerja contoh. Aku hanya sebahagian dr statistic banci negara. So apa yg aku criter nie adalah personal opinion. Kalu korg rasa aku bias & terkecil hati, aku minta maaf siap². This is only how I see things.

Umno?

Aku byk baca dlm blog golongan Melayu generasi X & Y. Byk mengatakan yg parti perkauman sudah tak relevan. Yes, aku rasa depa merujuk pada UMNO. Cara mereka menulis seolah olah Negara M’sia nie diperintah oleh 1 parti shj iaitu UMNO. Or mungkin aku silap. But obviously itu yg aku faham. Depa kata party malty racial @ MR (pelbagai kaum) adalah relevan utk abad menuju ke wawasan 2020. Pd pandangan aku, depa rasa MR party mcm DAP & PKR tu sgt releven. Aku x pasti samaada depa merestui PAS atau x. Correct me if I’m wrong. Apa yg aku paham, PAS accept all bangsa selagi dia beragama Islam. So, kalu dia dr golongan non Muslim, dia x ble jd ahli PAS. Oleh itu, aku tak pasti definisi MR tu secocok tak utk PAS pd mata depa.

M’sia di perintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan diperintah parti UMNO. Ini fakta (yg aku rasa mcm kurang cerdik bila aku sebut). Dlm byk kerusi tu pulak, byk yg diduduki oleh UMNO berbanding  yg lain². UMNO dominant. Jd kat sini aku kurang jelas nape, depa dok sindir UMNO. Kerajaan M’sia adalah kerajaan BN yg terdiri oleh UMNO, MCA, MIC, Gerakan, dan lain² (yg aku sendiri pun x tau).  
Jadi, nape dok butthurt sgt dgn UMNO nie or nak champion sgt MR? Nape UMNO dijadikan sasaran? Kerajaan M’sia skarang adalah BN dan BN adalah UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain².

Hak Melayu?

Setahu aku, UMNO, Perkasa, Pesaka or Pekida slalu masuk TV or becoming very vocal because nak “pertahankan” hak Melayu. Pertahankan. Salah ka kalu nak pertahankan? Apa yg aku paham, pertahankan nie, maksudnya melindungi apa yg dah ada. Apa. Yg. Dah. Ada. Aku nampak isu nie jadi bukan sebab UMNO rasist. Tp bcos salah satu party MR di dlm PR terlalu vocal mengusik perkara yg satu tu. Seriusly aku harap sgt PAS boleh control parti nie. Aku susah nak pecaya kat DSAI dan PKR. Kita tgk pula isu terkini nie. PAS nak sume kelab malam ditutup time mlm pd bulan Ramadan. PAS nak benda nie pun dilaksanakan di P. Pinang. Kita tgk adakah PAS akan dominant setelah byk bertolak ansur dan mengalah..

Anyway, kalu UMNO rasist, kenapa dikata Ananda Krisnan, n towkey genting (sorry, aku x ingat nama..) tu kroni pemimpin UMNO. Ananda Krisnan & Towkey genting tu Melayu ke?

Aku pun layan Blog DSAI. Insya’allah all new ceramah dia aku layan. Aku nampak konsep yg dia bawa dlm PR pun sma ja dgn BN. Yes maybe lain sikit bcos PKR and DAP part MR. Tp dominant dlm PKR adalah Melayu manakala dominant dlm DAP adalah Cina. PAS pula? Rujuk apa yg aku tulis kat atas. Tp buat masa nie still dimonopoli oleh org Melayu. So far, aku tak kenal pemimpin tertinggi PAS yg famous dr golongan  India Muslim or Cina Muslim.

Parti berbentuk MR.

Di negara yg kononya maju, memang partinya MR. Bcos depa dah maju dan cara depa berfikir pun dah lain. Juga, majoriti penduduk di negara maju tu, athiest.

Di M’sia, pd aku single parti MR masih lagi x praktikal. Ini adalah kerana majority rakyat kita masih lagi x maju dan cara berfikir pun masih lagi assabiyah perkauman. Ini adalah kerana setiap kaum ada cita rasa dan sensitivity yg berbeza. Cara Melayu fikir x sama dgn cara Cina & India fikir. Keperluan depa pun x sama. Ini termasuk isu sensitive diantara kaum. Aku x ble nak imagine, sorg Melayu faham masalah Cina seperti Cina paham masalah depa.

Namun begitu, ia masih boleh dibincangkan. Ia hanya boleh dibincang oleh pemimpin tertinggi yg mewakili kaum tersebut. Perbincangan tersebut secara tertutup dan rasional berkonsepkan toleransi dan ke arah “win² situation”. Inilah cara BN (yang aku paham,... or mybe juga cara PR).

Sebelum Merdeka dulu, British ada question mcm mana bakal kerajaan nak handle pelbagai bangsa dalam satu negara. Dato Onn Jaafar dulu penah cuba buka UMNO utk bangsa Cina dan India. Tp x dapat sambutan dan ditentang oleh org UMNO sendri. Jd dia buat Parti Negara.  Tunku time tu dibidan terjunkan utk memimpin UMNO. Ntah mcm mana dia dpt idea utk gabungkan UMNO & MCA utk betuk Perikatan. Dato Onn dgn Parti Negara gabung dgn MIC. Tp pilihan raya tu depa kalah teruk, dan menang besar kat Perikatan. Parti Nagara yg by right mewakili Melayu dan Cina gagal. Than after that MIC join Perikatan...

Mcm aku ckp td, sepemerhatian aku, utk negara M’sia nie, parti berbentuk MR masih lagi tak releven or praktikal. Ini adalah kerana kita masih tak “stabil” @ seimbang dlm byk perkara.

Anyway, ini hanyalah pandangan dan pendapat aku. Maybe aku betul, maybe aku salah. Berkaitan dgn fakta yg aku tulis pulak, korg jgn terus telan bulat². Apa yg aku tulis nie sume base on memory je. Aku x rujuk buku balik pun. Mungkin ada mistake. Jd, aku harap korg check balik lepas baca. Jadikan tabiat utk check balik fakta yg org bagi. Terutamanya yg diambil dr internet.

Anyway, apa yg aku nak dan harap adalah supaya M’sia nie aman dan maju. Setiap bangsa tak kira, Melayu, Cina, India dan lain bersatu hidup harmoni. X kiralah dibawah payung BN atau pun PR. Just, aman harmoni dan maju.

1 comment:

  1. nice, kagum dengan anwar. tambah2 time live debate dia ngan shabery chik dulu.

    ReplyDelete