“Agama (Islam) itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka”
Riwayat al-Bukhari
Islam adalah sebagai cara hidup. Islam is the way of life. Sebenarnya istilah “way of life ini” setahu aku diilhamkan dr Bible iaitu, “…I am the way, the truth and the life, no one has cometh onto the Father except by me…”. Kata² ini diucapkan oleh Jesus (Nabi Isa) setelah ditanya oleh muridnya berkaitan utk mendekati tuhan (mendapat keredhaan tuhan). Malangnya eventually, kata² ini diambil secara literel dan disalah fahamkan @ disalah ertikan. But that’s a different topic. Anyway aku rasa better aku yg bagitau compare drpd “org lain” yg bagitau..
Anyhow, pd aku dan pada ramai lagi org lain, tak salah jika kita gunakan istilah “Islam is the way of life” atau pun “Islam; adalah cara hidup”. Ini adalah kerana sememangnya Islam adalah cara hidup.
Allah yg mencipta manusia. Seperti yg aku pernah cakap sebelum nie, utk memastikan manusia itu hidup sihat sejahtera, bahagia dari sebarang sengsara dan bebas dr sebarang kerosakan, kita harus hidup mengikut panduan yg disediakan oleh Sang Pencipta manusia itu.
Contoh yg paling mudah adalah apabila kita membeli kereta. Utk memastikan kereta ini berfungsi dgn baik, kita harus menggunakan kereta ini dgn cara yg betul. Kita juga harus servis kereta kita dgn cara yg betul. Utk mengetahui cara yg betul, kita harus rujuk owners manual @ panduan pengguna atau pun bertanyakan mereka yg pakar. Bayangkan kalau kita tak mengatahui Dos & Don’ts (apa yg boleh & apa yg tak boleh) maka senang rosaklah kereta kita itu. Contohnya sekiranya mahu tukar minyak engine. Tetapi tak tahu minyak grade apa yg mahu digunakan (sebab tak rujuk owners manual atau bertanya yg pakar), than hentam saja guna minyak 20W/50, sedangkan minyak yg sesuai utk kereta adalah 10W/30 sudah pasti ia akan mendatangkan masalah. Barangkali masalah itu datang dengan segera (esok atau lusa), mungkin juga masalah akan datang selepas 3 atau 4 tahun. Masalah mungkin datang dlm bentuk kerosakan komponen selain daripada bentuk gangguan atau kemunduran prestasi kereta. Dan sekiranya berlaku begitu, janganlah disalahkan orang lain kecuali diri sendiri.
Begitu juga dgn manusia...
Allah mengharam minuman yg memabukkan yg rata²nya mempunyai kandungan alcohol. Jika kita minum minuman alkohol eventually ia akan mendatangkan berbagai jenis penyakit lain. Selain itu, antara contoh lain, Allah juga menetapkan agar makan binatang yg disembelih mengikut cara Islam. Ada hikmah kenapa ia perlu disembelih. Antaranya ialah apabila kita menyembelih, darah binatang yg disembelih itu keluar habis melalui urat yg dipotong. Ini membuatkan daging binatang sembelih itu tahan lebih lama dan kurang membawa bakteria. Selain itu rasa daging binatang yg disembelih juga lebih sedap berbanding binatang yg dibunuh dgn cara lain. Di UK, rata² penduduk lebih menggemari daging sembelih kerana rasanya yg lebih terasa.
Sebenarnya terlalu byk contoh yang boleh diberikan kenapa dikatakan Islam itu sebagai cara hidup dan bukan ritual keagamaan semata-mata. Boleh dikatakan bahawa apa sahaja arahan dlm Al Quran adalah utk kebaikan manusia itu.
Sekiranya kita rujuk Al Quran, terdapat surah Talak, An Nisa dan lain² yang dikhas sebagai perhormatan dalam urusan kekeluargaan. Sekali lagi diingatkan, intipati pengajaran dlm surah dlm Al Quran rata² berkaitan dgn cara utk kita menjalankan cara hidup. Bukannya hanya utk bacaan dalam solat atau dalam majlis tertentu sahaja.
Zaman Keunggulan Islam
Umat Islam diawal kemunculan Islam mencapai zaman kegemilangan kerana mereka faham akan inipati ini. Mereka tidak menganggap Islam hanya utk ritual. Dan mereka tidak nampak apa itu sekular. Mereka juga tidak nampak ibadat itu semata-mata solat, derma, membaca Quran dan mana² aktiviti lazim berkait tasbih @ wirid sahaja. Pada mereka, ibadat ini luas. Memajukan ummah; 1 ibadat, memajukan ekonomi ummah; 1 ibadat, menyediakan peluang pekerjaan untuk ummah; 1 ibadat, meneroka ilmu; 1 ibadat dan lain² lagi asalkan mencari keredaan dan ikhlas semata-mata Allah adalah 1 ibadat. Mereka faham akan hadis nabi yg bermaksud; “..menuntutlah ilmu hingga ke negeri China..”. Atas sebab itulah mereka meneroka (mentafsir) semua Ilmu yg ditinggalkan oleh golongan ilmuan Yunani, Greek, India dan Farsi tanpa sebarang prejudis. Ini berlaku tanpa sebarang intonasi seperti; “baca sirah Rasullullah akan membawa jannah, tp membaca autobiografi sipulasi-pulan hanya membawa dunya..”.
Dalam kehidupan harian kita, diambil contoh, seorang ibu tunggal yang (sangat) cantik, yg baru kematian suami. Dia sanggup berkerja sebagai kerani yg gaji barangkali RM1100 berbanding mungkin berkerja sebagai “pegawai eskot” di kelab malam yg barangkali akan menjana income yg lebih tinggi dr gaji seorang kerani. Dari satu sisi, ini merupakan 1 ibadat dan jihad kerana dia sanggup berkerja susah payah utk mendptkan gaji halal utk menyara anak² berbanding cara lain yg lebih mudah dan lebih menyeronokkan dan glamour.
Macam yg pernah aku cakap td, terlalu banyak contoh atau pun hujah kenapa dikatakan Islam itu adalah cara hidup dan ukan ritual semata-mata. Aku cadangkan korang cari sendiri. Dipasaran pun terdapat byk buku yg menceritakan perkara ini. Aku, sebagai seorang muslim kekadang terasa sedih dan kekadang marah dgn sikap sesetgh golongan yg cuba mengasingkan Islam dgn aktiviti harian. Islam dalam aktiviti harian bukan hanya baca bismillah sebelum memulakan kerja. Islam lebih dari itu.
Pensekularan
Pensekularan berlaku pada zaman Renaissance. Ini adalah kerana di eropah pada ketika itu, golongan ilmuan barat mendapati Bible tidak logik dan menyalahi hukum alam. Ada sebahagian drpd mereka ini menggelar diri mereka sebagai golongan illumati yg membawa maksud “menerangi”. Ini berbeza dgn Islam. Selepas perang dunia pertama dimana kita menyaksikan Empayar Othmaniah runtuh dan dunia dikuasai oleh barat sepenuhnya, barat cuba sedaya upaya umat Islam mengikut jejak mereka iaitu mengasingkan terus agama dari hidupan harian.
Al-Quran; Owner’s Manual & SOP utk Manusia.
Macam yg aku cakap td setiap pengeluar produk akan mengeluarkan product owner’s manual sebagai panduan penggunaan supaya produk ciptaan mereka boleh digunakan dengan cara yg paling optimum dengan kadar efficiency yg tertinggi. Disamping itu, ia adalah supaya produk tersebut tahan lasak dalam tempoh yang lama.
Begitu juga dgn manusia. Allah telah menciptakan manusia dan dia telah sediakan owners manual dalam bentuk “kalam”. Kalam inilah yang sepatutnya dijadikan sebagai panduan hidup. Jadi supaya seseorang manusia itu mempunyai hidup yang bermakna, dia sepatutnya mengukut cara hidup yang dianjurkan oleh Islam.
Apa yang aku tulis ini hanyalah pendapat dan pandangan aku. Aku cuba zahirkan dalam bentuk tulisan dalam ruang yang seringkas mungkin. Aku pun masih belajar dalam hidup dan terlalu jauh drpd menghukum samaada sesuatu itu “hitam” atau pun “putih”. Oleh sebab itu, sama-samalah kita teruskan menuntut ilmu dan membaca dan saling nasihat menasihati.
tu dia analogi mudah faham dari service managaer~~~nice!
ReplyDeleteHahaaaa... Itu adalah contoh yg paling dekat..
ReplyDelete