“Ikan emas diam di dalam kolam buat sementara. Bila menjadi naga bangkitlah ia ke udara”; Nujum Sakti
Fuhhh…. Where to start…
“Green Light” from Abah
Itu lah org cakap, di sebalik setiap kedukacitaan, mesti ada hikmahnya. Atas sebab member aku yg tak nak bagi aku pinjam komik Pedang Setiawan dia kat aku, aku ending up beli sendri komik nie kat kedai. Sekali borong, 2 buah terus. Nah, amik hang.. Padan muka aku! Hahahaa.. Anyway, lepas beli komik tu, aku terus balik umah. Aku ingat lagi detik² tu. Sampai je umah, aku makan nasik, smayang than terus ngadap komik nie. Serius shit! Aku nampak lukisan dia macam gambag photo. Real gila habag hang!!!
Aku baca & belek komik² nie sampai lebih kurang 1 jam hinggakan aku tertidog. Malangnya, bila aku sedar dr tidog, badan aku dah tertindih komik tu. Terkepak sikit. Aduh…. Anyway, I was happy. But at that time, aku still tak tau lagi tahap penerimaan abah aku utk Pedang Setiawan nie. This is bcos dia tak suka komik Gila². Jadi aku takut gak dia tak restu komik nie. So, aku beli dlm diam. Maka bermulalah episode sep aku sekali lagi dalam hidup aku. Aku mula beli dlm beberapa episode lagi, than one day, abah aku jumpa dan dia belek komik Pedang Setiawan nie. Dup dap dup dap… (jantung aku).. Than, dengan tak ku sangka, abah aku restu perhubungan aku ngan komik nie. Dia kata komik nie ok bcos lukisan dia cantik dan guna bahasa baku (?). Yearghhhh…. Aku tak perlu takut lagi. Kini aku ble baca komik nie anywhere kat dalam umah. Cuma dia warning aku, “Jangan lupa baca buku dan buat kerja sekolah..” Yes father!
Raja Rimba
At that time, selain dr Pedang Setiawan, aku pun ada beli satu lagi komik lain yg juga dr keluaran yg sama dgn Pedang Setiawan iaitu Raja Rimba. 2 komik nie adalah keluaran Jonesky Limited. Kalu tak silap aku Raja Rimba keluar seminggu lewat berbanding Pedang Setiawan. So, in others words, every week aku akan beli komik lah. Its either Pedang Setiawan or Raja Rimba. Raja Rimba ni pada mulanya komik dia macam citer Young & Dangerous skit. Personally, time tu aku lebih suka Raja Rimba berbanding Pedang Setiawan.
Ada beberapa sebab kenapa aku suka Raja Rimba berbanding Pedang Setiawan. Antaranya adalah sebab aksi Raja Rimba lagi solid bebanding Pedang Setiawan. Actually, Pedang Setiawan nie criter dia pd aku ada unsur seni dan lukisan watak digambarkan dgn “lembut”. Setiap frame lukisan mcm potret. Well, aku suka bcos cantik, but when come to action, Raja Rimba time tu pada aku action dia jauh lagi best. Korang bleh tgk sample gambag kat bawah. Berbanding dgn Pedang Setiawan, aksi dia time tu macam tak brapa best dan terlampau lembut. So, at that time aku consider aku nie fan Raja Rimba berbanding Pedang Setiawan. Lagi pun, Sang Harimau Kumbang tersangat lah cool.
Aku menjadi “fan” Pedang Setiawan
Than come Pedang Setiawan no. 13… Serius, buat pertama kali aku rasa aksi lawan dlm Pedang Setiawan nie sgt best. Korang tgk beberapa aksi lawan yg sgt aggressive & cool kat bawah.
Pada aku Pedang Setiawan nie adalah komik yg agak “dalam” penceritaannya. Ia byk bermain dengan emosi. Kadang² dlm komik nie akan ada pantun dan syair yg badly translated. Aku mengambil masa gak utk faham benda nie. FYI, komik lain walau pun citer dia maybe agak dewasa, tp penceritaan dia “tak” seseni Pedang Setiawan. Berbanding dgn komik lain macam Alam Perwira, Juara Wira dan Jejak Wira, watak dlm Pedang Setiawan nie lebih “real”. Nama hikmat dalam Pedang Setiawan pun lebih seni dr komik lain. Contohnya, gaya Pedang Tanpa, gaya “Nama Sesuai Dgn Hakikat”… Sungguh simbolik nama hikmat tu. Seingat aku, dlm Pedang Setiawan tak ada adegan lawak atau lukisan kartun (sehingga lah episode Nie Feng nak jumpa dgn Dier Meng). Semuanya serius saja. Aksi pertarungan dia pun macam “real” lah pada aku. That is why, rata² peminat Pedang Setiawan time tu adalah golongan yg lebih “mature” berbanding komik lain.
Antara watak yg paling misteri pada dlm Pedang Setiawan di awal dulu adalah Pendekar Tanpa Nama (Wu Ming Hung). Watak ni digambarkan dgn penuh misteri dan wajah dia sentiasa dikaburkan. Watak lain yg sgt digeruni masa awal Pedang Setiawan dulu adalah Pedang Sakti. Then, after siri no 20 iaitu pertarungan pertama Nie Feng dgn Awan, aku terus jadi fan tegar Pedang Setiawan….
Aku rasa tak payah lah aku criter pasai kronologi or perkembangan citer nie. Yg tu hangpa boleh baca sendiri komik dia.
Aku dan Pedang Setiawan
Sebenarnya, masa mula komik nie keluar, aku sangkakan yg Nie Feng tu pompuan dan dia akan berkahwin dgn Penjejak Awan. Than depa akan ada anak dan hero sebenarnya adalah anak depa. Hahahaa… Apa taknya, sopan benar Nie Feng time episode terawal dulu. Bukan stakat sopan, muka pun dilukis macam pompuan. Aku hanya sedar yg dia lelaki bila dia dah dewasa... Seriusly Nie Feng aku nampak lembut sgt. Even Penduga Arus lebih macho dari dia.
Actually, Fung Wan no1 bukan Pedang Setiawan no1 kita (versi bahsa Malaysia) tak sama dgn versi Hong Kong. Permulaan Pedang Setiawan versi kita bermula dgn Nie Feng. Tp, utk versi original, bermula dgn Awan dan macam mana Awan dijaga oleh Tanpa Nama. Siri tu lagi best sebab lukisan dia jauh lagi cantik dan cool. Starting dia pun lebih dramatic dimana family Bo Kung Wan (Penjejak Awan) dibunuh oleh Wira Utama. Aku pun heran gak, pasai pa lah depa sanggup buang episod Awan tu? Maybe publisher kat M’sia nak cut cost. Tp, kan boleh buat jadi 2 episod? Entah lah…
Pada aku, watak yg paling kesian adalah Penjejak Awan. Cinta dia kat Kung Chi ditolak dan dipermainkan. Kemdian Kung Chi pulak mati ditangan dia sendiri (secara tak sengaja). Chu Chu pula kena rogol ngan Pedang Fajar than eventually Chu Chu pulak mati. Isteri dia pun mati kena bunuh (time dia hilang ingatan). Dah la bini dia tu buta. Nasib baik cantik. Anak pompuan dia pun mati. Yang tinggal Penjejak Angkasa. Si Angkasa ni tak la power macam dia. Spoil betul… Penjejak Awan nie pun aku suka sgt, bcos cara Mr Mah bawa watak nie. Awan sgt secretive dan dia tak perlukan simpati org. Time awal dulu, org yg paham dia hanya Chu Chu. Kemdian baru Badai. Awan nie pun tak power dulu. Bila lawan dia slalu struggle. Antara faverot pertarungan Awan dulu adalah time Awan bertarung dengan inspector Sakti. Memang dia symbol lelaki sejati yg asli… Muah hahahahaa…
Penjejak Badai, aku tak suka dia. Dia baik sgt. Boring betul. Kecuali bila dia jadi setan tu memang dia best. Kejam siot.
Mah Weng Seng Datang Malaysia!
Komik Fung Wan (Pedang Setiawan) nie ditulis dan dilukis oleh Mr Mah Weng Seng. Tak perlulah aku criter pasai die bcos hangpa bleh baca sendir pasai dia kat dlm internet. Sebenarnya popularity Pedang Setiawan di Malaysia sgt hebat berbanding dgn komik lain. Rata² peminat Pedang Setiawan ada class tersendiri. Dulu time aku tahun 2 kat UTM, Mr Mah penah dtg M’sia. Aku pun pegi. Tergilos terbabos punya ramai!!! Dah la bulan posa. Penuh area Sg Wang dgn penggila Pedang Setiawan. Masuk TV dgn paper woo… Yg best, lagi ramai peminat Melayu berbanding Cina. Aku tak mampu nak dapatkan tanda tangan Mr Mah bcos waktu berbuka dah nak masuk dan Mr Mah pun dah penat dan dah nak balik. Giler, aku beratur dr pukui 3 petang sampai pukul 7 pun tak smpai giliran lagi. Hareeem sungguh… Ntah² sambutan kat Mr Mah time tu lebih dasyat dr Justin Bibir rasanya time dia dtg KL bebaru nie kot rasanya. Hahahaa… Mr Mah memang super star time tu… Kat bawah nie adalah poster yg aku beli time time Mr Mah dtg M'sia dulu. Poster nie pun dah lusuh warna dia...
Pedang Setiawan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohd Jiwa, Sg Petani Kedah
Masa aku kat Mat Jiwa dulu (sekolah SBP), aku antara otai komik lah. Time tu Pedang Setiawan memang tgh hot. Seingat aku, kisah Pedang Setiawan masa tu adalah kisah Atheist Jati nak takluk China. Dan pada aku, Pedang Setiawan era tu lah yg paling best. Semuanya lengkap. Dari Tanpa Nama lawan Po Jun, than dia hilang hikmat kemdian dia secara tak sengaja terpaksa belajar Hikmat Seribu Pedang Pulang ke Asal. Masa Badai jadi gila. Fuhh.. Dasyat... Lukisan cantik, aksi pun sgt cool.
Bayangkan, Nie Feng lagi laju dari pedang yang dia lontar, than boleh control Pedang Salji dgn kaki.Giler siot… Time tu kalu keluar outing hari Sabtu, mesti kena cepat ke kedai komik. Bayangkanlah, lambat je habis. Memang laku! Time outing mesti singgah kat Pak Bahador (kedai makan) than baru balik asrama. Yang best skali time tu, elok je aku jejak kaki kat kawasan asrama bergema lah perkataan “King!!!!...”. Haa, king tu datang dari perkataan “booking”. Nak jadi cepat, depa sebut “king”. Ringkaskan lah... Berapa ramai yg booking, aku dah tak ingat. Tak silap aku, sampai seminggu booking pun ada.. Gila. Tp itu lah penangan Pedang Setiawan di Mat Jiwa time aku dulu. Tp, yang aku respek, walau pun dah berpuluh member aku baca komik nie, depa still jaga supaya tak kedut or koyak. Depa tau aku tak suka macam tu.
Actually time tu kat Mat Jiwa ramai yg kumpul komik. Tapi komik yg tak sama. Kira geng komik nie dapat priority exchange dgn sesame pengumpul komik dulu. Macam aku contohnya, kumpul Pedang Setiawan & Raja Rimba, jadi senang la nak exchange komik dgn member aku yang kumpul komik Pendekar Laut atau Wira Tunggal. Lepas kami dah habis baca, baru kami bagi kat member lain yg hanya menjadi golongan pembaca. Bercakap pasai booking nie, kat Mat Jiwa time tu ada member aku org panggil dia Booking King atau Mat Booking. Nama dia Abdul Rahman kot.. Kelakar dia nie… Dia punya hikmat (atau kehebatan) adalah dia boleh tau kalu puak pembeli komik (macam aku) balik dari outing. So, dia boleh tunggu kat corridor paling dekat dgn gate. Bila dia nampak kelibat kami terus dia jerit “king….”. Kekadang aku pun tak tau bunyi tu datang dari mana. Memang mcm sial. Hahahaa..
Time main bola, basket ball dgn sepak takraw “tikam” pun kami guna nama hikmat. Paling obvious masa main takraw tikam lah. Apa tak nya, timbang bola, than libas sekuat hati masa bola tgh tanggung sambil sebut nama hikmat. Segala nama hikmat keluar. Baik dr nama hikmat dlm komik hingga ke nama hikmat ciptaan sendiri sesuka sesuki. Gaya Api Syurga Meragut Lalang, Membunuh Naga Mencari Jalan, Kegeraman Tak Terbatas dan macam² lagi lah. Kalu bola tikam tu boleh angkat, pun sama. Sebut nama hikmat sambil angkat bola. Tak kira dialog time main lagi. Macam dialog dlm komik keluar. Cakap pun mcm wtak dlm komik. Walhal, main takraw jek. Seingat aku dlm main takraw tikam nie member aku nama Pak Red dan Mat Yus (kepiah lembek) lah yang paling terer. Hahahaaa… Fuh… Memang kenangan yg best yg tak ble lupa. Seronok time tu.
Masa tu pun, ramai gak yg gila stiker. Ada gak la member aku yg pandai buat stiker sendiri. Imej dr Pedang Setiawan antara imej yg org buat. Aku? Aku punya stiker tulisan Fung Wan (dalam bahse Cina) kaler merah. Ringkas tp cool. Aku lekat kat kotak pensil, locker, buku dan moto. Hahahaa…
Than time aku form 5, Fung Wan dijadikan movie. Aku gila punya excited. Gilabaghang! Awan dan Badai dalam bentuk manusia! Dream come true! Aaron Kwok jd Awan & Cheng Ekin jadi Badai. Aku memang minat Cheng Ekin dlm Young & Dangerous pun. So, memang super excited lah. Abah aku pun tau aku minat, dia pun carik poster Storm Riders kat aku. Poster tu still melekat kat umah aku kat Alor Setar. Time nak tgk wayang, aku pi dgn member aku ramai² kat pawagam kat Sg Petani (pawagam tu pun dah “bungkus” skarang). Malangnya aku over expect citer nie. Pada aku citer Storm Riders nie macam haraammm! Tak best langsung! Tension aku! Bayangkan Awan pakai baju kulit(?) bertali macam tu. Gila gay! Rambut kaler biru! Gila babi gay! Badai ok lah. Tapi Awan seriously nampak gay sgt (pada aku lah). Citer dia pun habis dicincang. Serabut betul. Penduga Arus pun tak dak! Apa kes? Pedang Istimewa dan Pedang Salji pun nampak macam mainan beli kat pasar malam je… Aduh…. Memang mimpi Pedang Setiawan menjadi reality aku musnah…. Tp nasib baik dalam Storm Warriors, depa dah improve kat costume Awan. Awan dalam Storm Warriors nampak sgt cool. Apa pun Storm Riders sucks!!!! Andrew Lau (director dia) sucks!!!! You kill my dream!!!
Ha haa haaa….
Awan Berlalu Ditiup Badai…
Sedikit sebanyak itulah criter kenangan aku pasai Pedang Setiawan masa aku muda dulu. Skarang aku dah tua. Dah ada anak kecik lagi. Aku pun dah tak tau sgt dah perkembangan komik nie. Byk watak baru yg aku tak kenal sgt. Apa pun sejak aku belik komik time aku form 1, alhamdulillah aku tak miss 1 episod lagi pun. So, mcm bangga pun ada lah..
Personally, pd aku, Pedang Setiawan dulu jauh lagi best dr g sekarang. Pd aku Pedang Setiawan skarang dah hilang dia punya original “kick”. Original flavour yg buat dia best dah “dihormati” dah hilang. Citer dia pun dok recycle topic yg sama dan mcm dah merapu (pd aku). Skarang aku beli, just utk beli. Time baca pun dah tak trill. Dulu kalu baca mesti aku seolah “diserek” ke ruang dunia kepahlawanan Pedang Setiawan. Ada scene yg bila aku baca boleh meremang roma tengkok. Or maybe pd aku citer dia dah tak best sebab aku dah tua. Maybe my time is up? I don’t know…
My personal favorite era for Pedang Setiawan will always be during Athiest Jati sampai Awan jatuh dalam dr gunung. Sume siri tu best giler aksi dia.
And cover paling best yg banyak bagi kesan dlm hidup aku pun dlm siri nie.. Serius, time aku mula riki cover nie kat internet dulu, aku mcm kagum giler dengan cover komik nie. Sungguh dark..
Apa pun, aku membesar dgn Pedang Setiawan. Separuh dari umur aku, aku baca komik nie. Aku menghormati ‘fan’ Pedang Setiawan generasi baru. Bila aku tengok ada club Pedang Setiawan, aku pun rasa terharu & kagum gak. Zaman aku dulu tak dak benda² mcm nie. Kalau ada pun, mungkin aku tak tahu. Dulu, aku boleh siap hafal dialog Tanpa Nama, Awan dan Badai. Skarang aku boleh tgk je apa ‘fan’ baru sembang. Anyway, aku akan terus beli dan “enjoy” baca Pedang Setiawan dan aku harap ‘fan’ sekarang boleh rasa apa yg aku penah rasa time aku mula baca dulu. Dulu, bau dakwat komik pun dah cukup wat aku excited. Hahaha…. Anyway, Long Live Pedang Setiawan!
PS – Masakan jauhari mengenal manikam jika Badai tak dapat dilihat, Awan tak dapat ditangkap?
memang dari ateis jati masuk china sampai time awan lawan badai kat gunung tu, yang tu adlah episod paling best dan tension. lepas2 tu bila masuk generasi baru ha dah boring sket..
ReplyDeleteSalam.Ntah cmne aku bole la plak trjumpe blog ni.Anyway citer psl Pedang Setiawan ni mmg best. Aku pn membesar dgn Pedang Setiawan cuma kalo ko perhatikan bebetul,Pedang Setiawan yg sebenarnya patut ditamatkan pada episod #100. Episod citer cmne Awan ngan Badai lawan lepas diorg berjaya halau Jpun keluar dr China.Tp dek desakkan rmai org, cerita ni terus disambung.Tp episod #101 tu bkn Ma wing Sing lukis tp murid dia sampai la dia take over balik Pedang Setiawan episod ke berapa ntah [lupe].
ReplyDeletePedang Setiawan ni masa nak difilemkan si Ma wing Sing dah kata cerita ni akan merangkumi episod #1 sampai episod #100 [versi Malaysia la] sahaja. Dalam episod memula tu ko akan perasan yg semua pahlawan China diketuai Awan ngan Badai akan bersatu menentang Wira Utama [ini korang boleh tgok Storm Riders]. Seterusnya selepas Wira Utama kalah diorg trpaksa hadapi musuh dr Jepun plak hingga memaksa Badai korbankan diri dia jadi setan [ini korang boleh tengok dlm Storm Warrior]. Akhir sekali korang akan tengok Awan gaduh ngan Badai sampai kedua2nya terkorban [ini korang kena tunggu la].
Cerita ni memang dibikin trilogi dan episod yang last kalau tak silap aku tajuk dia Storm Chaser. Jalan cerita dah ada cuma diorg bingung watak mana yang nk kna buang dan patut masukkan.
Thanks for the info. KIta tunggu jer kemunculan Storm Chaser
ReplyDeleteaku dah termiss episod 651. sapa ada copy upload la kat blog mn2.
ReplyDeleteSkg dah tak best mcm dulu...byk wata"" baru muncul
ReplyDeleteAku suka yi feng sebnarnya..aku nk dia jdik hero slpas awan dan badai..sblm tu aku nak dia ketemu ngan tanpa nama..ambik 1 2 hikmat pastu dia create hikmat sndiri based follow hikmat tanpq nama..cntoh.."beribu iblis pulang ke asal" haaaaaaa..kan insaf bunyi nye...
ReplyDeleteSalam bro.aku pon minat gila pdg setiawan ni.fevret aku is adik kpd hati pemusnah.nama pe ntah.ade senjata mcm lipan tu.yg dahaga darah tu.perghh..btw,ada group pedang setiawan x.nk joinnm..contct aku pls..0102201464..ak bole tlg mne yg mmpu klo nk set pape..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteW'salam..
Delete1. Ada group Pedang Setiawan dalam FB; Pedang Setiawan fan Group.
2. Adik dia nama Hati Murah dengan Pedang Angkasa. Dosa Angkasa memang cool habis. Hati Murah mati masa lawan Maharaja Angkasa.
3. Pedang keluar kotak. Tapi idea sal pedang keluar dari kotak datang dari novel mende ntah..
4. Aku sebnarnya dah slow down sikit. Tapi masih nostalgia zaman kegemilangan Pedang Setiawan dulu. Dlm FB, ko akan jumpa ramai lagi yang lagi otai.
667 last..
ReplyDeleteseedy kaw2..
huhuhu..
thanx encik moderator for the blog..
it's cool...
Salam Pawi, berminat nak beli komik komik hong kong awak :) kindly call my number @ 012 296 0045 k.
ReplyDelete- Nie Feng