Friday, 26 August 2011

Rujukan Ke dua Selepas Al Quran


Islam buat masa ini bukanlah agama yg paling ramai penganut. On paper, Kristien adalah agama yg paling ramai penganut. Namun begitu Kristien berbeza dgn Islam. Perbezaan antara dua fahaman pokok Kristien iaitu Roman Katolik dan Protestant (berserta yg lain² seperti Jahovah Witness) adalah sgt significant. Signifact kerana kitab rujukan utama mereka iaitu berbeza. Secara ringkasnya untuk Roman Katolik, mereka menggunakan Duey Bible yg mempunyai 73 surah (books) didalamnya. Manakala Bible untuk fahaman lain seperti King James dan NIV pulak mempunyai 66 surah. Ini secara tak langsung membezakan secara terus kelompok dlm Kristien dan secara tak langsung menjadikan Islam agama yang paling ramai penganutnya.

Perbezaan Dalam Islam

Perlu dijelaskan disini, perbezaan ini tidaklah seperti perbezaan dalam Islam. Sama ada dalam Sunnah Waljamaah (Sunni) iaitu mazhab 4 imam utama iaitu Hanafi, Maliki, Shafiee dan Hambali atau pun yg lebih kritikal antara fahaman Sunni dgn Syiah. Ini adalah kerana sume mazhab ini melafazkan syahadah yg sama dan berpandukan kitab Al Quran yg sama. Sunni dan Syiah berpegang pada Al Quran yang sama. Al Quran yg mempunyai 144 surah yg sama dan mempunyai jumlah 6666 jumlah perkataan yg sama. Perbezaan antara  ajaran mazhab Sunni hanya dr segi fiqah yg berpunca dr tafsiran atau pendekataan berbeza terhadap hadis² atau riwayat sahabat. Contoh paling mudah adalah dlm permasalah wuduk dan pembatalan wuduk. Untuk bacaan lanjut, anda boleh refer buku “Perbezaan Para Imam”  tulisan Syeikhul Hadis Muhammad Zakaria Ruahimullahu.

 Dalam permasalahan Sunni dan Syiah, ia berpunca dari permasalah politik. Dan dari masalah politik ini lah berkembang menjadi masalah pentaktsuban ada unsure keagamaan. Setahu aku dari politik Syiahlah bermulanya golongan pertama yg mengpergunakan agama menegakkan perjuangan politik mereka. Dari Syiahlah bermulanya golongan yg mengambil cebisan ayat Quran dan hadis utk nafsu politik depa. Lebih teruk, dari sinilah bermulanya bibit mengubah atau mencipta hadis palsu utk nafsu politik. Dari sinilah juga bermulanya perjuangan pentaksuban terhadap Tok Guru bermula. Namun begitu, walau ada byk perbezaan antara Sunni dan Syiah, tapi Quran yg digunakan adalah sama. Hadis pokok juga sama. Yg ketara berbaza adalah dr segi kepimpinan dan beberapa doctrine yang memenangkan mereka. Ya, aku ada dengar yg penganut Syiah ada ritual pelik. Tp yg pasti, setahu aku, Syahadah depa memang sama dan Quran pun sama. Malahan, semasa Salman Rushdie menulis buku Satanic Verses iaitu buku yg menghina Rasullulah, Ayatollah Khomeni lah yang lantang bersuara mengeluarkan fatwa hukum bunuh terhadap Salman Rushdie. Untuk bacaan lanjut berkaitan dgn Syiah, anda boleh refer buku “Apa Itu Syiah” oleh Prof Dr, H.M. Rasjadi.


Perbezaan Sumber Rujukan

Sabda Rasullullah; “Aku meninggalkan kamu dengan 2 perkara yang mana jika kamu berpegang teguh kamu tak akan sesat. Iaitu Al Quran dan As Sunnah

Seperti yang aku cuba bagitau tadi, walau pun terdapat pebezaan dlm Islam antara Sunni dan Syiah, tp sumber utama rujukan adalah sama iaitu Al Quran dan Sunnah. Beza utama adalah sumber rujukan Sunnah depa. Yang paling terkenal adalah Sahih Al – Bukhari. Untuk golongan Syiah sumber rujukan mereka dikenali sebagai Al – Kafi karangan al – Kulini.

Dalam buku yg bertajuk Arrisalah (yang pada aku pekat bau Syiahnya) mentafsir Sunnah sebagai keturunan Nabi; Ahlul Bait. Namun begitu, walau pun buku Ar Risalah ini pekat bau Syiahnya, tp ai adalah buku yg sangat best bila dibaca. Seriusly aku enjoy sgt baca buku tu dulu dan insya’allah aku akan khatam lagi buku tu nanti.

Hadis @ Sunnah?

Sejujurnya, aku pun kurang jelas akan tafsiran sebenar 2 perkataan ini. Kita slalu dgr, kita ikut Islam mengikut Al – Quran dan Sunnah. Tp aku pun ada dgr org cakap ikut Al – Quran dan Hadis. Seriusly aku sgt keliru dalam benda nie. Apa tu sunnah dan apa tu hadis?

“Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan sesuatu (yang berhubung dgn Islam) menurut kemahuannya sendiri. Segala yang dikatakan itu samada itu tidak lain dan tidak bukan dari wahyu yang diwahyukan” - An Njam 3-4

Aku ada gak rujuk buku tulisan Dato’ Dr Harun Din yg bertajuk “Manusia Dan Islam”. Dalam sub topic Al Sunnah & Al Hadis muka surat 271, ia menulis begini; “Al Sunnah atau Al Hadis yang hendak dibincangkan ini adalah….”


“ATAU”. Ini bermakna, dari buku ini Sunnah dan Hadis adalah benda yag sama tp berlainan sebutan. Am I correct?

Dalam buku “The Complete Idiot’s Guide; Understanding Islam” ia menulis hadis sebagai; “Hadith is classified as anything that the prophet said, did or gave silent approval” @ “Hadis adalah apa yang Rasullullah cakap (sabda), buat atau bagi kebenaran dgn cara diam”. 1 contoh yang Rasullulah bagi kebenaran dlm bentuk diam adalah berkaitan dgn halal atau tidak makan biawak dabp.

Satu lagi sumber yang aku guna pakai adalah dr buku “World Religions”. Aku personally selesa dgn tafsiran maksud Sunnah dan Hadis. Pada aku ia jelas dan ringkas.

“The word “Sunnah” means “the walked path” and refer to the path of the Prophet Muhammad SAW. The Sunnah text were based loosely compiled collection of stories about life of Prophet Muhammad SAW; called “Hadis”, which mean “news report”. The Sunnah is the collection of basic laws, universal code and behaviour is considered second in authority only to the absolute laws stated in the Quran”

“Perkataan Sunnah bermaksud “laluan yg dilalui” dan ia merujuk kepada laluan Nabi Muhammad SAW. Teks Sunnah adalah berdasarkan kompilasi pungutan kisah berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW; dipanggil sebagai “Hadis” yg membawa maksud “laporan berita”. Sunnah adalah koleksi  peraturan asas, kod universal dan kelakuan dianggap sebagai nombor dua dari segi keutamaan selepas peraturan yang ditulis didalam Al Quran”

Kesimpulan dari aku

Anyway, topik yang aku tulis kalu pada aku agak berat utk aku kupas panjang². Aku rasa aku bukan lah org yg paling layak nak kritis dalam perkara nie. Cukup lah apa ygn aku tulis sebagai basic information aku rasa macam nak kongsi. Ini mengikut fahaman melalui pembacaan dan pencarian aku sajalah. Most probably aku silap atau kurang tepat, jadi sama² lah kita teruskan mencari ilmu. Tak kiralah sama ada dengan menuntut dgn guru mahupun dgn buku, Yang penting jangan obsess dgn ilmu yang kita ada.

No comments:

Post a Comment