Sunday, 7 August 2011

Hobi? Bahagian 2; Awal rumaja

“Something Change…”

Hobi pada tafsiran aku adalah apa saja aktiviti yg hangpa buat tp hangpa tak rasa atau susah nak cemuih.(jemu). Atau pun kalau hangpa letih pun, nanti hangpa akan sambung buat baik. Pd aku juga hobi adalah sesuatu yg tak permanent. Ia mungkin berubah mengikut usia dan pengalaman. Mungkin juga ia adalah sama, tp menjadi semakin kompleks.

Kadang² agak susah kita nak definisikan hobi seseorg. Contohnya; “membaca”. Membaca terlalu umum. Kalau seseorg tu ngaku hobi dia membaca, apa yg aku paham dia tu “taik” baca lah. Dia akan baca apa saja tanpa sebarang genre. Dia akan baca novel. Tak kita jenis sama ada karangan Ahadiat Akashah atau pun Christopher Pike. Dia juga mampu membaca Jurnal, artikel dan lain². Tp, kalu dia just baca RS Stine or Tamar Jalis, maka hobi membaca dia agak specific. Dlm kes aku, aku suka membaca dan melukis. Hobi aku aku agak spesifik. Masa aku awal remaja, aku suka membaca dan melukis komik… 

In the beginning…

Aku telah bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Kelas aku masa di tingkatan 1 adalah kelas 1 Dedikasi. Seingat aku, time tu di KSAH, ada sampai 6 kelas utk tingkatan1. 1 Amanah sampai 1 Fikir. Antara member kelas aku time tu adalah Akmal Rizal Rakhli. Yes, the footballer. Ya, aku penah bentes kaki Akmal Rizal Rakhli time kelas PJK.. So, ada apa hal??

Di pendekkan cerita, aku pun mula berkawan dgn kawan² baru. Tak ramai kawan aku drpd Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah (SKTR). So, in the beginning aku agak kekok but eventually aku ada ramai pulak member. Aku time tu dah tak minat nak uli plastesin buat robot lagi. Ada beberapa sebab. Antaranya 1) Criter Transformer dan robot lain dah tak best 2) Kualiti plastesin baru dah tak best (terlalu lembut) dan 3) Kemusnahan besar – besaran robot-robot aku ala² penghapusan etnik oleh adik aku. Adik aku berjaya menjumpai markas persembunyian robot aku semasa aku disekolah utk aktiviti kokurikulum. Bila aku balik umah, aku dapati hanya tinggal cebisan robot sahaja...

Pd masa aku di awal tingkatan 1, aku masih lagi dgn style kedekut dan suka “pau” (pinjam) barang member aku. Aku jarang beli brg aku sendri. Time ni duit sekolah aku dah dinaik kan dr 50 sen di sekolah rendah menjadi RM1.00 di sekolah menengah (dan ini kekal sampai aku form 3). Jd masa awal sekolah aku boleh makan dgn selesa jugak la walau pun slalu kena potong line time nak beli nasik kat kantin dgn senior.

First Encounter..

Then one day, aku ada dapati ada antara member aku bawa sejenis komik ke sekolah. Komik ni agak berbeza dr komik yg aku biasa tgk mcm Gila², Bambino dll. A quick note over here; Abah aku cukup marah kalau dia tau aku baca Gila². Abah aku sebnarnya sgt particular tentang pembacaan anak² dia. Dia sgt berpegang pd “you are what you read”. Pd abah aku, membaca Gila² tidak membawa faedah. Pada dia skrip lawak agak “bodoh” dan lukisan agak tak senonoh (dgn gigi jongang dan watak yg selebet). Aku tau, abah aku maybe agak extreme dlm hal nie. Tp aku rasa aku pun nak ikut style dia utk anak² aku nanti. Heheheee..

Anyway, 1 day, member aku ada bawa 1 komik yg agak “lain” dr kebiasaan. Member aku tu nama dia Khalid. Dan seingat aku komik tu tajuk dia Jejak Wira dan Dendam Kesumat. Aku tak pernah baca komik jenis nie. Lukisan dia cantik dgn warna warni. Dan yg paling best adalah aksi pertarungan dia. Well, aku memang peminat anime, movie or drama aksi. So, bila aku baca komik aksi buat pertama kali, aku rasa sgt teruja. Aku faham setiap lukisan dan turutan pergerakan (movement sequel). Seriusly, bukan semua org boleh paham lukisan komik. Contohnya, member aku nie, nama dia Faris Che Pa. Dia tak paham gambar pergerakan. Dlm komik Hong Kong, kalau pergerakan terlampau laju, dia digambarkan sebagai lukisan yg byk. Contoh, kalau tendangan dia byk, dlm 1 frame gambar akan terdapat byk gambar tendangan. Refer contoh dibawah. Dlm gambar nie, Nie Feng ada byk kaki dan Atheist Jati ada byk kepala.


Pada Faris, dia nampak tetiba Atheist Jati ni ada byk kepala. Dia hairan kenapa tetiba Athiest Jati boleh tiba² ada byk kepala dan oleh sebab tu dia konfius. Aku pulak, bila dgr dia komplen, rasa macam nak wat gaya “Tendangan Tanpa Belas Kasihan” kat dia atau pun “Gaya Membunuh Naga Mencari Jalan” jek.

Sorg lagi member aku pun menhadapi masalah yg sama bila nak paham komik Hong Kong (aku dpt tau time aku form 3). Nama dia Anis Farid. Mamat nie pun penggila komik. Well actually mamat nie memang gila pun (hahahahaaaa)… Tp dia layan komik mat saleh je lah. Aku slalu pinjam komik Spawn, X-Men, Spider-man dan macam² lg kat dia. Sayangnya dia stop beli komik time currency crisis 1997. FYI, dulu harga komik omputeh kat Farouk (port komik budak KSAH) dlm RM4.50. Than time 1997, harga jadi RM12.50 rasanya. Anyway, Anis pun jenis tak faham pergerakan dalam komik Hong Kong. Dia komplen sebab kotak pertarungan terlampau byk (!!??!!??..). Satu rahsia, mamat nie kumpul  Salormoon. Harhar harrr…

Anyway, makin ramailah member aku yg beli komik. Dan yg bestnya depa bawak mai ke kelas. Time nie aku still tak beli dan aku hanya pinjam dr depa. Pada masa tu komik yg betul wat aku teruja adalah Alam Perwira dgn Juara Wira. Dua komik nie berbeza dgn Jejak Wira dan Dendam Kesumat. Dua komik ni lukisan dia lagi cantik dan aksi dia lagi gempak. Saiz dia pun besar sikit. 1 lagi pasai komik² nie adalah awek dlm komik nie memang cun dan terus terang cakap komik² ni kekadang ada scene lucah (yang of course badly censored). But utk budak form 1, nie memang dah cukup sexeyyy..

Aku agak bruntung bcos Khalid nie pemurah dlm bab pinjam meminjam nie. Dia tak kedekut. (Khalid lah org yg introduce aku Dragon Ball. Aku akan buat tribute khas utk Dragon Ball nanti…).Tp ttba aku nampak ada sorg lagi classmate aku baca komik yg pd aku lukisan dia lebih unik. Classmate aku tu nama dia Zahran. Aku byk kali minta nak pinjam kat dia tp dia tak nak bagi. Mcm² alasan dia bagi. 1 alasan dia, dia tak nak bagi kotor komik dia. Aku memang bengang ngan mamat sekor ni. Ye la, kalu tak nak bagi org pinjam, tak payah la bawa ke skolah. Aku rasa dia nie saja nak blagak jek. Tp yg peliknya dia boleh pulak buat system barter dgn classmate aku yg lain yg ada komik lain. Hampesss…

Than atas sebab bengang dgn mamat nie lah aku tekad nak beli komik sendiri. Bukan apa, pada aku, komik agak mahal. RM1.80 senaskah. Kalu aku start nak kumpul komik, aku kena sep (sep = save = jimat) balik. Tu yang aku malas tu. Lagi pun, aku tak tau reaksi abah aku terhadap komik nie. Takut gak tak dapat restu dr dia, karang buta jek komik nie masuk tong sampah. But bengang punya pasai, esoknya aku mai sekolah bawak dgn duit simpanan (bawah katil aku). Aku bawak extra (dlm RM5 je kot..). Habis skolah, aku menapak ke stesen bas lama dr skolah. Sasaran aku adalah kedai komik (actually, gerai jual majalah..).  Aku kenal rupa cover tp aku tak tau tajuk apa. So, aku pun beli.. But than aku perasan 1 benda, komik nie dah masuk episode ke-2. Jd, since aku ada duit extra aku terus beli 2 episod serentak. Cover dia gambar budak rambut panjang, yang aku sangkakan perempuan…

 
 Inilah komik pertama aku.

Ya, komik pertama yg aku beli dldm sejarah hidup aku adalah Pedang Setiawan episode 1 dan 2. Setelah itu, berubahlah hidup aku selama-lamanya dan dunia pada mata aku kini lebih banyak warna…. Maka bermulalah pergolakan di alam kepahlawanan…

To be continue….

2 comments:

  1. hahaha, lama tak jumpa Khalid Ibrahim Rahimi, nnt buat post yg cover pasal komik terbitan sendiri pulak

    ReplyDelete
  2. Waaahhhh.

    Samalah, komik pertama yang dibaca : Dewata Raya oleh Tony Wong. Komik pertama yang dikumpul : Dragon Ball.

    Dragon Ball memang klasik. Rasanya lagi power dari Naruto sekarang ni. Dulu sanggup naik bas semata-mata nak pi beli Dragon Ball ni. Asal ayah ke pekan memang suruh dia beli.

    Dulu tak kisah la tak dapat PS ke apa ke, dapat Dragon Ball pun dah cukup suka.

    Ahhh, nak buat tribute untuk Dragon Ball jugalah!

    ReplyDelete