911 @ Sept 9; Ini adalah satu tarikh keramat dimana ia akan terus diingati dalam tempoh yang lama. Inilah tarikh di mana, kerajaan Amerika (US) diserang buat pertama kali setelah Pearl Harbour dahulu semasa perang dunia ke dua. Malah ia lebih dasyat lagi kerana ia berlaku ditanah besar US.
Semasa serangan itu berlaku, aku masih lagi student di UTM Skudai. Seingat aku, semasa serangan itu berlaku, aku tengah lepak kat apartment member aku kat Apartment Melana. Aku tak pasti macam mana aku boleh tengak, tp yang aku tau time tu, TV dah buka dan aku ingat itu movie macam Independent Day ke apa. Jadi, masa 2nd plane crash kat second tower atu, aku antara jutaan umat manusia yg tengok secara live.
Yahudi & Nasrani
Serius shit! Aku tak pecaya yang aku tengok. Dalam hati aku, aku dah pikir lepas nie confirm aku tak pegang pen dah, mesti angkat senapang perang punyer. Hati aku kata, "yg lepas nie confirm akan berlaku perang dunia ke tiga or the 3rd Crusade...". Iaitu perang besar akhir zaman yg diramalkan yg bakal berlaku antara Muslim dan Yahudi Nasrani.
Bercakap pasai Yahudi Nasrani, FYI setahu aku Yahudi dan Nasrani baru je “berbaik-baik”. Setahu aku puak Nasrani nie memang tak suke sgt dgn Yahudi. Bukti dia? Tgk balik sejarah Holocaust time second world war. Tgk balik sejarah silam empayar Islam Umaiyah, Abasiyah tau lebih specific di tempat yg dikenali sebagai Al Andalus. FYI, selama ini org Islam lah yg melindungi dan bagi protection pada org Yahudi. Yahudi dibawah empayar Islam mampu utk hidup aman dan bebas, menuntut ilmu dan berurusan ekonomi tanpa sebarang gangguan. Malah, setahu aku zaman keemasan Yahudi (selain zaman nabi Daud dan Sulaiman) adalah dizaman kegemilangan empayar Andalusia. Ini bukan bermaksud aku kata bahwa Andalusia itu diperintah oleh org Yahudi, tp, pada waktu itu di Andalusia, org Yahudi hidup mewah dan bertamadun. Zaman Crusade dulu, para Crusader pantang nampak org Yahudi. Most probably depa akan terus sembelih jek. In fact, depa lagi keji dan benci pada org Yahudi berbanding pada org Islam.
Pasai pa org Nasrani cukup tak suka dgn Yahudi dulu? Bcos, Yahudi belot Jesus. Pasai Yahudilah yg memerangkap dan bunuh Jesus. Ada istilah yg aku penah dengar yg berbunyi, “Jew killed our God!” atau yang bermaksu “Yahudi yang membunuh tuhan kita!”. Malah “penganut” terawal Nasrani juga banyak yg dibunuh oleh Yahudi. Even pengasas sebenar agama Nasrani iaitu Saul atau pun Paul adalah pada awalnya pemburu *Nasrani.
*Penganut awal agama Nasrani sebenar adalah org Yahudi yg mengikut ajaran Jesus (Isa AS). Masa ini, gentile (non Jew) masih tidak terdedah pada ajaran Jesus. Ajaran Jesus hanya didedahkan @ diajar pd gentile setelah Paul menjadi pemimpin depa. Pada awalnya, secara ringkas, pengikut Jesus adalah boleh disimpulkan sebgai pengukut ajaran Yahudi yg Tajdid atau back to basic (balik kepada ajaran asal yg tiada bida’ah yang bukan²). Pada masa ini fahaman syirik kepada Allah masih belum di”doktrin”kan.
Anyway, lepas peristiwa Holocaust, keadaan telah berubah… Islam pulak yg menjadi musuh bersama Nasrani dan Yahudi sedangkan dahulu Muslimlah yang protect Yahudi dari disembelih oleh Nasrani dan Yahudi.
Anyway, alhamdulillah tak ada apa sgt yang besar berlaku di Malaysia. Kita masih disayangi dan dilindungi Allah dr sebarang perang dan musibah besar. Namun begitu, dunia sememang telah berubah selepas berlakunya peristiwa 911.
Kenapa?
Dunia Islam yg sememang tengah lemah dan berpecah kini diratah begitu sahaja oleh pengganas barat yg sebenar. Negara Arab yang kononnya kaya dengan minyak pejam mata sahaja bila saudara sesame Islam mereka diretah oleh pengganas barat. Inilah dikatakan bila tiada ilmu, maka tiada kuasa. Mereka hanya kaya atas duit minyak sedangkan negara dan rakyat mereka tidak maju.
Penipuan paling bengong adalah apabila Iraq ditakluk atas alasan bersekongkol terhadap serangan 911 dan mempunyai “weapon of mass destruction” (WMD) @ senjata pemusnah besar besaran. WMD yang dimaksudkan ini adalah senjata nuclear. Namun bertahun selepas itu, George Bush mengaku sendiri yg sememangnya tiada senjata WMD di Iraq. Dan hakikat sebenar perang tersebut adalah mahukan minyak.
Ada juga mengatakan serangan itu adalah kerana dendam peribadi keluarga Bush terhadap Iraq. Hakikatnya dalam serangan 911 di WTC (World Trade Centre) itu, memang ramai rakyat US yg tak bersalah (ya ka? But majority drpd mereka vote Bush apa..) telah mati dalam keadaan yg paling menyayat hati dalam serangan. Namun begitu, jutaan umat Islam pun terkorban di Iraq disebabkan penipuan Bush itu.
Officially, kita dicanang bahawa serangan itu dilakukan oleh sebuah kumpulan Al Qaeda yg diketuai oleh Osama bin Laden. Motif serangan tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap kerajaan dan rakyat US kerana menjadi “big brother” terhadap Israel. Ini juga berunsur dendam. Actually, penghinaan yg telah diakukan oleh US dan Israel terhadap umat Islam terutamanya di Palestin adalah amat besar sekali jika dibandingkan serangan 911. Malah sifat double standard terhadap tragedy Bosnia dulu apabila umat Islam Bosnia disisih oleh badan dunia juga antara sekam dalam api terhadap dendam ini.Tp factor official utama adalah sifat atau dasar US yg melindungi dan memberatkan Israel merupakan factor utama.
Salah Siapa?
Personally pada aku dalam masalah ini, aku tak salah kan US, Israel atau pun Yahudi. Tp aku salahkan org Islam sendiri. Ini adalah kerna Quran sendiri dah warning kita dalam perkara ini. Hadis nabi sendiri dah remind kita akan bahawa yg menanti kita. Malahan langkah pencegahan juga dah diberi, tp umat Islam masih lagi tido. Masih lagi berpecah. Masih lagi sinikal dan mencurigai antara satu sama lain.
Dan yang paling sedih, bila bercakap pasai kembali pada ajaran Islam, umat Islam hanya pandang Islam hanya sebagai doa, janggot dan masjid. Lebih menyedihkan, majoriti umat Islam menyangka utk menjadi Muslim yg baik mereka harus meninggalkan dunya. Tinggalkan pekerjaan, tinggalkan kekayaan. Kerja ala kadar dan tak boleh jadi kaya kerana sume tu dunya. Pada mereka, Muslim yg baik adalah muslim yg tinggalkan terus dunya dan hanya berserban ke masjid utk wirid dan solat. Pendek kata, pada mereka barangkali Muslim yg akan ke syurga adalah muslim yg tinggalkan dunya, tak boleh kaya, hafal hadis dan Quran serta berserban dan janggot sahaja. Pada depa baca buku selain Quran, hadis atau pun buku lain² yg tak berkaitan dgn tokoh Islam tradisional adalah mengejar duniawi semata-mata.
Malangnya inilah hakikat yg aku nampak, at least di Malaysia. Aku sendiri pernah kena sound dalam FB time aku cakap aku tengah baca buku DrM dulu dgn member sekolah aku yg kini barangkali menjadi penjiihad sejati. Pada aku, sebenarnya golongan inilah agen sekular yg sebenar. Mereka inilah yg membuang dunya dari Islam sedangkan Islam itu merangkupi semua.
Perpecahan umat Islam lagilah parah. Aku ada terbaca satu statement dari penyokong fanatik parti PAS. Dia berkata, UMNO dan PAS mustahil utk bergabung. Subhanallah… Sebagai Muslim, dia tak boleh berkata demikian. Tambahan dia mngaku sebagai penyokong parti yg berteraskan Islam. Adakah ini doktrin dalam PAS? Aku percaya bukan. Mustahil tokoh besar seperti Harun Din, Ismail Kamus dan lain² meredai perkara ini. Aku nampak perkara ini seperti kes dizaman Saidina Ali dulu dimana penyokong lebih fanatik dan buat dotrin yg bukan² lebih drpd leader sendri. Itu baru contoh di Malaysia. Di Palestin, Hamas dengan Fatah pun tak bersatu..
Walau apa pun dalam Islam, dengan apa sahaja alasan membunuh org yg tidak bersalah adalah dosa besar, walau pun mereka itu kafir. Serangan bunuh diri pun salah.
Antara satu lagi kesan lain adalah aku tak dapat nak ke US semasa incetive trip ke US dahulu. Ini adalah kerna VISA aku lambat diluluskan kerana nama aku adalah nama org Iran. Aku difahamkan nama aku depa hantar gi saring kat FBI, CIA dan ntah apa² lagi lah. Ceh…
Teori Konspirasi 911
Terus terang cakap aku adalah org yg paling suka dengar teori konspirasi. Tak kiralah pasai Feemason, Alien, long lost civilization, Moon Landing dan lain². Pada aku, ia adalah satu hak dan kebebasan utk seseorang tu nak percaya teori konspirasi atau tidak.Macam aku, kalu teori tu ada bukti kukuh yang menyokong, aku akan ambil teori tu sebagai “serius”. Dan of course aku tidak percaya akan official statement.
Teori konspirasi 911 sendiri ada banyak. Korang boleh check dalam internet mahupun buku. Korang boleh pilih nak percaya yg mana satu atau nak gelak yg mana satu. Your choice.
Personally, terus terang cakap, aku percaya bahwa tragedy 911 itu dirancang oleh pihak tertentu. Al Qaeda hanyalah tool atau pun boneka yg digerakkan secara automatic. Osama bin Laden sebenarnya adalah product rancangan tersebut. Dia dicipta secara tercipta. Contoh mudahnya macam nie; katakan hang nak anak hang jadi ulama bila dia besar, hang kena pastikan umah hang penuh dgn buku agama selain rajin bawa pi masjid, rajin berbincang pasai hal agaman dan pastikan hang menjadi contoh kepada anak hang.Insya’allah anak hang akan jadi ulama seperti yang hang harapkan. Sama ngan Osama dan lain². Segalanya adalah setting. Try korang cari balik asal usul Osama dan siapa sebenar dia dan keluarga dia.
Selain itu, banyak sangat kebetulan dan bukti lain yg penuh misteri berkaitan dgn peristiwa ini yg sukar aku nak terima sebagai kebetulan. Malahan detik sebelum dan ketika seragan itu berlaku juga adalah agak “unik”. Antara filem (rancangan) feverot aku adalah Fahrenheit 911. Korang kena tengok movie nie. Wajib!
Selain drpd itu, ada satu lagi siri perbincangan yg dikelola sendiri oleh rakyat US tentang ketulinan siapa disebalik serangan 911 ini. Tajuk DVD tu adalah A Call To Re-Open Sept 11 Investigation; Confronting The Evidence. Aku yakin lepas hangpa tgk DVD ni sampai habis, hangpa akan percaya semua tu adalah tindakan dirancang. Rancangan DVD tu sangat teknikal dan detail (sampaikan aku tertidurlah kerana terlalu teknikal). Yang nie pun wajib! Tak silap aku DrM pun tgk DVD nie dan sefaham aku dia pun percaya yg 911 nie dirancang. Lagi pun jika kerajaan Bush boleh ngaku berbohong dalam menyerang Iraq, masakan mustahil ada pihak lain yg lebih handal dari Bush merancang dan semua nie utk kepentingan tertentu? Actually George Bush nie bukan lah cerdik mana pun...
Anyway, hak utk percaya atau tidak adalah personal. Sama gak keadaannya utk percaya teori konspirasi yg DSAI cakap yg government fitnah dan sabotaj dia. Atau pun berlaku konspirasi dalam menjatuhkan dia dari kerajaan dulu.Kita mempunyai kebebasan utk percaya atau tidak. Yang penting kita haruslah menilai denagn bijak dan waras.
Kenapa aku percaya 911 tu "fabrication"?
Aku tgk bukti. Sebenarnya aku ni jenis susah nak percaya pada sesuatu yg “bogus”. Aku lebih suka percaya pada statement official. Tp kalu bukti yg menyangkal statement tu terlampau nyata dan terang, aku tak mampu nak ignore bukti tersebut. Aku kena proaktif utk tau cerita yg sebenar (know the truth). Pada aku, jika aku ignore bukti tersebut aku adalah seorang yg zalim pada diri sendiri dan bodoh. Lagi pun aku tak mahu menjadi orang yang angkuh dan sombong drpd menrima bukti. In short, walau pun at first aku cenderong utk ikut haluan utama or official statement, tp aku juga akan menggunakan akal utk menilai statement tersebut, dan jika bukti itu menyangkal official, statement aku akan sokong teori bari tersebut. Aku tak mahu menjadi org angkuh yg “melihat dan mendengar tetapi adalah buta dan pekak”.
Sungguh pun, aku percaya semua tu rancangan yg detail lagi kompleks, tp hakikat lebih kurang 3000 mati dalam serangan itu adalah fakta. Ia tidak sepatutnya dihiraukan dan layak mendapat simpati. Setahu aku ajaran Islam pun menentang serangan yg membunuh org awam seperti ini.
Whats Next?
Osama pun dah mati. Org Islam masih terus mati terseksa dan ditindaS. Walaupun serangan 911itu membawa malapetaka kepada dunia Islam (khususnya org Iraq, Palestin dan Afganistan), tp dalam pada itu makin ramai org terpelajar barat yg mendekati Islam. Perkara ini berlaku kerana mereka ingin tahu tentang Islam dan oleh sebab itu merak membaca Quran.
Selain itu, pengajaran juga perlu diambil dimana bilamana tentera musuh menyerang Negara Islam, kita tak mampu melakukan apa². OIC hanyalah sekumpulan pakcik sembang dalam bilik aircond. Oleh sebab itu, kita umat Islam kena bangun. Ia sebagai wake up call supaya kita sedar dimana kelemahan kita. Dan sepatutnya kita kini sudah tahu kelemahan kita adalah kita tidak mengusai ekonomi dimana bila menguasai ekonomi kita akan menguasai kekayaan. Hanya dengan kekayaan, kita mampu membina kekuatan tentera utk mempertahankan diri. Dan kita sepatutnya sedar yg kita ni bodoh atau pun tak berilmu. Barangkali kita baru sedar yg kita tak ambil pusing langsung hadis nabi yg berbunyi; “tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”.
No comments:
Post a Comment