Wednesday, 21 September 2011

Lagenda Koew Teow Kerang

Apa yg menarik pasai Malaysia adalah makanan. Tak kiralah bangsa apa pun, kalu bab makanan, akan ada usaha ke arah adaptasi. Mungkin pada asalnya makanan tersebut tidak halal, tp oleh kerana menuju ke arah nafsu perut, adaptasi berlaku. Contohnya Mee Hokkien.  Selalunya kalu ditanya kepada org Cina, mee ni ada letak pork @ daging babi. Tp kini sudah ada mee Hokkien yg halal. Yg senang dapat hangpa boleh tgk dalam menu kat Old Town White Coffee. Tp kat Penang ada satu pakcik Melayu yg dikenali sebagai Sifu Omar yg mee Hokkien (dgn Koew Teow T’hng) sgt sedap. Malah local Cina kat sini (Penang) pun ngaku yg mee Hokkien Sifu Omar lebih sedap drpd yg Cina sendiri buat. Sama juga dgn Koew Teow (KT). KT sebenarnya adalah makan Cina yg kini lebih sinonim dgn org Melayu. Malahan ada yg Melayu masak lagi sedap dr Cina yg diakui oleh org Cina sendiri.

Koew Teow Kerang & Char Koew Teow

Aku suka makan kedua-dua masakan nie. Tp di antara Koew Teow Kerang (KTK) dan Char Koew Teow (CKT), aku lebih suka KTK. Aku sebenarnya rasa kedua-dua makanan nie lebih kurang sama saja. Cuma step dia sikit beza. Tp kalu ikut bahan utama dalam dia sama ja… koew teow, taugeh, udang, kerang, bawang putih, kicap sotong dan telur. Cuma yg membezakan CKT berbanding KTK adalah CKT basah dan rasa udang dominant berbanding dgn KTK yg lebih kering dan rasa kerang dominant. Juga CKT nie, telur taruk awal sikit berbanding KTK yg telurnya diletak lewat sikit. Ini apa yg aku nampak lah.

KTK dan CKT nie tak sama dengan koew teow goreng yg hangpa minta kat kedai makan biasa. Rasa pun sgt berbeza. KTK dab CKT ada class tersendiri.

Penempatan Koew Teow

Aku tak tau lah tempat lain, tp yg aku pasti, kat Alog Setag (dan juga Jitra), hangpa senang² boleh cari gerai koew teow. Berbanding dengan pekan atau bandar yg pernah aku tunggal dulu, Alog Setag memang berbeza. Kalu di Ipoh, hangpa boleh cari gerai jual koew teow di padang Ipoh dekat Green Town. Kat situ banyak gerai. Yg best penggerai situ majority org Kedah.  Kat Penang ada beberapa tempat, tp tak dak gerai KTK (setahu aku lah). Skudai & JB? Jangan cakap lah. Ntah kenal entah tidak CKT atau KTK. Sedih giler. Merana aku 5 tahun belajar kat Skudai dulu. Sangap KTK. Tiap kalu balik Alog Setag time cuti sem, mesti pi carik KTK dgn nasik kandag punya. KL maybe ada, tapi aku tak tau. Kalu ada pun, mesti budak utara punya gheja.

Anyway, skarang nie kat Alog Setag gerai CKT lah yg lebih banyak berbanding gerai KTK. Tp suatu ketika dahulu, KTK lah yg mendominasi seluruh  pekan Alog Setag. Gerai KTK lah tempat pakcik² dan veteran Alog Setag melepak dan juga ahli keluar makan luar di hujung minggu bersama.

Once Upon a Time In Alog Setag…

Aku mula makan KTK time aku masih lahi berstatus kanak² riang. Maybe umur aku 5 atau 6 tahun. Ya, umur aku 5 atau 6 tahun, maybe? Ntah. Tp memori terawal aku makan KTK adalah sgt lama. In fact memori makanan terawal kegemaran aku adalah KTK (selain nasi ayam restoran Mawar dekat Taman PKNK).

Koew Teow Kerang Wak

Masa aku kecik dulu, parents aku menyewa kat pekan Langgar. Parent abah aku (atok & nenek aku) pulak duduk kat Taman Sri Taman di jalan Sultanah Alog Setag. Boleh dikatakan almost every week parents aku akan visit atok aku kat Alog Setag. Time tu kat jalan Sultanah ada satu gerai KTK yg sangat sedap. Sangat², sangat² dan sangat ²sedap.  Abah aku panggil KT nie, KTK Wak. Maybe org panggil dia Wak because dia org Jawa (?). And if my memory serve me right, memang dia pakai kepiah org jawa yg kaler oren tu. Tempat asal wak nie niaga adalah di depan stesen minyak Shell nak masuk ke Taman Uda. Dulu, stesen  minyak ni tak wujud lagi. Abah aku nie hantu KTK. Slalu la kami singgah makan. Kekadang dia tapau utk atok aku dan kekadang dia tapau utk kami makan lagi nanti.  Hahaha…

Kesedapan KTK Wak nie susah aku nak explain. Rasa dia sangat mild, tp sedap. Dan yg menjadikan dia special, taugeh dia rangup tp tak mentah. Ya, walau pun dah lebih dari 20 tahun, aku masih tak boleh lupa rasa KTK Wak.

Wak niaga guna lori van yg kaler putih. Maknanya dapur dia dalam van dia. Tak silap aku kat situ, ada kerusi batu. Jadi kalu org makan, boleh makan kat situ or just duduk atas kerusi alas dgn tangan saja. Yg paling aku ingat pasai wak nie adalah dia taruk taugeh dalam baldi atas bangku. Kalu dia amik taugeh masukkan dalam belanga (kuali), dia macam punggai dalam kuali tu sekali dgn balance ayag (air) dari taugeh yg diambil dari baldi tu. Pelanggan Wak pula sgtlah ramai. Tp, walau pun lama tunggu, still org sanggup sebab sedap.

Tp, suatu hari, abah aku komplen (aku dgr abah aku bebel kat mak aku) yg KTK Wak dah tak macam dulu. Dan aku punperasan kami dan makin kurang makan kat situ. Menurut abah aku, KTK Wak dah lebih taugeh tapi kurang koew teow dgn kerang. Sampai satu ketika, taugeh punya lah banyak sampai hampir cover koew teow. Tak silap aku, abah aku ada tegur Wak dalam hal nie, tp, tak dak perubahan.

Than suddenly, KTK Wak dah tak dak. Dia dah tak niaga. Aku ada dengar yg dia dah balik Indon, tp tak pasti la pulak. Time aku tylis blog nie, aku tak tanya pun abah aku apa sebenarnya berlaku pada KTK Wak. Aku tulis base on apa yg aku ingat saja. Apa pun KTK Wak adalah 1 dari 2 makan faverot aku time aku masih lagi kanak² riang. Sedap dia susah nak cari ganti sampai ke hari nie aku boleh lagi ingat rasa dia.

Koew Teow Kerang Jln Telok Wanjah

Masa aku darjah 5 atau 6, seingat aku ada beberapa tempat KTK yg sedap. Time tu byk gerai KTK. Kalu tak silap aku masa tu KTK Joneb baru nak start dan KTK Iman tak wujud lagi. Pada masa tu juga, abah aku ada jumpa satu gerai KTK yg sedap. Rasa dia tak sama macam KTK Wak, tp still sgt sedap. Gerai tu di jalan Teluk Wanjah depan bangunan yg  sekarang nie bertentangan dengan super market Pasifik. Sekarang nie gerai tu dah tak dak dan pot tu diambil oleh gerai nasik lemak dan nasik campur. Seriusly, every time aku lalu depan bangunan tu, aku akan tengok. Ada org goreng KTK tak? Sampai ke hari nie aku akan tgk..

Aku tak pasti mcm mana abah aku boleh tau pasai gerai tu. Maybe kengkawan dia bagitau. Tp yg pasti lepas habis tuition malam dulu, abah aku akan bawa pi situ. Kami akan makan skali dan tapau utk mak ngan adik aku (dan juga utk aku skali lagi, hehehee…). Slalunya kalu makan kat situ, aku akan pesan ayag asam sebagai minuman.

KTK Jln Telok Wanjah nie rasa dia sedap tp pedas. Satu benda yg aku perasan adalah dia masukkan kisar cabai Melaka (cili padi hijau) time masak (selepas tomis bawang). Than rasa bawang putih dia pun agak kuat.
Dalam dok best enjoy KTK nie, ttb aku perasan yg dia dah tak konsisten time buka. Kejap buka, kejap tutup. Dulu every time balik dari tuition,( abah aku amik aku pakai moto, kekadang dia amik pakai kereta), kami akan lalu ikut situ walau pun lebih jauh semata-mata nak makan KTK. Everytime kalu kedai tak buka memang kami kecewa habis. Tp kalu buka memang happy habis. Walau pun gerai nie dah tak konsisten time buka, tp rasa dia konsisten. Maintain sedap. Untill one day, gerai tu dah tak buka terus, sampai ke hari nie…
Than years after that baru aku tau. Aku dengar criter yg tukang masak dia sakit, lalu mati..

Koew Teow Kerang Joned

Aku rasa majority budak Alog Setag yg umug dia baya aku ke atas akan tau KTK Joned. KTK Joned sgt famous. Setahu aku, KTK Joned yg start taruk telur mata atas KTK. KTK Joned ni terletak di Jln Stadium.
Actually, aku tak rasa apa special pasai KTK nie. Tp yg aku tau, rasa dia memang sedap. Cuma tak dak special. Pada mulanya KTK nie niaga kecilan jek. Pelanggan tak ramai. KTK nie start time org Alog Setag tengah sangap KTK. Macam the right time gak lah.Than, lama-kelamaan pelanggan dia jd ramai. Sangat ramai hinggakan terlalu ramai. Penuh kawasan tu dengan kerusi meja. Sume org sanggup tunggu nak makan KTK jek.

Pada mulanya semua ok. KTK nie dapat byk sambutan. Aku n parent pun slalu pi. Ayah aku pun slalu gak tapau KTK nie. Than things get out of control and everything  went wrong.

Aku jarang makan kat situ bila waiting time dia lama sgt. Pernah skali, aku terpaksa tunggu sampai 1 jam lebih just nak makan KTK. Ada gak time, becos lama sgt tungu, kami (aku & family) balik macam tu je, cancel makan. Sebab terlalu ramai. Than udah la ramai, since nak carter dgn jumlah pelanggan yg ramai, kuantiti KTK dalam satu pinggan makin kecil. Kalu Wak dulu, taugeh je lebih, tp yg nie kuantiti KTK dlm pinggan makin kecil. Bertambah lah bengang abah aku. Dah la lama tunggu, KTK pun sikit. Sejak dr kes macam tu lah, kami dah tak makan kat Joned.

Sungguh pun begitu, aku still pi Joned. Aku pi ngan member aku. Pada awalnya, Joned just jual KTK. Than after word, dia ada penambahan menu. Yg paling aku perasan adalah makan Western.  Joned nie bertahan agak lama. Tak silap aku sampai aku kat U. In fact, kedai Joned tu still ada skarang, Tp malang nya kedai tu dah tak jual KTK… Depa jual Western food dan kedai Joned tak lebih dari kedai makan biasa….

Inilah tapak Kedai Makan Joned yg pernah menjadi tempat Koew Teow Kerang Joned The Legend

Koew Teow Kerang Gedebang

Gedebang adalah nama lorong. Sebenagnya gerai nie tak dak nama. Lorong Gedebang sebenarnya salah satu lorong di subset jalan di jalan Langgar. Kedudukan dia adalah berhadapan dgn stesen minyak Shell (yg disebelah kanan jika menuju ke KSAH). Sekarang kawasan tu dah dibina dengan rumah bungalow. KTK nie pun dah tak dak.

Terus terang cakap, ini lah KTK paling sedap aku pernah makan seumur hidup aku. Ini lah bench mark KTK tersedap pada aku. Rasa dia ada sikit macam KTK Jln Teluk Wanjah, tp lagi sedap. Rasa bawang putih, rasa cabai Melaka, taugeh rangup tp tak mentah dan rasa udang dan kerang yg seimbang. Than yg best skali dia puya cabai tambahan. Selalunya kalu makan KTK, gerai tu akan sediakan cabai jeruk. Tp utk KTK gedebang, depa bukan saja sediakan cabai jeruk, depa sediakan cabai Melaka kisar bersama kicap (yg of coarse ada special mix and perencah) yg membuatkan rasa dia menjadi terlampau sedap. Aku kalu makan, akan mix kicap nie dgn cabai kisar dia.

Aku kalu makan KTK nie paling kurang mesti dua bungkus. Than beli tapau utk org kat umah aku lah. Selalunya parents aku bagi duitlah.

Gerai nie pun amat sempoi. Mulanya depa just niaga atas tanah biasa bawah pokok ceri dan pokok lain². Than bila maju sikit, tapak tu depa taruk simen. Tp feel tu masih best becos open air disebalik rimbunan pokok. Pada awalnya just gerai KTK dgn ayag, than bertambah pulak gerai lain jual  (kalu tak silap aku) capati. Oleh kerana aku boleh kata every week mesti mai makan, sampaikan tukang masak pun kenal aku.

Sebenarnya, aku antara org paling awal makan kat gerai nie. Pada masa gerai ni mula niaga, aku baru masuk form 2. Masa nie KTK Joned tengah hot. Tp since Joned terlampau hot, aku tak pegi situ bcos terlalu ramai org. Pada masa tu aku kumpul komik. Tiap Sabtu aku akan ke pekan Alog Setag utk beli komik sorg². Aku kayuh gerek (basikal) dr umah aku di Taman Delima Jln Datuk Kumbar ke City Point. Aku akan ikut jalan Langgar mengikut jalan yg aku ikut utk ke sekolah setiap hari. Ada sekali tu, time tengh kayuh balik ke umah dr pekan aku ternampak org goreng KTK (sambil aku ble bau aroma dia). Since aku ada duit balance aku pun saja nak try. Time tu harga 1 pinggan baru RM1.80 ( harga komik time tu RM2.00). Sedap giler habag hang… terus aku promot kat abah aku. After that, abah aku promote kat member (cik gu)sekolah dia. Than everytime lepas tu, kalu aku pi kedai komik setiap Sabtu, parent aku akan pesan sampai  5 ke 6 bungkus just utk tapau.

Since rasa dia agak sama dgn KTK Jln Telok Wanjah, abah aku ada tanya (berseloroh) yg tukang masak KTK Gedebang nie sedara ka? Than to our surprice, memang depa adik beradik. Than dari sini baru kami dapat tau yg tukang masak yg sebelum nie dan mati….

Gerai nie maintain lama gak. Tp entah ngapa suatu ketika lepas lama tak makan kat kedai nie didapati depa dah tak niaga kat situ…..

Koew Teow Kerang Iman 

Pada mulanya, KTK Iman tidaklah dikenali ramai. Ia hanya tempat yg org akan pi bila Joned dah penuh. KTK dia tak la sedap sgt. Biasa saja. Abah aku tak suka KTK Iman. Daru dulu sampai sekarang. Even kalu aku offer tapau pun dia tak mau. Iman start niaga lewat sikit dr Joned. Tp dia penah menjadi antara pesaing Joned. Tapi kini, hingga time blog nie ditulis (21 Sept 2011), Iman adalah gerai KTK yg paling success dan paling besar kat Alog Setag.

Mercu tanda Iman dan pot meja terawal

Iman hanya mula dgn 1 belanga dan 4 – 5 meja saja. Tp sekarang aku rasa lebih daripada 30 meja. Dari hanya jual KTK dan ada side kick nasik lemak bungkus, (org lain tumpang letak niaga), skarang Iman dah jadi macam restoran besar. Ada macam² makanan lain dijual.

Ini baru 1/4 kawasan 

Ditambah lagi 1/4 kawasan meja makan

Masa mula Iman start niaga dulu, aku antara org awal pi makan lah. Ada lah dua tiga org. Tp yg pasti kami pi Iman sebab dekat dgn Taman Goft (umah member aku). Macam yg aku cakap tadi, rasa dia biasa ja. Kalu dia masak cepat sebab ramai org, KTK dia rasa hangit sikit becos dia tak cuci belanga bekas goreng yg dulu. Maknanya bekas goreng yg lama lah yg buat rasa hangit. Aku tak pasti lah sama ada tu dia punya ganja ke apa, tp aku tak suka rasa hangit tu. Satu lagi yg tak best pasai Iman time mula dulu adalah nyamuk.  Time makan mesti kaki kena gigit dgn nyamuk. Apa tak nya, tempat gelap.

Sebenarnya kat Alog Setag nie org niaga ikut trend juga. Selain dari koew teow, nasik kandag, nasik lemak dan nasik tomato pun jadi trend. Utk koew teow, mcm aku cakap sebelum nie, trend adalah org suka makan KTK, tetapi tetiba org Alog Setag suka makan Char Koew Teow (CKT). Masa Alog Setag kena serang dgn demam CKT nie, byk gerai KTK yg tutup or convert jadi gerai CKT. Time demam CKT nie lah Joned wat hal. Anyway, time demam CKT nie, Iman still maintain. Than slowly , Iman built dia punya peminat tersendiri. Rata² peminat Iman nie adalah org yg tak brapa suka CKT tp lebih kepada KTK, macam aku.

Since dah tak ada (banyak) gerai KTK kat Alog Setag, maka semua org akan tertumpu pada Iman sahaja. Budak Alog Setag yg baya macam aku yg kerja kat luag, time balik Alog Setag mesti pi Iman utk lepas gian KTK. Benda tu berlaku hingga kini.

Apa pun Iman suatu ketika dulu Iman pun aku nampak seolah-olah akan jadi macam Joned. Time dia terlalu ramai peminat, saiz KTK dia makin kecik dan rasa dia dan kerang dia pun makin kurang. Tp semua tu kejap je, bcos Iman memang amik berat pasai reaksi pelanggan dia. Tukang masak dia sendiri cakap dgn pelanggan dan aku rasa dia ikhlas dalam niaga. Contohnya time aku pi masa cuti raya hari tu, tukang masak dia siap tanya aku (kebetulan aku duduk dekat dgn dia), aku dah order ke belum or dah lama ka tunggu. Serius, memang good cust svc. No wonder dia boleh improve. Satu lagi, staff dia pun sgt ramai. Bersepah, siap pakai uniform (t –shirt ). Aku tak pasti warna uniform tu menentukan jawatan ke tak, tp tak silap aku ada warna merah, kuning dgn hitam. Pelayan dia akan follow up dan assist kalu perlu. 

 Kilang Koew Teow Kerang Iman

Eh??? - Kat belakang boleh nampak tukang masak tgh beraksi..
  
Apa pun, time menuggu tu, adik aku ada cakap; “ Kat sini dah macam kilang.. Kilang masak KTK..”. Ya, memang dah macam kilang. Tas table ada paling kurang 10 pinggan waiting to be delivered to the cust. Than, order pulak ada specific. Extra kerang,  KTK special, tambah telur dll. Tp setahu aku, semua tepat.Dan yg paling best, tak la lama sgt menunggu.

Bila aku tgk betapa successnya Iman, aku rasa bangga pulak. Asalnya dari gerai kecik lampu 2 -3 mentol, skarang dah jadi grand giler. Semua kaum makan kat situ. Nak kata sedap? Aku rasa tak la sedap sgt. Tp aku rasa Iman success becos dia sensitive dgn pelanggan dia dia ada jati diri selain tak suka menipu. So, all the best Iman. Moga bertahan hingga ke anak cucu cicit aku nanti. Hahahaa..

Koew Teow Kerang Giant Shah Alam

Sebenarnya buat masa nie, selain Iman ada lagi beberapa kedai KTK yg “ok” kat Alog Setag. Antaranya KTK Pakcik Beriman kat Taman PKNK dan KTK Ihsan kat depan Kompleks Al Bukhari. Abah ngan adik aku cakap KTK Ihsan sgt sedap, tp aku tak pernah rasa bcos time aku pi dia tutup atau dah sold out. But menurut adik aku, KTK Ihsan rasa dia kalah sikit dgn KTK Giant Shah Alam.

Koew Teow Kerang Giant Shah Alam Terhebat!

Buat masa nie, ini lah KTK faverot aku. Terbaik dilangit dan bumi. Rasa dia sempurna. Kalu aku ngan bini aku makan, mesti kami pesan 3 pinggan. Sorang 1.5 pinggan. Hahahaa.. Tp, still tak boleh challenge “The Great KTK Gedebang”. Skarang, everytime aku lalu Shah Alam, aku mesti singgah makan. Satu family aku dah ketagih KTK nie. Bini aku pun dah terjebak.

Koew Teow Kerang Forever

Pada aku, KTK nie dah jadi sebahagian dari darah daging aku. Kalu dulu aku kena cari gerai, skarang aku dah bleh masak KTK. Tak la sedap sgt, tp bini aku kata dia suka sgt KTK aku. Sampai sanggup booking aku utk masak KTK. Hahahaa..
 Koew Teow Kerang Pawi

Buat masa nie, aku masih lagi mencari rasa KTK Gedebang or KTK Giant Shah Alam or KTK Wak. Kekadang dapat sikit rasa dia, tp byk masanya tak dpt. Aku akan terus masak dan aku akan terus cari mana² gerai KTK di mana sahaja ia berada.

2 comments:

  1. yang KTK Joned tu sayang gak, dulu mmg aku pun lepak situ... (circa 2002-2003), skrg dah x sepopular seperti dulu

    ReplyDelete
  2. Skarang tak jual dah KTKkat situ. Tp kat seberang sana sebelah kedai tayar ada org jual KTK. Tp tak sedap sgt. Biasa ja...

    ReplyDelete