Sunday, 11 September 2011

Kebijaksanaan Menilai Sejarah

Tulisan nie adalah extended version dari apa  yg aku tulis dalam ruang komen blog Dr Asri.

Sejarah adalah suatu yg penting dalam hidup kita. Even dalam memilih pasangan, kita digalakkan merisik dan mengetahui sejarah bakal pasangan hidup kita supaya kita tak membuat pilihan yang salah. Selain drpd itu, sejarah penting utk kita belajar untuk mengelak kesilapan yg pernah dilakukan oleh org terdahulu. Bukan utk follow jejak depa. Quran sendri sarat dgn lapuran sejarah yg tuhan sebut dengan jelas sebagai pedoman kepada kita.

Tanggung Jawab

Banyak perkara teknikal yg melibatkan tentang sejarah. Tanggung jawab sebagai penulis sejarah adalah amat berat. Jika ia ditulis dgn tidak jujur, si penulis bakal berdepan kemungkinan sebagai penfitnah sepanjang zaman.  

Dalam menengahkan sejarah kpd org awam, sumber tersebut perlu dianalisa oleh golongan yg layak terlebih dahulu tanpa sebarang prejudis. Sumber tersebut perlu dinilai ketulinan dan kesahihannya. Sumber yg mudah dinoda (seperti internet contohnya), tidak layak dijadikan sebagai pegangan kerana ianya tidak ada nilai dr segi ketulinan. Even semasa aku kat university dulu, ia juga tidak layak diikhtiraf sebagi sumber rujukan didalam tesis oleh pihak universiti. Pada aku pula, sumber internet hanya sewajarnya layak dijadikan pencetus minat. That is why dalam tulisan aku, aku banyak kali tekankan yg jgn jadikan tulisan aku sebagai “cold hard fact”. Cuma aku berharap agar ia dijadikan sebagai pencetus utk terus menyelidik dan minat dalam sesuatu perkara atau topic.

Pembawa Berita

Dalam menceritakan sejarah kita harus melihat siapakan penyampai cerita tersebut penyampai sumber itu perlu seorg yg "bersih" dlm erti kata dia bukan org fasik. Dia bersih dr sifat keji seperti mencarut, memaki hamun, menipu, menabur fitnah dan sebagainya. Lihat dlm sejarah dimana betapa telitinya tokoh hadis kita mengutip sumber hadis malah sanggup batalkan tujuan setelah ribuan batu perjalanan hanya kerna pada beliau pembawa hadis tersebut bersifat "tidak cukup layak".

Fungsi

Apa pun, belajar dr sejarah adalah penting. Ini adalah kerana sejarah (insya'allah akan berulang) sebab sifat manusia tetap sama; iaitu tamakkan kuasa. Kita tak mahu peristiwa hitam kejatuhan Bani Abasiah berulang kembali dimana seorg Muslim sanggup menjual agama, bangsa dan negara sendiri kerana kemaruk kuasa. Kalu dilihat dlm skop yg lebih dekat, perkara begitu pernah berlaku di Tanah Melayu dahulu. Lihat bagaimana Tok Janggut, Mat Kilau dan Dol Said terpaksa berdepan dgn pembelot agama dan bangsa. Bagaimana si pembelot menjual maruah kepada org British utk mendapatkan “gaji” yg tak sepertimana setiap bulan dan juga pangkat dan kedudukan.

Selain itu, dari sejarah juga kita boleh belajar tentang rahsia kejayaan org² sebelum kita. Contohnya, kita boleh ambil pedoman tentang rahsia kejayaan tentera Islam membuka Konstantinopal dan Al Andalus. Bukan setakat sejarah berkaitan Islam, malah byk juga parkara yg boleh kita boleh belajar dari kisah 3 Kingdom di China mahupun Civil War di Amerika. Selain itu kita juga boleh meneladani jalan yg dilalui tokoh ilmuan terdahulu.

Jenaka Mat Sabu

Oleh kerana isu ini masih lagi kuat diperkatakan, ada baiknya aku menyentuh sedikit lagi berkaitan dengannya. Pada aku, kita masih lagi bernasib baik kerana kita masih lagi berpeluang jumpa dgn ayah ibu kita atau datuk nenek kita yang pernah hidup di zaman perang dahulu. Ini adalah kerana kita masih lagi boleh mendengar first hand cerita tentang apa sebenarnya yang berlaku pada ketika itu. Oleh itu cubaan mengubah sejarah oleh pihak tertentu dapat disekat.  Cuba kita bayang jika perkara ini diungkit lagi 15 ke 20 tahun?

Kita sewajarnya tanya balik pada datuk nenek or ayah ibu kita keadaan semasa perang dulu. Selepas Jepun menyerah kalah, Tanah Melayu diperintah selama 3 hari oleh Komunis. Tempoh 3 hari pemerintahan Komunis amatlah sengsara jika dibandingkan dengan pemerintahan Jepun. Mereka membunuh tanpa soal selidik sesiapa sahaja yg pada depa disyaki pernah menjadi tali barut Jepun dahulu. Pendek kata mereka menggunakan peluang ini untuk membalas dendam. Ramai org Melayu Islam yg terkorban ketika itu. Malahan mereka juga telah menaikkan bendera Komunis di sesetengh tempat sebagai tanda kemenangan. Adakah ini ciri² pejuang kemerdekaan?

Seperti yang aku tulis sebelum nie, sefaham aku, pada masa itu PKM hanya bertujuan mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai extension jajah Negara Komunis China. Bukan memerdekakan Tanah Melayu dan menyerah kembali kuasa memerintah kepada Raja, Sultan atau pun rakyat. Oleh itu aku galakkan agar kita sume pegi check balik buku sejarah time kita form 5 dulu. Time buku tu ditulis, sentiment egois, kejumudan dan extremist politik cetek seperti ini masih belum ada. Pada masa itu, Anwar Ibrahim masih lagi org no 2 paling berkuasa di Malaysia dan pada masa itu juga Mat Sabu nie masih lagi menganggap Anwar Ibrahim sebagai musuhnya.

Kiranya segala sumber bertulis ini tidak dianggap sebagai fakta, jadi apa lagi yang kita mau percaya? Jika cerita datuk nenek kita pun kita tak percaya, sumber apa lagi kita nak pegang?

Bukit Kepong

Dalam kes Bukit Kepong, tidakkah kita tidak bersimpati dgn mereka yg terkorban? Tidakkah kita tidak nampak yg PKM ini sgt kejam? Dibakar mereka dalam balai tersebut dan jenazah mereka ini dibakar  bersama balai tersebut secara sengaja. Tidakkan kita sedar mereka yg terkorban adalah beragama Islam? 


Tidakkah kita sedar yg ada diantara meraka adalah wanita dan kanak². Kita bernasib baik kerna terdapat byk bukti teknikal yg menangkis teori saudara Mat Sabu. Saksi kejadian masih hidup, photo jenazah yg dibakar pun ada dan beberapa induvidu yg berhadapan dengan peminpin PKM pun masih ada. Sebenarnya boleh dikatakan tak ada orang Melayu Islam yg pernah hidup diera tersebut boleh menerima kezaliman PKM.

Dalam  perkara ini yang paling mengecewa adalah sifat org Melayu yg terlalu taksub dgn pemimpin mereka. Membenarkan sahaja apa sahaja yg pemimpin mereka cakap tanpa mengkaji menggunakan akal.

Malah aku dengar ada diantara mereka yg menyamakan kes serangan Bukit Kepong dengan peristiwa Pembukaan Mekah. Nauzubillah… Pembukaan Mekah dilakukan dgn aman penuh bijaksana tanpa sebarang pertumpahan darah. Dari segi situ pun dan beza sgt dah. Apa perasaan Rasullulah bila ada org Islam sendiri yg sanggup menyamakan kezaliman PKM dgn kemuliaaan dan keampunan Rasullulah?

Sejarah ditulis oleh Pemenang?

Perkara itu memang berlaku. Contohnya Spain. Dimana rakyat Serpanyol tak tahu sejarah sebenar Negara mereka. Di Spain, sumbangan Islam dikaburkan dan Islam dan Muslim digambarkan sebagai penjajah ganas. 

Namun begitu, perkara tersebut tak berlaku disemua tempat. Dan selalunya, mereka yg menang adalah mereka yang benar. Jika kita “blanket” semua yg menang sebagi pemanipulasi sejarah, adakah ini bermakna kita bersedia utk “blanket” skali sejarah kegemilangan Rasullullah dan awal Islam kerana mereka yg menang dahulu?Adakah kita boleh mengatakan yg Rasullulah dan para sahabat menulis sejarah itu selera depa? Oleh sebab itu lah, dalam menilai sejarah kita perlu menggunakan akal kita. Bykkan sumber . Dan cari bukti sokongan.

Mengubah Sejarah

Personally aku nampak gerakan mengubah sejarah ini bukan sahaja utk tragedy Bukit Kepong. Spt yg aku pernah tulis dulu, mereka juga cuba mengubah sejarah Tragedi 13 Mei 1969. Semua ini dilakukan atas kepentingan politik mereka.  Pada aku mereka yg sanggup bertindak keji begitu mempunyai niat yang sangat tidak baik.

Menggunakan akal

Tuhan telah berikan kita akal dan kebijaksanaan utk membuat keputasan dan menilai. Tuhan berikan  kepada kita akal utk bertindak secara rasional. Ia perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Kita haruslah bijak dalam membuat keputusan atau untuk menetapkan pendirian. Cuba sedaya upaya utk melihat sebanyak mana bukti yang ada. Cuba menilai dengan cara yg paling neutral. Jangan lah cepat melatah dan mempercayai apa sahaja yg kita dapat. Better dapatkan beberapa lagi sumber rujukan.

Apa pun dalam apa jua situsasi, pilihlah jalan pertengahan dan bersederhanalah tapi teliti dalam menilai. Jgnlah extreme dan perlulah bersikap adil dan jujur.

Wallahua'lam.

2 comments: