Thursday, 15 December 2011

Bebelan aku; Parking Tengah Jalan

Siang tadi, aku bawak tetamu pi makan nasik ganja kat Penang. To be exact, kat Jalan Sg Pinang. Nasik tu memang sedap dan masa aku mula makan dulu, masa nak sampai kedai tu pun dah teruja sangat dah. Why? Bau dia sangat harum @ sedap. One thing for sure, bila aku dah tak keje Penang nanti, antara makan yang paling aku rindu semestinya adalah nasik ganja nie.

Jalan Bapak Dia Ka?

Anyway, apa yang aku nak highlight disini bukan berkaitan dengan keganjaan nasik ganja Penang nie. Tapi attitude yang susah nak ubah dan barangkali ada pada ramai orang di Penang nie. Aku pernah menulis dalam tulisan terdahulu secara rambang tentang perkara ini. Tapi tanpa sebarang gambar atau photo bukti. Tapi tadi time aku lunch aku jumpa lagi kes macam nie. Parking tengah jalan. Bukan dibahu jalan, tapi tengah jalan. Nie lebih extrem. Hangpa tengok gambar dan nilai sendiri. Apa dia ingat nie jalan bapak dia punya ka? Setahu aku, ni jalan Sg Pinang. Bapak dia nama Sg Pinang ka?

Hangpa besarkan dan tgk situasi nie dengan jelas.. Apa ke bengong punya owner kereta..

Gambar nie diambil setelah aku habis pekena nasik ganja tadi. Seriusly, kalu tengok dari jauh, nampak macam kete nie tengah drive slow. Tapi sebenarnya tidak. Tuan kereta nie, letak kete sini utk pi makan or tapau nasik ganja. Orang lain makan dan tapau juga. Tapi at least depa park kereta di bahu jalan. Macam aku...

Apa yang dilakukan oleh owner kereta nie adalah amat merbahaya. Dia boleh mengundang kemalangan dan semestinya menghasilkan kesesakan jalan raya. Masa aku ambil gambar nie, jam baru pukul 12.15. Jadi masih tak sesak. Adakah kerana tak sabag nak pekena ganja, otak tuan kereta nie jadi mereng sampai tak boleh nak pikir berkaitan dengan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya lain?

Mana Pihak Yang Bertanggung Jawab?

Actually, kawasan nie memang selalu sesak just because ramai org makan kat kedai nie dan ramai orang park di bahu jalan. So, org bawa slow. Tapi bila parking macam nie, nie dah dikira bahalol lagi bengong. Pada aku, pihak yang bertanggung jawab sepatutnya memantau masalah ini. Daripada dok check org bayar siling ke tak di tempat parking, better check situasi pemandu bahalol macam nie.

Dalam kes nie sebenarnya ada 2 kereta yang owner dia bengong. Yang first off couse, bengong of the day si owner Vios basic tu. Than after that Kancil. Kancil tu bontot dia amik separuh jalan. Adoi... Serisuly, kalu lah ada orang langgar belakang kereta depa tu, apa nak jadi? Comfirm melalak tak tentu pasai. Than kalu nak setel bukan nak alih kereta pi tepi. Mesti nak tunjuk gangster dengan cekak pinggang tengah jalan... 

1 Malaysia

Sebenarnya, bukan semua orang Penang nie macam nie. Kalau semua org Penang macam nie, mau havoc Penang. Tapi ramai yang macam nie dan berpotensi berkelakuan saiko macam nie. Penyakit owner kereta bengong macam nie bukan hanya untuk satu kaum atau bangsa sahaja. Sebenarnya, semua bangsa macam nie tak kira Cina, Melayu atau India.

Jadi kepada mereka yang ada buat macam nie, tolong lah berubah. Jangan ingat senang diri sendiri. Ingatlah org lain sama. Kelakuan hangpa amat di "hak tuih!!!!" oleh orang lain. Dan sebenarnya bila hangpa buat perangai hodoh macam nie sebenarnya, hangpa telah memenangi maki hamun secara percuma dari orang lain. Silap hari bulan kereta anda akan mendapat tatoo dan tandatangan pula. Hahahaa


# Ipoh pun ada nasik ganja. Tapi pada aku, nasik ganja Penang jauh lebih berganja dan memudaratkan berbanding nasik ganja Ipoh.

3 comments:

  1. kalau jadi mcm tu, aku pun tensen jugak....

    ReplyDelete
  2. takkan takdak yang calaqkan kot? itu dah melampau punya gila.

    ReplyDelete
  3. Memang tension. Kalau mencalar tu biasa lah. Mencalarkan pun penah buat. Hahahaaa.. Geram punya pasai. kalu kat area rumah pulak, (apartment ke, flat or condo), blocking kete org pun selalu jadi. Cermin pecah tu biasa lah. Org lepas geram punya pasai.

    ReplyDelete