Apakah keutamaan kita? Apakah keutamaan kita bila berkorban? Apakah turutan keutamaan kita? Juga apakah keutamaan kita bila kita nak berjasa? Untuk aku, bila aku bercakap tentang keutamaan, aku akan bercakap akan melakukan sesuatu demi agama, bangsa dan negara. Ini bermakna 3 perkara tadi mengikut turutan adalah keutamaan melebihi segalanya.
Demi Agama
Mungkin ramai lagi disana terutamanya yang beragama Islam atau pun lain², akan mengatakan yang keutamaan meraka adalah agama, bangsa dan negara. Tapi jika seseorang itu athiest, maybe keutamaan agama tidak lagi wujud.
Sebagai Muslim, agama semestinya menjadi keutamaan utama. Ini sudah ditonjolkan oleh sejarah pada zaman Nabi. Induvidu lebih memihak kepada agama berbanding ahli keluarga dan bangsa mahu pun negeri kelahiran mereka, Mekah.
Keutamaan terhadap agama dahulu ini bukan sahaja dalam Islam, malah dalam agama lain pun mungkin ada. Semasa Perang Salib, tentera Salib mengangkat senjata menentang Islam atas kerana agama. Ini adalah kerana agama didahulukan dengan menggunakan slogan "God Wills It!".Itu yang berlaku di barat ratusan tahun dahulu. Mungkin sekarang golongan extremist agama makin kurang di barat atau pun pengaruh agama sudah makin pudar.
Bukan sahaja pertembungan antara agama, malah pertembungan antara mazhab pun boleh menjadi keutamaan. Maka keutamaan mungkin berubah menjadi demi "mazhab agama, agama, bangsa dan negara". Golongan ini adalah golongan yang berfikiran sempit dan merupakan golongan pelampau agama dan golongan inilah yangg disebut oleh Rasullulah sebagai perosak agama.
Bukan sahaja pertembungan antara agama, malah pertembungan antara mazhab pun boleh menjadi keutamaan. Maka keutamaan mungkin berubah menjadi demi "mazhab agama, agama, bangsa dan negara". Golongan ini adalah golongan yang berfikiran sempit dan merupakan golongan pelampau agama dan golongan inilah yangg disebut oleh Rasullulah sebagai perosak agama.
Demi Bangsa
Salahkah jika seorang Muslim menteraskan perjuangannya sebagai "demi bangsa"? Setahu aku, tidak salah jika perjuangan itu tidak kontra atau bertentangan dengan agama. Maknanya, perjuangan menegakkan agama didahulukan berbanding bangsa. Kepentingan agama mesti didahulukan berbanding kepentingan bangsa.
Kini, semangat asabiyyah, nationalis atau kebangsaan kini makin dipandang tidak relevan pada mata golongan liberal. Segala sesuatu yang diperjuangkan demi bangsa dikatakan kolot dan rasis. Di Malaysia golongan sebegini adalah ramai. Rata² golongan sebegini dikatakan liberate minda mereka drpd dogma atau kepompong sempit perkauman. Antara sebab kenapa mereka begini barangkali mereka nie terdedah kepada "dunia luar" atau mereka golongan "enlighten".
Enlighten disini aku maksudkan sebagai; orang yang banyak baca dan berfikiran terbuka tanpa sebarang prejudis. Mungkin pada mereka manusia tiada bangsa dan yang ada hanya bangsa manusia. Mungkin mereka menjadi begini kerana menurut pembacaan mereka sejarah manusia penuh pertumpahan darah jika dikaitkan dengan bangsa. Tak dinafikan yang pertumpahan darah dan penindasan banyak berlaku disebabkan bangsa. Perkara ini bukan sahaja berlaku di barat dan timur tengah, malah di timur pun sama.
Kita terpaksa menerima hakikat yang kita dijadikan berbilang bangsa. Mungkin suatu hari nanti bila berlaku banyak kawin kacuk, status bangsa akan terhapus. Tapi buat masa ini, status "bangsa" masih wujud. Quran adalah mencatatkan yang Allah menjadikan manusia ini berbilang bangsa untuk saling kenal mengenali. Ini berbeza dengan Bible yg mengatakan tuhan menjadikan bangsa utk memisahkan manusia. Kisah ini berlaku dalam peristiwa "Tower of Babel" dan juga kisah Nabi Nuh. Menurut Bible tuhan menyumpah anak nabi Nuh utk menjadi hamba kepada anak nabi Nuh yang lain. Anak² nabi Nuh inilah antara yang menjadi bangsa kulit putih dan gelap dibumi ini. Difahamkan, sumpah itulah yang membuat bangsa kulit gelap menjadi hamba kepada bangsa kulit putih. Utk maklumat lebih terperinci kenalah baca Bible.
Allah menjadikan manusia berbilang bangsa untuk saling mengenali. Bukan tindas menindas. Islam juga mengatakan bawa takwa menjadi pengukur utama dan bukannya warna kulit atau bangsa.
Adakah perjuangan berlandaskan bangsa salah? Pada aku tidak selagi ia tidak bertentangan dengan kepentingan agama. Perjuangan yang dimaksudkan bukan perjuangan untuk menindas bangsa lain yang barangkali minoriti. Perjuangan yang dimaksudkan adalah untuk mempertahankan hak dan maruah. Itu sahaja.
Demi Negara
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Pada aku ini berkedudukan terakhir. Barangkali untuk golongan atheist plus liberal, ini lah ditempat pertama. Demi negara adalah satu ungkapan yang pada aku hanya cover up utk memastikan semua bangsa hidup bersatu didalam satu objektif. Di Malaysia ungkapan ini penting. Namun jika disalah guna ia akan menjadi satu senjata utk yang berkepentingan.
Pada aku apa gunanya lagi jika negara aku wujud dan maju jika bangsa aku mundur dan ditindas ditanah tumpah sendiri. Aku tak boleh berfikiran seperti Itachi Uchiha dalam komik Naruto yang menghapuskan semua org dalam kaum Uchiha demi kepentingan kampung Kanoha.
Agama, Bangsa & Negara
Pada awalnya semasa pembentukan negara kita, satu kontrak sosial telah dipersetujui. Tujuannya adalah untuk menjaga kestabilan dan keseimbangan emosi khususnya orang Melayu. Ini bukan bermakna orang Melayu mudah emosi. Tapi untuk memastikan yang penghargaan diberikan atas pengorbanan yang telah dilakukan. Ia juga satu penghormatan. Penghormatan bukan bermakna org yang memberi hormat itu seorg yang hina.
Malaysia adalah bumi bertuah. Disini kita hidup berbilang kaum, bangsa dan agama dengan harmoni. Keadaan harmoni ini sebenarnya bukannya datang dengan sendiri. Ia adalah sesuatu yang telah diusahakan dan oleh itu, ia haruslah dipelihara. Tanggung jawab itu adalah tanggung jawab semua. Tak kira bangsa dan tak kira agama.
Demi agama, bangsa dan negara adalah sesuatu ungkapan yang betul. Namun begitu, demi menjaga keharmonian dan keamanan negara, kepentingan agama dan bangsa bukanlah dibuang tetapi ia disatukan. Maknanya tidak mengorbankan kepentingan agama dan bangsa demi survival negara.
Demi agama, bangsa dan negara adalah sesuatu ungkapan yang betul. Namun begitu, demi menjaga keharmonian dan keamanan negara, kepentingan agama dan bangsa bukanlah dibuang tetapi ia disatukan. Maknanya tidak mengorbankan kepentingan agama dan bangsa demi survival negara.
Ini jugalah yang ditekankan oleh Rasulullah dalam piagam Madinah dahulu. Mempertahankan negara adalah tanggung jawab semua, tak kira bangsa atau agama.
No comments:
Post a Comment