Saturday, 17 December 2011

Pesta Pulau Pinang

Last week aku ngan famili bawa parent aku pi Pesta Pulau Pinang. Aku dah tinggal dekat 4 tahun di Penang. Ni 1st time aku pi. Tu pun atas desakan mak aku dan juga bini aku. Sebenarnya tempat yang aku tinggal nie memang boleh nampak aktiviti kat tapak Pesta tu dengan agak jelas. Malahan setiap lagu yang dimainkan juga boleh dikatakan begitu clear dengar dari rumah aku.

 Pesta Pulau Pinang dari rumah sewa aku..

Kami gi Pesta lepas sehari meronda. Sebelum ke Pesta, kami pekena nasik kandag Shariff dulu. Nak dapatkan tenaga... Jauh jugalah tempat parking kereta dari entrance. Penat jugalah aku menapak sambil dukung anak.

Pesta -pesta!

Sebenarnya Pesta Pulau Pinang nie dah lama bertapak di Penang. Untuk tahu pasai pesta nie, better rujuk disini. Abah aku pun cakap, last time dia masuk Pesta nie time tahun 70-an dulu. Maybe dengan mak aku lah kot bcos dulu depa ngaji sesama kat maktab guru disini.

Aku pi hari Sabtu malam Ahad. Lepas bayar RM3 utk parking, terpaksa pula bayar RM3 utk tiket masuk. Since esoknya Isnin, jadi aku suspek tak ramai org. Tapi sangkaan aku meleset. Ramai giler. Kira kalu jalan tak betul, boleh berlaga bahu lah. Sepemerhatian aku, didapati golongan yang ramai masuk sini adalah drpd orang Melayu atau rumpun Melayu. Dan drpd wajah depa aku teka maybe depa nie majoriti pekerja kilang kat area Bayan Baru lah. Org Cina boleh kira ada juga lah. Tapi boleh dikatakan hanya 1/10 drpd 10 yang hangpa jumpa. India aku tak kira pulak.

 Pemandangan di Pesta Pulau Pinang

Pada aku, Pesta nie menggabungkan konsep Jom Heboh, pasar malam, pesta makanan dan Fun Fair under 1 roof. Aku pernah 3 kali pi Jom Heboh. 1st time masa kat Kangar than masa kat Batu Kawan. Sume atas faktor kerja. Funfair pulak aku dah lama sangat tak pegi. Pasar malam, selalu aku pi. 

Berbagai gelagat yang aku boleh nampak. Ada yang spesis aku, ada yang bebetul enjoy dan ada yang sedang 'memancing'. Boleh dikatakan darpda rupa dan gaya, separti yang aku tulis tadi, majoriti yang datang adalah daripad golongan working class atau golongan kelas ke 3. Golongan pertengahan macam aku pun tak ramai. Golongan atasan pulak mustahil jumpa or aku memang tak jumpa. Bila aku baca artikel yang aku link sebelum, ia memang membenarkan apa yang aku nampak. Tapi kenapa boleh jadi macam nie? Sedangkan dulunya Pesta Pulau Pinang nie tempat tumpuan golongan petengahan dan sebahgian golongan atasan.

Nasib?

Sebenarnya, satu lagi tempat atau pasaraya yang menerima nasib sebegini adalah kompleks Bukit Jambul. Dulunya, kompleks nie boleh dikatakan macam Gurney Plaza dan paling kurang Perangin Mall. Tapi sekarang, sebelum Maydin take over, tempat nie dah jadi tak bemaya dan hanya menjadi tempat working class or golongan kelas ke 3. Orang golongan pertengahan macam aku nak pi rasa macam takut. Kenapa jadi macam nie? 

Salah satu pentas konsert.. Amoi yang nyanyi boleh tahan pakaian dia..

Kenapa tempat yang suatu ketikanya "ada class" tetiba jadi begini dan maybe mati macam tu sahaja. Aku bukan bermaksud nak mengkastakan struktur sosial masyarakat. Tapi ia satu hakikat. Ianya berbeza dengan pasar malam, market or pasar ramadan. Kenapa, di tempat² tadi tak berlakuan penyaringan sosial? Kenapa orang drpd golongan pertengahan dan golongan atasan still boleh berurusan di pasar malam bersama dengan golongan kelas pertengahan dan kelas ke 3 tetapi perkara ini tidak berlaku di tempat seperti Pesta Pulau Pinang atau pun shoping kompleks macam Kompleks Bukit Jambul?

Kenapa jadi macam tu???

Memori Di Ipoh Dulu...

Bila pikir pasai benda nie, tetiba aku teringat benda yang berlaku time aku kerja Ipoh dulu. Time tu aku dengan baik hati nya telah bawa budak kerja ketuk aku pi makan kat Pizza hut di Tesco Ipoh. Budak² ketuk nie sebenarnya orang Indon yang cari makan sini. Aku sebenarnya kesian kat depa dan nak belanja depa supaya depa happy sikit. Ya lah, walau pun lain bangsa, tapi 1 rumpun dan 1 agama.

Yang buat aku tak ble nak lupa adalah depa tak berani nak masuk Pizza Hutt. Aku ajak banyak kali tapi depa just berdiri saja di pintu. Tak brani nak masuk. depa bagi gak alasan yang biar depa balik salin baju dulu. Tak mau pakai uniform depa skarang. Last skali aku tarik je tangan depa masuk dan "arahkan" depa duduk.

Dipendekkan cerita, depa cakap yang time di tanah air depa dulu, org macam depa kalu masuk restoran macam nie akan kena halau oleh pak gaurd. Tujuannya adalah... Aku rasa hangpa semua boleh agak pasai pa... Tapi yang pasti restoran berhawa dingin yang "nampak" exlusive begitu senantiasa dikunjungi oleh golongan pertengahan dan atasan... Hmmm..

Than bila aku pi Jakarta pulak kemdiannya aku perhati balik apa yang dikatakan oleh budak ketuk aku tu. Memang betul. Ada sesetengah tempat di bandaraya Jakarta yang golongan tertentu je boleh masuk. Selebihnya "menempek" di pintu je. Jual, bakso, kretek, ofer  teksi dll. 

Jadi apa yang aku cuba criter nie? Ntah... Susah aku nak explain....

No comments:

Post a Comment