Wednesday, 28 December 2011

Golongan Liberal

Aku ada baca dalam blog dahulu yang mengatakan bahwa si penulis blog tidak kisah sekiranya dia tahu jirannya melakukan zina. Asalkan tak kacau life dia. Menurutnya, di negara barat yang segala maju, modern dan bertamadun tanpa sebarang masalah "sosial" boleh hidup aman dengan cara ini. Ekonomi negera² barat tersebut maju dan kebajikan rakyat amat terjaga di samping ketelusan pengurusan penyaluran arah wang yang transparent dan jujur.

No doubt apa yang dikatakan beliau ada benarnya, tapi adakah itu yang kita sebenarnya mahu? Menggadaikan pegangan moral dan agama demi perkara diatas. Dan sekiranya kita menggadai moral dan agama, how sure are we yang kita kita akan maju, bertamadun, transparent, bla, bla,bla...?

Situasi Di Barat

Sefaham aku, di negara² tersebut sungguh pun secara zahirnya Kristien, tapi cara hidup mereka atheist. Mungkin sebab terlebih pengetahuan, maka mereka menolak cara hidup berpandukan agama. Ini adalah kerana agama yang mereka dan nenek moyang mereka anuti tidak memberi jawapan terhadap soalan yang mereka cari disamping bertentanagn dengan penemuan ilmu sain semasa. Malah istilah "don't let a little knowledge shattered your faith" @ "jangan kerana sedikit ilmu menggoyang pegangan agamamu" menjadi salah satu yang popular untuk menutup akal rakyat biasa yang digunakan oleh golongan agamawan kini sudah punah. Maka setelah mereka melepaskan agama dan keluar dari dogma sempit agama, maka mereka menjadi "liberal" @ bebas. Tidak perlu berselindung dan segalanya hanya dari logik akal. Malah tafsiran kitab suci akan ditafsir mengikut sesedap hati. Golongan liberal seperti inilah yang mengatakan, "Jika tuhan mencipta perasaan sayang antara sesama lelaki, maka persaan sayang tersebut adalah tidak salah....". Malah mereka juga sanggup meraikan persaan tersebut. Maka timbullah istilah hak asasi manusia. Segalanya hak asasi. Zaman moden adalah zaman hak asasi. Mengongkong hak asasi merupakan satu kekejaman yang tidak berperi kemanusiaan. 

Juga jika masih ada yang mahu mengekalkan agama, maka lahirlah fahaman sekular dimana usrusan agama tak boleh dicampur dengan urusan dunia. Yang mana urusan agama hanyalah untu perkara ritual sahaja seperti urusan perkahwinan (itu pun kiranya masih relevan utk berkahwin) dan urusan kematian.

Liberalism

Liberal sefaham aku bermaksud bebas. Ia datang dari perkataan liberate. Wiki pula menulis seperti ini; liberalism. Sepemeratian aku, golongan liberal adalah kononnya golongan yang banyak membaca dan kononnya berilmu. Ia bererti kiranya seseorang itu banyak membaca dari perbagai sumber dan bukan hanya baca dari sumber yang condong kearah kecendorongannya sahaja maka kemungkinan besar dia akan menjadi golongan yang liberal. Dia bebas daripada kebodohan, kekolotan, kejumudan dan juga kepompong yang mengongkong dirinya tanpa sebarang penjelasan rasional akal. Pendek kata segala yang tak dapat dirasionalkan dengan akal akan ditolak oleh golongan ini.

 Aku Yang Liberal?

Suatu ketika dahulu semasa aku dalam flight ke Taiwan, aku telah bersembang dengan sorang auntie berbangsa Cina. Aku pun tak pasti macam mana kami boleh start sembang tapi kalu tak silap aku ia bermula dengan buku. Time tu aku tengah baca novel. Dia tegur aku dan aku bercakap yang aku suka membaca dan aku galakkan famili aku membaca. Than aku story sikit benifit membaca dan bla, bla bla... After that dia teka yang aku nie mesti golongan liberal dan aku  adalah supporter PKR. Aku gelak je, dan aku ngaku aku liberal, tetapi liberal yang sederhana. Maknanya, liberal aku masih beracuankan agama dan politik aku adalah lalang. Lalang yang mudah ditiup angin. Dari sinilah aku beristilah yang aku tak perlu setia  atau obses pada mana² parti politik. Ini membuatkan dia berkata yang aku lagi kuat liberal.  Bebas dari segala naluri kecenderongan parti politik.

Just a quick note, aku meletakkan agama sebagai acuan liberal aku kerna aku menurut pengalaman aku, dari segala jenis pembacaan, samaada dari buku berbau New Age, Atheist, religion, aku jumpa yang agama Islam adalah paling betul. Ini bermakna, aku beragama Islam bukan sebab parents, ekonomi dan sosial. Aku Islam sebab aku perlu beragama Islam utk selamat. Namun begitu tak dinafikan, masih terdapat soalan tentang Islam yang aku masih belum jumpa jawapan yang aku boleh accept. To be spesific hanya ada 1 soalan sahaja. But thats another story and my personal "holy grail".

Golongan Liberal

Adakah golongan liberal golongan yang bebas dari segala kongkongan dan hanya menggunakan akal dalam mentafsir dan membentuk masa depan? Secara generalnya inilah yang aku nampak. Contohnya di Malaysia dalam dunia blog. Kita boleh lihat yang blogger yang kononya banyak membaca yang secara zahirnya banyak sangat ilmu amat tidak mengambil agama sebagai acuan mereka. Malah mereka secara sempoinya menyindir agama. Agama yang aku maksudkan disini adalah agama tersusun seperti Islam, Kristien, Buddha dan lain². Especially Islam yang ada banyak DOs and DON'Ts. FYI, Kristien pulak dah lama bungkus bila mana banyak "fakta" dalam Bible yang bercanggah dengan sains.  

 Membaca merupakan sesuatu yang dituntut..

Kita sebenarnya kena banyak membaca. Quran pun cakap macam tu. Tapi dalam membaca apa sahaja sekali pun, even blog nie, jangan lah cepat sagat percaya apa yang ditulis. Ulama dedulu ada cakap yang menuntut ilmu tanpa guru adalah menuntut ilmu dengan syaitan. Ia bermakna ia boleh menyesatkan. Aku setuju dan juga tidak setuju. Pada aku apa yang penting adalah kekuatan dalaman dan intregiti diri. Bila dah baca something, jangan terus accept as hard cold fact. Evaluate untuk beberapa tempoh. Actually, maksud yang dinukilankan oleh ulama dedulu itu perlulah dilihat dari dalam konteks.

Kenapa Mereka Jadi Begitu?

Pada aku, golongan liberal yang kita jumpa sekarang basically adalah golongan liberal yang sebenarnya frustrated dengan agama yang depa anuti. Maybe contoh dari golongan agama dikeliling mereka yang menjadikan meraka begitu or maybe pengalaman mereka bila mereka bersama kawan² liberal mereka yang lain. Aku pernah dengar dari mulut kawan aku sendiri yang dia masa mula nak pi study oversea dulu (tak silap aku kat US) yang dia siap sembahyang kat sudut airport agar dia tidak tertinggal solat. Punyalah taat. Tapi after years bersama golongan org yang bijak disana, dia kini sangat susah utk solat. Why? Not so sure. Maybe dia nampak solat carry no weight. Maybe dia namapak asal usul manusia lebih logik berketurunan daripada monyet bebanding beketurunan adam yang tak logik yang terhasil daripada tanah? Maybe dia nampak orang kat "sana" tak solat pun boleh lebih success dan beretika dari org yang solat. Maybe dia nampak golongan yang solat jauh lagi huduh perangai dari golongan disana? Maybe ada benar apa yang dia nampak. Aku tengok kini golongan tudung labuh bukan main lagi maki hamun sebar fitnah tanpa sebarang malu. Tapi bertudung labuh dan tegakkan Islam berhudud.

Menggunakan Akal
 
Apa sahaja lebel yang diberikan kepada golongan atau kelompok tertentu, ia hanyalah sekadar label. Golongan liberal juga macam tu rasanya. Ada sesetengah darpada mereka even takt tau mereka bercirikan golonga liberal. Ada pulak mereka pulak yang terhegeh-hegeh melebelkan diri mereka sebagai golongan liberal tau berfikiran liberal kerena ianya dianggap sebagai bertamadun dan moden. 

Salahkah berfikiran liberal atau berkelakuan seprti golongan liberal? Pada aku, walau apa sekali pun, tak kita di mana kita letak diri kita, kita haruslah bersederhana. Menggunakan akal adalah sesuatu yang sagnta dituntut dalam Islam. Malah dalam Islam (hadis kalu tak silap aku), mengatakan, "menggunakan akal sejenak lebih baik daripada beribadat seratus tahun...". Sungguh pun bergitu, penggunaan akal juga ada batasannya.

No comments:

Post a Comment