Friday 1 July 2011

Islam dan Kemajuan

"...kira kalau bukan kerna org yg gilakan dunia semata mata, maka tak dak lah ciptaan canggih mcm..."

Aku ada terbaca dlm FB ada 1 post statement maksud dia lebih kurang mcm kat atas nie. Aku cuba cari balik, tp x jumpa. Aku nak komen tp x ble bcos bukan "friend" kot. Or maybe aku msih x mahir dgn FB. Apa pun kat sini aku cuba komen sikit sikit mengikut apa yg aku nampak... Tp sebelum tu, insya'allah nanti aku akan explain mengikut apa yg aku paham secara detail mcm mana Islam boleh tertegak dizaman awal dahulu.

Berkaitan dgn perkara diatas..

Aku x salahkan si penulis yg menulis statement diatas. Aku dulu pun ingat macam tu. Actually aku percaya dia bukan kesorangan dlm berpendapat macam tu. Sebenarnya sejarah Islam agak panjang dan agak komplikated kalu nak explain. Ia melalui perbagai interpretasi samaada utk kepentingan politik mahupun induvidu. Itu sebabnya once a while akan ada golongan tertentu yg akan men"tajdid"kan semula sume yg dah "serabai" tu. Tajdid nie kalu ikut apa yg aku paham macam "defrag" komputer lah. Dalam sejarah Malaysia sendiri kita dimomok dgn perkara seolah olah Islam nie tidak mengalakkan kemajuan oleh golongan berkepentingan sambil melontarkan bahasa² Arab atau berimejkan Islam. Tp tu dulu lah. Skarang nie dah ok rasa kot..

Islam tak pernah menolak dunia.

Dalam Islam ada tokoh berkata (tak silap aku Saidina Umar or mungkin hadis nabi sendri, aku x sure), "berkerjalah seperti kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok". Apa maksud kata² ini? Simpel je kan.. Tak perlu olahan oleh ilmuan Al Azhar pun boleh paham.
"Kiranya terdengar sangkakala dilangit dan ketika itu ada benih dlm tanganmu, maka tanamlah benih itu dahulu..." Ini hadis nabi. Ayat dia bunyi lebih kurang mcm tu lah. Antara maksud dia yg aku paham, kerjalah, finish your job first. Byk org anggap berkerja hanya utk dunya. Sebenarnya tidak. Berkerja (yg halal) juga adalah jihad. 

Ada 1 hadis nabi kalu tak silap aku berbunyi mcm nie lah rasanya,"kefakiran itu boleh membawa kepada kemungkaran". Maknanya kalu seseorang tu fakir dia mudah wat jahat. Cth mencuri, menipu dll.

Islam juga tak pernah menghalang utk kita jadi kaya. Byk sahabat Nabi adalah golongan hartawan atau peniaga yg kaya. Contoh paling dekat Saidina Osman. Saidina Osman nie special bcos dia kawin 2 anak dara Nabi.  

Even dalam Islam pun sebut 4 ciri teman hidup yg sempurna iaitu kerana 1) agamanya, 2)paras rupanya 3)keturunannya dan 4)hartanya. HARTA. (Ayat nie ada rendering lagi sebenarnya..). Harta dan kekayaan nie penting sebnarnya. Dgn harta, kita ble pi Mekah wat haji, bayar zakat, wat wakaf, wat derma dan lain². Dan yg penting sekali bila kita ada harta kita tak perlu berhutang dan boleh laburkan harta kita utk pembangunan umat dan sistem pertahanan umat Islam. 

FYI zakat adalah ibadat kedua paling banyak disebut dalam Quran selepas solat.
4 imam mazhab terbesar pun bukan golongan miskin. Imam Abu Hanifah mewarisi perniagaan ayahnya dan memiliki perniagaan batu marmar. Batu nie menghiasi istana Khalifah. Imam Malik pun boleh tahan hartanya. Beliau amat rapat dgn Khalifah dan diberi byk harta. Imam Shafie pun sama. Dia pernah menjawat jawatan mufti. Cuma Imam  Ahamd bin Hambal je kurang hartanya. Tp still ok. But of cause, sume harta yg diberi digunakan dgn sebaiknya di jalan Islam.

So disimpulkan pada pandangan dan kefahaman aku, tak salah menjadi orang kaya.Salah hanya bila salah cara kaut kekayaan disamping salah guna kekayaan.

Mcm mana dgn teknologi? 

Hadis yg paling famous nabi iaitu, "tuntutlah ilmu hingga ke negeri China..." menjawab segalanya. Cuba fikir, time nabi dulu, Cina nie ada sekolah pondok ke? No, China time nie adalah kuasa besar dunia. Cuba tgk Discovery Channel or History Channel. Tak pun cari dlm u-tube. Berapa byk invention hebat dari China? Byk giler woo.. Dari penciptaan kertas, mesin cetak, anak panah automatik dan lain². Jadi secara tak langsungnya ini jg bermakna Nabi memang suruh kita pi belajar something yg merujuk kepada teknologi dan bukan ilmu agama macam tajwid, fikah sahaja. Hadis nie juga membayangkan yg kita boleh belajar dr golongan non Muslim. Agama Islam luas dan tidak sekular. Islam tak pernah mengasingkan dunia dgn agama. Islam sebenarnya cara hidup dan bukan hanya cara nak sembahyang. Jika kita melakukan aktiviti dunia mengikut cara Islam, insya'allah baru kita akan mudah diakhirat.

Dalam sejarah tamadun, Islam mencapai zaman bani Abbasiayah. Dizaman tersebut, banyak penemuan teknologi yg sgt moden telah dicipta. Teknik pembedahan mata, keperbagaian ubatan dlm farmasi, sistem hospital yg tersusun dll lagi. Malah bandar² seperti Cordova dan Baghdad mempunyai sistem pembentungan yg kompleks disamping sistem air bersih dari rumah ke rumah. Sebenarnya penciptaan² tersebut adalah sejajar dgn penciptaan komputer dizaman sekarang. Malah tanpa ilmuan Islam, komputer mungkin masih lagi belum tercipta sekarang.   

Teknologi ni penting. Kita kena usaha tuntut ilmu berkaitan dgn teknologi dan if possible cipta teknologi baru. Kita juga kena berusaha agar kuasa ekonomi ditangan kita semula. Contohnya teknologi senjata peperangan. Tak malukah kita bila nak pertahankan diri dan negara pun kita kena beli senjata dari org kafir. Kita dok kecoh nak jihad lawan Yahudi. Tp sedar tak senjata yg kita guna sume nie ada teknologi ciptaan Yahudi? Ntah² kalu betul jadi perang dgn Yahudi, senang depa nak sabotaj senjata kita sebab senjata tu depa yg buat. So, depa tau kat mana kelemahan dia. 

Jadi sekali lagi ditegaskan disini, penguasaan teknologi adalah sebahagian dari tuntutan Islam.

Walau apa pun semuanya bergantung pada niat. Tak salah mengejar dunia malah mungkin dituntut. Niatlah utk Islam. Jgn sekularkan aktiviti dunia kita. 
Akhir kata, renunglah hadis nabi yang maksud dia lebih kurang macam nie rasanya, "Ajarlah anak mu 4 perkara. 1)Berenang 2)Memanah 3)Menunggang kuda dan 4)Membaca".

Tq. Ini hanya apa yg aku faham dan nampak.

PS - Aku slalu konfius antara hadis Nabi dgn kata² nasihat para sahabat terutamanya kata² Saidina Umar dan Saidina Ali. Hang pa kena check balik.

3 comments:

  1. ini...ini menarik!

    memang susah nak dengaq ustaz2 suruh kejar kejayaan dunia. almost semua kata akhirat.

    ReplyDelete
  2. say o: sepatutnya inilah yg patut semua ustaz fikirkan. tapi dek kerana pendedahan sejarah kurang. mereka berfikiran sebegitu.

    penulis: artikel yg bagus. cuma akan jadi lagi bagus kalau hadis2 tu ditulis diriwayatkan oleh siapa. Semoga lebih byk artikel yg baik macam ni.

    ReplyDelete
  3. Thanks. I try to be more technical in the future

    ReplyDelete