Friday 23 September 2011

Hudud Di Dilaksanakan?

Islam adalah cara hidup...

Seperti yg pernah ditulis dahulu, setiap mesin atau jentera yg manusia cipta, most problaly akan dicipta juga buku panduan utk memudahkan manusia lain menggunakannya. Contohnya, mesin basuh baju. Bila kita beli mesin ini, barangkali kita berupaya utk menggunakannya walau pun tanpa membaca panduan. method yg digunakan barangkali berbentuk cuba jaya dan agak-agak. Ini adalah kerana mesin ini fungsinya ringkas. Namun begitu jika mesin itu kompleks dan mempunyai berbagai fungsi, barangkali kiat memerlukan panduan untuk bagaimana menggunakannya. Jika kita masih main agak-agak atau cuba jaya barangkali mesin tersebut tidak tahan lama arau pun potensi mesin tersebut tidak dapat diterokai sepenuhnya

Sama juga dgn manusia. Manusia adalah ciptaan tuhan, yg kalu ikutkan adalah sebaik-baik kejadian. Namun begitu utk hidup diatas muka bumi ini kita masih memerlukan panduan hidup. Panduan hidup ini terdapat di dlm buku-buku panduan yg "dizahirkan" oleh tuhan kepada setiap kaum di setiap masa pada setiap zaman. dan panduan utk manusia diakhir zaman ini di "finalize" dalam panduan yg disebut sebagai Al Quran.
Sungguh pun tuhan ada menyebut manusia adalh sebaik-baik kejadian, namun begitu manusia hanya benar-benar sempurna bilaman manusia megikut panduan yg telah ditetapkan oleh tuhan. Ini adalah kerana, tuhan yg mencipta manusia dan hanya Dia tahu apa yg terbaik utk manusia.

Hudud

Sefaham aku, ia adalah antara set of laws yg tertulis didalam Quran bila berdepan dgn sesuatu situasi. Namely situasi berbentuk jenayah. Terus terang cakap, perkara berkaitan dgn hudud adalah berat dan aku tak berani nak ulas panjang berkaitan dgn hukum-hukum yg terkandung dalamnya kerana aku sendiri tak mahir dalam bidang tersebut. Namun begitu apa yg aku tahu ia adalah satu hukum yg telah ditulis di dalam Quran. Jadi, kalu dah tulis dalam Quran, samada kita suka atau tidak kita kena accept yg ia adalah terbaik utk kita.

Barangkali, ramai antara kita yg secara zahirnya nampak yg hudud ini "uncivilized", kejam, peraturan kaum kuno dan lain-lain, namun begitu perlu diingat, berapa ramai drpd kita (org biasa @ awam) yg benar-benar faham tentang hudud. Pada aku, kalu kita tak faham, adalah lebih baik kita berdiam diri.  Biar mereka yg mahir membahaskannya. Or, jika nak tau juga, ada baiknya belajar dulu dan fahami dahulu.
Mungkin barangkali bagi mereka yg suka berfikir tidak dapat menerima bahawa hukum Hudud ini sebagai praktikal @ adil. 

Pada pendapat aku, bukan semua benda yg berlaku sekarang, kita boleh faham sekarang. Apa yg aku maksudkan adalah, kekadang kita tidak faham perkara itu atau sebab sesuatu perkara itu sehingga ia telah berlaku. Contoh "duniawi" yg paling mudah adalah projek Plus. Suatu ketika dahulu, semasa DrM buat Plus, beliau mendapat berbagai tentangan. Bermacam, tuduhan dan kecaman yg diterima beliau. Keadaan semakin teruk bila parti pembangkang bersikap opportunist. Malah ada yg berkata ia langsung tak berfaedah malah akan menutup periuk nasi golongan peniaga. Tp tgk apa dah jadi sekarang? Setelah 20 tahun lebih. Lebuh raya Plus telah menjadi keperluan utama kita semua. Byk pula kemajuan yg datang akibat drpd projek ini. Byk pekan baru dibuka dan juga Plus ini sendiri telah menyediakan byk peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Sama juga dgn Hudud. barangkali kita tak nampak kelebihan atau kepentingannya sekarang, namun aku percaya sesuatu yg datang dari tuhan semuanya adalah utk kebaikan manusia, cuma kita sahaja yg tidak nampak.

Malaysia Belum Bersedia?


Ini yg terkandung dalam ucapan TPM kita En Muhyidin. Aku seolah-olah faham apa yg beliau maksudkan. Cuba kita lihat skeliling kita. Umumnya dunia perniagaan kita. Paling mudah, kta lihat sistem bank kita. Aku percaya dunia perniagaan kita atau perbankan kita tidak bebas dr maksiat. Maksiat yg paling mudah yg aku faham adalah "riba". Menurut satu bacaan aku, golongan yg paling aktif menggunakan riba suatu ketika dahulu (or maybe hingga sekarang) adalah golongan Yahudi. Malah (setahu aku, kalu tak silap), semasa zaman nabi baru masuk di Madinah dulu, dunia perniagaan disitu dikuasai oleh Yahudi dan mereka kuat mengamalkan riba. Tp setelah Islam muncul, sistem ini termansuh maka golongan Muslim pula mula menguasi bidang perniagaan.

Barangkali inilah antara yg dimaksudkan oleh TPM. Oleh itu, sefaham aku, jika Malaysia tetiba mengamalkan Hudud, banyak hukuman terpaksa dilaksanakan bagi menghukum pengamal riba ini. Malah industri perniagaan dan perbankan kita akan menjadi (hampir?) lumpuh. Jadi utk melaksanakan hudud tanpa perlu banyak menghukum, ia mengambil masa. Masa utk proses convert dr sistem non Islamik kepada sistem Islamik.Or maybe, TPM takut Muslim tak dapat bersaing dgn non Muslim yg bebas menggunakan apa saja sistem yg mereka suka? Or maybe, ekonomi negara kita tidak kuat untuk stand alone because, as a whole, satu dunia mengunaka sistem non Islamik?

Kelantan dan Hudud


Aku menjadi kagum dgn Tuan Guru Nik Aziz bila beliau begitu komitted utk melaksanankan Hudud di Kelantan. Menurut beliau, Kelantan tidak melaksanakan hudud kerana dihalang oleh kerajaan pusat (oleh DrM?). Tuan Guru juga tidak gentar dgn DAP kiranya DAP sanggup keluar dr Pakatan jika DAP tidak setuju dgn Hudud. Keadaan menjdi makin menarik bila DSAI juga menyokong jika Kelantan melaksanakan Hudud. Dlm keadaan ini juga DrM telah mencabar Tuan Guru utk melaksanakan Hudud kerana beliau kini bukan lagi PM (personally aku rasa DrM bersikap sinikal).


Aku menyokong 100% jika Kelantan memulakan Hudud. Sugguh pun TPM berkata Malaysia masih belum bersedia, pada aku, we have to start somewhere. dalam perkara ini, kita bleh jadikan Kelantan sebagai "pilot state" yg melaksanakan Hudud. Kita lihat bagaimana Kelantan dgn think tank yg terdiri drpd ilmuan agama menyelesaikan masalah dlm asimilasi dan perlaksanaan Hudud ke Tanah Melayu. 

Insya'allah jika dilakukan dgn ikhlas (tanpa motif politik) yakni semata-mata kerana Allah, Kelantan akan menjadi negeri yg paling aman dan (barangkali boleh jadi) paling "maju" dalam dunia.


2 comments:

  1. I didnt know much about hudud for what I know is limited.

    Tapi kalau ikut TPM, yang antara perkara pokok yang saya setuju kat dia, adalah "Malaysia tak mampu lagi atau tak bersedia lagi laksanakan hukum hudud sebab dia multirasial".

    Selama ni pun every law kita gubal kita kena ambil kira hal multirasial ni, termasuklah sistem meritokrasi ke IPTA dan sebagainya. Hudud apatah lagi.

    Kalau depa boleh dapat cara untuk integrate hudud dalam law sekarang, rasanya itu lagi efisyen walaupun saya tak tahu tahap kebolehterimaan non-muslim. Dan ianya bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam jangka masa 10 tahun paling kurang.

    Untuk jangka masa pendek, no, saya tak setuju hudud because ianya (rasanya lah) akan menyebabkan unrest among race sekali lagi (apatah lagi dengan DAP punya lantang sekarang ni).

    p/s : sekarang ni human right activist sangat lah lantang. just saying.

    ReplyDelete
  2. Dear Nazrin,

    I have to agree with you. TPM said that he (them UMNO) do not "tolak" hudud. The only thing is that, it is yet suitable to be implemented.
    If hudud falls to the wrong hand, or hudud is used as weapon by certain people, than disaster would happen. It would paint more bad image about Islam.
    But having said so, hudud need to start somewhere. That is why, if Kelantan nak sgt nad believe that they already ready to implement hudud, than so be it. Let Kelantan be the pilot state.
    See the result, before and after.

    ReplyDelete