Thursday 8 September 2011

Jenaka 31 Ogos 2011

“Sokong jua  membawa rebah, lagilah telunjuk mencucuk mata”

Pada 31 Ogos 1957. Tanah Melayu merdeka dari kawalan British. Than pada 16 September 1963, Negara Malaysia ditubuhkan setelah Tanah Melayu bergabung dgn Sabah dan Sarawak.

Itu adalah yang diajar kepada kita oleh buku teks di sekolah dulu. Basically aku tak dak masalah dgn sejarah kemerdekaan Tanah Melayu atau pun tertubuhnya Malaysia. Aku juga bangga menjadi Melayu Muslim di negara Malaysia. Ini adalah kerana walau pun terdapat juga beberapa insiden yg hitam dalam sejarah Negara kita Malaysia, but as a whole kita hidup aman damai. Tiga bangsa utama Malaysia, Melayu, Cina dan India boleh hidup bersama dgn harmoni. Kita berjaya hidup dalam satu rumah yg dipanggil Malaysia dgn baik dan aman (secara umumnya lah..).

All become 1


Aku berkata begini kerna bukan semua negara boleh hidup aman bahagia seperti kita. 3 bangsa utama di Malaysia mempunyai perbezaan yg amat ketara baik dari segi cara hidup, anutan kepercayaan (umumnya lah) dan sudah pasti rupa fizikal yang tak seperti di negara lain yg mana perbezaan tidaklah begitu ketara. Sungguh pun begitu ketara perbezaan dan kepentingan kita, alhadulillah kita berjaya hidup harmoni, bertoleransi dan mengadaptasi budaya antara satu sama lain. Contoh yg paling mudah sekali yg menunjukkan adaptasi antara kaum ini adalah dari segi makan. Char koew teow bukan lagi menjadi makanan Cina. Melayu pun dah ramai yg pandai masak dan ntah ada Melayu yg lagi pandai masak char keoew teow dari Cina. Nasik lemak bukan lagi hak milik exclusive Melayu. Mee goreng. Mee sendiri adalah makan Cina. Tp setahu aku, skarang mee goreng sinonim dengan mamak. Kat Penang sendiri aku dah kena ganja dgn satu mee goreng dipanggil mee sotong. Sama gak dgn durian. Mengikut kajian (aku tak tau lah kajian mana, tp aku penah dengar lah..) org Cina lagi suka makan durian berbanding dgn Melayu. Dan kalu tak silap aku, pasca tragedy 13 Mei 1969, Mageran mengadakan aktiviti Pesta Makan Durian untuk mengeratkan kembali muhibah antar Cina dgn Melayu.

Mat Sabu?

Baru² nie kecoh pasai Mat Sabu cakap yg Tunku, Dato’ Onn and the gang bukan pejuang kemerdekaan. Mat Sabu nie cakap yg pejuang komunis yg serang tragedy berdarah Bukit Kepong pada 25 Feb 1950 tu adalah antara pejuang kemerdakaan yg sebenar. Selain itu dia juga cakap yg semua sejarah negara kita adalah bohong. Logik Mat Sabu adalah polis tu sume staff British. Jadi sesapa saja yg lawan British automatiknya pejuang kemerdekaan lah. Mat sabu juga menyamakan yg Mat Indera (Melayu yg bersekongkol dgn Komunis) sebagai antara pejuang yg barangkali sama taraf dgn tokoh penentang British yg lain seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan lain².


Seriusly, geleng kepala aku bila dgr Mat Sabu cakap macam tu. Mamat nie memang dah pening. Aku malas nak explain or berhujah menentang “logik” Mat Sabu. Dah banyak org tolong betulkan. Even YB Karpal Singh pun cakap Mat Sabu is not accurate and ask him to take back what he said. Dalam perkara nie, aku ada gak visit FB dua tiga org yg aku tau tegar PAS. Tak payah aku sebut nama lah. Mamat  Melayu nie tetiba tulis dalam status FB dia tokoh yg dia respek adalah Rashid Maidin. Aduh… Memang mat jilat betul lah… Sedih aku bila ada Melayu Islam yg tak menggunakan akal macam nie. Tp yang hairannya, belajar sampai U.

Sejarah Berulang?

Ini lah dinamakan sejarah pasti berulang. Kenapa? Sebab sifat manusia tetap sama. Gila harta, gila nama dan gila kuasa. Aku banyak kali baca dalam buku yg menceritakan tentang pengkhianat agama dan bangsa demi kuasa. Dulu bila aku baca sejarah induvidu macam tu, susah aku nak terima bcos kebodohan dan ketamakan kuasa induvidu itu dan penyokongnya terlampau terserlah. Namun kini jelas sejarah sudah berulang. Perkara itu boleh berlaku tanpa kita sedar dan yang peliknya ada pulak org yang menyokongnya. Seriusly, aku nak juga dengar member aku yg tegar, taksub, fanatic dan obsess PAS memberi komen. Tahukan mereka yang Komunis itu tidak mengaku kewujudan tuhan? Itu asas fahaman Komunis. Adui…

Anyway, walaupun aku malas dan tak layak nak huraikan explain pasai perkara yang Mat Sabu bising nie mengikut logic akal dia nie, tp aku rasa aku bertanggung jawab jugasedikit sebanyak utk explain secara logik berkaitan PKM (Parti Komunis Malaya) dan Bukit Kepong nie.

Motif PKM

1st skali PKM serang bukan nak tuntut Merdeka macam yg kita paham. Depa nak jadikan Tanah Melayu sebagai kawasan satelit bagi Negara Komunis China. FYI, masa nie Komunis kuat. Soviet Union satu kuasa Komunis yg kuat time tu. Kuasa negara Komunis tgh naik. German Timur ditakluk oleh Rusia dan berhaluan Komunis setelah Rusia bersatu dgn Amarika utk melawan Nazi. Bukan nak serahkan pada rakyat German utk tentukan secara adil. Tapi skang tinggal Korea sajalah yg still pecah dua. Vietnam pun masa tu tgh ditakluki oleh fahaman Komunis. Than kalu cakap bersekongkol dgn British, sebelum kejatuhan Jepun pun PKM berkerjasama dgn British utk melawan Jepun. Cuma lepas, Jepun kalah, British pun masuk balik tanah jajahan depa. PKM pun nak amik Tanah Melayu daripada Jepun. Bukan nak merdekakan Tanah Melayu. Ya, memang ada juga lah induvidu Melayu dlm PKM tp, generalnya? Kepalanya? Hah, cuba guna akal pikiran. Melayu nie dari zaman dulu sampai sekarang asyik kena bodoh je… Stress aku.

Selain itu, masa tu pun dah ada gerakan memerdekan Tanah Malayu. Gerakan nie bermula lepas Jepun kalah. Org Melayu yg mula sedar yg depa mungkin menjadi hamba ditanah sendiri (akibat kebodohan diri sendiri) semakin terserlah selepas kes Malayan Union pada tahun 1946. FYI Japan menyerah kalah dalam perang dunia ke 2 somewhere July 1945 (aku tak pasti tarikh dia). Masa British propose Malayan Union nie, PKM sokong pulak British. Why? So, pendokong PAS Mat Sabu please answer my question. Cuba fikir sendiri. Why, PKM sokong Malayan Union? Tp, ditentang oleh org semua org Melayu. Cuma bezanya, ada sesetengah Melayu nie berada dlm satu pertubuhan yg aktif yang dipaggil UMNO. FYI masa nie PAS masih belum wujud dan beberapa tokoh terawal PAS asalnya dr UMNO. Ini lah satu² time yg setahu aku Melayu bersatu (selain time 13 Mei 1969).

Jd secara logiknya kita dah nampak, yg PKM memberontak nie bukan nak merdekakan Tanah Melayu macam yg kita paham. Tp depa ada agenda sendiri. Dan agenda depa adalah utk menjajah Tanah Melayu. Mat Indera ni pula, fungsi dia samalah dgn Mat Sabu. Lagi satu, kenapa selepas merdeka, geng Komunis still dok ambush keamanan negara? Kenapa ganggu org kampung? You see, PKM nie nak jajah Tanah Melayu. Bukan nak merdekakan Tanah Melayu. So, dari sini kita kena faham apa maksud kemerdekaan sebenarnya. Contoh Negara yg masih tak merdeka adalah Myanmar. Ini pada pandangan aku lah.

Mat Indera Sama Dengan Tok Janggut, Mat Kilau, Dol Said?

Ahmad Bin Indera; Macho gak yek dia nie - Sumber; Google Image 

Sefaham aku, tak sama. Tokoh yg kononnya disamakan dgn Mat Indera ini berjuang mempertahankan tanah kawasan depa dr dijajah. Utk kefahaman lanjut, ada baiknya baca buku pasai ketokohan tokoh diatas. In short sejarah Pahang (Mat Kilau), Kelantan (Tok Janggut) dan Negeri Sembilan (Dol Said) semuanye menceritakan golongan yg gila kuasa utk berkuasa hinggakan menjadi tali barut British. Depa sangguh jual rakan seperjuangan demi sedikit “gaji”. Sama juga lah dgn Mat Indera, sanggup bersekongkol (or maybe dia terpedaya?) dgn PKM utk menjajah Tanah Melayu selepas British.

Hah, FYI, British time tu memang dah nak lepas Tanah Melayu. That is why dia introduce Malayan Union dgn prinsip Jus Soli memula tu. Memang kemerdekaan dah in the pipe line. Just apa method Negara yg akan dibentuk jek. Alah time, pilihan raya yg terawal dulu pun dah ada PAS (selepas beberapa tokoh terawal PAS keluar dr UMNO). So, british memang iktiraf PAS sebagai salah satu parti yg bertanding apa?

2011 Joke

Jadi aku rasa kat sini aku dah sedikit sebanyak dah luahkan pendapat aku tentang jenaka 31 Ogos 2011. Sungguh pun begitu, ini hanyalah beberapa perkara yg diambil dari memori aku sahaja. Ia tak layak diambil sebagai rujukan.

One more thing, berkaitan dgn kecenderongan kearah sesuatu pertubuhan atau parti. Pada aku jgnlah kita terlalu taksub. Nabi cakap, “…jalan yg terbaik adalah jalan pertengahan”. Lg pun semua yg kita sokong tu hanyalah manusia yg tak bebas dr kesilapan. Jika tokoh yg kita sokong itu tetiba bertindak “pelik”, betulkan dia. Jgn lah “menjilat” dan “mengipas” sahaja. Bangkang lah. Kalu dlm politik, bukan seme yg UMNO buat betul. Begitu juga dgn PAS, PKR atau pun DAP. Jgn obsess. Ingat, pepatah nie;“Sokong jua membawa rebah, lagilah telunjuk mencucuk mata..” Berpada-pada dan bersederhanalah. Jangan extreme dan fanatic kerana kita dan mereka hanyalah manusia.

Anyway, this is only just my opinion according to my observation, understanding and how I see.

2 comments: