Friday, 21 October 2011

Choral Speaking

Choral Speaking? 

A choral speaking is just like reading a story aloud in a group (except that the students have to memorize the script). In choral speaking, students will have to say things at the same pace, with different tunes and with some facial expressions.

Tulisan diatas aku ceduk dari internet. Aku rasa maybe ramai org tak tau pasai choral Speaking. Mungkin ada yg tau, or perasan tp tak tau nama apa. Sebenarnya aku tak suka choral speaking bcos bila aku tgk, aku rasa "pelik". Aku nampak or rasa macam malu. Ntah kenapa aku rasa macam tu. Bila aku tgk budak pompuan cakap macam tu, aku ada feeling "segan nak tengok". Tak sama bila aku tgk org syair, debat or nyanyi or any other things. Just choral speaking. Kat atas adalah definasi yg aku ceduk. Ni pulak definisi aku;

Choral speaking adalah apabila sekumpulan aweks (budak skolah) berdiri beramai-ramai yg diketuai oleh sorang tekong bercakap-cakap. Mereka bercakap-cakap dalam intonasi yg berbeza dan kadang² berirama. Ada juga masa akan ada beberapa induvidu yg bercakap secara solo dgn nada yg "pelik" (annoying? for me?). Tutur kata mereka juga disertai oleh gerakan badan yg "pelik" (yg sgt annoying? For me?). Selain drpd pergerakan badan, memek muka juga memainkan peranan dengan sangat efektif untuk menambahkan lagi kekuatan pada cakap² mereka. PS- ada juga budak lelaki yg join choral speaking. Huhhh..

Ini bukan nasyid! Ini choral speaking! Yeraghhh!

Anyway, last Monday 17 October 2011, ada pertandingan choral speaking peringkat kebangsaan di Pulau Pinang. Venue; Vistana Hotel. Semua sekolah rendah yg mewakili negeri masing² berentap utk menjdi juara choral speaking. Yes, budak sekolah rendah dari darjah 4 ke darjah 6 berentap. Ada 15 negeri yg mewakili 15 negeri (termasuk wilayah persekutuan rasanya..).  Pasukan yg terakhir tiba di Hotel adalah pasukan dari negeri Sarawak. Mereka tiba dalam jam 10 malam. Pasukan yang hadir selalunya akan test stage utk menghilangkan stage fright. Namun begitu, mereka hanya mengatakan hello dangood bye. Isi choral speaking tak disentuh kerana ia adalah rahsia. Fuhhh... Anyway pertandingan dimulakan ada keesokannya, 18 Oct 2011 pada jam 9 pagi... Keputusan pula diumumkan pada sebelah malamnya jam 8 mlm dan pemenang pertandingan choral speaking 2011 jatuh kepada pasukan dari negeri Sarawak! Fuh, last skali sampai, tapi still menang 1st. Hebat!

Soalan; Macam mana aku terjebak menulis choral speaking?

Actually, mak aku adalah org kuat choral speaking skolah dia. By the way dia adalah cikgu bahsa Ingeris darjah 1 Sekolah Rendah Convert Taman Nuri. Jadi malam tu aku bawa bini dan anak aku jumpa mak aku kat Vistana.

Terus terang cakap, riuh rendah Vistana dgn kanak² ribena dan milo. Tp, seronok aku tgk depa. Maybe ada yg 1st time masuk hotel 3 - 4 bintang. Yg kelakar, ada yang mengusuk hantu dan lain². Siap menjerit lagi. Hahaaahahaa. Memang kanak² riang. Dalam pada tu, aku tgk ada budak yg aku rasa sama dgn budak sekolah menengah (badan dia besar lah..). Memang ada setengah budak pompuan memang cepat besar.

Kalu ikut mak aku, proses pemilihan budak bergantung pada akedemik budak tu. Budak tu tak ble nak volunteer rasanya. Jadi, in short budak choral speaking nie budak pandai lah. Dalam pada aku dok kat situ, aku dgr juga budak² choral ni dok sembang. Ada yg seaking English al the way man.. Bila aku tgk t-shirt depa, skolak dari key el. Damansara tu key el ke? Teror cakap Inggeris. Siap ada slaga lagi. Dasat. Tp ironinya depa tak menang pun. Hahaaa. Yang menang budak Sarawak juga. Mungkin tak dak rezeki. Jadi pandai cakap Ingeris bukan kunci kemengan.

Anyway skolah mak aku pun tak menang top 3. Tp dpt top 5 kot. Tp yg pasti anak murid dia nangis bila tak menang. Hmm..Betul² semangat budak² nie. Anyway, pada aku choral speaking nie bagus. Maybe pada aku bunyi dia anoying, tp, ia bagus dari banyak aspek. Aktiviti macam nie patut diteruskan oleh kerajaan. Akedemik saja tak cukup. Kokurikulum pun penting untuk membina murid supaya lebih kreatif.

Like choral speaking walaupun aku rasa cakap² choral speaking sgt annoying!

2 comments:

  1. kandar masuk dulu! time darjah 6! sktr jadi wakil aloq staq lagi...haha

    memang best kalau buat sungguh2. benda perform stage ni ada satu ja motto dia- no fear and no shame. kalau buat sungguh2 sepenuh hati, yang macam memalukan punya moves pun akan nampak superb. actually yang nampak annoying-kekok tu sebab buat separuh hati, hehe

    ReplyDelete
  2. Br tgk cite cerekarama bertajuk "Choral speaking".. First time dengar..huhuhu...cam gedik pon ade cakap2 gitu..hahaha

    ReplyDelete