Saturday, 8 October 2011

Hudud di Malaysia

Sudah lama isi hudud nie mula dibangkitkan semula oleh PAS pada tahun ini, tp nampak gayanya isu ini masih lagi belum sejuk. Aku sebenarnya bukanlah pandai sgt berkaitan dgn isi hudud dan juga tidaklah pandai pun berkaitan dgn selok belok perundangan dan perlembagaan negara. Jadi apa yg aku tuliskan disini hanya pendapat "layman" seorang rakyat jelata yg undinya masih diatas pagar dan bersifat lalang.

Lalang Politik
Aku mengaku aku bersifat lalang dalam politik negara kerana aku bukannya ahli mana-mana parti politik. Ini bermakna, jika PAS buat sesuatu yg pada akal aku betul, aku akan sokong PAS dan juga kalu DAP buat benda yg berfaedah, aku akan sokong DAP. Begitu juga dgn BN yg utamanya terdiri drpd UMNO dan MCA dan apa satu lagi parti tu... MIG? Oohhh, MIC. Perlu diremind sekali lagi, negara diperintah oleh BN, bukan Umno. Dan UMNO yg dominen sekarang dlm BN kerana MCA dan MIC kalah byk kerusi. Even Big Daddy Mr Sammy Vellu aka Abu Vell Pari pun kalah dikawasan dia sendiri yg megah dgn insfrasrtuktur jalan raya 3 -4 laluan di Sg Siput. Aku rasa kita rakyat Malaysia perlu buat org politik tahu yg kita adalah lalang dalam cuaca dan angin politik Malaysia. Kenapa perlu begitu? Nanti aku akan explain dalam blog yg akan datang, insya'allah.. Aku dapat istilah nie time aku sembang dgn aunty berbangsa Cina dalam flight time pi Taiwan hari tu.

Hudud
Setahu aku, hudud merujuk pada beberapa perkara sahaja iaitu; 
1. murtad,
2. mencuri,
3. merompak,
4. berzina,
5. qazaf,
6. minum arak (atau yang memabukkan).
Namun begitu, walau pun nampak macam mudah, tp ianya lebih kompleks. Pada aku ini lah yg mebuatkan TPM mengatakan (lebih kurang beginilah) " Yes, sebagai org Islam Hudud tidak dapat ditolok, tp buat masa ini ia masih tidak sesuai di Malaysia...". Seperti yg aku pernah tulis sebelum ini, aku macam paham aku yg TPM maksudkan. Ya lah, tgk sistem ekonomi kita. Maybe org cakap, sistem bunga bank, tak tertakluk pada hudud, tp.. who knows? Maybe dgn kepetahan berkata-kata, macam macam boleh berlaku.. 

Menurut pemerhatian aku, didapati (sorry to say), Malaysia still have a long way to go to untuk menjadi satu negara yg bersih drpd subah pilih kasih dan "putih". Aku bagi contoh mudah. Macam kes eksiden. Call Man Fees. Bayaran call man ini sebenarnya tak ada resit. Dan sepaham aku, certain portion dr duit Call Man nie masuk dlm poket abang pegawai kita. Dan pegawai kita nie tak keluarkan resit. Bukan kah duit Call Man aka kopi ini dianggap mencuri? Bukankah ia juga menindas? Bengkel mana ofer bagus, bengkel tu lah yg akan dpt. Susah nak cakap. Tp 1 thing for sure bisness nie macam bisnes gangster. Ini apa yg aku paham dan aku nampak tp aku tak boleh nak buat apa.

Salah Guna Agama
Agama adalah antara senjata yg paling berkesan dalam merubah dunia. Darah byk ditumpahkan atas nama agama (ada yg sebut atas nama tuhan). Crusader dulu menumpahkan darah org Islam  dan Yahudi sebagai ianya adalah kehendak tuhan (God's Will It!; paling mudah refer citer Kingdom Of Heaven). Atau pun yg masih berlaku hingga sekarang; Konflik fahaman Sunnah Wal Jamaah dgn Syiah. Aku rasa skali skala mesti kita dgr kes kematian akibat perbezaan ini.

Org yang menyalah gunakan agama adalah golongan pelampau. Dunia barat menolak agama kerana perkara ini. Pada zaman gelap eropah dahulu, Church yg mengawal kerajaan melakukan apa sahaja atas nama agama. Mereka buat untung dgn menjual surat mengampunan, jual blessings, membina kuil Saint (wali) dan menjual perkhidmatan yg berbentuk agamawi utk rakyat. Mereka juga mengugut org dgn ungkapan neraka dan sebagainya. Sesiapa sahaja yg tak selari dgn mereka dianggap heretic. Musuh mereka dilabel kafir (ps- kat Malaysia pun ada gak macam nie..) dan kata-kata bertentangan dgn mereka dituduh blasphemy (tipu). Akibat dr itu wujudlah extrimist agama dimana kata-kata mereka umpama bermaqam tinggi kerana didakwa ilham roh kudus (holy ghost). Itu berlaku di Eropah pada zaman gelap. Agama Kristien yg menggelapkan Eropah. Tp kini keadaan telah berubah. Since terlampau byk kepincangan agama dlm fakta sains dan sosial disamping bila rakyat sedar yg golongan yg berwajah agama juga bisa melakukan dosa dan kesilapan, agama diasingkan dari kehidupan harian dan ini dikenali sebagi fahaman sekular...

Islam juga mengalami masalah yg sama. Politik adalah sebahgian drpd isi kandungan Quran. Oleh itu, politik dan Islam tak boleh dipisahkan. Namun begitu, aku nampak ramai pula yg mempolitikkan Islam. Tidak kurang segolongan pula yg menggunakan beberapa potong ayat Quran utk menjadikan mereka "mulia" dan memperkuda rakyat biasa yg kurang ilmu agama.


Sejarah juga menunjukkan umat Islam byk menggunakan agama utk kepentingan peribadi. Demi meraih perhatian dan sokongan golongan tertentu melakukan apa yg pernah dilakukan oleh Church dahulu. Daripada mendidik, mereka mengkafirkan. Bukankah sabar itu sebahagian daripda iman? Adakah mereka lupa initipati surah Al Arsh? "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dlm kerugian. Kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh dan juga mereka berpesan-pesan kearah kebaikan dengan sabar." 

Golongan extreemist macam nielah yg disebut oleh Rasullullah iaitu; "Golongan yg merosakkan akan agama adalah golongan pelampau". Golongan ini akan melakukan biadaah yg pelik-pelik. Hukum menutup kepala dijadi menutup wajah. Demi mengelak perempuan dari diperkosa, mereka memaksa  atau meletak peraturaan yang perempuan tak boleh keluar rumah langsung. Macam-macam lagi peraturan extreem yg mereka buat kononnya sebagai langkah "mengelak dari terpaksa makan ubat". Lupakah kita yang Nabi Isa diturunkan dulu utk membersihkan org Yahudi drpd perkara² sebegini?

Personally apa yg aku namapak, dalam hudud pun sama. Aku tak layak nak komen banyak tapi ia boleh berlaku dan telah berlaku. Ini adalah contoh tempatan yg aku bagi. Kalu sefaham aku, Mahsuri mati dibunuh atas perkara yg lebih kurang sama. Aku takut nanti ada golongan tertentu yg menggunakan kuasa "anugerah tuhan" mereka dgn sesuka hati melaksanakan "operasi potong dan rejam". Ini sgt bahaya. personally pada aku, menyalah guna agama lebih bahaya dari salah guna kuasa. Ini adalah kerana salah guna kuasa org akan menganggap yg bersalah adalah induvidu yg salah guna kuasa. Tapi kalu salah guna agama, org akan mengaggap yg bersalah adalah agama... apa pun berkaitan dgn salah guna agama ini (berkaitan hudud) aku rasa biar En Zulkifli Nordin yg tolong terangkan...

Hudud Di Malaysia
Aku sebagai org Islam meyokong penuh hudud dilaksanakan di Malaysia. Hudud yg aku maksudkan adalah hudud yg bebas dari ideologi politik. Masalah yg paling genting dihadapi masyarakat sekarang adalah mereka paranoid dgn hudud. Kenapa mereka tidak faham dgn hudud? Maybe kurang pendedahan dan pendidikan.  Mungkin juga kita dimomokkan dgn drama yg menunjukkan induvidu (terutamanya wanita) senang² dihukum oleh golongan agamawan tanpa bukti yg kukuh.  Baik dlm drama Melayu, drama Cina mahupun drama barat. Dalam perkara ini, aku sendiri tak berapa jelas sebenarnya, tp at least aku usaha utk cari jawapan. Ada satu blog yag pada aku agak bagus berkaitan dgn masalah ini. Boleh baca kat sini.

Namun begitu, jika hudud diamalkan dlm erti kata keadaan yg sebenarnya aku percaya situasi seperti dalam drama TV atau movie tak akan berlaku. Untuk penerangan lebih jelas berkaitan perlaksanaan hudud, sila refer video bawah ini. Aku dapat video nie melalui FB Tuan Guru Nik Aziz.


Menurut video ini, kita boleh dapati yg hudud ini sgtlah adil. Penerangan darpda Uztad Zaharudddin  pun jelas dan ringkas. Hukuman yg dianggap tak bertamadun itu (potong tangan, rejam dan sebagainya) sebenar bukan mudah utk dijatuhkan. Ia juga bukanlah rigid seperti yg disangkakan. Sebenarnya hukuman "potong" itu, sama seperti hukum gantung sampai mati jika mengedai dadah. Ia bukan diputuskan oleh ketua kampung or imam masjid. Tapi oleh hakim dan ia perlukan peguam dan sebagainya.

Start Somewhere
Sebenarnya ia hanyalah mind set. Untuk kita keluar dr comfort zone dan melaksanakan hudud merupakan satu kemajuan yg sgt boleh dibanggakan. Seperti yang aku tulis sebelum nie, aku macam paham kenapa TPM cakap Malaysia masih belum sesuai dilaksanakan hudud. Tp pada masa yg sama aku rasa; we need to start somewhere. Biarlah Kelantan jadi pilot state.     

3 comments:

  1. nice article. stakat ni negara yang guna hudud adalah antaranya arab saudi, mesir kan? and kalau dalam video2 kat internet bila pelaksanaan tu memang public display. serius horror jugak tengok.

    ReplyDelete
  2. Not so sure. But yg pasti, yg abuse hudud and in general Islam lebih mendapat perhatian dunia. Itu yg buat org nampak Islam tak parctikal dan tak adil.

    ReplyDelete
  3. Rasanya hudud kalau dilaksanakan secara adil dan saksama serta mengikut semangat hudud yang sebenarnya dengan mendapat saksi yang adil (bukan munafik) rsanya xda masalah. Masalahnya sekarang, ramai sangat yang hati bersih hati...

    ReplyDelete