Monday, 10 October 2011

Lalang Politik



Cust is not always right, but cust has right

 Aku pernah menulis yg kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya membuat ahli politik tahu yg kita adalah lalang politik. Bila diistilahkan sebagai lalang, selalunya ia disinonimkan dgn perkara yg negative seperti “tidak setia”. Namun begitu, sebagai rakyat biasa yg bukan ahli mana² parti politik, aku rasa kita tidak perlu setia pada mana² parti. Lagi pun, kenapa perlu kita setia?

Yang Berkhidmat

Tujuan aku berkata demikian adalah supaya ahli politik tidak complacent dengan kedudukan mereka. Sebenarnya pada pendapat aku, kita, rakyat biasa yang juga pengundi adalah customer (cust) kepada ahli politik. Jika kita tidak mengundi mereka, ini bermakna mereka tidak akan ada jawatan sebagai YB. YB membawa maksud Yang Berhormat. Tp aku rasa ia patut ditukar kepada Yang Berkhidmat. Jadi sefaham aku, mereka, ahli politik lebih memerlukan kita, rakyat, pengundi dan juga merangkap cust mereka. Tanpa undi kita, mereka adalah nobody. Tp dalam sinario sekarang, ada sesetengah YB begitu angkuh dan besar kepala. Rakyat yg barangkali berpendapatan rendah dan sederhana tidak dipandang. Mereka hanya nampak rakyat yg berpangkat Dato’ dan lain². Barangkali mereka lupa yg rakyat berpendptan rendah dan sederhana ini ramai…

Tanggung jawab untuk berkhidmat

Yang dimaksudkan aku sebagai lalang adalah, kita tak perlu taksub setia kepada mana² parti politik. Ini bukan bermakna aku menyeru supaya jangan join mana² parti. Mana yg rasa mahu berjasa, sila join parti politik. Tp mana yg rasa mahu kejar, harta dan nama, tolong jgn join politik. Anda sebenarnya sedang menempah tiket kepada masalah. Bak kata Nabi yg bermaksud lebih kurang (aku tak ingat direct hadis); “Kedudukandan pangkat  pada mereka pada mulanya adalah manis, tp sebenarnya ia sebenarnya suatu yg membebankan dan pedih”.

Rakyat adalah cust kepada ahli politik. Ia boleh dicontohkan macam kedai makan. BN; restoran A dan PR; restoran B. Kalu Restoran B ofer menu yg lebih sedap, murah dan berkhasiat disamping suasana restoran yg selesa, ia tak menjadi maslah utk aku utk tukar selera dari restoran A ke restoran B. Aku tak punya kepentingan, jadi aku bebas utk tukar selera. Tp kalu ofer yg disediakan restoran B lebih hampes dari A, better aku kekal dgn restoran A.

Jadi, in order utk retain cust, mereka ahli politik perlu memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat. Perkhidmatan yg baik bukan bermaksud memanjakan rakyat. Jika, rakyat berpuas hati dgn perkhidmatan yg diberika oleh ahli politik tersebut, insya’allah parti politik tersebut akan kekal memerintah. Kalu rakyat dah tak puas hati, maka jadilah macam yg berlaku di Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Personal Experience In My Home Town


BN memerintah Kedah sudah sekian lama. Malah 2 PM adalah anak jati Kedah. Even the Great DrM is from Alor Setar. Tp, atas sebab² tertentu, Kedah telah jatuh ke tangan PR (yg majority PAS). Bila dah Kedah jatuh le tangan PAS, BN tak perlu melatah. Mereka kena check balik what went wrong. Apa yg depa buat sampai org Kedah (macam aku) reject depa dan nak cuba PAS pula.

Seingat aku, ini buka hanya factor KJ. Tp ia juga merupakan faktor prestasi kerja. Seriusly, even before pilihan raya 2008 pun aku dah nampak yg BN pasti kalah. WHY? Prestasi depa sgt teruk. Satu contoh mudah. Kebersihan. Aku bekerja di luar Kedah dan membesar di Alor Setar. Sebelum ni, Alor Setar bersih. Ada perarakan kereta berhias dan pekan Alor Setar time malam akan berhias lampu warna warni.Yes, org  Alor Setar macam aku tak panggil Alor Setar sebagai bandaraya Alor Setar. Kami panggil pekan Alog Setag.

Anyway, Alor Setar dulu adalah indah, bersih dan cantik. Kebun bunga, lampu dan air pancut adalah antara pemandangan di Alog Setag. Tapi, ntah apa silapnya (terutama) lepas je Alor Setar mendapat title bandaraya, kualiti kebersihan Alor Setar makin teruk. Sampah tak dikutip, pokok bunga dan hiasan tak dijaga dan lain lagi lah. Bayangkan, sampaikan masuk paper Metro; Alor Setar bandaraya sampah. Sampah yg tak dikutip terlalu banyak sampaikan masuk ke tengah jalan. Bayang, bila  mak aku call, buat aduan pasai sampah yg dah berminggu tak diangkat, boleh pegawai yg bertugas jawab; “Lori sampah terbakar!”. Lawak ka?

Gunung Keriang yg begitu cantik dah jadi sangat² hodoh. Tak kira ntah berapa projek lain yg tak dijaga macam Muzium Padi dan taman dekat Ampang Jajar. Boleh dikatakan sume taman di Alor Setag musnah. Baik di depan Masjid Zahir, Stadium hingga ke Taman Rimba.

Mana wakil rakyat yg bertugas? Wakil rakyat utk kawasan X, tp tinggal kat KL. Buat apa tinggal kat KL? Uruskan perniagaan. Ceh!  Bukan ke sepatutnya wakil rakyat tersebut tinggal dikawasan tersebut dan at least pantai kawasan dia every month (kalu dah sibuk sgt). Come on, buat la gemba ganbetsu sikit. Bila sume aduan tak dilayan, apa lagi rakyat boleh buat?  FYI, Kedah kuat UMNO bcos of DrM dan Tunku. Tp bila dah jadi mcm nie, apa rakyat boleh buat? Apa lagi, ubah undi lah. Biaq depa tau sapa kita! Biaq pada muka depa! Wah ha haa haa…

Anyway, kini perubahan yg dilakukan, pada aku adalah berbaloi. Aku bukan bekerja di Alor Setar. Jadi bila aku balik Alor Setar, aku boleh nampak perubahan. Skarang Alor Setar lebih bersih dr dulu time zaman complacent UMNO (BN).  Personally, aku rasa susah BN nak menang balik Kedah.

Kena bijak; Nilai Melalui Prestasi

Apa yg aku cuba bagitau adalah, kita tak perlu terlalu setia atau taksub kepada sesuatu parti. Ini adalah kerna, mereka, ahli politik adalah manusia yg biasa buat salah. Barangkali penampilan mereka nampak warak, tp mereka bukan maksum. Even, datuk nenek atau senior mereka pernah berjasa pada negara, tak semestinya mereka berjasa dan ikhlas.  

Oleh sebab itu, pada aku tidak salah utk kita menjadi lalang. Yg penting kita jadi tuan kepada diri kita dan negara kita. Pada aku, negara yg merdeka adalah dimana rakyatnya dapat membuat keputasan dan perubahan dlm kata sepakat sesama mereka tanpa sebarang tekanan dan paksaan pihak luar.

Gunalah hak  berpandukan akal dalam memilih. Jgn mudah terpengaruh dgn emosi dan simpati. Nilai mereka dgn prestasi.  Jadilah lalang supaya org dan parti politik tak duduk senang dan berlumba-lumba utk meningkatkan prestasi supaya memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada kita dan negara kita. 

3 comments:

  1. "Rakyat yg barangkali berpendapatan rendah dan sederhana tidak dipandang. Mereka hanya nampak rakyat yg berpangkat Dato’ dan lain². Barangkali mereka lupa yg rakyat berpendptan rendah dan sederhana ini ramai…" - benda ni ada kaitan dengan piramid kapitalisma...

    ReplyDelete
  2. Negara yang merdeka adalah rakyat yang boleh membuat keputusan secara bebas tanpa sebarang tekanan pihak luar.

    Pemimpin yang matang adalah pemimpin yang sentiasa dapat menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat tanpa memburukkan dan menjejaskan kredibiliti pemimpin lain.

    ReplyDelete
  3. Thanks Papit for the opinion.

    ReplyDelete