Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat...
Last month aku ada conference dgn member sesyarikat yg lain di KL. As usual, kami ditempatkan di hotel Sri Pasific. Kebetulan aku sebilik dgn member aku bernama Norizy. Dia nie org Kelantan tp dah lama menetap di Johor.
Time kami tgh lepak, sambil aku membelek novel yg aku bawa, aku terpandang Norizy yang sedang menjahit something. Bila tanya, dia menjawab yg dia sedang menjahit kantung parang pendek. Parang? Selepas disoal, Norizy bagitau aku yg dia adalah tukang buat senjata. Senjata? Dia buat senjata utk hiasan. Kemahiran dia adalah dia berkebolehan utk mengukir dan menghias hulu senjata tersebut. Ilmu ini sebenarnya diwarisi oleh orang tua dia dan dibelajari oleh kenalan yg barangkali digelar "guru".
Norizy yang tekun menjahit kantung badik
Menurut Norizy, senjata yg dia tengah buat sekarang ini (dlm gambar) adalah ditempah oleh golongan kerabat diraja Pahang. Seriusly, aku tak sangka yg aku mempunyai kawan yang ada kebolehan sebegini. Pada aku, nilai seni yg dihasilkan oleh member aku nie memang tinggi dan barangkali jarang dijumpai.
Senjata yg didalam sarung..
Nilai ukiran yg teliti dan unik
Senjata diluar sarung, besi hitam yg bisa...
Parang pendek waja hitam bersama badik waja putih... (badik masih belum siap..)
Menurut Norizy, dia bersama kawan dah lama melibatkan diri dalam kerja kraftangan ini. Norizy tidak menempa besi senjata, dia hanya membentu hulu dan sarung sahaja. Dibawah adalah video menempa besi dibengkel.
Proses melembutkan waja
Proses membentuk waja
Aku diberitahu yang besi yg digunakan diambil dari kedai besi buruk. Proses menempa besi nie pulak memerlukan kemahiran supaya senjata tersebut tidak rapuh. Kayu utk sarung dan hulu pula diambil dr merata tempat. Bengkel kayu perabut, store sekolah dan lain² lagi lah. Sebenarnya depa buat aktiviti nie sebagai hobi. Untungnya, hobi ini boleh menjana wang. Namun begitu, menurut Norizy, niat utama bukan utk buat duit. Tp lebih kepada kepuasan. That is why, depa tak jual mahal hasil kraf yg depa hasilkan nie. Tempahan yg diterima pun menurut Norizy adalah melalui tuan badan. Dan ianya disampaikan melalui mulut ke mulut.
Jadi, kalu ada yg berminat, bolehlah melawat FB depa di sini.
Sebenarnya aku berasa sgt kagum dgn hobi member aku sorg nie. At the same time aku berasa bangga dgn depa. Maybe pada sesetengah, depa amatur, tp pada mata aku, skill depa nie tinggi. Aku juga difahamkan buat masa nie, minat Norizy sudah turun ke anaknya. Pada aku ini adalah sesuatu yg bagus. At least ilmu yang ada tak hilang. Kalu kita tak jaga adat dan warisan kita, siapa lagi yang akan jaga?
Salam, en. Macam mana nak Cuba hubungi kawan en yg pandai buat sarung keris tu ya. Saya Cuba buka FB tu tapi tak dapat... Mohon infonya. Kawan en di Johor di daerah mana ya.. Kami dari batu pahat. Terima kasih wassalam
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/parang.kraf?fref=ts
Delete