Aku rasa dua tiga menjak nie agak panas pasal isu tiket final NS menentang T'ganu. Sefaham aku, harga tiket naik dari harga biasa sempena final. Kalu tak silap aku, ini bukan kali pertama FAM buat macam nie. Tak silap aku pun dulu pun macam nie gak.
Maharaja Lawak
Bila aku dgr pasai isu nie, aku teringat isu Maharaja Lawak dimasukkan dalam channel Astro Warna yg mana kalu nak tengok, kena bayar extra. Alasan Astro adalah kerna Maharaja Lawak nie adalah rancangan berkualiti dan dulunya di slot channel biasa Astro atas dasar promo. Hahahaaa... Iyo lah.. Memang dasar kapitalis Yahudi Freemason Opportunist betul. Rakyat yg dah kena ganja Maharaja Lawak terpaksalah bayar lebih utk menghilangkan ketagih lawak yg tak lah lawak sgt sebnarnya. Pada aku, memang hak Astro utk wat apa saja dia nak. Tp sebagai cust, kita ada hak utk tak menonton. Alah, bukannya jana minda pun tgk Maharaja Lawak. Bukannya ada add value pun. Pada aku, jawapan terbaik adalah boikot je. Ada apa hal? Kita bako je.. Eh, kita boikot je... Jimat duit dan jimat masa. Masa yg kita bazir layan citer tu boleh guna utk membaca bahan yg berfaedah.
Jesuses
Berbalik pada harga tiket bola. Seriusly, statement yg aku baca dan tgk dari TV bercampur-campur. Berbagai pihak bagi komen dan ahlul politik pun masuk campur. Dengar citer, menteri belia sukan buat rayuan, ketua pemuda buat rayuan dan yg paling best, Tengku Abdullah, raja muda Pahang pun buat rayuan (refer Utusan hari nie; 27 oktober 2011). At the same time, Ayahda baginda Sultan Pahang yg kalu mengikut Sokernet, dikenali sebagai Sultan Bola bertitah agar rakyat just accept je harga tiket tu dan bla, bla,bla... Memang LOL betul..
Sefaham aku, NS dan T'ganu sanggup tanggung "dosa" FAM dgn mengurangkan beban rakyat. Dgr citer NS sanggup absorb RM20 menjadikan harga tiket menjadi RM30. Perkara yg sama juga dilakukan oleh T'ganu. Seriusly, kelab bola negri2 ini memang macam Jesus yg die for FAM sinssss. So, aku macam respek lah Jesuses nie. Tapi seingat aku time Bulletin Utama tadi, Sultan Pahang bertitah yg harga tiket yg "mahal" ini adalah utk kebaikan kelab bola negeri tersebut juga (?). Betul ke nie? Aku tak paham. Jualan tiket nie bakal disalurkan kepada pasukan NS dan T'ganu ke? So, apa fungsi Jesuses yg aku sebut seblum nie? Or FAM sebenarnya pengutip zakat bola yg akan membawa kepada pembangunan ummah bola? Aku tak jelas dan konfius.
Apa saja skali pun, di akhir titah baginda Sultan Pahang, baginda menyeru agar ramai-ramailah datang ke stadium dan juga baginda memberi jaminan yg bahlul yg melontar cat kuning ke pejabat FAM takkan terlepas. Hahahaa. mau kecut perut pelontar cat tu smestinya. Tp, mcm kelakar pun ada. Seolah FAM ada pinjam duit sama along pulak. Hahahaa...
Hak Masing-masing
Aku percaya ramai yg bengang, menyumpah dan tak puas hati dgn tindakan FAM. Barangkali ramai yg cakap FAM zalim kerana menaikkan harga ayam diwaktu perayaan.. Eh silap, harga tiket diwaktu final bola. Tp, pada aku, itu hak FAM. Depa da'bos and boss is always right. Kerajaan tak leh kompaun FAM macam mana kerjaan kompaun peniaga yg naikkan harga ayam lepas dengar budget. Ini adalah kerna harga tiket bola bukan barang terkawal. Org Malaysia boleh sawan kalu tak makan ayam tapi org Malaysia tak mungkin sawan kalu tak ble tgk bola live kat stadium.
Jadi pada aku, itu hak FAM. Sultan pun dah bertitah dan nothing can be done. Just accept the fact. Dan kalu anda tak mampu, jgn la gi tgk. Tgk kat TV. Free. Hanya bayar bill letrik je. Jimat pun jimat. Kalu nak lagi meriah, book mapley or lagi best kat rumah penghulu kampung. Tgk live final ramai-ramai bola secara muafakat. Tgk bola sambil makan nasik dagang dgn kopok leko utk org T'ganu atau pulut kuning cicah sambal petai utk org NS. Paling best kalu pekena kopi "o" pekat cap kapal api.
Relex lahh
Aku tau memang ramai yg bengang, tp relek lah.. Jgn marah dan meyumpah. Tambah dosa ja. Kalu hangpa sume, peminat bola rasa dizalimi, hangpa berdoa je pada tuhan kerana tiada hijab doa org dizalimi dengan Allah. Alah, kalu nak rabel, hangpa sume boikot je game tu. Sume tak yah beli tiket. Biar stadium tu kosong lagi sunyi. Biag depa tau. Kalu nak lagi ganas, skali dgn live telecast pun hangpa tak payah tengok. Biag sponsor tu rugi. Tu baru raw! Dan RAW is WAR! Masa tu better hangpa sume gi masjid jemaah ramai-ramai time maghrib dan isyak. Drpd meng'imarah'kan stadium, better hangpa meng'imarah'kan masjid. Pahala pun dapat, Allah pun sayang. Silap-silap hangpa berbinikan ustazah pilihan. Har har har..Apa pun, relex larr. Bukan mati pun tak tgk bola...
daripada tengok maharaja lawak yang kadang best kadang sampah, baik tengok Whose Line Is It Anyway.
ReplyDeleteapapun, dapat dikesan yang FAM mula memaksimakan konsep kapitalis. Dulu harga tiket final apa tah, yang wakil FAM jawab soalan. Penuh dengan "aaaa....aaaaaa.....aaaa....aaa" . hahahahha
Yaaaa... FAM kapitalis yg menindas! Hate FAM! Har har har. Actually kalu baca paper, statement setiausaha FAM memang sgt sombong. Memang bengang kalu baca.
ReplyDelete