Friday 9 December 2011

Bebelan aku; Memilih Kontraktor

Buat masa nie aku sibuk mencari qouatation utk renovate rumah. Seriusly, ianya tak semudah yang aku sangkakan. Setiap daripada contractor, designer or syarikat or what ever we may call them ada sahaja charm mereka yang tersendiri. Buat masa aku dah jumpa 5 syarikat. Ada lagi 2 waiting untuk appointment. 1 pada hari Ahad dan satu lagi pada hari Selasa.  Untuk ini dah 2 hari half day aku amik. Hmmm....

Hmmmm... Yang mana satu nak pilih nie?

Sebenarnya, aku tak mahir sangat dalam benda nie. Aku pun dok tanya org je. Tiap pendapat ada berat dan reason yang berbeza. Cuma hanya 1 saja they all got in common, "Jangan amik Melayu. Walau pun barang yang depa pakai berkualiti, tapi kerja depa tak kemas..". Even abah aku pun risau benda nie. Dia tau aku nie asabiyah sikit, hari tu pun dia call advise benda yang sama. Adoi, teruk sangat ke kerja contractor Melayu nie? Anyway, benda nie aku dan bebel dalam blog yang lepas. So, enough for the tme being.

Apa Yang Aku Nak?

Sebenarnya, aku nak cari syarikat utk buat;
  • Wet kitchen (with accessories)
  • Dry kitchen (with accessories)
  • Living room
  • Ward drobe
  • Tinted
  • Grill
  • Additional wiring and piping
  • Curtain
Sume benda kat atas nie wajib. Yang nie pulak benda yang aku nak buat kalu ada duit lebih (yang juga bergantung pada bonus hujung tahun nie lah...)
  • Automatic gate
  • Tiles untuk anjung kereta 
  • Tiles untuk tempat lepak
  • Additional store (kalu betul ada duit lelelebih)
Buat masa nie, faktor masalah utama aku adalah; aku tak pandai pasai dunia contruction nie. Jadi aku takut aku kena tipu. Maybe aku terlalu paranoid? Aku juga sangat suka tawar harga. ada satu kes aku lekat sampai sume benda utama diatas dia boleh letak dalam RM20k je. Nampak macam OK. Tapi yang buat aku pikir balik adalah isu kualiti. Kalu dia buat dengan menggunakan kos RM20K, adakah kualiti dia seperti yang aku nak? Murah sekarang, tapi suffer forever?  

1 Man Show @ Buffet?

Satu lagi big question adalah samada aku nak amik style "1 Man Show" atau style "buffet"? 1 Man Show adalah istilah yang aku bahasa untuk jenis kontractor yang sume benda dia buat. Dari A sampai Z. Hang just bagitau apa hang nak dan bagi duit sahaja. Ada org cakap style nie bagus sebab senang nak diuruskan di samping jimat masa. Selain itu ada  juga yang berpendapat yang style nie lagi jimat duit bcos syarikat tu boleh tolak/gerakkan/rolling budget to ikut kerja yang dia boleh buat. Contohnya dia boleh guna budget wet kitchen utk cover budget grill dan sebagainya.

Tapi ada gak yang sebaliknya. Depa cakap style buffet lagi jimat sebab kalu ikut tyle 1 Man Show, sebenarnya dia pun sub kepada contractor lain. Ini bermakna budget yang kita letak tu dia kena mark up untuk poket dia dan juga poket sub contract dia. Ini bermakna, kalu kita amik style buffet, kita deal direct dengan contractor. Jadi mark up cost tak berlaku.

Ada juga cakap kalu ikut style nie duit yang kita bayar tu mungkin juga digunakan untuk projek lain. Ntah lah aku pun tak tau.

Orang Biasa

Buat masa nie aku still tak pilih syarikat mana lagi. Masih memilih dan membandingkan. Pada pendapat aku inilah step yang perlu diambil oleh orang biasa yang jumlah fulusnya terhad. Nak kerja bagus, tapi duitnya sikit. Nak kualiti bagus, tapi nak harga murah. Haihhh... Tu tak kira nak cepat lagi tu... Haihh....

2 comments:

  1. haih~~~apapun, siap rumah kandar nak pi melawat, haha!

    ReplyDelete
  2. Dah buat keputusan. Amik Cina jugak. Offer bagus dan komitmen nampat kuat. Yg Melayu berapa kali postphone appointment. Ntah dah kaya dgn contract giveement kot...

    ReplyDelete