Tuesday 6 December 2011

Bebelan aku; Perangai Orang

Sebenarnya benda yang aku nak bagitau kat sini dah lama dah jadi dan lama dah aku dok perati. Cuma, selama nie aku membebel kat bini aku je. Aku sebenarnya dan bermastautin di merata tempat. Aku org Alog Setag dan membesar di situ. Sekolah menengah pulak kat Sg Petani. Than sambung blajag kat Skudai Johor sampai 5 tahun. Lepas tu 6 bulan kat Key El (well bukan Key El, tapi Rawang). Kemdian 3 tahun kat Ipoh dan kini di Penang Island. Dah nak masuk 4 tahun aku kat Penang. Time aku mula keje kat Penang, Pakatan baru rampas Penang drpd BN. So, aku masuk exactly about the when Pakatan memerintah. In specific, DAP. So, sedikit sebanyak aku dapat rasa saki baki bekas BN dan merasa "perubahan" yang "dibawa" oleh Pakatan (spesifiknya DAP).

Secara fizikalnya, sedikit sebanyak ada juga perubahan positif. Itu aku terpaksa ngaku. Aku sebenarnya tak pandai sgt nak judge dan aku tak pandai dalam perundangan bla, bla, bla. Tapi, aku terpaksa ngaku bole nampak juga lah sikit improvement secara fizikal. 

Anyway, itu berkaitan dgn politik dan bla, bla bla.. Apa yang aku nak sentuh adalah berkaitan dgn attitude orang Penang. Sebelum aku keje Penang, aku nampak Penang nie macam glamor sikit. Kononnya, ramai amoi cun dari Penang, than ramai orang Putih tinggal kat sini. Ada international air port lagi dan lain². But unfortunately the other way around yang aku experience bila aku masuk sini. Tak dinafikan yang di Penang, terdapat banyak tempat yang menarik utk dilawati. Makanan pun antara yang terbaik. Sejak aku kerja sini, berat badan aku dah tak turun² lagi walau macam mana pun aku exercise. The food is too tempting. 

Sungguh pun begitu ada satu benda atau perangai orang Penang island yang aku tak boleh nak accept. Aku tau bukan semua orang Penang macam nie. Actually, geng senior Penang adalah sangat sopan dan berbudi. Yang majoriti bermasalah adalah sebahagian besar golongan muda. Mereka sangat kiasu.

Kiasu sebenarnya bermaksud " takut utk ketinggalan atau tewas". Tapi kiasu yang aku maksudkan adalah depa nie sangatlah pentingkan diri sendiri tanpa peduli org lain. Secara umumnya kita selalu dengar yang kiasu nie sinonim dengan Singaporean, tapi pada aku kat Penang pun sama. Aku bukan nak berpewatakan rasism, tapi majoriti yang berperangai macam nie adalah....

Potong Line

Kat sini, kalu tengah beratur di trafic light, most problably akan ada malaun nak potong line. Drpd keadaan traffic jam yang terkawal dan teratur, menjadi keadaan yang tak terkwal penuh emosi. Apa taknya, bila sorang dah potong, mulalah org lain pun nak potong line. Yang best skali, kalu dah sempit sangat pun depa usaha juga nak potong. Sumbat celah bumper. Biar calar sikit tak pa, yang penting dapat potong. Tak kira lah lelaki atau perempuan. Sama sahaja. Keadaan nie sgt teruk di area Pulau Tikus, Seriusly, aku cukup malas nak lalu ikut sana. Sakit hati sahaja. Yang paling best skali, time potong tu buat muka selamber saja. Tengok depan buat tak tau org kat sebelah. Memang celaka.

Parking Sesuka Hati

Dulu, ada sekali tu aku drive sambil cari parking di area bank. Than, dalam pada tu aku nampak satu kereta pasang harzard di laluan kiri. Bare in mind, jalan yang aku maksudkan nie jalan 2 lane. Ini bermakna, dari jalan yang 2 laluan dah tertutup satu laluan. Akibat dari kereta nie, jalan pun jadi sesak. Aku pada mulanya ingatkan kereta nie rosak tunggu tow truck ke hapa. Dalam masa aku nak potong kete tu, aku nampak ada satu mamat tu keluar dari bank, terus masuk dalam kereta lampu hazard tu dan terus drive kete gi mampos gi jauh².... Aku sebenarnya berasa kagum bercampur takjud. Betapa kering, selfish, celaka dan cilanatnya orang macam nie. Come on lah, cari lah parking. Orang lain pun nak pi bank juga. Sanggup menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Yang best skali, parking ada beberapa meter didepan. Just malas nak berjalan dan bayar 40 sen parking lah tu. Adoi.... 

Sekarang nie aku dah tak heran dengan or keadaan macam nie. Kalu ada kete naik hazard dekat bank or kedai memana, mesti ada malaun nak mampos  orang yang letak kete pi cucuk duit kejap or pi beli barang.   

Parking Tanpa Simpati

Last week end aku bawa nak bini aku pi Tesco utk beli belah dihujung minggu. Kami pilih Tesco because kat Tesco sume benda boleh ada disamping pada awalnya kami berniat nak makan kat Subway. But in the end kami ended up makan nasik kandag Shariff pulak. 

Tesco sudah menyediakan kawasan parking yang mesra pelanggan. Inisiatif yang dilakukan adalah melabelkan kawasan utk panggan OKU dan juga pelanggan yang membawa bayi. Tujuan adakah sebagai tanggung jawab sosial, keselamatan pelanggan dan juga untuk meningkatkan kepuas hatian pelanggan. Malangnya inisiatif yang dilakukan oleh Tesco ini sebenarnya tiada gunanya. Buang masa dan perabih duit sahaja. Kenapa? Sifat pelanggan sendiri. Cuba tengok gambar dibawah;

Dasat OKU nie! Mampu bawa kereta sport hijau macam nie.. Mesti OKU nie kaki race nih!

Parking utk pelanggan yang ada baby sentiasa penuh. Ramai pelanggan yang bawa baby rasanya...

Gambar pertama merujuk kepada tempat parking golongan OKU. Tempat ni paling dekat dengan pintu masuk. Tapi dari gambar nie kita boleh nampak yang ianya full. Maybe ramai OKU yang datang shopping hari tu? Tapi, takkan OKU akan bawa kereta Wira Evo hijau tu? Tak mungkin OKU stylo macam tu. Dan bila aku belek secara rambang kondisi dalaman kereta tu, tak nampak macam khas utk orang OKU pun. Lagi 2 kete aku tak check la pulak.

Gambar kedua pulak merujuk kepada tempat parking utk golongan yang bawa baby. Tapi boleh dikatakan bila aku tengok secara rambang beberapa kereta, tak dak la pulak baby seat. So, macam mana nie? 

Kemudahan yang pihak Tesco sediakan tidak ada gunanya langsung. Sebenarnya pada hari tersebut masih terdapat banyak tempat parking. Cuma hanya perlu berjalan lebih tapak sikit. Aku cukup hairan dengan manusia yang macam nie. Mereka seolah tiada perasaan simpati langsung pada orang lain. Aku tak pasti sama ada mereka percaya dosa pahala atau tidak regarding whatever religion they may believe in. Tapi at least sepatutnya ada perasaan peri kemanusiaan. Kesian lah pada golongan OKU dan berfikiran waraslah untuk pelanggan yang bawa baby. Bahaya melintas sebenarnya semasa bawa stroller or dukung baby. Apa tak nya, sesetengah daripada pelanggan berebut parking lagi. Kalau tak dapat, melalak horn dibuatnya.

Pendapat Aku

Sepatutnya kerajaan negeri kena tegas dalam masalah pemandu kereta yang sesuka hati memotong barisan dan parking di merata tempat nie. Suatu ketika dulu, dalam tahun 2009, memang nampak sikit ketegasan kerajaan negeri dalam menyelesaikan maslah potong line dan parking sesuka hati nie. Boleh nampak pegawai bermoto ber"jaket" hijau meronda dan memantau. Hasil drpd inisiatif itu, keadaan lalu lintas di Penang Island menjadi teratur dan kemas. Tapi entah mengapa ia "mati" begitu sahaja. Mungkin langkah kerajaan negeri buat begitu menjadikan "ia" tidak popular? Aku pun tak pasti.

Pihak Tesco pulak seharusnya meletakkan staff untuk memantau tempat parking khas ini. Janganlah takut jika ada pelanggan marah. Ini adalah kerana, semasa pelaksanaan "no plastik bag" pun pegawai Tesco boleh tahan kena sembur, dan kelamaan pelanggan boleh terima. Apa lah sangat dengan pemantauan tempat parking.

Apa pun, aku tak pasti sangat keadaan di tempat lain atau kawasan lain. Aku percaya masalah ini juga berlaku di tempat lain. Tapi yang aku pasti, sepengalaman aku, masalah ini adalah lebih heavy di Penang. Terutama adap di jalan raya.

5 comments:

  1. pernah dengar pendapat mengatakan, pemandu penang sangat kurang ajar berbanding pemandu KL. agaknya la...

    ReplyDelete
  2. yup.duk klang valley lama gak.bila dah jaga northern ni memang ngaku.depa tak reti drive.cam...nak harom...

    ReplyDelete
  3. ouh bahaya sungguh duk penang. seb baik aloq staq tak sampai tahap tu lagi.

    ReplyDelete
  4. Tu tak kira signal lagi. Punya lah suspen time simpang, "Kete nie masuk simpang ke tak?". Tup tap tup tap.... Masuk!.. Ciss!

    Walau pun ramai macam nie, tapi bukan sume. Pihak yang berwajib sepatutnya memantau dengan undang² dan hukuman untuk memastikan semuanya "in order". ada setenagh benda terutamanya tabiat boleh diubah dengan nasihat tapi ada setengah benda hanya boleh diubah dengan pengawasan.

    Walau apa pun, kelebihan pemandu Penang nie adalah, letak lah depa kat mana sekali pun, depa akan survive bcos depa memang dare devil, darah sejuk dan berhati kering.

    Actually aku pun dah nak jadi sebahgian drpd depa. Hahahaaa..

    ReplyDelete
  5. Worst driving style in malaysia
    1-penang
    2-johor

    ReplyDelete