Tuesday, 3 January 2012

Soalan Yang Susah?

Aku terbaca dalam satu blog yng menimbulkan beberapa soalan. Blog tersebut milik adik aku. Soalan yang diadukan barang kali berbunyi rumit dan  maybe memang rumit. Sepemerhatian mengikut pengalaman aku, majoriti orang akan at least sekali tanya soalan yang mencabar sebegini dalam hidup dia di mana akal dia tak boleh nak jawab or akal dia tak boleh terima @ proses secara logik. 

Aku 1st time dengar soalan nie time aku sekolah rendah, maybe darjah 3 atau 4. Sekolah sesi petang time PJK. Time tu aku kat padang sekolah. Aku ditanya soalan oleh kawan aku yang berbunyi.. "Kenapa rumput nie kaler hijau? Kenapa hijau berwarna hijau? Kenapa hijau dinamakan hijau? Tak ble letak lain ka..?" Start dari situ lah aku mula timbol perangai suka soal balik benda yang aku dapat.
 
Bila soalan macam nie datang ia bergantung pada induvidu tersebut samaada dia nak layan ke tak soalan tu. Majoriti manusia biasa @ rakyat madani akan ignore soalan tu dan mengagap ia hanyalah bisikan syaitan. Ada juga yang ambil berat mengenai soalan tersebut. Bagi yang ignore soalan ini, dia akan teruskan ibadat seperti biasa dan teras kepada ketaatan dia hanyalah "yakin". Sebenarnya kajian telah menunjukkan manusia secara asasnya terbahagi kepada 4 jenis iaitu, merpati, merak, helang dan burung hantu. Golongan yang terpelosok kekancah melayan soalan macam nie maybe kategori burung hantu, yakni golongan pemikir.

Sefaham aku, Quran menceritakan juga kes sebegini. Cerita yang paling faymes adalah kisah Nabi Ibrahim. Dia merenung kejadian alam dalam mencari tuhan.

Anyway, sebagai manusia biasa dalam kita mencari jawapan, ada yang terkandas. Ada yang diistilahkan jatuh ke lembah "losing my relegion" dan lain². Aku pun melalui keadaan begini. Banyak kali. Hinggakan dalam masa² aku deal dengan situasi ini, ibadat aku hanya base pada faith dan hope. Golongan yang terkandas ini  maybe akan menjadi beberapa puak yang lain pula. Ada yang gila isim, ada yang jadi "liberal" yang suka menyindir dan memerli agama dan paling teruk jatuh ke lembah atheism. Pada aku, golongan yang gila isim perlu dirawat, manakala golongan athiest perlu ditentang habis-habisan dengan ilmu. Yang paling kesian antara semua adalah golongan liberal. Pada aku golongan liberal adalah golongan yang tagihkan kasih sayang. Mereka menyindir dan mempersenda agama dengan harapan mendapat perhatian daripada tuhan or maybe orang ramai supaya mendapat jawapan.

Soalan yang ditanya;
  • What is life? @ Apa itu kehidupan?
  • Apa yang perlu kita lakukan dalam kehidupan?
  • Apa itu kematian?
Aku cuba jawab mengikut kepahaman aku dan maybe jawapan aku pun tak memuaskan hati pengsoal.

Apa itu kehidupan?
Kehidupan adalah tanggung jawab. 

Apa yang perlu dilakukan dalam kehidupan?
Melaksanakan tanggung jawab iaitu menjadi khalifah di muka bumi yang baik.

Apa itu kematian?
Penamat tanggung jawab.

Huraian Yang Lebih Dalam

Semua jawapan yang aku tulis adalah jawapan safe yang ringkas yang hanya merujuk kepada kehidupan dimuka bumi. Kehidupan sebenarnya lebih luas maka soalan perlu lebih spesifik. Ada kehidupan di alam roh, di alam rahim ibu, di alam barzah, di alam mahsyar dan semestinya di alam akhirat (syurga @ neraka).

Tanggung jawab pula sebenarnya lebih tertumpu kepada alam dunia, Ini adalah kerana hanya di alam dunia kita ada abiliti utk tentukan pilihan kita. FYI, takdir pun ada 2 jenis. Takdir permenent dan takdir boleh ubah. Quran ada menyebut yang berbunyi dan bermaksud something like,

"Kami akan kurniakan sesuatu menurut apa yang kamu usahakan..."

"Kami akan mengubah nasib sesuatu kaum kiranya mereka mengubah nasib mereka dahulu..."

Ayat² diatas merujuk kepada situasi dimana takdir kita boleh diubah dan takdir sememangnya dicorak oleh tangan kita. Sungguh pun takdir tu boleh ubah, tapi sebenar ia tidak menunjukkan yang tuhan itu lemah dan tidak berupaya. Sebaliknya ia menunjukkan yang tuhan tu adil dan maha berkuasa. Therefore tuhan bukan run life macam Sim Life simulation. 

Sebenarnya banyak lagi huraian yang berkaitan takdir. Aku tak ingat. Kalu nak tau detail tapi ringkas sila rujuk buku oleh Dr Daniel seperti kat bawah; 

 Buku yang sangat bagus utk orang yang banyak soal...

Death sebenarnya adalah part of life, jika life dipandang dari perspektif lebih luas. Utk Muslim lelaki ia seperti masuk jawi. Seumur hidup mesti rasa punya. Sakit tak sakit belakang kira. Mesti rasa. Ia adalah transaction or morph mode dari alam dunia ke alam roh. Kiranya adalah perkataan yang merujuk kepada process unplug roh from this psychical body. 

Kesimpulan

Banyak perkara yang kita tak tahu pasai alam dan kehidupan. Nabi dah cakap bahwa roh tu urusan tuhan dan kita tak boleh nak paham benda tu. Ada juga cendekiawan yang cuba faham perkara ini. Aku percaya ada yang succeed dan ada yang jadi gila. Yang succeed pula maybe ada masalah nak explain kat org tentang perkara ni because ia sesuatu yang akal manusia tak ble nak cerna.

Ada 1 bab dalam buku yang aku baca aku menjadi super "hang". Bukan aku tak paham. Aku paham. Cuma bila aku nak cerna information yang aku dapat, otak aku jadi konflik. Aku ending up dengan tutup je chapter tu. Chapter tu sebnar at 1st aku baca just nak dapat basic idea apa yang cuba diberitahu. Tapi second time bila aku nak masterkan chapter tu, aku kantoi. 

 Chapter yang buat aku keliru....

Anyway just an advise pada pengemis ilmu di luar sana. Terutamanya ilmu falasayuf @ falsafah @ ilmu mantik. Jangan cepat terima apa yang dibaca. Relax, take it easy. Juga, jika soalan yang ditanya itu tidak mendapat jawapan or jawapan yang diberi tak memuaskan, jangan dianggap bahawa soalan itu tiada jawapan. Jawapannya insya'allah ada, just maybe tak jumpa lagi.

Anyway, memetik kata² agent Smith dalam Matrix, "The purpose of life is death" dan juga memetika kata² Metallica... "To live is to Die...". Hahahaaaa...Dan juga kata² Joker.. ":Why soo seriuss??"

2 comments:

  1. hm~~banyak kali dah awi promot buku ni, tapi kandar rak pinjam2 lagi.

    soalan2 kawan kandar bagi tu, memang susah sungguh. dan risky. tapi takpa, jawab jugak. semampu yang boleh...haha

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tiada jawapan objektif utk soalan yang ditanya.
    Jenis jawapan pula bergantung pada kecenderongan penjawab.

    Abang dah cuba jawab dengan cara yang paling mudah dan ringkas. Kalu nak lagi detail, kena masuk lagi dalam. Panjang cerita. Satu lagi sumber yang bagus adalah drpd Dr Asri. Rujuk blog dia berkaitan dengan perkara ni.

    ReplyDelete