Thursday 22 December 2011

Student dan Politik

Aku pun pernah jadi student dulu. Aku ngaji 5 tahun kat UTM dulu dalam FKE. Tapi terus terang aku cakap, 5 tahun belajar kat UTM tak sama langsung dengan 3 tahun aku hidup dalam masyarakat di Ipoh. Aku lebih banyak belajar dalm 3 tahun di Ipoh berbanding 5 tahun di UTM. Apa yang aku imagine bila aku kerja tak sama bila aku dan terjun ke kancah dunia sebenar. Amanah belajar terlalu kecil jika dibandingkan dengan amanah di alam pekerjaan dan masyarakat. 

Time student kita belajar untuk tentukan siapa kita di alam sebenar. Tindak tanduk kita 90% akan tentukan masa depan kita sahaja. Tapi tindak tanduk kita di alam perkerjaan mungkin akan mempengaruhi masa depan rakan kerja dan puluhan malah ratusan rakan sekerja kita. Malah akan mempengaruhi masyarakat keliling kita. 

Sebenarnya dunia seorang student sangat kecil. Bagaikan dunia sekor katak bawah tempurung.

Keratan akhbar yang merujuk kepada perkara berbangkit...

Rasa Tapi Jangan Telan

Pada aku student tak perlu involve secara direct or serius dalam politik. Tapi itu tak bermakna depa tak boleh amik tau langsung. Cuma depa tak perlu involve directly dalam politik. Involve ini juga bermaksud aktif dalam kegiatan politik. Politik yang dimaksudkan disini adalah politik kepartian. Tak kira, PAS, DAP atau UMNO.

Majoriti student sebenarnya masih tidak matang dalam pemikiran mereka. Tiada pengalaman. Kebanyakan perkara yang mereka tahu adalah berdasarkan pembacaan dan pemerhatian mereka melalui pihak ketiga. Ini adalah kerana mereka masih lagi tidak hidup dalam real live @ atau kehidupan sebenar. Kehidupan sebenar  bermula apabila kita mula berkerja dan diberi tanggungjawab di dalam masyarakat. Sebenarnya, banyak perkara yang tidak seperti yang kita sangkakan di alam sebenar.

Kehidupan sebenar bila dipandang dari mata seorang student sebenarnya nampak lebih ringkas. Hitam putih dan maybe kelabu. Tetapi dunia sebenar penuh warna lain yang maybe kita sendiri tak reti nak klasifikasi sebagai warna apa.

Apa Yang Paling penting?

Pada aku seorang student perlu fokus pada pelajarannya. Tak perlu terlalu serius dalam politik. Tak perlu get too involve dalam politik. Tanggung jawab dan amanah seorang student adalah untuk belajar dan score markah yang terbaik dalam pelajaran mereka. Ini adalah supaya mereka menjadi golongan yang menyumbang dalam masyarakat nanti dan juga menyumbang kepada agama bangsa dan negara. Fokus pelajaran untuk mendapatkan pekerjaan yang baik untuk memastkan ekonomi mereka di masa hadapan terjamin. Pastikan kedudukan mereka; student dalam masyarakat berada ditempat yang tinggi. Letak diri  ditempat yang dihormati oleh masyarakat. 

Terus terang cakap, sekiranya anda nobody dalam masyarakat, maka anda nobody dalam politik. Ini politik moden. Tapi sekiranya anda berkedudukan penting dalam masyarakat secara automatik anda ada kuasa poltik. Ia akan datang dengan sendiri. Jadi, jangan dok kalut sangat nak involve dengan politik sekarang. Lagi pun, how sure are you that you are on the right side? How sure are you that you not a tool? How sure are you that all the things that you read & watched were true? Di dunia sebenar, terlampau banyak lakonan yang fantastik.

Sekiranya student tu aktif dalam politik, adakah dia ada masa untuk pelajaran? Once terjebak, hati akan ada satu perasaan berdebar yang susah nak explain. Kita akan sibuk nak tegakkan pegangan kita hinggakan susah nak fokus pada pelajaran. Apa taknya, maybe kalu dah terlalu pandai bercakap, maka maybe akan dirasakan diri adalah prospek untuk naik kedudukan. Maybe ada yang cakap masuk politik ikhlas untuk berjuang demi agama, bangsa & negara Tapi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara yang sebenar bukan hanya dalam politik. Sebenarnya dalam memertabatkan ekonomi. Once you control the economy than politic is in your grasp. Buka mata dan tengok lah dunia. tak payah tengok dunia, tengok Malaysia udah lah..

Situasi Dulu Dan Sekarang

Aku bercakap daripada konteks ditanah air kita.

Keadaan, peranan dan kedudukan student di zaman sekarang tak sama dengan pada zaman dahulu. Pada zaman dahulu, student dianggap golongan paling kehadapan dalam mensyarakat. That is why banyak or majoriti gerakan dahulu bermula dengan kesedaran daripada golongan student. No doult student dulu semenangnya golongan enlightenment. Ini adalah kerana dulu, majoriti masyarakat yang berilmu dan berpendidikan adalah amat kurang. Majoriti orang dulu hanyalah nelayan, petani dan orang suruhan makan gaji sahaja. Kehidupan mereka serba ringkas. Mereka tak ada akses kepada informasi terkini dan ruang lingkup kehidupan mereka pun hanyalah di sekitar mereka sahaja. Jadi dalam keadaan begini sememangnya student zaman dulu lebih berperanan kerana mereka tahu apa yang masyarakat tidak tahu.

Tapi kini keadaan telah berubah. Majoriti masyarakat sekarang dah boleh akses segala bentuk informasi. Semua orang boleh dapatkan informasi yang kononnya student boleh dapat. Tapi berbeza dengan student, masyarakat sekarang boleh hidup dalam apa yang seorang student tu baca. Kita ambil contoh berkaitan liberalisali kaum. How sure are you that once Malaysian Malaysia, we are going to be treated the same? You get what I mean? Have you worked, interact with them? Have you done business with them? Have you argued with them? Have you ever been cheated by them. Aku bukan jadi rasis disini. Tapi aku tau, because aku dah bergaul dengan masyarakat. Aku tau macam mana bila rasa tak dihormati, dan juga off course rasa bila dihormati. Maybe yang kata aku bertindak paranoid, maybe sebenarnya aku memang paranoid.

Kebijaksaan Dan Kuasa Sebenar

Kepada semua student, just don't get too involve in politic. Ambil tahu tapi jangan aktif sangat. Amanah utama anda adalah menuntut ilmu dan dapatkan "tiket" kelas terbaik untuk anda letakkan diri anda dikedudukan yang dihormati di dalam masyarakat atau pun mendapatkan pekerjaan yang baik dan dihormati. Jangan dok kalut sangat. Masa masih panjang. Pastikan ekonomi anda terjamin dulu. Laburkan masa student anda di tempat yang betul.

Belajarlah macam mana golongan elitist kaum lain boleh berjaya dan akhirnya menjadi tuan kepada berbidang-bidang tanah yang dahulunya tanah Melayu. Mereka bukan keji atau pun licik. Mereka sangat bijak. Mereka tidak lakukan dengan cara keji. Mereka tidak merampas. Mereka membeli dengan membayar pada Melayu yang malas, bodoh (akibat malas belajar dan sibuk denagn benda yang remeh temeh )serta Melayu yang ketagih duit dan sokongan. Mereka sangat rajin berusaha dan bijak menyusun peluang.

Ini hanya pendapat aku. Aku pun bukannya scorer time student dulu. CGPA aku pun bagus sikit dari sampah je. That is why aku tak nak org lain jadi macam aku. namun begitu aku masih bernasib baik. Apa pun dalam perkara ini, aku mungkin silap tapi aku mungkin betul. Nilailah sendiri. Ini hanya pendapat aku berpandukan pengalaman dan pengamatan aku sendiri.

3 comments:

  1. hm~~nice artikel!! setuju 100%.adakah ini kerana artikel kandar dulu? haha

    ReplyDelete
  2. baca pendapat sini pon ok gak...

    http://networkedblogs.com/rNKo8

    ReplyDelete
  3. Artikel nie ditulis bersebab.

    Kes Kandar hari tu pun satu tapi satu lagi sebab kebenakan sorag student UPSI buat benda paling baghal dalam sejarah UPSI.

    Selain tu sebab nak bagitau akan kejayaan kaum lain semasa Melayu sibuk melayan kebodohan masing².

    Artikel Apple green tu memang best. Lagi kencang dia bagi.

    ReplyDelete