Saturday, 28 January 2012

Antara 2? Tapi Aku Nak Kedua-duanya.

Kalu nie aku nak tulis pasai politik pulak. Tulisan kali nie panjang gegiler. Aku nak luahkan pandangan jujur naif aku. Aku minta maaf kalu ada fakta yang bukan fakta dan mengusik hati kekawan aku. Aku ada ramai kekawan drpd bermacam back ground politik. Aku pula jenis lalang. Mudah ditiup angin tapi tak mudah dibeli. Wah haa haa hahaaa..

Alog Setag Kedah!

Dalam bulan nie ada gak 3 kali aku balik Alor Setar. Semuanya urusan kerja dan aku berkesempatan singgah gak umah aku. Daripada pemerhatian aku, aku dapati yang pekan Alor Star (Astar) dah banyak berubah. Berubah ke arah yang positif. Sebenarnya aku bukan bekerja di Astar jadi pandangan akau hanya berpandukan pemerhatian sekali sekala bila aku balik "kampung". Org yang paling layak memberi komen adalah org yg tinggal di situ. Namun begitu org yg menetap disitu maybe ada juga masalahnya. Ini kerana perubahan itu berlaku adalah secara beransur, maka mereka tak nampak perubahan tersebut.

Negeri Kedah dibawah PAS setelah menang PRU 12 dulu. Aku personally tak happy zaman UMNO (BN) memerintah Kedah di zaman Pak Lah. Zaman DrM OK lagi. Still good. But zaman Pak Lah adalah zaman kehancuran menurut kaca mata aku. Tempat yang paling teruk effact adalah pekan Astar. Walau pun Astar nie di martabatkan sebagai "bandaraya" tp pada aku, ia sebenarnya masih tidah layak. Dan bila Astar jadi bandaraya, ia menjadi bandaraya yng miskin dan lekeh. Kedah sebenarnya bukan negeri yg kaya. Walau pun terdapat sumber temapatan yg kukuh kalu diuruskan dgn betul, tp ia gagal diuruskan pada zaman Pak Lah. Hasilnya, pekan Astar kotor, serabut dan bersepah. Sampah domestik tak dipungut hinggakan 2 - 3 minggu. Ditambah dgn attitude masyarakat kelas ke 3, masalah ini menjadi makin runcing. Taman Nuri (yg dulunya dikenali sebagai Taman Tabung Haji) secara zahirnya menjadi Taman Sampah. Penduduk masing² just longgok sampah di satu tempat saja. Kualiti kesihatan juga merosot. Nasib baik penduduk taman parent aku still ada rasional skit. Kalu tak sama gak nasin kami. Pernah sekali dulu, sampah telah melimpah hingga separuh jalan di hadapan Kedai Pak Ku. Gila apa... Bila ditelefon  majlis pembandaran, alasan, Kerajaan tak bayar gaji pekerja majlis.. Wadahel!?

Tapi itu dulu.. Kini Astar dah kembali seperti zaman dulu kembali. Pekan Astar dah makin indah seperti dulu. Pokok hiasan dll segar dan dijaga dgn baik. Tiada sampah bersepah kat tetepi jalan. Semua kemas dan bersih. Off course, tak sampai perfect, tp boleh dianggap bersih. Aku harap suatu hari pekan Astar mampu bersaing dgn bandaraya Ipoh. Pada aku, pekan yg paling bersih skali kat M'sia adalah pekan Ipoh. 

Aku nampak semua nie. Aku nampak semua perubahan ini. Pada aku, Menteri Besar Kedah dari PAS, Ustaz Azizan dah buat kerja dia dgn baik. Aku hanya cakap berkaitan dgn pekan Astar sebab Astar lah yg paling teruk rosak zaman UMNO Pak Lah dulu pada mata aku. Tempat lain aku tak tau la pulak.

Ustaz Azizan

Aku tak kenal dia pun secara detail. Dia sudah pasti tak kenal aku langsung. Ha ha ha... Aku org biasa. Tapi dengar criter dia memang garang. Tak cakap banyak dan sefaham aku, dia nie baran. Sungguh pun begitu dia sebenarnya amanah dan baik sebnarnya. Itu yang aku dengar dari abah aku time memula dulu. Bare in mind, abah aku die hard supporter DrM. Maybe abah aku pun dah boring dgn UMNO Pak Lah kot..

Actaully now, aku ada dgr yg penduduk Astar tak puas hati skit dgn Ustaz Azizan dan PAS Kedah. depa tak puas hati sebab janji yang sbahgian besar drpd org PAS dan PKR dulu yg tak ditepati. Antaranya abolish parking fee, air free dll yg aku tak tau. Yang mak aku slalu komplen adalah pasai parking. Hahahaaa... Than ditambah pulah dgn isu madrasah.  

Aku paham kenapa jadi macam tu. Ini sebab dulu time pilihan raya, depa janji langit dan bumi pada rakyat. Janji yg tak rasional pun ada. Dan kena paham, basically, ramai org Kedah masih back ward dan naif sebenarnya. Cara pikir depa mudah.  Tp aku percaya Usataz Azizan bukan antara org yg bukan janji kosong. Aku percaya dia sorg yg praktikal.

Aku sebnarnya tak dak isu dgn isu parking fee. Sebab tu memang sumber pendapatan. Normal lah. Cuma lain kali jangan janji. Bukannya mahal sgt pun. Kalu dah mampu pakai kereta tak kan tak mampu bayar 4 kupang? Isu roboh madrasah pun pada aku tak menjadi isu besar. Apa salahnya? Itu hanya isu sentimental. Tak dosa dan tak salah. Bukan bangunan yang penting, tapi apa yang bangunan tu hasilkan yang penting. Ini hanya pada aku. Tapi, sefaham aku org Kedah majoritinya org yang sentimental. Terutamanya org lama. Aku percaya Ustaz Azizan tau apa yang dia buat. Aku juga percaya Ustaz Azizan bukan org PAS yang senang dibuli oleh orang lain termasuk rakan dalam Pakatan Rakyat.

Juga berkaitan dengan isu AUKU. Sefaham aku, Ustaz Azizan melaksanakan dan menyokong AUKU. Itu yang berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bila 5 drpd pelajar kolej tersebut digantung - sumber Sinar Harian. Pendirian Usataz Azizan yang tegas ini berbeza dgn anutan PR secara amnya terutama inspirasi PKR. Personally aku percaya DAP pun akan kekalkan AUKU kalu ditakdirkan depa memerintah. Pada aku PKR yang gula²kan student yang masih hijau utk kepentingan depa. Bukan menidakkan hak kebebasan akedamik, tapi expresi yang dianggap hak akedemik itu sangat narrow minded sebenarnya. The student are being used! Tak salah amik tau, tp tak perlu involve directly. Jadi pemerhati dan pendengar yang baik dahulu sebelum involve dalam politik. Than, join lah politik once dah mampu berdiri sendiri. Your time will come. Aku dah suarakan pendapat aku dalam perkara nie dulu disini. Sebab kes KUIN lah yg Adam Adli and the Monkeys buat demo kat markas PAS pulak tu.

Jadi dalam isu KUIN nie, aku nampak yang Ustaz Azizan nie sorang yang rasional dan bukan pentingkan diri sendiri. Dia sanggup menongkah arus PKR dan tegas dalam pengurus. Pada aku, dia bukan mengejar populariti dan jawatan tapi mengejar apa yang terbaik utk rakyat dibawah jagaannya. Sememangnya aku respek Ustaz Azizan dan aku harap dia terus istiqamah dalam pentakbirannya. Jangan tunduk pada perkara tak rasional. Stay firm and stay strong.

Namun begitu, dengar crita PAS nak gugurkannya atas ketegasannya... yang ini termasuk menongkah arus anspirasi mimpi PKR.. Aku percaya ini sebab desakan rakan bantal mimpi basah Putrajaya PAS. If this happen than we are very sure that PAS is nothing more than just a tool @ donkey. 

Wake Up PAS!

In no particular order;
  1. Isu pemecatan Dr Hassan Ali dan pengusiran tokoh PAS yang besar lain seperti Nasharuddin, Hassan Basri dll yang aku tak kenal.
  2. Berbagai isu berkaitan dengan arak, hiburan di S'ngor.
  3. Azan di Penang. Sampai aku hampir terlepas Solat Jumaat time kat spital haritu. Tak dengar azan di Georgetown. Kalu tak silap aku azan hanya dalam kompoun masjid.
  4. Isu kelab hiburan di bulan Ramadhan. Kena gertak, terus goyang.
  5. HUDUD. Please jgn cakap UMNO tolak HUDUD. UMNO tak tolak. Depa just cakap masih belum sesuai. Why tak sesuai? Pikir sendiri keadaan umat Islam. Baca blog golongan muda sekarang. Betapa kelirunya mereka. Do your bit.. Yang tolak HUDUD tu DAP dan juga PKR. Aku tak paham kenapa UMNO disalahkan.. Mungkin ada benda yang aku tak tau?
  6. Selangor lagi. Exco hal Ehwal Islam.. Kah kah kah kah kahaaa... Tan Sri Khalid? PAS? Adat Istiadat Org Melayu? Kah kah kah! Come on lahh... Aduh....
  7. Negara Kebajikan? Bukan Lagi Negara Islam. Actually I have no problem with that. The only problem is that PAS change due to pressure from outside not from with in. 
  8. Mat Sabu? Dia ahli akedemik ka? Ulamak ka? Kenapa pilih dia? Ramai lagi org bijak pandai dalam PAS. Atau dia dipilih sebab dia tak brapa cerdik...?
Buat masa nie, hanya ini yang aku ingat. Dari list yang kau tulis nie, byk yang tujukkan PAS banyak sangat mengalah. Bukan bertolak ansur. Tapi mengalah. Sedangkan PAS control 2 negeri kat Malaysia dan 1/3 S'ngor. Sepututnya PAS yang banyak tentukan direction PR bukan sebaliknya.

Aku sedih bila Haji Hadi alway terpaksa menafikan yang PAS bukan kuda tunggangan PKR dan DAP sedangkan hakikatnya rakyat M'sia umumnya nampak macam tu. Dalam satu artikal Sinar Harian, or blog, (aku tak ingat...), Haji hadi cakap, "Better jadi kuda perang drpd dalam BN, UMNO dikeldaikan oleh MCA". Adui... Sekarang nie bila cakap je BN, semua org cakap UMNO. Dalam BN, MCA dan MIC macam dah runtuh. DSAI pun cakap macam tu. Benteng terakhir BN adalah UMNO dan Najib. Najib 1 M'sia.

Dalam paper hari nie, dgr citer yang Haji Hadi nak resign.. maybe dia tak tahan pressure. Dia terpaksa jaga kepentingan PAS tapi at the same time menjaga hati DAP dan PKR. Byk kepentingan PAS bertentangan dgn DAP dan PKR. Orang yang menjadi asas asal kekuatan PAS makin di "isolate"kan. Dalam interview Sinar Harian hari nie, 2 dari 4 setuju dgn pengunduran Haji Hadi. Antara yang setuju adalah Datuk Sri Ir Nizar. He heheee.. Paham kot... 

Najib Razak

Aku suka Najib. Tapi aku tak suka bini dia. Bini dia macam over expose. Terlebih sudu dari kuah. Napa Rosmah tak ble jadi macam Dr Hasmah. Tak over expose. Pada aku satu²nya kelemahan terbesar Najib adalah Rosmah.

Aku nampak, Najib memang kerja keras utk selamatkan UMNO dan BN. Macam² yg dia buat utk memenangi balik hati rakyat terutamanya org Melayu. Dia juga firm dengan keputusan dia dan tidak mudah melatah dengan usikan berbagai pihak. Dia juga bukan sorang yang sembang kosong dan suka merapu. Pada aku, yang membuatkan aku tertarik pada Najib adalah dia less talk but more work.

Janganlah isu Khir Toyo tu dijadikan kambing hitam Najib. Setahu aku Khir Toyo tu produk Pak Lah. Maybe ada benda lain yang menunjukkan kerosakan atau salah laku UMNO dan komponen BN lain. Tapi pada aku kita harus berlaku adil pada Najib. Bagilah masa pada dia. Dia amik UMNO dan BN dalam masa yang paling sukar. Dan dalam masa singkat dia dah berjaya stabilkan UMNO dan BN disamping control negara dengan baik.

Aku Nak Kedua-duanya

Aku pernah sembang perkara nie dgn rakan kerja aku. Aku criter yang aku happy dengan PAS Kedah, but at the same time aku sedih tgk macam mana PAS dikeldaikan di peringkat negara. Aku nak Ustaz Azizan terus membimbing Kedah tapi at the same time aku nak Najib terus teraju negara. Aku serik dengan prestasi buruk UMNO kat Kedah time Pak Lah dulu tapi aku suka perunahan yang Najib bawa secara praktikal. In short aku nak kekalkan Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan dalam masa yang sama aku nak Najib terus jadi Perdana Menteri Malaysia

Than aku ditanya soalan cepu emas; "Kalu pilihan raya sekarang, bos nak undi sapa?" Aku diam sahaja... Dalam kes nie aku terpaksa pilih antara dua. Aku percaya mungkin ramai org Astar yang macam aku. 

Untuk aku, alangkah baik kalau boleh dikekalkan Ustaz Azizan sebagai MB Kedah dan Najib sebagai PM Malaysia...

Bersatu lah kita.. Bersatu membangunkan agama, bangsa dan negara..

No comments:

Post a Comment