Apa yang hang akan buat jika hangpa nampak yang anak perempuan jiran hangpa bawak masuk lelaki bukan muhrim ke dalam rumah semasa jiran hangpa tak dak? Atau anak lelaki jiran hangpa bawa masuk perempuan bukan muhrim semasa jiran hangpa tak dak kat rumah? Dan pada masa itu ditakdirkan hangpa nampak perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh pasangan yang belum berkahwin dilakukan oleh mereka? Apa pulak yang akan hangpa buat bila hang namapak jiran hangpa bawa masuk pasangan bukan muhrim masuk ke rumah dalam keadaan yang mencurigakan?
Bagi sesetengah orang yang barangkali pemikirannya "modern" atau bertamadun, tindakan yang tebaik adalah buat tak tau saja. Pada mereka asalkan jiran mereka tak kacau ketenteraman, or tak menyusahkan mereka, than they just don't care. Or in other word, "Aku peduli apa!". Mereka beranggapan apa yang dilakukan oleh jiran mereka dianggap sebagai hak jiran mereka. Hak asasi. Freedom @ kebebasan si jiran untuk do what ever they want. Dan kita harus menghormati hak mereka @ jiran. Atau pun, ini masalah jiran dan tak payah menyibuk fikir masalah orang.
Pemikiran atau cara yang disebut diatas sebenarnya kebanyakannya diamalkan oleh masyarakat barat. Bagi golongan Melayu di Malaysia pula, mereka yang berfikiran begini most problably digelar golongan liberal. Golongan yang bebas dari kongkongan agama. Atau pada depa anggap sebagai; bebas dari "cengkaman" agama yang irrelevant. Pada mereka di zaman yang bertamadun ini, orang ramai dah ada akal utk menilai sendiri baik buruk dan keputusan baik buruk tersebut perlu dihormati atas nama privacy dan hak asasi.
Bagi sesetengah pihak lain pula, tiada sebarang tindakan diambil juga. Tapi bukan atas sebab pemikiran liberal. Tapi atas sebab takut. Takut digelar sebagi menjaga tepi kain orang atau takut digelar sebagai penyibuk. Maybe takut juga dimarahi oleh jiran dan membawa kepada pertengkaran.
Manakala ada pula yang tak kisah sebab dia pun 2 kali 5. Malah mungkin jauh lebih ganas lagi. Jadi dia berpegang pada prinsip, "Hang tak kacau aku buat projek, aku tak kacau hang buat projek. Sama² makan, sama² simpan..".
Sebolehnya, aku tak mahu guna pendekatan agama untuk perkara diatas. Ini adalah kerana pada golongan liberal, most of them akan nampak agama sebagai "joke" atau something yang tak relevan lagi. That is why, kalu kita tgk penulisan mereka, most of them buat lawak yang bukan² pasai agama. Malah sindiran pada agama adalah satu humor yang perlu digelak bersama.
Aku personally bukan orang yang baik sangat. Tapi itu tak bermakna, aku galakkan orang lain buat jahat. Yang penting, aku tau aku kat mana dan berusaha utk jadi lebih baik esok berbanding hari nie. Insya'allah. Dan sekiranya kita jenis yang ada history buat benda yang tak senonoh, kita sebenarnya tak perlu nak declare kat dunia. Kita bertaubat dan jangan ulang. Tak perlu buat confession pada sesapa. Tak sama dengan agama Kristian yang perlu buat confession dengan paderi dia.
Berbalik kepada soalan asal. Pada aku kita kena buat sesuatu. Kita tak ble biar. Istilah "menjaga tepi kain orang" perlu pada tempatnya, Pada aku kita perlu menjaga tepi kain sesama saudara kita tak kira Muslim or non Muslim. Tapi dalam menjaga tepi kain, kita harus berhati-hati jangan sampai terselak tepi kain orang hingga memberi aib.
Tindakan Yang Sewajarnya
Untuk keadaan pertama apabila kita nampak anak jiran kita bawa masuk pasangan bukan muhrim lain jantina masuk dalam rumah, pada aku langkah terbaik adalah kita bagitau je jiran kita. Telefon saja dia yang maybe sedang sibuk di pejabat. Atau kalu tak dak nombor HP, bagitau semasa dia balik rumah nanti. Bagitau dengan cara yang berhemah. Aku pasti, insya'allah, jika jiran kita mementingkan pegangan agama dan moral, maka dia tak akan biarkan perkara ini dan dia akan berterima kasih pada kita. Yang penting sekali dalam perkara ini, jangan sebarkan perkara ini pada jiran yang lain. Ini hanya di antara kita dan jiran kita tersebut sahaja. Sekiranya ia diceritakan pada jiran lain, ini akan memberi aib pada jiran kita itu. Ini sangat salah. Disamping itu, jika kita menutup aib orang lain, maka Allah akan menutub keaiban kita pula.
Sekiranya jiran kita tak kisah juga setelah beberapa kali kita mengadu, maka tanggung jawab kita telah selesai.. Adakah perlu ngadu pada pihak berkuasa? Pada aku, hangpa perlu mengadu, tapi bagi warning pada jiran hangpa dulu. Bagi warning yang terang dan jelas.
Untuk senario kedua, kita just advice yang mana boleh sahaja. Dan off course, jika dah puas nasihat tapi still tak makan saman bagi final warning yang kita akan report pada pihak berwajib.
Kenapa perlu kita keh poh chi @ menyibuk?
Inilah dinamakan hidup bermasyarakat. Kita harus bertanggung jawab terhadap sesapa saja disekililing kita. Maybe apa yang kita sibukkan sekarang bakal menyelamatkan maruah jiran kita 9 bulan kelak? Maybe dengan sifat myibuk kita skarang akan menyelamatkan nyawa bayi 9 bulan akan datang? Maybe dengan sifat sibuk kita, kita bakal menyelamatkan anak kita dari terpengaruh dengan sifat negatif anak jiran kita atau jiran kita yang tak senonoh tu...
Ini jelas kerana anak berjiran dengan anak jiran kita tersebut. Dan anak kita juga berjiran dengan jiran kita itu. Sudah pasti mereka berhubung. Dan jika gaya hidup tak sihat yang diamalkan, kemungkinan akan mencuit juga cara hidup anak kita. Ini dikhuatiri akan menjadi ikutan.
Kes Yang Berlaku
Dalam perkara ini aku teringat satu kes yang dibicarakan di Shah Alam. Kes dimana teman lelaki seorang perempuan telah bunuh cara tak sengaja anak si perempuan tu di satu padang. Budak perempuan tu umur dia baru 3 tahun. Mungkin aku silap tapi setahu aku pasangan kekasih tu, siap ada sorang lagi anak haram. Dan yang best skali, mak bapak depa tak boleh nak cotrol prangai anak perempuan depa. Setahu aku lagi, jiran² kat situ tak buat apa langsung. Maknanya mengikut tafsiran aku, tempat itu adalah safe haven utk pasangan tu buat apa saja yang depa suka (iyalah sampai ada satu lagi anak haram..).
Kes yang menyayat hati bagaimana seorang anak kecil berumur 3 tahun dibunuh dengan gila..
Tanggung Jawab Kita
Adakah kita akan tutup sebelah mata jika secara terang kita mampu menghalang daripada kerosakan akhlak berlaku? Adakah kita tak rasa berdosa jika suatu hatu hari nanti bila terjumpa bayi baru lahir mati ditinggalkan disurau kawasan perumahan kita? Adakah kita tak rasa bertanggung jawab bila kita tetiba dapat tahu anak jiran kita bunting tanpa suami? Ini bukan hanya maslah jiran kita. Maybe jiran kita tak percaya pada moral dan tuhan, tapi bagaimana dengan pengaruh negatif tersebut pada struktur sosial kawasan kita? Yang pasti sekiranya kita nampak kemungkaran berlaku tanpa kita mengambil sebarang tindakan, ia seolah kita merestui kemungkaran itu. Sebenarnya, segala permaslahan moral dan gejala sosial yang belaku adalah berpunca dari kita. Kita yang mempunyai sifat tak kisah dan tak ikhlas untuk membenteras. Kita hanya sibuk untuk membuka malu daripada benar² membantu.
Maybe apa yang aku tulis nie tak digemari dan dianggap kolot. Tapi kita hidup bermasyarakat. Kita perlu saling nasihat menasihati di samping menjaga kebajikan satu sama lain. Dalam kita memberi menjaga tepi orang, kita janganlah memberi aib pada mereka. Kita mesti memegang amanah. Jadi pada aku, kita harus menjaga tepi kain orang lain agar ianya tidak tercela dan kotor supaya tuan punya kain tersebut tidak malu berpanjangan. Namun dalam kita menjaga tepi kain orang janganlah sampai kita menyelak tepi kain orang pula.
hm..nice view. setuju. kebanyakan orang skarang tak taulah camana, tapi kalau ikut drama melayu memang kepoh habis kalau jadi, haha
ReplyDelete